Monday 31 December 2018

Selamat tahun baru 2019

Derita,kesedihan,sesalan,sakitnya sebuah hati dilukakan,tangisan,bebanan,runtuhnya maruah diri saat dipermalukan namun tetap tersenyum tenang.

Semuanya akan ku kuburkan segala duka lara dan air mata 2018.Tidak akan sesekali ku gali,ku ingati dan ku kenang lagi.Apa yang sudah berlaku biarkan ia pergi lalu menjadi pengajaran yang berguna buatku.Ia membuatkan diri ini lebih tabah dan kuat.Intan itu bila digilap barulah bersinar.Besi itu bila ditempa barulah berkilat dan tajam.




Azam baruku tidaklah banyak.Aku benar2 ingin;

 Menjadi diri yang baru
 Semangat baru
 Tak peduli apa orang kata dan fikir
 Nak kata apa sila kata jgn simpan
 Buang keraguan
 Buang segala lingkungan aura negatif (diri & org)
 Jadi diri sendiri (be a real myself)

Di tanggal 1 Januari 2019,dengan lafaz bismillahirrahmanirahim,aku yang bernama ----------
menutup,mengambus menguburkan,menghapus memadam SEGALA,SEMUA kepahitan,air mata,duka kenangan dan peristiwa di tahun 2018.Takkan lagi ku kenang,ku ingat,ku bayang ku bawa ke tahun ini.Akan ku sekat,lupa dan buang jauh2 dari dalam hati dan fikiranku.Terkuburnya dan tenggelamnya semuanya dan tidak akan timbul lagi.Segalanya kosong,kosong dan hilang pergi umpama batu berat yang tenggelam ke dasar lautan dalam dan tidak sesekali timbul lagi.

Semoga azam tahun 2019 aku berjalan lancar dengan izin Yg Maha Kuasa.Amin amin amin Ya Rabb.Rahmatilah aku.

Thursday 27 December 2018

Kenangan Flat Pekeliling

Anak jati Kuala Lumpur pasti tahu dan kenal Flat Pekeliling.Siapa yang sudah lama menetap di bandar KL juga mesti tahu.Yang baru datang KL,acah-acah hispter dan urban tu boleh jalanlah,mereka cuma kenal KLCC,BB,Times Square dan segala macam shopping mall yang sudah sedia gah di mata dunia.Mat Salleh yang datang KL pun tahu di mana Bukit Bintang.





Selalu kutip sepit baju atas bumbung guna kayu hihi

Flat Pekeliling telah dibina antara tahun 1964 dan 1967 untuk menampung golongan berpendapatan rendah dan rakyat setinggan di bandar. Mereka tujuh blok rumah pangsa (Blok A, Blok B (kedua-dua dirobohkan pada tahun 2006), Blok C, Blok D, Blok E, Blok F, Block G) dan rumah kedai empat tingkat yang terletak di Jalan Pekeliling (kini Jalan Tun Razak) dan Jalan Pahang, yang dibina pada kos RM20.5 juta yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Ibu Kota Kuala Lumpur (kini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

Flat ini memang strategik kedudukannya.Ianya dekat dengan pelbagai kemudahan awam seperti bank,stesen LRT,monorail,bas,Hospital Tawakal lama,pusat beli belah The Mall,Chowkit,Hospital Besar Kuala Lumpur.Kalau nak ke sana hanya jalan kaki.Dekat juga dengan Sentul.


Hentian bas Pekeliling

The Mall

Aku menetap di sini semenjak dari tahun 1992.Flat ini popular era 70an,ketika zaman seniman P.Ramlee lagi.Dulu flat ni dibina khas untuk pasangan yang baru berkahwin dan tidak mempunyai anak/ramai anak.Seunit rumah flat ini cuma mempunyai sebuah bilik.Memang tak berapa sesuai untuk yang ada anak ramai.Kebanyakan yang ada bilangan ahli keluarga besar,pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) akan memberi mereka rumah hujung sekali.Ini kerana rumah di bahagian hujung mempunyai dua buah ruang tamu,jadi boleh muat ramai isi rumah.Tapi bilik tidur tetap ada satu sahaja.Agak tertekan tinggal di rumah sempit tambahan pula adik beradik nakal yang suka sepahkan rumah.

Artis pun ada sewa di sini.Bukan pelik sangat pun.Dulu mana ada lambakan rumah kondo macam sekarang.Sejak kes runtuhan highland tower tahun 1992,mana ada pemaju berani dirikan rumah tinggi-tinggi.4 tahun kebelakangan ini saja lambakan kondo kembali meluak-luak,habis bukit digondolkan demi pembangunan maha taik kucing dan menghalau penduduk asal di situ berpindah.Betapa rakusnya.


Banyak kenangan menetap di flat ini dari zaman kanak-kanak hinggalah remaja.Aku tinggal di Blok D,berdekatan dewan serbaguna dan pusat dobi Smart Wash.Zaman tu dah wujud dobi bijak ni,beli token,masuk duit dalam mesin,cuci dan keringkan terus.Walahh...dalam pusat dobi ni disediakan TV,ada mesin jual minuman dan jajan.Ada je penduduk flat yang duduk di kerusi sambil tonton TV,mungkin sengaja ambil angin luar.

Tepi Smart Wash ada tempat menunggu bas sekolah.Tiap pagi kami akan beratur panjang di sini.Ingat lagi muka uncle bas tu.Suami isteri bawa dua bas.Siapa yang naik bas tapi tak bayar sewa bas bulanan akan dihalaunya masa tu juga,dia kenal setiap muka budak-budak sekolah yang naik bas dia.Aku pernah kena sekali,malu betul aku masa tu di tingkatan 2.

Sebelah petang pula aku menghadiri sekolah agama sesi petang di Flat Sri Wilayah,Sentul (flat polis).


Hendak ke sekolah ni kena lintas jalan depan bangunan DBKL dan lalu kawasan sungai.Seberang jambatan,lalu tapak parking,kuil india dan akhirnya jumpa pagar flat.Sekolah agama aku betul-betul bawah flat.Persekitaran belakang flat ini amatlah kotor,orang main campak plastik berisi sampah dari atas dan jatuh atas rumput,kadangkala sengaja campak masuk sungai.Mana sungai tak tersumbat.Nama aje bini polis tapi tiada kesedaran sivik.

Ramai budak-budak flat pekeliling sekolah yang sama denganku.Baik sekolah rendah,agama malah masuk ke sekolah menengah.
Ustazah sekolah yang paling aku seram ialah ustazah subjek sirah Nabi.Lupalah siapa namanya.Sekali dia menempek,kecut perut.Rakan-rakan sekelas aku ramai budak flat Pekeliling juga.Jadi tiada masalah untuk kenal.Ada juga anak-anak polis flat Sri Wilayah ni.

Paling sedap,pau sambal yang dijual oleh seorang makcik depan pagar flat Sri Wilayah.Terangkat beb.

Flat biru belakang itulah sekolah agama aku

Setiap hari Khamis,ada pasar malam di tapak parking tepi jambatan sungai ni.Balik sekolah agama mesti lalu tapak pasar malam ni.Meriah sungguh weh.Ada jual ikan,sayur,kuih-muih,buah-buahan,makanan segera,VCD,pakaian dan pelbagai lagi.Aku paling suka survey VCD cerita Cina.Memang kesukaan aku tengok cerita Cina.Ada kawan aku lagi seorang gila cerita cina.Kisah lagenda cina di tv semua di suka,antaranya Fong Sa Yuk.Ada sehelai baju t-shirt RM 5 aku beli di sini,sampai sekarang aku pakai walaupun dah koyak.Kenangan beb.

