Monday 6 April 2020

pulau pangkor 2020 macam mana

Salam you guys!!

Picture was taken in 2010 dan 2011.Aku combined semua.10 tahun sudah berlalu...sekadar mengimbau kenangan lalu.Sampai sekarang aku tak lagi ke Pulau Pangkor.Ada perancangan juga nak pergi semula tapi belum ada peluang.Tak apalah 3x dah aku sampai di sini,rasanya tak banyak pun yang berubah kan?Cuma pulau pangkor terkini ada penambahbaikan dari segi gerai jualan tepi pantai sahaja.

Pemandangan dari dalam feri dalam perjalanan ke jeti Pulau Pangkor

Pantai Pasir Bogak
 Sewa bot laju muat 3-4 orang dengan harga sekitar RM60-70.Abang bot akan bawa keliling 4 pulau termasuk hentian terakhir di Pantai Beach Boy.Korang boleh lepak sana berapa jam yang mahu,kemudian boleh call abang bot suruh pick up semula.Bawalah makanan macam roti ke apa,nanti lapar pulak.Sini tak ada jual makanan.
Pulau Ikan Paus sebab batu serupa ikan paus

Ikan nemo ini paling suka makan roti
 PANTAI BEACH BOY








Karang laut,unik


Pulau Buaya





Sepanjang boat tour,korang akan ditunjukkan jenis hidupan laut


Gila syok dapat duduk di tepi pantai nikmati angin petang
Senja di Pantai Pasir Bogak

Speedboat yang bawa penumpang ke pulau

Tengok pemandangan yang tenang

Aku rasa budak dalam gambar ni besar sekarang.
 Pulau Pangkor ni bagi aku seperti ada menyimpan misteri yang sukar aku ceritakan.Dari sorotan mataku ia seperti terlihat "suram dan sepi"

Masin wei pasir ni,melekit kaki kalau tak cuci 

Ketam mula keluar bila malam menjelang

Malam di Pangkor bagi aku bagaikan pulau yang mati.Tapi selesa untuk mereka yang benar-benar dambakan suasana sunyi dan aman.Tiada bunyi deruman enjin kenderaan yang mencemarkan pendengaran.Makanan agak mahal,baik makan nasi goreng cukup.Kalau korang bajet lebih tak salah pesan makanan berlauk.







Belah luar jeti Lumut banyak deretan kedai menjual souvenier,ikan bilis mata biru,ikan kering,sotong kering dan makanan hasil laut.Dalam kawasan pulau pangkor pun ada kedai yang jual barangan makanan hasil laut ni,boleh naik motor/sewa teksi.

Soalan: Best ke pulau pangkor?
Aku   : Ok lah untuk siapa yang mahukan ketenangan jiwa,bajet seorang anggaran RM200

Tuesday 18 February 2020

Cerita tentang perfume murah dan mahal

Aku bukanlah penggemar minyak wangi kerana sejak dari zaman sekolah aku jadi alergik bau perfume orang terutamanya jenis bauan keras seperti minyak atar..kawan aku pernah pakai perfume roll on tu di baju sekolah,konon bau epal tetapi bau semerbak keras itu buat aku nak pitam dan pening.Aku tahu zaman2 dulu perfume bukanlah dijual secara meluas seperti sekarang,kalau ada pun perfume roll on murah hanya di Mydin.Mungkin bawah RM5 waktu itu.

Aku bukan obses dan penggemar perfume..entah kenapa suatu hari aku diperkenalkan dengan One Drop perfume oleh kawan sekerja,dia memakai perisa apple blossom.Bauan segar dan lembut serta tak tangkap kepala dan keras tengkuk.Dia kata sebotol 3ml tu berharga RM5 waktu itu.Kecil tetapi berbisa.Aku pun cuba beli sebotol tu di kedai jamu belakang Chowkit.Wehh sedapnya bau,sumpah aku tak rasa pening.Aku rasa segar,wangi dan berkeyakinan selepas mencuba One Drop apple blossom ni..

Habis sebotol aku cuba pula bauan lain,semuanya sedap dan sumpah aku tak rasa pening.Aku mula jatuh hati,jeng3...


