Saturday 5 September 2015

Bekerja sambil makan angin di Putrajaya

Imbas kembali tahun Ogos & Sept 2015.Walau gaji tak seberapa besar namun hati rasa seronok jugalah bekerja,walau van menghantar barang customer ini tiada air-cond,layankan sahaja asal dapat keluar daripada pejabat yang kadangkala membosankan dengan rutin harian bekerja benda sama.Habiskan sisa-sisa terakhir bekerja di sini,lepas ni no more chance to Putrajaya.


Yang pasti singgah dahulu di kedai supplier,ambil stok.Bungkus nasi di warung India depan sana,arghh paling suka cili kering masin.Pedas rangup,terangkat bila makan dengan kari ikan beb.Aku seronok dapat naik van dgn Abg T dan Abg Sath ni.Dorang punya sempoi memang senang kira.
Loading time stock
 

Singgah masuk Alamanda Putrajaya utk makan
 Seingat aku,kali pertama ke Alamanda pada tahun 2009,pergi karoake di Superstar Karoake 5 orang dengan budak-budak IUM,hehehe.Hmm...hampir 10 thn sudah berlalu.(saat aku menulis blog)
Panas merelit itu biasa,lencun dah baju



Lihat burung bangau pun aku rasa seronok



 Di taman tasik inilah kami singgah untuk lepaskan lelah kepanasan,makan nasi bungkus yang dibeli tadi di sini sambil melilau-lilau tengok alam sekitar.Bukan lama pun duduk sini dalam sejam sahaja sementara tunggu untuk pulang.


Bila dah lama tak kerja bidang pejabat terasa rindu pula,bukan..aku rindukan memori kerja di sini dulu.Ada suka dan duka tapi lebih kepada suka.Hati aku senang,tiada gangguan luar.Entah kenapa aku susah sangat nak yakinkan diri untuk mohon kerja sektor kerajaan walau sudah banyak kali di pesan kawan-kawan.Mungkin kerana aku kurang konfiden dan tiada kenderaan untuk bergerak.Berat sungguh hatiku.Biarlah aku senang sahaja kerja swasta sekalipun.:)

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...