Belakang blok F,ada bangunan lot kedai seperti pejabat,klinik,pusat jualan produk Revell.Dulu produk Revell memang popular.Ramai penduduk sini jadi ahli dan beli langsung di pejabat.Aku suka pencuci muka epal hijau,bedak cherry.Lot belakang ni selalu krew drama Gerak Khas TV2 buat shooting.


Haiii aku sembang dah melalut,tadi nak sembang hal flat pekeliling.Flat ni ramai kata seram dan berpuaka.Entah betul atau tak aku tak pasti,mungkin keadaannya yang suram dan agak gelap di dalam membuatkan orang luar yang datang menjadi seram.Memang betul,banyak lampu di kaki koridor setiap tingkat hilang akibat dicuri orang.Hujung corner rumah pula tiada lampu dan jadi sarang penagih dadah untuk melepak.Seram oii..Bau hancing pun boleh tahan.

Keadaan di dalam ruang flat

Tingkat paling atas;tingkat 16


Bila naik ke tingkat 16,tingkat paling tinggi,cuba kau pandang ke bawah...kecik je rasa...sejuk kaki.
Banyak kes orang terjun mati bunuh diri di sini.Yang datang pun orang luar kawasan.Pernah ada satu kejadian waktu itu aku bersiap-siap untuk ke sekolah sesi petang.Sekitar pukul 12 tengahari ada satu bunyi seperti almari yang berat jatuh ke bawah.Boommm!!Bunyinya kuat.Aku pandang ke bawah rupanya ada seorang lelaki cina sudah berbaring terlungkup ke lantai.Darah merah pekat mengalir membasahi lantai.Ngeri aku rasakan.Eeee....masa aku tunggu bas,aku ternampak air sabun bercampur darah mengalir ke longkang.Maknanya sudah dicuci oleh cleaner.Dengar cerita ahli keluarga mangsa yang tinggal di Cheras ada datang melakukan upacara sembahyang di tapak kematian itu.Aku tak pasti kenapa flat ini sering menjadi sasaran tempat bunuh diri.Seram wei.

Lif di sini hanya ada di tingkat G,4,8,12 dan 16 sahaja.Jika anda duduk di tingkat 6,maka turunlah menunggu lif di tingkat 4 gitu.

Masuk tingkatan 2,aku menghadiri kelas tusyen di Pusat Tuisyen Perijaya ,Jalan Ipoh.Dari rumah aku harus menyeberangi stesen LRT Titiwangsa-jalan kaki sepanjang sungai Gombak-belok ke kanan.Bangunan pusat tusyen itu terletak di rumah kedai.Dulu bukan ada telefon macam zaman sekarang.Tapi keseronokan belajar kelas tusyen,masuk rumah hantu (aktiviti di pusat tusyen) memang best.Ada 4 orang lagi kawan-kawan sekolah aku yang belajar kelas tusyen sama.Aku masih ingat Sir Danny yang mengajar matematik tapi dengan bahasa double meaning lucah.Cikgu bodoh.Kami biasanya berjalan kaki sama-sama ke kelas selepas balik sekolah.

Memandangkan flat ini dekat dengan The Mall,aku ada juga singgah di sana.Masa zaman sekolah singgah kedai VCD,souvenier untuk jalan-jalan.Nak beli tak mampu.Bila habis sekolah,zaman study...singgah untuk karoake jamban.Huhuhu...The Mall sekarang dikenali sebagai Sunway Putra Mall.Dulu nak balik kampung tunggu bas belakang The Mall.Sekarang dah tak ada hentian bas tu.Seingat aku hentian bas ditutup dalam tahun 2013.TBS dah buka maka tutuplah yang lama.Bila musim hari raya,kami makan jamuan raya di PWTC.Makan sedap beb.Dapat jumpa Pak Lah (PM Malaysia) masa tu.

Pernah juga naik monorail ke KL Sentral dan naik KTM balik kampung.Aman sahaja waktu itu,tiada orang pelik-pelik,gedik-gedik melampau macam budak sekarang.

Meskipun rumah flat ni agak sempit tapi seronok tinggal di sini.Meriah dan gembira selalu.Depan blok G ada taman permainan,boleh main buaian dan papan jongket.Ada deretan rumah kedai yang jual pelbagai makanan,permainan.Aku suka beli anak patung ala Barbie di kedai apek tu.Murah je dalam RM4.50 masa itu.

Bila bulan Ramadhan,aku selalu solat terawih di surau.Surau di sini amatlah damai dipayungi pokok besar.Selalu ada orang sedekah nasi lemak.Best sangat menjalani ibadah puasa di sini.Bazar Ramadhan tak ada di sini,tapi setakat orang pacak payung depan blok C jual makanan ada lah sikit.Mak pernah suruh aku beli pajeri nenas dengan Kak Jah depan blok C ni masa aku Tingkatan 2.Beraya di flat ini sudah jadi lumrah saban tahun.Aku jarang beraya di kampung,biasanya tunggu beberapa hari raya barulah balik kampung.Meriah juga raya di sini,saling berkunjung ke rumah jiran makan biskut raya dengan air gas.Hahaha..seronok tengok blok depan ada unit rumah pasang lampu kelip-kelip semasa puasa lagi.

Atas bukit sana ada foodcourt,ia bukanlah bangunan cuma hanya deretan kedai ala warung gitu.Ada kedai makan,kedai jual air kelapa,kedai sewa VCD pun ada.Satu VCD bayar RM 1 dan tinggalkan alamat rumah.


Kalau nak ke pasar pagi tiap hari ahad,kena lalu terowong bawah tanah.Atas terowong itu adalah Jalan Tun Razak.Pasar pagi itu terletak di tapak parking kereta kawasan blok B.Di sana ada jual baju,perhiasan wanita,ikan hidup,alatulis dan macam-macam lagi.Aku suka tengok ikan emas.Banyak dah koleksi getah rambut dan cekak rambut yang aku beli di sana.Aku kalau lalu terowong tu masa nak pergi sekolah mesti berlari laju,takut sebab dengar cerita ada peragut,penagih dadah.Ada yang cerita bila waktu malam ada rambut panjang terjulur keluar melalui atas terowong,eeee seramnya.

Selalu juga ikut famili ke Chowkit sebab ini saja yang paling dekat dengan rumah.Lebih kurang 1.5km juga kalau jalan kaki.Malam raya jalan-jalan ke Chowkit seronok sangat,muka Indon,Bangla atau orang asing lain payah nak jumpa.Kebanyakan orang tempatan yang meniaga.Era 90an hingga tahun millinium 2000.Bersih lagi bandar KL.Singgah SOGO beli syampu Impulse wow wangi betul aromanya.

Masuk Tingkatan 3-5 aku mula berjalan kaki ke sekolah.Senang dan jimat tambang.Tiap pagi dan petang mesti lalu terowong itu.Ingat lagi ketika tahun 2004 heboh kejadian tsunami di Acheh,KL pun terima tempiasnya juga konon banyak rumah flat retak akibat gegaran.Masa tu bomba mengarahkan semua penduduk berkumpul di bawah.Bomba naik kren dan suluh dinding pakai lampu untuk lihat ada keretakan atau tak.Ada sedikit.

Flat pekeliling ni pelik.Selalu tiba-tiba lampu padam.Dalam sebulan mesti terjadi 3-4 kali.Kami memang sentiasa sediakan lilin untuk menghadapi situasi blackout ini.Aku takut gelap.

