Sunday 23 August 2015

Teluk Batik,Lumut Perak keindahan alam tropika

 


Teluk Batik ialah salah satu destinasi percutian popular di negeri Perak. Ia telah lama terkenal kerana pantainya yang cantik dan landai cukup sesuai untuk mandi laut. Selain itu, suasana yang tenang serta kemudahan tempat penginapan yang banyak menjadikan ia pilihan ramai setiap kali tiba musim cuti sekolah. Kawasan pantai yang luas menjadi pilihan bagi yang ingin mengadakan hari keluarga dan aktiviti perkhemahan.

Teluk Batik terletak dalam daerah Manjung. Lokasinya ialah di Lumut, yang terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Pangkor. Pelancong boleh ke sini dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Anda juga boleh memandu kenderaan sendiri terus ke sini. Jarak dari pusat bandaraya Ipoh ialah kira-kira 85 KM. Jika dari utara semenanjung Malaysia, anda boleh menggunakan PLUS dan ikut susur keluar Changkat Jering. Manakala dari selatan pula, sesuai ikut susur keluar Sungkai atau Bidor.

********************************************************************************************************************************

Singgah di Teluk Batik ini pun sekadar lepaskan lelah dan cuci mata melihat keindahan laut yang membiru.Bukan untuk tidur di chalet mahupun berkhemah.Mandi air laut juga rasa malas kerana risau kulit terbakar.

Jadi sewa kerusi malas dan berbaring ambil angin pantai.Damai,sejuk dan tenang.


sewa kerusi malas RM5

Di hujung pondok sana terdapat pelbagai jenis gerai makanan.Kebiasaanya mengikut pengalaman aku,makanan di gerai tepi pantai tidak kira pantai manapun adalah kurang sedap.Jarang jumpa yang sedap kecuali di Langkawi (chef yang masak ok).


Ada banyak juga aktiviti di sini seperti menaiki bot(banana bot),payung terjun dan main layang-layang.Kebanyakan dipelopori oleh kanak-kanak.



Jom kita nyanyikan lagu Flybaits-Keindahan Alam

Angin pagi berlalu, meresap jiwaku
Burung-burung menyanyi, berkicauan
Desir ombak berlalu, memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari, berkejaran
Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu, menyanyi laguku
Bagai hati yang pilu, yang merayu



pantai teluk batik lebih bersih drp Port Dickson


Pantai Teluk Batik yang bercirikan tropika atmosfera adalah bersih,airnya biru dan pasirnya sangat lembut apabila dipijak.Terdapat Muzium Siput di sini,anda bolehlah lawati jika ada kesempatan.





Bilik mandi juga disediakan dengan bayaran RM 1.Selesa untuk mandi dan menukar baju.


Hari minggu pengunjung agak ramai lebih-lebih lagi di kala petang ketika angin bertiup sepoi bahasa.Kebanyakan kanak-kanak riang bermain air.Dalam keriangan pastikan anda mengawasi anak anda kerana insiden lemas tidak mustahil berlaku.Beringat sebelum kena.Aku yang pandai berenang inipun tengok keadaan kalau nak mandi laut :)





Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...