Monday 31 December 2018

Selamat tahun baru 2019

Derita,kesedihan,sesalan,sakitnya sebuah hati dilukakan,tangisan,bebanan,runtuhnya maruah diri saat dipermalukan namun tetap tersenyum tenang.

Semuanya akan ku kuburkan segala duka lara dan air mata 2018.Tidak akan sesekali ku gali,ku ingati dan ku kenang lagi.Apa yang sudah berlaku biarkan ia pergi lalu menjadi pengajaran yang berguna buatku.Ia membuatkan diri ini lebih tabah dan kuat.Intan itu bila digilap barulah bersinar.Besi itu bila ditempa barulah berkilat dan tajam.




Azam baruku tidaklah banyak.Aku benar2 ingin;

 Menjadi diri yang baru
 Semangat baru
 Tak peduli apa orang kata dan fikir
 Nak kata apa sila kata jgn simpan
 Buang keraguan
 Buang segala lingkungan aura negatif (diri & org)
 Jadi diri sendiri (be a real myself)

Di tanggal 1 Januari 2019,dengan lafaz bismillahirrahmanirahim,aku yang bernama ----------
menutup,mengambus menguburkan,menghapus memadam SEGALA,SEMUA kepahitan,air mata,duka kenangan dan peristiwa di tahun 2018.Takkan lagi ku kenang,ku ingat,ku bayang ku bawa ke tahun ini.Akan ku sekat,lupa dan buang jauh2 dari dalam hati dan fikiranku.Terkuburnya dan tenggelamnya semuanya dan tidak akan timbul lagi.Segalanya kosong,kosong dan hilang pergi umpama batu berat yang tenggelam ke dasar lautan dalam dan tidak sesekali timbul lagi.

Semoga azam tahun 2019 aku berjalan lancar dengan izin Yg Maha Kuasa.Amin amin amin Ya Rabb.Rahmatilah aku.

Thursday 27 December 2018

Kenangan Flat Pekeliling

Anak jati Kuala Lumpur pasti tahu dan kenal Flat Pekeliling.Siapa yang sudah lama menetap di bandar KL juga mesti tahu.Yang baru datang KL,acah-acah hispter dan urban tu boleh jalanlah,mereka cuma kenal KLCC,BB,Times Square dan segala macam shopping mall yang sudah sedia gah di mata dunia.Mat Salleh yang datang KL pun tahu di mana Bukit Bintang.





Selalu kutip sepit baju atas bumbung guna kayu hihi

Flat Pekeliling telah dibina antara tahun 1964 dan 1967 untuk menampung golongan berpendapatan rendah dan rakyat setinggan di bandar. Mereka tujuh blok rumah pangsa (Blok A, Blok B (kedua-dua dirobohkan pada tahun 2006), Blok C, Blok D, Blok E, Blok F, Block G) dan rumah kedai empat tingkat yang terletak di Jalan Pekeliling (kini Jalan Tun Razak) dan Jalan Pahang, yang dibina pada kos RM20.5 juta yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Ibu Kota Kuala Lumpur (kini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

Flat ini memang strategik kedudukannya.Ianya dekat dengan pelbagai kemudahan awam seperti bank,stesen LRT,monorail,bas,Hospital Tawakal lama,pusat beli belah The Mall,Chowkit,Hospital Besar Kuala Lumpur.Kalau nak ke sana hanya jalan kaki.Dekat juga dengan Sentul.


Hentian bas Pekeliling

The Mall

Aku menetap di sini semenjak dari tahun 1992.Flat ini popular era 70an,ketika zaman seniman P.Ramlee lagi.Dulu flat ni dibina khas untuk pasangan yang baru berkahwin dan tidak mempunyai anak/ramai anak.Seunit rumah flat ini cuma mempunyai sebuah bilik.Memang tak berapa sesuai untuk yang ada anak ramai.Kebanyakan yang ada bilangan ahli keluarga besar,pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) akan memberi mereka rumah hujung sekali.Ini kerana rumah di bahagian hujung mempunyai dua buah ruang tamu,jadi boleh muat ramai isi rumah.Tapi bilik tidur tetap ada satu sahaja.Agak tertekan tinggal di rumah sempit tambahan pula adik beradik nakal yang suka sepahkan rumah.