Dewan serbaguna depan blok aku selalu bising di malam minggu.India buat pesta dinner dan kahwin.Berdentum-dentum bunyi muzik dorang.Buat lampu disko pun ada.Memang nampak meriah.Kalau hari biasa,kami akan masuk dewan bermain badminton.Aku dulu suka main badminton.Bulu tangkis percuma je orang tinggal dalam tu.Asalnya dewan tu dewan badminton tapi boleh jadi serbaguna apabila ada aktiviti.

Orang buka kedai dalam rumah pun ada.Selalu aku beli jajan dengan Cik #$%^* Berapa ratus duit dah aku dan adik-adik habiskan untuk beli jajan di rumahnya hahahaa...jadi ketagih pula zaman kanak-kanak makan benda tak ada khasiat ni.Itu pasal gigi selalu rosak dan sakit.

Aku suka melepak tingkat 7 rumah @$%_+ .Masa kanak-kanak dulu rapat sangat dengannya.Dia macam kakak aku.Selalu tengok ibunya,Mak Ndak masak laksa.Rumah aku tak ada tv jadi tumpang tengok tv rumahnya.Tengok Anugerah Juara Lagu,Anugerah Bintang Popular.Huii era 90an dah ada tau acara demikian.Rumah aku tv kejap ada kejap rosak.Sedih dan sunyi sangat tak ada tv.Bila jiran sedekahkan tv,seronok bukan main.Mulalah kelebek cari channel.Dapat dengar suara pun dah gembira sangat.Zaman tu Siti Nurhaliza tengah top sangat-sangat.Semua lagunya aku enjoy.Siap buat buku lagu.

Masuk tahun 2004 abah beli tv baru.TV8 masa tu baru launching.Seronok layan rancangan Bawang Putih Bawang Merah (tak suka sangat cerita Indonesia ni sebab jahat sangat watak Bawang Merah),Quickie,Friday Night,Ghost,Ghost Whispered,Malaysian Idol.Aku mana kenal astro masa tu.

Masuk tahun 2006 layan cerita Mutiara Hati tv9,Hikmah tv2.DBKL arahkan semua penduduk berpindah pada tahun 2005 secara berperingkat,nasib baik aku sempat habiskan persekolahan.

Tahun 2006 aku masih menetap di sini.Ada sebahagian penduduk dah pindah ke kawasan lain (arahan DBKL) untuk kosongkan flat.Blok aku dikecualikan sampai tahun 2007.Sempat aku tinggal di sini lagi,bekerja di SOGO selama 8 bulan sebelum sambung study.Ulang-alik ke tempat belajar naik LRT.Semakin lama flat semakin sunyi dan sepi.Tinggal berapa orang aje di sini.Bulan 7,2007 kami mula berpindah.Sedihnya tinggalkan kucing yang selalu singgah makan di rumah aku.Kucing ni milik jiran tingkat 3 tu.Tak tahu apa nasib si tompok ni.



Inilah keadaan flat setelah ditinggalkan sekian lama

Rugi aku tak potretkan gambar kenangan semasa tinggal di flat ni.Ala lagipun masa tu zaman kamera filem bukan seperti sekarang semua di hujung jari.Terfikir juga sebelum flat ini dirobohkan kenapa aku tak singgah je melawat?Takut agaknya sebab dah terbiar maka jadi sarang penagih.Flat ini selamat dirobohkan pada tahun 2014.Katanya nak buat kondo,rumah mewah.Tengok-tengok jadi tempat buat stesen MRT.Entahlah...ada saja alasan nak suruh penduduk pindah,konon semak mata.

Ini sahaja gambar yang sempat ku simpan.Tangkap dari balkoni

Tompok kucing flat


Rasanya band indie HUJAN ada buat rakaman shooting video klip lagu di atas bumbung flat pekeliling.Aku tak pasti lagu apa.Cerita di astro tajuk Di manakah Amanda juga ada shooting di flat ni selepas flat ni dikosongkan.Cerita Apokalips filem Mamat Khalid pun.

Ada dua tiga keping gambar aku ambil sebelum berpindah,tapi memori kad tu dah hilang.Walau apapun semua kenangan masih segar dalam ingatan aku.

Nota: gambar flat cuma sumber google.

Apa pun flat pekeliling memang lagenda orang KL.

Tuesday 4 December 2018

Alam itu mendamaikan

 


Aku dengan alam memang tidak boleh dipisahkan.Alam adalah sebahagian dari hidupku.Tanpa alam suramlah pandangan mata dan hatiku.Aku masih ingat lagi tempat ini di mana ada pemandangan indah mendamaikan hati yang kelam.Dulu sewaktu aku bekerja di sini,ada masa terluang di waktu rehat pasti aku akan habiskan masa berbaki berdiri melihat langit terbentang luas.Tambahan pula baru lepas hujan ada segaris pelangi singgah menabir awan.

Aku berdiri sebentar dari kawasan parkir kereta menghadap pemandangan indah ini.Dalam hati mengagumi kebesaran Maha Pencipta.Rasa ingin terbang melayang bersama-sama burung di kaki awan.Rasa tenang,aman dan damai.Tiada gangguan suara-suara dari mulut-mulut manusia yang gemar berbicara hal sia-sia.Hanya aku dan alam di sini.Melihat burung berterbangan menambah rasa damai.Sesungguhnya aku lebih gemar bersendiri dan berdiam diri menyaksikan keindahan ciptaan tuhan.Lisan terjaga dan hati juga bersih bila tidak bercampur dengan maksiat manusia.Sungguh aku kusut melihat tingkah manusia yang serupa haiwan.Aku juga suka meminjam novel di perpustakaan dan membaca di pinggir tangga aras atas.Asalkan aku tenang dan bahagia.Bercampur berlebihan dengan manusia ini sebenarnya menambah masalah,kusutkan akal dan jiwa.

Masuk semula ke dalam bangunan,pendengaran aku dicemari suara bingit dari lagu-lagu entah apa-apa di tempat kerja.Jiwaku yang lapang tadi juga mula dikotori dengan tingkah manusia.Memang ada manusia yang bilamana aku pandang dia tercipta satu aura negatif.

Thursday 29 November 2018

Dapat gaji duit habis

Bila dengan kawan atau istilah istimewa lagi kita gelar sebagai sahabat ni,tak ada kekasih pun tak mengapa.Dengan adanya mereka cukup merasa dihargai,disayangi,diambil berat.Memang tak dinafikan di kala mereka kesusahan tentulah ada yang meminta pinjam duit.Kalau tak mampu tak perlu beri pinjam.Kalau ada lebih boleh tolong.Tapi jangan kerap sangat nanti terbiasa pinjam maka liat pula nak membayar hutang.Pengalaman beb,aku tahu.Kalau betul-betul susah tak apa,ini jalan sana sini mampu pula,hutang orang buat-buat lupa.

Ukur baju di badan sendiri cukup.Kalau gaji kita pun cukup-cukup makan,nak hulur kepada orang tua pun terketar-ketar tangan,baik jangan senang-senang bagi kawan pinjam.Itu dah masuk kategori tak mampu.Biar orang masam muka sebab kita tak bagi duit,daripada kita yang terpaksa makan pasir kerana orang.Lagi parah,kita pula kena meminjam duit dengan orang lain sebab dia.

Seseorang hamba Allah pernah pesan kat aku,kalau baru kenal orang tu lepas tu dia mula nak pinjam duit,AWAS!Spesis manusia begini kebanyakan memakai jin/sihir.Niat tak elok.