One drop ada 4 set wangian.Setiap kotak ada 8 jenis bau berlainan.Semuanya inspirasi wangian artis antarabangsa dan minyak wangi mahal.Aku biasa pick up perfume botol hijau,bau betul2 memikat hati.Aku calit sikit di nadi atau shawl atau baju,wanginya tahan sampai petang.

Sampaikan pernah kawan tegur "eh u pakai perfume apa wanginyaaaa..."masa tu aku jalan2 di zoo negara,angin menerpa baju aku lalu membawa wangian itu bersama."I pakai one drop perfume je..."kawan aku mcm tak percaya boleh bau sewangi itu..Lepas aku dah rasa serasi dgn one drop maka aku teruskan setia dgn one drop sahaja..aku tak beli perfume jenis spray takut pening.Tambahan pula one drop ni perfume yg berasal dari pati minyak tanpa alkohol sebab itu baunya tahan.

Kadang2 aku cuba set botol ungu.Tapi botol hijau lagi wangi,ahh bestnya.


Dapat duit kutu sikit aku gatal nak mencuba perfume mahal dalam shopping mall.Kebetulan perfume Justin Bieber tengah hangat.Aku beli sebab minat sangat Justin.Terbang hampir RM280.Sanggup beli sebab bau sungguh sedap dan lembut.Dah hampir 8 tahun berlalu perfume Someday by Justin Bieber masih tinggal separuh sebab aku malas guna.Aku pun dah keliru kata perfume alkohol tak boleh dibawa solat sebab tu kurang pakai dah.Sesetengah kata harus perfume alkohol bukannya kita telan.Rasa2 perfume ni dah expired.Hari tu saja pakai,aku jadi bersin2..

Ok la dua perfume di atas adalah yg paling terbaik aku pernah guna.Puas hati 5 bintang.Sekarang nak cerita perfume yg aku pernah beli selepas itu..

Silky Girl ni murah je tak cecah RM10,tak silap RM7.90 sahaja,ok la botol comel 9ml.Biasalah bau mcm powdery (bedak)...tak sampai sejam bau dah lesap.Budak2 sekolah bolehlah pakai ni..

MJS Perfume
Pendapat aku seller yg jual perfume brand MJS ni sembang kencang je.Kebetulan aku jalan2 di Times Square KL,saja gatal nak hidu bau.Dia pun spray tester di kad putih tu.Aku tanya ada alkohol ke dia jawab ada dan boleh tahan 6 jam.Aku berminat bau bombshell by Victoria secret.Maka terbanglah RM15.Aku cuba spray di baju,dalam jangkamasa 3 minit aku masih bau perfume ni melekat.Lepas naik monorail balik,dalam 20minit bau terus hilang.Aik?tadi kata 6jam.Penipu besar kan..agak2 laa..beli Silky girl roll on pun busuk2 tahan 1 jam.Sah made in China!

Aku google cari info perfume ni..aku terbaca review customer dalam shopee.Katanya perfume ni spray 3 minit dah hilang bau,cisssss.Marah ni...tak berbaloi rm15 aku...

Rupa2nya pengedar perfume jenama ni ada di Plaza GM Chowkit.Huh aku tak toleh dah,rasa tak berbaloi dan tipah tertipu...overclaim product...tolonglah kalau nak meniaga tu jgn overclaim.

Aku pakai 1x je lepas tu hadiahkan pada kawan baik...


Avon roll on perfume

Aku singgah pasar malam kawasan rumah kebetulan ada peniaga menjual barangan avon di mejanya.Aku cuba beli sebotol sebab baunya tidak menangkap kepala,lembut je bauan bunga.Aku pilih sweet moment.RM8 sebotol kalau tak silap.Bau bunga dan powdery,fresh je.Yg ni berbaloi,tahan jugalah hampir 1-2jam bergantung pada lokasi awak berada.Murah pun murah..Pernah pergi dating kali pertama keluar,dia puji aku "i like your smell"..bermakna bau Avon ni menjadi sampai org tegur.. :D


De'Xandra



 Ini pun propa je..mula2 calit di tangan bau sedap,lama2 hilang mcm angin lalu.RM10 sebotol bukan murah.Marketing meluas merata ceruk ada tapi bau dia?Not long lasting.Sebiji kes mcm MJS perfume tu..tekstur pun cair je,konon guna alkohol drp gula tebu.Pernah juga beli botol besar,bukan murah weh RM60 kot..hampeh...tak sampai sejam bau hilang..sekejap2 aku kena spray balik.Mcm haremmm.sekarang yg botol besar tu lama tak pakai,bila pakai balik bau dah masam2.