Artis pun ada sewa di sini.Bukan pelik sangat pun.Dulu mana ada lambakan rumah kondo macam sekarang.Sejak kes runtuhan highland tower tahun 1992,mana ada pemaju berani dirikan rumah tinggi-tinggi.4 tahun kebelakangan ini saja lambakan kondo kembali meluak-luak,habis bukit digondolkan demi pembangunan maha taik kucing dan menghalau penduduk asal di situ berpindah.Betapa rakusnya.


Banyak kenangan menetap di flat ini dari zaman kanak-kanak hinggalah remaja.Aku tinggal di Blok D,berdekatan dewan serbaguna dan pusat dobi Smart Wash.Zaman tu dah wujud dobi bijak ni,beli token,masuk duit dalam mesin,cuci dan keringkan terus.Walahh...dalam pusat dobi ni disediakan TV,ada mesin jual minuman dan jajan.Ada je penduduk flat yang duduk di kerusi sambil tonton TV,mungkin sengaja ambil angin luar.

Tepi Smart Wash ada tempat menunggu bas sekolah.Tiap pagi kami akan beratur panjang di sini.Ingat lagi muka uncle bas tu.Suami isteri bawa dua bas.Siapa yang naik bas tapi tak bayar sewa bas bulanan akan dihalaunya masa tu juga,dia kenal setiap muka budak-budak sekolah yang naik bas dia.Aku pernah kena sekali,malu betul aku masa tu di tingkatan 2.

Sebelah petang pula aku menghadiri sekolah agama sesi petang di Flat Sri Wilayah,Sentul (flat polis).


Hendak ke sekolah ni kena lintas jalan depan bangunan DBKL dan lalu kawasan sungai.Seberang jambatan,lalu tapak parking,kuil india dan akhirnya jumpa pagar flat.Sekolah agama aku betul-betul bawah flat.Persekitaran belakang flat ini amatlah kotor,orang main campak plastik berisi sampah dari atas dan jatuh atas rumput,kadangkala sengaja campak masuk sungai.Mana sungai tak tersumbat.Nama aje bini polis tapi tiada kesedaran sivik.

Ramai budak-budak flat pekeliling sekolah yang sama denganku.Baik sekolah rendah,agama malah masuk ke sekolah menengah.
Ustazah sekolah yang paling aku seram ialah ustazah subjek sirah Nabi.Lupalah siapa namanya.Sekali dia menempek,kecut perut.Rakan-rakan sekelas aku ramai budak flat Pekeliling juga.Jadi tiada masalah untuk kenal.Ada juga anak-anak polis flat Sri Wilayah ni.

Paling sedap,pau sambal yang dijual oleh seorang makcik depan pagar flat Sri Wilayah.Terangkat beb.

Flat biru belakang itulah sekolah agama aku

Setiap hari Khamis,ada pasar malam di tapak parking tepi jambatan sungai ni.Balik sekolah agama mesti lalu tapak pasar malam ni.Meriah sungguh weh.Ada jual ikan,sayur,kuih-muih,buah-buahan,makanan segera,VCD,pakaian dan pelbagai lagi.Aku paling suka survey VCD cerita Cina.Memang kesukaan aku tengok cerita Cina.Ada kawan aku lagi seorang gila cerita cina.Kisah lagenda cina di tv semua di suka,antaranya Fong Sa Yuk.Ada sehelai baju t-shirt RM 5 aku beli di sini,sampai sekarang aku pakai walaupun dah koyak.Kenangan beb.

Belakang blok F,ada bangunan lot kedai seperti pejabat,klinik,pusat jualan produk Revell.Dulu produk Revell memang popular.Ramai penduduk sini jadi ahli dan beli langsung di pejabat.Aku suka pencuci muka epal hijau,bedak cherry.Lot belakang ni selalu krew drama Gerak Khas TV2 buat shooting.


Haiii aku sembang dah melalut,tadi nak sembang hal flat pekeliling.Flat ni ramai kata seram dan berpuaka.Entah betul atau tak aku tak pasti,mungkin keadaannya yang suram dan agak gelap di dalam membuatkan orang luar yang datang menjadi seram.Memang betul,banyak lampu di kaki koridor setiap tingkat hilang akibat dicuri orang.Hujung corner rumah pula tiada lampu dan jadi sarang penagih dadah untuk melepak.Seram oii..Bau hancing pun boleh tahan.