Kita boleh nampak orang tu nak ambil kesempatan atau betul-betul susah.

Aku mula bekerja dari tengah tahun 2009 dengan gaji RM800 sahaja sebulan.Nampak kecil,ramai komen kata kenapa kecil.Tapi dengan gaji itu aku boleh simpan duit hampir RM5000 dalam masa kurang setahun bekerja.Aku pandai berjimat.Setiap hari bawa bekal nasi goreng dari rumah sampai kena sindir dengan kawan-kawan "kau tak bosan ke makan benda sama tiap hari?".Sebab tak pernah nampak aku makan mewah macam dorang,maka bunyi lagi sindiran "kau bawa duit berapa ringgit sehari?"

Yang bertanya tu pula ada suami.Suami dia bagi duit belanja RM10 sehari untuk mentekadarah.Haa kasar kan ayat aku?Aku tak ganggu apa orang nak makan,minta makan dorang pun tidak....

Jujur aku katakan disebabkan aku tak buat kad ATM,hanya pakai buku bank sahaja,maka duit aku selamat dalam bank.Sejak terpengaruh cakap kawan sekerja suruh buat kad ATM agar mudahkan urusan pengeluaran duit,maka BALA MUSIBAH mula menimpa.Makin hari makin susut wang simpanan aku.Perbelanjaan tak dapat dikawal lagi.Sesal seumur hidup :(

Nak cerita kisah berkatnya gaji kecil RM800 dahulu.

Dengan gaji itu aku boleh hulur orang tua sikit,tolong bayar bil-bil rumah (bil astro beratus juga rasanya dulu RM 160 sebab ambil pakej yg banyak),bil api.

Aku mampu beli baju,beg tangan berjenama dalam shopping mall.Harga ratus juga.Siap boleh pergi salun buat rawatan muka,rambut.Balik kampung belanja sepupu beli barang.Beli barang mekap,produk kesihatan.Siap boleh joli nyanyi karoake,tengok wayang.Yang paling syok dapat bercuti sana sini.Kongsi duit dengan kawan-kawan kami rancang bercuti.Bajet pun anggaran dari RM100-RM250.Ikut destinasi percutian.Semua dah masuk duit petrol,hotel,makan,beli cenderahati,buat aktiviti.

Melepak ke Genting Highlands,Cameron Highlands tu dah macam rumah sebelah.Seronok wei.
Ke Kedah,Perlis,Perak,Selangor,PD.Pulau Pangkor dah habis khatam.Setahun 2x ke sana,kemudian sambung tahun seterusnya.Langkawi pun dah jejak,siap naik flight lagi.Memang seronok bercuti.Tak fikir apa dah.Memang kadang ada sedikit salah faham bab-bab cuti ni tapi cepat-cepat selesaikan.

Hari minggu bila mana bajet tak berapa gah,kami ke kawasan berdekatan sahaja seperti Pantai Bagan Lalang,Sepang.Makan-makan di downtown Kajang dan Uptown Damansara.Makan di restoran Istana Bambu,Shukumuvit Garden (restoran Thai) dan mana-mana gerai yang makanannya sedapJanji ada masa melepak.Kadang saja naik kereta pusing kawasan Solaris tengok perumahan mewah di sana.Seronok dapat berbual dan berkongsi cerita.

Tak pernah nak mengeluh duit tak ada.Agaknya berkat nilai gaji itu.Di tambah pula bisnes online kecil-kecilan ada juga pulangan hasil.Bolehlah tambah-tambah duit.Selalu order barang online.Ada saja nak beli.Kira masih mampu.

Perasan juga 3 tahun kebelakangan ni,dapat gaji pun duit entah kemana pergi.Nak kata simpan banyak tak juga.Makan pun bukan pulun makan sedap sampai sehari habis RM50.Nak kata bayar hutang bank pun tidak.Sales online semakin merundum.Nak beli baju sehelai pun rasa tak mampu.Entah di mana silapnya.Rasa nilai duit semakin mengecil lantaran segala benda semakin mahal.Mungkin harga makanan tempat aku kerja sekarang pun cekik darah juga.Kalau ikut selera tekak,lama-lama jadi najis juga makanan yang dimakan tu.

Jujur aku katakan aku tak pernah rasa sesukar ini.Nak tunggu gaji akan datang rasa azab sungguh.Telan liur saja lihat makanan sedap-sedap tapi tak mampu beli sebab duit gaji dah kering kontang.9 tahun lepas gaji aku bersih cuma RM705 tapi aku boleh buat pelbagai perkara.Kenapa sekarang nilai gaji aku dah naik sikit tapi aku rasa semakin tak cukup?

Kan best kalau dapat gaji,duit gaji terus simpan 700.Allahuakbar!

Kalau sebulan tak kerja siapa nak bayarkan bil-bil rumah?Nak bagi orang tua lagi untuk bayar kos rumah.Bukan mengungkit cuma terfikir,kalau begitu untuk diri sendiri pula bagaimana?

Terasa sesal pula zaman dulu boros.Boleh sangat kalau "curi" RM200-300 simpan dalam bank lain.Setahun dah jadi 3600.Entahlah nak kata habis beli barang,tak ada pun.Habis membazir macam tu je duit buat makan dan entah apa-apa pun tak tahu.

Aku rasa nak lari pun ada.Lari pun kena guna duit juga,bayar bilik sewa pula.Kos makan lagi bertambah.Serupa je.

Ya Allah sesaknya dada hidup dalam bandar KL ni....orang ingat kerja di KL ni gaji besar,ohh silap.Gaji kami tak cecah pun RM1500.Dah tolak EPF,SOSCO bagai tak sampai pun.

Siapalah yang duk sumpah hidup aku ni sampai melarat macam ni...apa salah aku YA ALLAH....penat kerja pergi siang balik hampir tengah malam,apa pun tak ada......aku sedih sangat.Nak beli baju pun tak mampu apatah lagi keluar bercuti seperti dulu.Kalau jumpa duit seguni kan best tapi mustahil.







All about Sharifah Amani

Siapa di sini peminat Pelakon Sharifah Amani sila angkat tangan?

Saya memang antara peminat lakonan beliau.Mula-mula kenal Sharifah Amani (SA) ni waktu tahun 2005 filem Gubra dan Sepet.Dia banyak berlakon cerita mengenai semangat perpaduan kaum,agama arahan allahyarham Yasmin Hani.

SA dilahirkan tanggal 10 Jun 1986.Sekarang dia berumur 32 tahun.Masih bujang dan comel sangat dengan wajah keanak-anakan di tambah pula dengan tubuhnya yang kecil molek.Pernah beli majalah Klik yang top suatu ketika dulu pada tahun 2004-2005.Ada terbaca biodata SA ni.Tinggi SA cuma 150cm dan berat 40kg.Memang comel.





comel kan?tak nampak macam umur 32


Filem Sepet ialah kisah cinta pasangan remaja berlainan bangsa antara Melayu dan Cina.Set lakonan bertempat di Ipoh,Perak.Remaja lelaki Cina tersebut penjual VCD cetak rompak.
Filem pertama aku tonton tahun 2006 ialah Sepet.Dengar nama filem pun dah unik dan menarik.Tambahan pula percintaan antara dua bangsa.

SA banyak memakai baju kurung kain cotton dalam filem Sepet ni.Alamak tambah ayu dan comel sekali.Tubuhnya kecil molek maka bertambah kecomelan okeh.





