Sunday 29 September 2019

Pusing bandar Geogetown,Balik Pulau,Penang

280919 

Balik dari Kedah untuk hadiri upacara konvo,aku singgah di Georgetown Pulau Pinang.Kali ini naik kereta menggunakan feri di Terminal Sultan Abdul Halim.Hampir sejam juga di jalan untuk naik ke kawasan terminal feri.Sebuah kenderaan dikenakan bayaran RM 7.70.Hampir sejam menunggu di jalan raya sebelum naik ke stesen feri.

Gayat pula naik feri dengan kenderaan penuh dalam tu.Dalam fikiran aku,andaikata feri ini karam bagaimana?Ha ha ha




laut yg agak bergelora tatkala petang

Hampir 30minit kereta selamat mendarat turun ke jalan raya.Pusing bandar Geogetown pula.Sewa kondominium studio suite untuk bermalam.Harga sewa sebanyak RM 299,dapatlah 1 rumah (bilik 3,ruang tamu,dapur)

Bandar Geogetown ni kemas dan tersusun rapi.Bersih pula.Rata-rata penduduknya adalah warga tionghua.Isi perut dgn mee sedap sahaja sementara tunggu malam hari untuk keluar.

view dari bilik aku wah cantik betul


Katil selesa,tilam empuk,aircond baik

Seronok tidur rasa nyaman cuma lenganku sakit sebelah,sakit yang amat.Tak boleh salah tidur atau tertindih.

Posing dulu sebelum jalan-jalan di bandar Georgetown waktu malam

Waktu ini kulitku licin gebu gebas...kagum dgn diri sendiri.wuwuwtt

Perut sudah krik krik,tadi petang sempat makan mee sedap yang direbus dengan air panas sahaja.Itu tak tahan lama.Kami satu keluarga jalan-jalan cari kedai best di bandar Geogetown.Ada satu kedai tu punya beratur panjang.Malas tunggu lama kami ke gerai makanan yang ada busking.Sini agak meriah dengan pengunjung.Pelbagai jenis gerai makanan.

Makan pasembur (cekodok,hotdog,fishball) semangkuk besar rm 25 dan juga kerang rebus
Nak makan yg lain macam tak ada selera,ramai org pula tu.

Balik semula ke kondominium untuk tidur.





view malam hari world class

View malam dari tingkap memang menarik dengan limpahan cahaya lampu.Dari jauh nampak bukit yang hitam kelam.

view pagi dari condo,class gitu





:D


Sebelum tinggalkan Penang,makan di Perangin Mall (makan Chicken Rice Shop) dan aku membeli sebuah beg dompet sebagai kenangan.Kemudian singgah di Komtar dan Jeruk Madu Pak Ali.

Dalam perjalanan pulang,nampak laut yang menghijau luas sepanjang jambatan Pulau Pinang






Selamat jalan Penang!


Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...