Keadaan di dalam ruang flat

Tingkat paling atas;tingkat 16


Bila naik ke tingkat 16,tingkat paling tinggi,cuba kau pandang ke bawah...kecik je rasa...sejuk kaki.
Banyak kes orang terjun mati bunuh diri di sini.Yang datang pun orang luar kawasan.Pernah ada satu kejadian waktu itu aku bersiap-siap untuk ke sekolah sesi petang.Sekitar pukul 12 tengahari ada satu bunyi seperti almari yang berat jatuh ke bawah.Boommm!!Bunyinya kuat.Aku pandang ke bawah rupanya ada seorang lelaki cina sudah berbaring terlungkup ke lantai.Darah merah pekat mengalir membasahi lantai.Ngeri aku rasakan.Eeee....masa aku tunggu bas,aku ternampak air sabun bercampur darah mengalir ke longkang.Maknanya sudah dicuci oleh cleaner.Dengar cerita ahli keluarga mangsa yang tinggal di Cheras ada datang melakukan upacara sembahyang di tapak kematian itu.Aku tak pasti kenapa flat ini sering menjadi sasaran tempat bunuh diri.Seram wei.

Lif di sini hanya ada di tingkat G,4,8,12 dan 16 sahaja.Jika anda duduk di tingkat 6,maka turunlah menunggu lif di tingkat 4 gitu.

Masuk tingkatan 2,aku menghadiri kelas tusyen di Pusat Tuisyen Perijaya ,Jalan Ipoh.Dari rumah aku harus menyeberangi stesen LRT Titiwangsa-jalan kaki sepanjang sungai Gombak-belok ke kanan.Bangunan pusat tusyen itu terletak di rumah kedai.Dulu bukan ada telefon macam zaman sekarang.Tapi keseronokan belajar kelas tusyen,masuk rumah hantu (aktiviti di pusat tusyen) memang best.Ada 4 orang lagi kawan-kawan sekolah aku yang belajar kelas tusyen sama.Aku masih ingat Sir Danny yang mengajar matematik tapi dengan bahasa double meaning lucah.Cikgu bodoh.Kami biasanya berjalan kaki sama-sama ke kelas selepas balik sekolah.

Memandangkan flat ini dekat dengan The Mall,aku ada juga singgah di sana.Masa zaman sekolah singgah kedai VCD,souvenier untuk jalan-jalan.Nak beli tak mampu.Bila habis sekolah,zaman study...singgah untuk karoake jamban.Huhuhu...The Mall sekarang dikenali sebagai Sunway Putra Mall.Dulu nak balik kampung tunggu bas belakang The Mall.Sekarang dah tak ada hentian bas tu.Seingat aku hentian bas ditutup dalam tahun 2013.TBS dah buka maka tutuplah yang lama.Bila musim hari raya,kami makan jamuan raya di PWTC.Makan sedap beb.Dapat jumpa Pak Lah (PM Malaysia) masa tu.

Pernah juga naik monorail ke KL Sentral dan naik KTM balik kampung.Aman sahaja waktu itu,tiada orang pelik-pelik,gedik-gedik melampau macam budak sekarang.

Meskipun rumah flat ni agak sempit tapi seronok tinggal di sini.Meriah dan gembira selalu.Depan blok G ada taman permainan,boleh main buaian dan papan jongket.Ada deretan rumah kedai yang jual pelbagai makanan,permainan.Aku suka beli anak patung ala Barbie di kedai apek tu.Murah je dalam RM4.50 masa itu.

Bila bulan Ramadhan,aku selalu solat terawih di surau.Surau di sini amatlah damai dipayungi pokok besar.Selalu ada orang sedekah nasi lemak.Best sangat menjalani ibadah puasa di sini.Bazar Ramadhan tak ada di sini,tapi setakat orang pacak payung depan blok C jual makanan ada lah sikit.Mak pernah suruh aku beli pajeri nenas dengan Kak Jah depan blok C ni masa aku Tingkatan 2.Beraya di flat ini sudah jadi lumrah saban tahun.Aku jarang beraya di kampung,biasanya tunggu beberapa hari raya barulah balik kampung.Meriah juga raya di sini,saling berkunjung ke rumah jiran makan biskut raya dengan air gas.Hahaha..seronok tengok blok depan ada unit rumah pasang lampu kelip-kelip semasa puasa lagi.