AL Habib perfume arab
Pernah beli dgn kawan,dia jual RM10.Aku beli bau epal.Aku berkenan sebab bau segar bila hidu kawan pakai.So far ok jugak tahan lama juga.Selepas 3 thn aku nampak ada 1 kedai jual al-habib ni RM5 sahaja.Aku beli bau epal.Bila test bau rasa mcm lain.Jadi pening sikit dan loya,bau yg lama dgn baru dah tak sama.Maka aku simpan sahaja di rumah..

Cosway brand
Aku bau mcm powdery,tak cekik hidung dan kepala.RM7.90 je body spray ni.Bukan perfume..body spray ok...tapi biasalah bau tak tahan lama,10 minit maka lesap.Ini aku tak hangin sgt sebab tak overclaim dan bukan sejenis perfume..

AL-KHALEEJ roll on perfume
Saja mencuba sebab RM3 sahaja sebotol 10ml...bau boleh tahan..nak kata sejam dah hilang bau tak juga...aku pilih wangian Cool Water,Musky dan Vanilla Lace.Bau Vanilla dia mcm pening sikit.Kata seller ianya minyak drp pati sebab tu wangi.Cool Water memang sedap..favourite aku even masa guna one drop pun..one drop pun ada bau Cool Water...aku tak suka bau vanilla lace drp al-khaleej ni...tak sama bau mcm vanilla Body Shop aku beli.



Berapa banyak jenis dah perfume roll on yg aku dah cuba dan beli (anggaran 10 jenis jenama roll on) tapi 1 pun tak memuaskan hati kecuali jenama one drop.Kalau dihitung berapa banyak aku boleh beli 1 perfume jenama asli di shopping mall.Jenama lain ni banyak cakap besar,sembang ke bulan dan putar alam je..dulu aku pernah beli perfume roll on jenama apa dah lupa,dorang buka booth di pasar malam Jalan TAR KL..Aku pun belilah sebab dia cakap ini pati minyak dan tahan lama...bohong la..bau sekejap masa calit lepas tu hilang...cium2 baju langsung dah tak ada.


BODY SHOP VANILLA edt

Tiba2 aku terindu bau kakak kerja tempat lama dulu,dia berbau seperti kek vanilla.Bila masuk tandas sekejap pun semerbak bau 1 tandas perfume vanilla dia.Aku pernah tanya dia mana dia beli perfume sewangi itu dan tahan lama pulak..katanya bukan jenama Body Shop pun tapi perfume arab di Semua House,bernilai RM60 dapat 50ml,banyak tu.Baunya sumpah aku tak boleh sangkal lagi..wangi sungguh.Kalau kakak ni masuk lif,semerbak bau 1 lif...ni baru rare.

Entah kedai perfume tu masih wujud ke tidak di sana,aku dah lama tak kesana.Aku berhajat cari perfume ni di kedai Body Shop sahaja.Gila rindu bau vanilla kakak tu aku sanggup beli di Body Shop dgn harga RM65,30ml.

Tapi ia hanya EDT bukan EDP.Dulu Body Shop ada keluarkan perfume oil..buka botol dan calit di nadi serta baju,bau pun tahan lama sebab oil.Sekarang dah tak buat dah.Hanya ada EDT Vanilla shj.Promoter nya kata EDT boleh tahan 6jam jika berada dalam bangunan.Jika di luar mungkin tahan 3 jam sahaja.

Aku spray di baju waktu nak tidur,esok pagi pun masih bau..wow syoknya..bau vanilla ni sunguh sempoi dan tenang...Rasa nak makan je..

Jika berada di luar aku spray di baju dan nadi...bolehlah bau tahan 5jam juga jika dihidu semula..

Apa2 pun aku dah order One Drop 10ml RM28...Aku rindu one drop...



ini hanya pandangan jujur aku sbg review..mungkin pendapat org tak sama.


Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...