Scene filem Sepet.Comel sangat pasangan sejoli berteduh hujan




Sinopsis

Filem Gubra ini merupakan sambungan daripada filem Sepet. Dalam filem Sepet, didedahkan hubungan gadis Melayu bandar belasan tahun dengan pemuda Cina yang menjual CD cetak rompak haram di pasar-pasar malam. Malangnya pemuda Cina tersebut telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Dalam filem Gubra, gadis Melayu ini bercinta lagi dengan pemuda Cina yang lain sungguhpun dia telah berkahwin dengan pemuda Melayu.
Pemuda Melayu yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramlie ini tersangatlah hipokrit. Kononnya dia sangat cintakan isterinya tetapi pada masa yang lain sempat berdua-duaan dengan perempuan lain.
Emosi orang Melayu pula ditujah dengan perangai kita sebagai pesakit dan melawat orang sakit. Orang Melayu digambarkan sebagai menyalahgunakan menggunakan kemudahan hospital seperti mandi, tidur baring bersama pesakit dan tidak menjaga kebersihan hospital. Maki hamun ditonjolkan dalam filem ini sebagai satu perkara yang lumrah.
Hubungan kaum antara Melayu dengan Cina turut dipaparkan yang menunjukkan sikap orang Cina terhadap bahasa Inggeris, bahasa Inggeris dan terhadap Singapura.


Balik kepada topik asal Sharifah Amani.Aku sukakan lakonan dan perwatakannya.Lakonannya semua nampak hidup.Dia memang sangat berbakat.Pelakon baru zaman sekarang Tak boleh lawan SA.Bahasa Inggerisnya fasih dan bersahaja.


Muallaf merupakan sebuah filem Malaysia arahan Yasmin Ahmad yang dihasilkan pada tahun 2008. Filem tersebut menceritakan bagaimana tiga orang individu mencari ketenangan hati menerusi agama. Ini merupakan filem kelima Yasmin Ahmad selepas RabunSepetGubra dan Mukhsin.



Rohani temani adiknya belajar taekwando

Arwah Yasmin Ahmad sbg pengarah filem

Suka sangat dengar dia berdialog dalam filem Muallaf.Filem Muallaf pun aku tengok balik bulan 8 hari tu.Seronok!Berlakon dalam suasana kampung,jauh dari kotaraya yang penuh kepalsuan,adik-beradik yang suka mengaji dan ingat semua firman Allah di dalam al-Quran ayat ke berapa,surah ke berapa.





Scene filem Muallaf.Mereka dua beradik gemar mengaji di masjid
Dalam filem Mualaf,SA perlu botak.Sebab itulah dalam filem ini dia berambut pendek.Aku minat tengok cerita-cerita tentang percintaan antara dua bangsa ini.Aku sukakan lelaki bermata sepet.Memang dah taste kita kan :)


Semua filem arahan Yasmin Ahmad,lakonan SA itu penuh pengajaran dan unik.Ia bukan cliche filem biasa.Itu yang aku suka.Filem-filem sebegini yang masyarakat mahukan,bukan asyik kisah cinta kahwin paksa kemudian jatuh cinta,kahwin anak orang kaya bagai..ee geli menengoknya sterotaip sangat!Langsung tak beri apa jua hikmah hidup.Sayangnya arwah Yasmin Ahmad sudah dijemput Allah.

Filem Kolumpo pun bagus.Ia memaparkan kisah masyarakat yang masih ambil berat perihal kesusahan insan lain.Yang kelakar lakonan Ruminah Sidek yang nyanyuk.Tema cerita adalah mengenai kehidupan,harapan dan impian.Masa tengok wayang tu tak ramai pun penonton tapi filem ini padaku punya mesej tersendiri yang mendidik jiwa.


Antara filem lakonan SA ialah; (sumber wikipedia)

Film[edit]

YearTitleRoleDirector(s)Notes
1992SelubungPalestine ChildrenDatin Paduka Shuhaimi Babaas child actor
2000Mimpi Moonas child actor
2005SepetOrkedYasmin Ahmad
Gol & GincuNajihah Hafizam aka JijiBernard Chauly
2006GubraOrkedYasmin Ahmad
CintaAriannaKhabir Bhatia
PossessedFaraBjarne Wong
2007Puaka Tebing Biru[12]AtiliaOsman Ali
Mukhsinadult OrkedYasmin AhmadSpecial appearance
1957: Hati MalayaAni / AishahDatin Paduka Shuhaimi Baba
2008Punggok Rindukan BulanRizaAzharr Rudin
Selamat Pagi CintaSuciNorliana Samsuddin
MuallafRohaniYasmin Ahmad
Cicakman 2 - Planet HitamImanYusry Abdul Halim
2009Sayang You Can DanceMiaBjarne Wong
15Malaysia - (Episode: Chocolate)Yasmin AhmadShort films
2010MagikaBawang PutihEdry Abdul Halim
2011AppalamSitiDato' Afdlin ShaukiTamil movie Malaysian
HuntersBjarne Wong
2012Pontianak Vs. Orang MinyakMaria OgawaDato' Afdlin Shauki
2013KolumpoSiti Nur HayyBront Palarae,
Sheikh Munasar,
Rozi Izma
PSIKO: Pencuri HatiWaniNam Ron
2014Terbaik Dari LangitSaraNik Amir Mustapha
2015Gangsterock Kasi SengatNianSofi Jikan
2016PekakDaraMohd. Khairul Azri Mohd. Noor
Pigeon[13]YasminIsao Yukisada
2017KL 24: ZombiesJames Lee,
Gavin Yap,
Shamaine Othman
Independent films
SindiketAminahBade Hj. Azmi
Mencari RahmatRatnaAl Jafree Md Yusop
2018Gol & Gincu Vol: 2Najihah Hafizam aka JijiUmi Salwana Omar
TBAZombitopia Film and dramas that have not yet been releasedWoo Ming JinPost-production
Sekolahaha Film and dramas that have not yet been releasedMat LufhfiPost-production
Motif that have not yet been releasedNadiah HamzahPost-production

Lakonan tv pun banyak.Yang top cerita Emel Emelda  & Rona Roni Makaroni di tv3 tu.

Baru tadi aku tonton movie Pekak di you tube.Walaupun viewers tak ramai tapi ceritanya penuh pengajaran.Pekak mengisahkan SA (watak Dara) bercinta dengan Uda si tokan dadah yang pekak.Kerana tersalah pilih kawan kaki khianat,akhirnya Dara diperangkap dalam pesta dadah di rumah seorang lelaki untuk dijadikan habuan.Cerita ini banyak pengajaran.

SA ni berpesonaliti bersih.Jarang dengar namanya terpalit isu-isu sosial.Ibunya Fatimah Abu Bakar bijak mendidik anak-anak perempuannya.Tahniah.Aku tak suka artis yang masuk kelab malam,minum arak,mabuk sana sini,tangkap khalwat dan merampas suami orang.Pada aku untuk dijadikan ikon/idola haruslah yang berimej bersih.

Ehh rasa rindu nak tengok semula filem Sepet dan Gubra!!!nanti nak buka you tube...:)

Saturday 24 November 2018

Biar saja tanpa cinta palsu si manusia

Biar saja tanpa cinta sekali ini...
Biar saja nanti pun datang lagi...
Biar saja tanpa rindu sekali ini...
Biar saja sementara sendiri....

Bait-bait lirik lagu De Mesis -Biar saja
*Tiba-tiba secara automatik mp3 aku memainkan lagu ini.Ya Allah....magisnya.