Atas bukit sana ada foodcourt,ia bukanlah bangunan cuma hanya deretan kedai ala warung gitu.Ada kedai makan,kedai jual air kelapa,kedai sewa VCD pun ada.Satu VCD bayar RM 1 dan tinggalkan alamat rumah.


Kalau nak ke pasar pagi tiap hari ahad,kena lalu terowong bawah tanah.Atas terowong itu adalah Jalan Tun Razak.Pasar pagi itu terletak di tapak parking kereta kawasan blok B.Di sana ada jual baju,perhiasan wanita,ikan hidup,alatulis dan macam-macam lagi.Aku suka tengok ikan emas.Banyak dah koleksi getah rambut dan cekak rambut yang aku beli di sana.Aku kalau lalu terowong tu masa nak pergi sekolah mesti berlari laju,takut sebab dengar cerita ada peragut,penagih dadah.Ada yang cerita bila waktu malam ada rambut panjang terjulur keluar melalui atas terowong,eeee seramnya.

Selalu juga ikut famili ke Chowkit sebab ini saja yang paling dekat dengan rumah.Lebih kurang 1.5km juga kalau jalan kaki.Malam raya jalan-jalan ke Chowkit seronok sangat,muka Indon,Bangla atau orang asing lain payah nak jumpa.Kebanyakan orang tempatan yang meniaga.Era 90an hingga tahun millinium 2000.Bersih lagi bandar KL.Singgah SOGO beli syampu Impulse wow wangi betul aromanya.

Masuk Tingkatan 3-5 aku mula berjalan kaki ke sekolah.Senang dan jimat tambang.Tiap pagi dan petang mesti lalu terowong itu.Ingat lagi ketika tahun 2004 heboh kejadian tsunami di Acheh,KL pun terima tempiasnya juga konon banyak rumah flat retak akibat gegaran.Masa tu bomba mengarahkan semua penduduk berkumpul di bawah.Bomba naik kren dan suluh dinding pakai lampu untuk lihat ada keretakan atau tak.Ada sedikit.

Flat pekeliling ni pelik.Selalu tiba-tiba lampu padam.Dalam sebulan mesti terjadi 3-4 kali.Kami memang sentiasa sediakan lilin untuk menghadapi situasi blackout ini.Aku takut gelap.

Dewan serbaguna depan blok aku selalu bising di malam minggu.India buat pesta dinner dan kahwin.Berdentum-dentum bunyi muzik dorang.Buat lampu disko pun ada.Memang nampak meriah.Kalau hari biasa,kami akan masuk dewan bermain badminton.Aku dulu suka main badminton.Bulu tangkis percuma je orang tinggal dalam tu.Asalnya dewan tu dewan badminton tapi boleh jadi serbaguna apabila ada aktiviti.

Orang buka kedai dalam rumah pun ada.Selalu aku beli jajan dengan Cik #$%^* Berapa ratus duit dah aku dan adik-adik habiskan untuk beli jajan di rumahnya hahahaa...jadi ketagih pula zaman kanak-kanak makan benda tak ada khasiat ni.Itu pasal gigi selalu rosak dan sakit.

Aku suka melepak tingkat 7 rumah @$%_+ .Masa kanak-kanak dulu rapat sangat dengannya.Dia macam kakak aku.Selalu tengok ibunya,Mak Ndak masak laksa.Rumah aku tak ada tv jadi tumpang tengok tv rumahnya.Tengok Anugerah Juara Lagu,Anugerah Bintang Popular.Huii era 90an dah ada tau acara demikian.Rumah aku tv kejap ada kejap rosak.Sedih dan sunyi sangat tak ada tv.Bila jiran sedekahkan tv,seronok bukan main.Mulalah kelebek cari channel.Dapat dengar suara pun dah gembira sangat.Zaman tu Siti Nurhaliza tengah top sangat-sangat.Semua lagunya aku enjoy.Siap buat buku lagu.

Masuk tahun 2004 abah beli tv baru.TV8 masa tu baru launching.Seronok layan rancangan Bawang Putih Bawang Merah (tak suka sangat cerita Indonesia ni sebab jahat sangat watak Bawang Merah),Quickie,Friday Night,Ghost,Ghost Whispered,Malaysian Idol.Aku mana kenal astro masa tu.

