09 01 11
Sejak aku bekerja selepas habis graduasi aku dibuai rasa untuk membeli barangan berjenama sahaja.Kalau tiada jenama aku rasa tak ada class dan kualiti.Iya lah bila dah mula pegang duit selera pun besar lain macam walaupun gaji cinonet sahaja.Keinginan nak berbelanja barang berjenama di tempat mewah memang meronta-ronta.
Aku ke Pavillion KL.Sampai sana dah lewat petang.Pusing-pusing butik jual beg tangan,jumpa butik Guess.Aku memang minat barangan Guess sebab trendy sesuai untuk muda remaja.Kali pertama beli beg Guess di KL Sogo harga rm 120 lepas diskaun 50%.Huii bangga dapat pakai beg Guess wooo haha.
Di Guess cawangan Pavillion aku jumpa satu beg hitam jenis silang.Agak berat kerana ada hiasan besi ala-ala punk rock.Aku cuba sangkut di bahu mak ai agak berat.Belum letak barang lagi.Setelah di serve oleh promoter lelaki cine tu aku pun beli.Bayar guna kad bank.
Puas hati dapat beli.Aku tunggu nak pakai bawa jalan-jalan naik Genting Highlands nanti.Stylo la konon.Berat nak mati.
Harga rm 257.40 selepas tolak diskaun 30%.Tak pernah lagi aku beli beg semahal ini.Biasanya beg pasar malam pun aku boleh,asal cantik.
Aku rasa teruja sangat.Beg Guess kot.Ramai orang KL pakai Guess bila masuk shopping mall.Kalau beg jenama Louis Vuitton,Prada,Bikin,Hermes tu memang sampai ke sudah aku takkan beli mahal sangat.
Seingat otak aku,hanya 2x aku guna beg Guess ni sebab terlalu sayang nak guna.Aku simpan sahaja dalam almari bungkus dalam plastik dan beg kain putih ni.Selepas beberapa tahun aku mengemas almari alangkah sedihnya tengok beg Guess hitam aku dah terkupas koyak dan keluar semua habuk hitam daripada kulit.
|
Sempat bawa naik Genting seperti yang aku inginkan |
Aku tiada pilihan lain aku buang sahaja!!!Macam mana lagi nak pakai?Teruk sangat keadaan beg ni.Rugi duit aku hampir rm300 woiiii.Baik aku buat belanja makanan kenyang perut.Padan muka siapa suruh tak pakai.Beli hanya untuk simpan tak ada guna buang duit saja kan
Lepas kejadian tu aku dah tawar hati beli barang berjenama.Aku beli beg di Masjid India bazaar saja.Paling mahal pun rm35 tak cecah pun 50.Puas hati pakai sampai lusuh aku tukar yang baru.