Sunday 30 June 2019

Genting Highland 2019 belum siap renovation

Genting Highland versi baharu

Seingat aku,August 2013 taman tema outdoor Genting Highland sudah mula ditutup untuk pembinaan taman tema baharu.Masa August 2013 aku dan member ada melepak di sana.Waktu itu banyak laluan short cut telah dipagar dan ditutup.Dengar cerita 2 tahun kemudian akan siap taman tema baru tapi sehingga kini masih dalam pembinaan.Sudah 6 tahun lebih berlalu.

Genting ada isu dengan 21 century Fox.Fox nak tarik diri pulak dari perjanjian menjadikan Genting sebagai taman Disneyland.
Mengikut pada saman US$1 bilion yang difailkan oleh Genting, punca pembatalan adalah kerana Disney tidak mahu imej ‘family friendly’ mereka tercemar kerana mempunyai kaitan dengan sebuah taman tema yang dibina berdekatan kasino.
Disney membeli Fox pada 27 Julai 2018 sedangkan perjanjian untuk taman tema ditandatangani oleh Fox dan Genting pada tahun 2013. Sekarang ianya jadi kes pemilik baharu tidak berminat untuk meneruskan projek sedia ada yang telah dipersetujui sebelum ini.Sebab itu sampai sekarang masih terkial-kial membina projek. 
Kalau datang Genting pun boring...suasana tak macam dulu,sekarang plaza First World sudah dibesarkan,tambahan pusat beli-belah dan restoren.Sampaikan kelab Zouk pun dah dibina di atas puncak Genting ni.Entah siapa nak berhibur di sini malam-malam.I cannot brain.

Pandangan aku,kalau ke tempat peranginan ni bukan untuk shopping sakan serupa macam di KL,clubbing dan sebagainya.Motif utama cuma nak hilangkan stress,menikmati pemandangan berkabus dan alam flora,merasai kesejukan di puncak bukit.Ini tidak,Genting baharu ni semacam pusat beli belah terbesar pulak.Tak nampak serupa Genting yang dulu kala..Tanah pun banyak dah dikorek untuk pembangunan.Tambahan pula di Goh Tong Jaya (tempat menaiki kereta kabel),dibina pula Genting Premium Outlet iaitu butik pakaian,beg,kasut berjenama mewah..

Di sini aku nak cerita kisah naik ke Genting.Tak rancang pun,saja jalan-jalan naik train,tiba-tiba terasa nak jenguk Genting..agak-agak dah siap ke taman tema yang sekian lama terbengkalai di sana,tanya diri aku?

Tiket bas dibeli di bawah stesen Gombak,Putra LRT.Hampir RM 30 tambang bas dan kereta kabel (pergi balik).Steady macam biasa,aku chill.Dalam bas jumpalah penumpang pelik-pelik,biasanya yang asal dari negara seberang.Ahaha..lagak gaya lain macam kui kui kui...

Di dalam bas aku menggelamun ,teringat kenangan-kenangan lama naik bas ke Genting dengan kawan-kawan wahh seronok betul.Siapa kata kawan itu tiada makna dalam hidup?Sangat bermakna menemani dan menceriakan hari-harimu


Dah jumpa papan tanda ni bermakna anda hampir tiba di Goh Tong Jaya

Stesen kereta kabel Goh Tong Jaya banyak perubahan.Kaunter tiket lebih tersusun dan efisen.Alamak,hari biasa pun ramai ke pengunjung?Hairan kejap...rata-rata bukan orang local tapi China,Vietnam,Thailand,Bangla pun pandai dah bersantai di Genting.wahwahwahh

Bosan pula rasa tiba-tiba mana Ena ni ~~~



Pemandangan dari dalam kabel car

sempoinya pakai T shirt pendek,no need jacket :P

Anak sungai kecil ni masih wujud,lagend bro


Laluan kabel car dah dipanjangkan sekarang,boleh berhenti di stesen Chin Swee temple (tokong) dan hotel First World ok.Kalau dulu semua ni tak nampak.

Sekarang naik kabel car dah boleh nampak tokong,dulu takda ok.