Masuk tahun 2006 layan cerita Mutiara Hati tv9,Hikmah tv2.DBKL arahkan semua penduduk berpindah pada tahun 2005 secara berperingkat,nasib baik aku sempat habiskan persekolahan.

Tahun 2006 aku masih menetap di sini.Ada sebahagian penduduk dah pindah ke kawasan lain (arahan DBKL) untuk kosongkan flat.Blok aku dikecualikan sampai tahun 2007.Sempat aku tinggal di sini lagi,bekerja di SOGO selama 8 bulan sebelum sambung study.Ulang-alik ke tempat belajar naik LRT.Semakin lama flat semakin sunyi dan sepi.Tinggal berapa orang aje di sini.Bulan 7,2007 kami mula berpindah.Sedihnya tinggalkan kucing yang selalu singgah makan di rumah aku.Kucing ni milik jiran tingkat 3 tu.Tak tahu apa nasib si tompok ni.



Inilah keadaan flat setelah ditinggalkan sekian lama

Rugi aku tak potretkan gambar kenangan semasa tinggal di flat ni.Ala lagipun masa tu zaman kamera filem bukan seperti sekarang semua di hujung jari.Terfikir juga sebelum flat ini dirobohkan kenapa aku tak singgah je melawat?Takut agaknya sebab dah terbiar maka jadi sarang penagih.Flat ini selamat dirobohkan pada tahun 2014.Katanya nak buat kondo,rumah mewah.Tengok-tengok jadi tempat buat stesen MRT.Entahlah...ada saja alasan nak suruh penduduk pindah,konon semak mata.

Ini sahaja gambar yang sempat ku simpan.Tangkap dari balkoni

Tompok kucing flat


Rasanya band indie HUJAN ada buat rakaman shooting video klip lagu di atas bumbung flat pekeliling.Aku tak pasti lagu apa.Cerita di astro tajuk Di manakah Amanda juga ada shooting di flat ni selepas flat ni dikosongkan.Cerita Apokalips filem Mamat Khalid pun.

Ada dua tiga keping gambar aku ambil sebelum berpindah,tapi memori kad tu dah hilang.Walau apapun semua kenangan masih segar dalam ingatan aku.

Nota: gambar flat cuma sumber google.

Apa pun flat pekeliling memang lagenda orang KL.

Tuesday 4 December 2018

Alam itu mendamaikan

 


Aku dengan alam memang tidak boleh dipisahkan.Alam adalah sebahagian dari hidupku.Tanpa alam suramlah pandangan mata dan hatiku.Aku masih ingat lagi tempat ini di mana ada pemandangan indah mendamaikan hati yang kelam.Dulu sewaktu aku bekerja di sini,ada masa terluang di waktu rehat pasti aku akan habiskan masa berbaki berdiri melihat langit terbentang luas.Tambahan pula baru lepas hujan ada segaris pelangi singgah menabir awan.

Aku berdiri sebentar dari kawasan parkir kereta menghadap pemandangan indah ini.Dalam hati mengagumi kebesaran Maha Pencipta.Rasa ingin terbang melayang bersama-sama burung di kaki awan.Rasa tenang,aman dan damai.Tiada gangguan suara-suara dari mulut-mulut manusia yang gemar berbicara hal sia-sia.Hanya aku dan alam di sini.Melihat burung berterbangan menambah rasa damai.Sesungguhnya aku lebih gemar bersendiri dan berdiam diri menyaksikan keindahan ciptaan tuhan.Lisan terjaga dan hati juga bersih bila tidak bercampur dengan maksiat manusia.Sungguh aku kusut melihat tingkah manusia yang serupa haiwan.Aku juga suka meminjam novel di perpustakaan dan membaca di pinggir tangga aras atas.Asalkan aku tenang dan bahagia.Bercampur berlebihan dengan manusia ini sebenarnya menambah masalah,kusutkan akal dan jiwa.

Masuk semula ke dalam bangunan,pendengaran aku dicemari suara bingit dari lagu-lagu entah apa-apa di tempat kerja.Jiwaku yang lapang tadi juga mula dikotori dengan tingkah manusia.Memang ada manusia yang bilamana aku pandang dia tercipta satu aura negatif.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...