Ya biar saja.Biarkan.....tak ada guna dan manfaatnya mencintai manusia yang tidak mengerti apa itu erti cinta sebenar.

Hatimu bakal sakit mencintai sesuatu yang tidak halal bagimu.Imanmu turut sakit dan luka.

Hatimu akan terus dibuai dan dilalaikan oleh cinta fatamorgana.Kepalsuan.Khayalan indah yang kau sendiri cipta.Harapan yang kau sendiri untaikan.Akhirnya kau jatuh,rebah dan tersungkur.Untuk bangun memakan masa.Luka akibat jatuh,cedera dalaman yang kau alami,tulang temulang yang remuk...apakah kau fikir waktu itu juga kau akan sembuh?

Pergilah kau duhai cinta palsu,permainan perasaan dan buaian khayalan yang bersifat dusta belaka.

Jaga iman jaga hati.Usah cemarkan imanmu dengan kelalaian maksiat hati.Ia bakal menganggu ketenangan hidupmu,kegembiraan hidupmu dan hubunganmu dengan Allah Aza wal jala.Pabila hatimu merasa enaknya melayari cinta palsu yang tak halal bagimu maka Allah tarik nikmat khusyuk kepada Allah.Percayalah!!

Sesungguhnya mencintai Allah dan Nabi Muhammad saw itu lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.

Janganlah kamu bersedih hati.Sesungguhnya Allah bersama kamu.

Yakinlah dengan Allah.....tanya diri apa bentuk keyakinan kita kepada Allah?keyakinan itu akan melahirkan keajaiban.Tiada siapa yang boleh beri tenang kalau bukan Allah beri.

Duhai kamu yang bernama I-----n,aku mampu melihatmu dari jauh,mengagumimu dalam diam.Allah tahu apa yang aku rasakan.....

Hina besi kerana karat,hina manusia kerana bangsat

Dalam hidup ini tak kan ada orang tak buat salah.Pasti ada.Salah dan dosa dengan Pencipta,salah dengan sesama manusia.Paling mudah salah menipu.Nak elak sesuatu,beri alasan (menipu).Mengutuk dan mengaibkan orang.Habis dibuka aib dalam kain orang.Yang tak tahu habis orang lain tahu.

Ya aku pun pernah begitu.Bukan apa sebab terpengaruh bergaul dengan si kaki mengumpat.Dalam tak sedar seronok bersembang habis dibuka aib orang.Tak apalah aku pun dah terima kifarahnya.Benar firman Allah "barangsiapa yang membuka aib saudaranya maka Aku akan membuka aibnya di akhirat kelak"

"Barangsiapa yang menutup aib saudaranya maka aibnya akan ditutup di akhirat kelak"

Mana 1 kau nak pilih?Di akhirat sana berbilion umat melihat tayangan dosa keaiban kita di skrin besar.Nauzubillah.Kerana terlalu malu kulit muka kita akan jatuh berguguran.Aku tak dapat bayangkan dasyatnya di hari perhitungan kelak.Apa yang kita buat di dunia sedikit pun tak kan terlepas.Semua akan dibalasi mengikut apa yg telah dikerjakan.

Ini belum akhirat pun Allah dah bayar tunai.Ya aku insaf dah.Lepas ni tak nak lagi makan daging saudara sendiri.

Tajuk aku hari ini HINA BESI KERANA KARAT,HINA MANUSIA KERANA BANGSAT

Bangsat merujuk kepada perbuatan @ perilaku yang tidak bermoral dan jahat.

Aku tanya balik diriku sama ada bangsat sangatkah aku?Duit company RM50 shot dalam cashier pun aku nak ambil?

Cara mereka bercakap buat hatiku terasa.Lembut tapi keras.
"Tak mungkin shot.Tak mungkin salah beri baki dengan pelanggan...kalau shot sebab salah beri baki tentu begini begitu....."

Disusuli dengan sindiran halus maha tajam
"Sama ada duit tu ada orang ambil"

Aku rasa terpanah.Hari kejadian aku pulang awal kerana aku "sakit".Sakit yang tidak mungkin aku boleh bertahan buat kerja sehingga waktu malam.Sakit yang tidak tertanggung lagi azabnya.Sejam setengah saja aku di situ.Itupun banyak berbaring di belakang kotak.
Aku pulang dengan hati nan resah menunggu gaji masuk.Aku ingin ke klinik ambil MC.Aku tunggu hingga lewat petang namun gaji tak masuk.Bulan lalu,tengahari gaji dah masuk.Bulan ni apa nasib gaji lambat.

Silap aku hantar mesej kepada assistant manager (AM) bertanya soal jam bila gaji masuk.Aku terlalu terdesak nak guna duit.Antara hidup dan mati.Kecemasan!!Aku ada urusan penting.3x dah aku cek di mesin Atm namun hampa.

Aku nak buka mulut pinjam duit AM tapi tak terlafaz.AM kata gaji masuk hari ini tapi lepas 5jam.Aku rasa resah.Harapan nak ke klinik musnah.Terpaksa ke klinik kerajaan 1 Malaysia saja.Tak ada MC.

Beberapa selepas itu aku diamkan diri bukan ada kaitan dengan aku pun duit rm50 hilang.Bukan aku yang ambil.Aku lansung tak sentuh cashier pagi hari kejadian.Apatah lagi berani buka mesin dan curi.
Tapi hati aku berdetik rasa tak sedap.......

Supervisor gila kuasa gila glamour 2x menekankan kepada AM bahawa duit itu hilang di kala hari aku balik awal.Kenapa harus sebut dan kaitkan kes itu dengan nama aku?Boleh kan dia sekadar sebut kes itu berlaku di tarikh sekian.

Aku nampak AM ke belakang bercerita dengan seorang staf.Padahal staf itu cuti di saat kejadian.Untuk apa dia bercerita.Aku syak dia bercerita soal duit hilang.Sebelum itu aku dah nampak dia panggil staf yang bekerja di hari kejadian untuk minta pendapat sama ada harus laporkan kes ini kepada bos atau tidak.

Kemudian AM kembali ke depan.Sosok pandangan matanya agak lain pabila melihat aku.Aku mula perasan tapi buat buat tak tahu.Bukan aku yang curi.


Sejak itu aku mula perasan sesuatu.Jadual kerja untuk seminggu akan datang langsung tiada tugasan aku sebagai cashier.Nampak pelik cara buat jadual.

Aku tahu aku staf paling baru...mungkin aku diragui....mungkin aku disyakki dalam kes hilang rm50.AM akan kaitkan dengan mesej aku yang bertanya soal gaji dan nak guna duit sangat.

Sekarang aku tak banyak lagi membantu urusan cashier.Meskipun customer nak bayar aku cuba mengelak.Biar staf lain urus.Bukan urusan aku.Beberapa hari lalu ketika aku urus pembayaran customer aku,aku terpaksa jadi cashier.Aku nampak sv gila kuasa berdiri tegak lihat aku jadi cashier.Dia mengawasi.Aku tahu.Sebelum ini tak pernah demikian.

Ya aku sedih.Aku tak tahu kalau ada konspirasi nak khianat aku.Aku rapat dengan AM sebelum ni mungkin ada yang tak senang hati.Aku bukan jahat kalau aku suka aibkan sv dah lama aku cucuk AM apa yg sv buat di belakang.sv itu bagaikan ular tedung,bisanya menjalar meracun segenap tubuh.Dari awal dia masuk aku dah nampak kebusukannya memutar belit cerita.Aku jaga lagi dia.Kalau aku cerita dekat AM habis mulut sv gila kuasa diganyang.Aku fikir ini tempat aku cari rezeki....aku tak nak jadi punca orang lain bermusuh meskipun itu kebenaran.Aku tutup lagi perbuatan dengki khianat sv kepada AM.Dia buat manager mula menyampah dgn AM.
Jahat tau sv anak I---n ni mengapi-apikan kebencian untuk menjatuhkan orang lain.Busuknya hati meskipun depan wangi angkara minyak wangi dan cantik akibat mekap topeng kepalsuan.Namun tak dapat menutup kejelekan dirimu.