Keadaan mula berkabus seperti hati berkabus asap kelabu,apa?
View baru ni macam semak doh



Entah bila akan siap...mengikut firasat aku...lagi 2 tahun.

Sampai di stesen cable car berwajah baru


Apa kejadah benda ni aku tak tahu tapi berpusing-pusing je






See?billboard Zouk club...bosannnn

Sebuah pentas persembahan.Menarik kan?

 Kau cuba tengok,makin luas dan lebar shopping mall di plaza ni...kalau kau berdiri di sini dah macam ala-ala Sunway Piramid mall....feel Genting dah takda.Motif org datang sini nak shopping ke nak ambil angin?Ni pandangan aku laa sebab aku sukakan nature place,serius la Genting dah tak sama macam dulu kala...lebih kepada nak memancing pengunjung habiskan masa utk shopping sebab outdoor themepark belum siap.Indoor themepark ada...harga boleh tahan bak ang.



                             
                                 Near casino.Take a selfie for myself to be happy~~~

Ada kasino baru...abg polis bosan dah tunggu client nak berjudi


Lobby First World Hotel,macam biasa lampu krismas ni drp dulu-sekarang masih wujud

Aku paling suka duduk lepak kerusi kayu tepi dahan pokok.Malangnya full seat .
Teringat dulu-dulu datang dgn member,pekena maggie cup panas kat seat bawah dahan kayu berlampu ni.Air panas semestinya cilok di aras 5 hotel First World,oppss bocor rahsia..hahaa



Macam biasaa aku naik merayau tingkat atas hotel First World...angka favourite aku ialah 17.Snap sekeping tingkat 17 punya lif,sumpah dah cun hotel First World sekarang.Dulu karpet biru bintang-bintang bau pun kepam.Mostly dalam lif,lobby hotel dan kemana ceruk Genting pun ialah kaum cina.Dah tempat dorang...kasino.

Sedap jugak dapat rebah  badan check in di sini,wah wahh


Snap dari tingkat 5..port biasa aku lepak dari dulu..ada balkoni tepi ni boleh view pemandangan.Amber Court pun boleh tengok



 


Hollaa..i am kawaii girl from Japan x:) dadadaa~~













Suasana baru hotel First World yang ditambah bilik..lebih elegant 


Perut lapar pulak,Pusing beberapa kali dalam plaza aku jumpa Marry Brown.Dulu restoran ni di tingkat bawah,sekarang dah renovate semua pindah atas ke ceruk lebih besar hujung sekali.Serius aku confuse dengan arah jalan plaza genting yang baru ni. Aku lagi suka landmark lama lebih friendly beb!!

Harga makanan 1 set rm17.90 ,portion pun kecil je.Tak apalah asal kenyang sikit.Jam dah menunjukkan jam 4 petang maka aku harus segera balik,nak beratur tunggu kabel car lagi.

replika gajah tepi Marry Brown


Ripley's ini pun dah pindah tempat rasanya





Sempat singgah tengok bangunan Genting Premium Outlet.Kemudian singgah Watson dalam Goh Tong Jaya beli facial cleanser.Banyak dah face cleanser tapi beli sbg kenangan ke Genting.


Yeahh dah mula turun dari cable car...tudiaa Hotel Theme Park,nampak lusuh dari luar tapi harga mahal...



On the way going down bebeh,i wish my BFF Ena was here join me

Anda boleh juga berhenti di stesen cable car Chin Swee 




Dari luar je..malas nak masuk,duit tadakk


Pukul 5 aku naik bas menuju ke KL..kenal pulak dengan gadis dari Korea,dia duduk sebelah seat aku..dia minta idea tempat makanan tradisional malaysia dan tempat beli cenderamata...hihi...nice girl..sorang pulak tu dia jalan-jalan naik Genting,

Mengikut komen aku,Genting berwajah baru ni tak berapa syok laaa  sangat..tak serupa tempat peranginan dah tapi tempat beli-belah.

...memang tak syok bagi aku! Dah hilang lagend ..wakakaa -_-



Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...