Kesian sungguh...hidup dengan bermegah diri mencari penghargaan dan pujian manusia sampai lupa Tuhan.Soal staf Islam solat pun dipertikaikan.Pandai bermain kata-kata menjual nama orang itu orang ini.Tak jujur.Takut dgn diri sendiri.Buat orang percaya dakyah pembohongannya dan orang salah sangka dengan insan lain.

Kesian sungguh...mencerca gaya penampilan orang lain,memperlecehkan orang yang belum ada pasangan hidup...rendahnya martabat diri...sedih dan sadis kan?orang begini sebab 1 saja dia tak bahagia dengan hidupnya sendiri.Oleh itu dia mencari-cari kekurangan orang lain utk menunjukkan dia bahagia dan tiada kekurangan.

Allah Maha Kuasa berikan dia ujian.Anaknya kemalangan.Simpati dengan nasib si anak.Kalau dia boleh berfikir maka berfikirlah....apa yg dia dah buat kat org.Memperlecehkan soal jodoh org...apakah nasib anak perempuannya kelak?



Orang tiada akan tunjuk dia ada.....sedangkan bahagia itu bukan dari luar tetapi di dalam yakni hati.Tiada siapa yg boleh beri rasa bahagia melainkan Allah.1 dunia tak boleh beri rasa bahagia kalau bukan dengan izin Allah.

Dulu juga sama ada orang nak aniya aku.Peristiwa di tempat kerja lama.Duit dalam cash box hilang rm100.Konon orang lain tak mungkin ambil.Mesti ada orang ambil.Aku tahu hari kejadian tu aku saja yang kerja.Sedangkan aku langsung tak usik cash box tu.Bunyinya macam nak tuduh aku.Ok kita bahagi sama rata duit hilang tu dan ganti.Selepas itu sv situ tengok aku pun dah 1 macam.

Bagus-bagus....angkara anak I---n juga.

Ini menandakan busuk dan bertaiknya hati mereka.Hati mereka sakit dah nazak.Mereka tak pernah menyucikan hati mereka dengan air wuduk.Tak apa....aku percaya janji Allah
"Kamu tidak akan dibalasi melainkan dgn apa yang telah kamu lakukan"

Semoga diberi hidayah ya kawan.Tak apa.Senyum tak perlu kata apa-apa.

Hasbunallah wanikmal wakil (hanya Allah sebaik-baik Penolong).

Aku terkilan dgn apa yg berlaku tapi mohon Allah berikan aku jiwa yg kuat.Boleh jadi ada yg nak menganiya.Hati ini kuat mengatakan.Tak apa..kebenaran akan dibalas dengan kebenaran.
Walau sedih tapi aku bahagia.Aku bahagia kerana tiap kali waktu solat Allah beri aku peluang mentadabur isi al-Quran.Sungguh benar al-Quran itu pengubat hati dan cahaya hidup.

Benar pepatah tadi HINA BESI KERANA KARAT HINA MANUSIA KERANA BANGSAT.

Bukan aku si bangsat itu tapi siapa yang mencipta cerita fitnah itulah bangsat.

Tuesday 2 October 2018

Punca hati tak tenang

Pernahkah kau rasa sempit sangat dada?Seolah-olah saluran darah kau tersumbat dari mengalir ke segenap lapisan urat?Kepala kau terasa berat bagaikan sebiji batu besar menghempap?Otak kau terasa terbejat dan susah berfikir dengan tenang?Buat apa saja semua tak kena?Susah senyum,air muka selalu muram dan cepat marah?Kadangkala dengan solat pun masih terasa sempit dada.

Itu tanda hati kau tak tenang.Ada sebab jadi begitu.

Pernahkah kau merasa ingin menyendiri?Bebas daripada ikatan dengan manusia,barang berupa telefon bimbit,internet.
Kau jadi serabut browse fb,insta,what apps.Lihat pelbagai ragam manusia dari segi gambar,status dan caci maki link gosip,politik segala?Kau rasa meluat lihat posting manusia di media sosial?Lagi-lagi bila kau tak dapat miliki apa yang mereka ada.Sekali lagi hati kau dicengkam kesempitan (sebenarnya 90% punca hati tak tenang sebab hidup dalam media sosial)


Nasihat aku,ambil wuduk dan dirikan solat taubat di sepertiga malam (12 malam-3 pagi).Waktu ini adalah waktu mustajab doa,di kala ini para malaikat turun ke bumi.Malaikat yang mendengar doa kita akan menolong aminkan dan sampaikan kepada ALLAH.Doa para malaikat adalah mustajab di sisi ALLAH.Kerana malaikat ialah makhluk yang patuh dengan suruhan ALLAH dan tiada dosa.

Selepas solat taubat,sila solat tahajud pula.Kemudian buatlah solat istikarah mohon petunjuk.Syarat solat-solat ini haruslah anda berada dalam keadaan tenang.Nak tenang dan kosongkan fikiran?Mudah saja,pegang tasbih,zikirlah kepada ALLAH.Bermula dengan ucapan astagfirullahalzim,allahuakbar,subhanallah,lailahaillallah,kemudian selawat nabi.

Pejam mata.Tarik nafas 4 saat,hembus.Ulang sehingga anda betul-betul rasa kosong kepala.Bebas dari memikirkan apa jua masalah dunia.

"Berdoalah kepadaKU nescaya AKU perkenankan" kata ALLAH.

Ironinya aku nak suruh kau buat solat-solat ini adalah untuk muhasabah diri.Besar kemungkinan jiwa tak tenang ini kerana banyakkan dosa-dosa kita.
Berkaitan dengan isu kepala dan jiwa serabut bila main media sosial tu aku akan huraikan sekarang.

Tepuk dada tanya iman.Dalam sehari ada 24jam.Masa untuk tidur dalam 8 jam.Lagi 15 jam apa kau buat?Pada pandangan aku,sehari kau habiskan masa lebih kurang 10 jam untuk melayari media sosial lihat kebodohan watak manusia lain.Tengok orang pergi makan di mana,aktiviti apa,memaki hamun orang lain,baca komen-komen negatif orang,lihat video artis menari terkinja-kinja.Hafal lagu yang entah apa-apa.Baca group what apps yang kebanyakannya negatif dan sebar cerita buruk orang...

Dalam solat pun kau masih tak tenang fikir nak baca mesej apa dalam fb messenger,what apps sekejap lagi.Lagi-lagi tengah solat bunyi notification mesej.Lagi laju kau pecut solat kau.Habis saja salam kedua tangan terus capai telefon belek tengok.Aku sangat perasan situasi ni tiap kali singgah mana-mana surau sekalipun.Dalam hati aku terfikir,apa salahnya lepas solat tu gunakanlah masa yang ada angkat tangan berdoa.Peruntukkan masa untuk ALLAH sebaik-baiknya.Ini tidak,telefon juga tujuan utama selepas solat.Khusyukkah?Jawapan aku tidak......dalam solat lagi minda sudah terbayang nak cek telefon.

Baca al-Quran?Mungkin di kala saat ada kematian sahaja.Buka surah Yassin.Nak dengar bacaan al-Quran?Eh baik terhangguk-hangguk layan K-Pop kan?

Nak baca sehelai mukasurat al-Quran dalam sehari?Haram!Baca mukabuku FB,what apps segala bagai ada masa!

Semua ok,semua orang sekarang terlalu lalai dengan permainan telefon bimbit.Sekali dah pegang dan buka maka hanyut.....telefonlah syurga kebahagiaan utama.Data internet habis boleh meroyan sakit mental serupa kaki kena potong.Lumpuh tak boleh bergerak!

Mujur aku bukan phone addict sangat.Tak ada data aku rilek saja.Banyak lagi perkara lain boleh buat.Aku suka membaca buku.Buku motivasi,novel.Terlebih main telefon boleh buat sakit kepala dan bingai kepala otak wei!

Berbalik kepada tajuk utama...kalau rasa hati tak tenang,serabut dan kusut lain macam maka kembalilah kepada ALLAH.Kurangkan main telefon.Kalau boleh uninstall apps yang melalaikan tu sila buat.FB ni makin kita main makin nak explore dan tengok.Pada aku sangat buat masa stalk life orang kemudian sakit hati sendiri...mulalah rasa tak bersyukur dengan apa yang dimiliki apabila lihat orang lain mampu miliki.Contohnya dari segi harta benda,kebahagiaan keluarga,jalan-jalan.

Nak tenang tak?Amalkan formula aku ni

-Solat taubat(mohon ampun),solat tahajud (untuk tenang),solat istikarah (minta petunjuk)
-Banyakkan istigfar dan zikir tiap kali masa terluang seperti tengah tunggu kenderaan,tengah berjalan dan berseorangan
-CABUT BUANG perkara yang buat hati kau tak tenang.Kalau rasa main fb,what apps buat kau rasa kusut tengok sesuatu perkara itu maka tinggalkan ia...berhijrahlah...maksud aku uninstall,deactive atau delete saja!
-Kalau serabut sebab ada masalah cari punca apa masalahnya dan sila selesaikan dengan cara berhemah.Itu maksud aku tadi CABUT BUANG akar kepada masalah tersebut.
-Keluarlah mengembara ke tempat yang mendamaikan seperti laut,sungai,air terjun,bukit,gunung dan tempat hijau.Sesungguhnya tiada yang lebih mendamaikan melainkan melihat alam semulajadi ciptaan Ilahi.
-Paling utama,berdoalah kepada ALLAH minta petunjuk.Talian dengan ALLAH ada di mana saja tak perlu cari signal.Kita ada kabel paling kuat dan besar iaitu kabel pergantungan kepada ALLAH.Apa saja yang terlintas dalam hati kita didengari ALLAH.Tak perlu guna telefon beli kredit bagai...
     ---Cara terbaik berdoa ialah memuji ALLAH terlebih dahulu (berzikir) sebut saja puji-pujian kepada ALLAH,kemudian istigfar menyatakan segala dosa-dosa kita.Selepas itu serulah ALLAH,panggilah ALLAH "Ya Hayyum,Ya Qayyum (maksud:Wahai Zat Yang Maha Hidup tidak mati-mati,Wahai Zat Yang Mengurus seluruh dunia di langit dan bumi...(sebut hajat kita) dengan cara merendahkan diri bukan memaksa-maksa.Yakinlah ALLAH mendengar segala rintihan jiwa kita.


Aku cuma berkongsi pengalaman dan apa yang aku rasa.Kesimpulannya tak rugi kita kurangkan bergantung dengan telefon bimbit sehingga melalaikan kita daripada tanggungjawab kepada Tuhan,keluarga dan sebagainya.Masa yang ALLAH beri kepada kita terbuang begitu saja tanpa pahala malah menambah dosa.Tak perlu nak terikut-ikut sangat rentak orang.Get your own life!Di kala orang lain sibuk mengadap telefon ada baiknya kau buka buku himpunan doa lalu berdoa.Buka buku motivasi baca agar kau jadi manusia yang lebih positif dan optimis.Lagi hebat kalau kau boleh bawa tafsiran mashaf al-Quran (mini Quran) dan baca.Aku nasihatkan diriku juga :)

Siapa tak nak dimuliakan ALLAH kan?Biar seluruh manusia membenci kita asalkan ALLAH pandang kita....ALLAH beb....Pemilik dan raja seluruh alam.

Jazakallah.


Thursday 20 September 2018

Filem Romantic Thailand-Fabolous 30

Siapa di sini peminat drama/filem Thailand?Angkat tangan cepat!
Aku memang peminat cerita Siam ni,baik dari cerita seram,komedi,kekeluargaan atau cinta.Dari zaman sekolah melayan cerita siam kat tv.Bila dah ada zaman internet,mulalah mencari cerita di you tube.

Filem paling terkesan buatku ialah Fabolous 30.Tambahan pula pelakon heroinnya ialah Aum Patcha.FAVOURITE TU.Siapa layan drama Pheonix Blood tahun 2003 akan kenal siapa pelakon top di Thailand ni.Berbakat,Lawa,tinggi pula tu.Bagi aku dia perfect.



Filem ini seingat aku,keluar tahun 2011 dan aku menonton di you tube tahun 2013.

Plot

Ja (Patcharapa Chaichue) ialah seorang wanita cantik idaman wanita lain;mempunyai kerjaya bagus,hidup yang ceria dan ada kekasih hati yang kacak.Pada harijadinya yang ke 30 tahun,Ja meminta kekasihnya untuk berkahwin,membina rumah tangga dengan mempunyai anak.Malangnya kekasihnya menolak permintaan Ja.Mereka putus cinta dan Ja mencari semula kekuatan diri menjadi wanita single sehinggalah dia bertemu seorang lelaki muda berumur 23 tahun yang cuba memikatnya.Lelaki itu muda 7 tahun darinya.Bermulalah liku-liku bercinta dengan lelaki muda.



Aum Patcha...super gorgeous woman-umur Aum sekarang dah 39 thn.


Konflik cerita ini bermula apabila pasangan ini sering bertengkar hal jarak umur mereka.Ja selalu mengatakan dirinya sudah tua dan memandang rendah pasangannya yang jauh lebih muda.Padahal lelaki ini matang walaupun lebih muda.


Fabolous 30 drama tv pula dah keluar
Tadi bosan sangat.Puas kepala ni cuba ingat semula apakah tajuk filem Aum Patcha berlakon ni.Dari 4 hari lalu aku fikir.Tiba-tiba tingggggg!!ingat dah.Terus search you tube keluar link drama Fabolous 30.Aik dah ada drama pula!Masih baru lagi drama ni keluar tahun ni juga.Drama ini adalah adaptasi filem Fabolous 30 juga.Plot memang sama.Heroin 30 tahun bercinta dengan hero 23 tahun.

Aku tersengih sendiri tengok drama ni...kenapa ya?hahaha.....biar aku aje yang tahu kenapa,kikikihhhh :)

Heroin drama -Preechaya

Hero-Mond (comeyy weiiiii)



Heronya memegang watak sebagai Por memang comel sangat!Pertama kali lihat dia muncul dalam babak sambutan hari jadi Ja yang ke 30 tahun tu aku melting sangat dengan senyuman dia.Such a cute and good boy!!

Drama ni memang buat anda ketawa.Komedi dan cinta.Ada juga babak serius dan sedih.

Sekarang aku dah menonton sampai episod 5.Esok nak sambung episod ke 6!



Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...