Tuesday, 17 February 2026

Rindukan seseorang

 Aku perasan satu perkara. Tahun 2024 - 2025 aku mula alami depression dan anxiety sejak wujud hmm hmm...

Fikiran aku kerap rungsing,takut dan tertekan. Aku sudah cuba bersangka baik tapi entahlah. 

Simptom sakit aku semakin teruk sejak aku kehilangan teman lelaki akibat keceluparan mulut aku sendiri. Ya aku terlalu ikut emosi. Segalanya tentang emosi aku sahaja. 

Dulu...dia lah punca nadi semangat aku. Apa saja cerita hidupku akan aku kongsi dengannya. Dia juga seorang pendengar yang baik dan supportive. Dia juga lelaki yang empati dan faham perasaan aku. 

Aku juga dapat tangkap dia ada ciri-ciri anxiety,anti sosial dan trauma dari perhubungan cinta yang lalu. Masa jumpa pun aku dapat rasakan energy cemasnya.

Sebab itu aku dengannya cuma jadi kawan rapat kerana dia tak mahu komitmen. Orangnya juga anxious (cemas). Tapi tak apalah walaupun aku telah jatuh suka kepadanya. Disebabkan dia ada anxiety jugalah dia jadi empati dan faham emosi orang lain. Dia pernah cakap otaknya seperti ombak laut. Tidak berhenti berfikir itu ini. Overthinking sekali agaknya. Kami berdua sama.

Dari pagi hingga ke malam kami tak berhenti mesej. Apa jua cerita aku dilayani.Aku tak pernah sunyi tanpanya. Cuma kadangkala dia menghilang beberapa hari mungkin ada urusan kerja luar kawasan. Kalau dia balik kampung pun dia akan hilang dari radar beberapa hari. 

Dalam banyak kawan lelaki...Dia yang paling aku hargai sebab dia tak pernah abaikan emosi aku. Dia ambik berat tentang aku walau sekecil perkara. Aku cakap aku sakit dia akan ambil berat soal kesihatan aku. Aku betul-betul rasa dia wujud dalam hidup aku. Jujur cakap emosi aku bergantung penuh ke atasnya. Dia hargai aku dan selalu kata aku sesuai dengannya. 

Dia tak sama macam lelaki lain yang sekejap ada sekejap menghilang. Ada yang hilangkan diri terus tanpa alasan. 

Rasanya hampir 2 tahun kami berhubung sampailah dia angkat kaki hilangkan diri buat selamanya lepas ada pergeseran antara kami. Mungkin aku terlalu keras dan menyakitkan hatinya hingga tiada lagi peluang untuk berbaik. 

Dia beri aku silent treatment terus. Memang kejam orang begini. Mungkin dia rasa itu yang terbaik dalam menghukum aku. Ya aku sangat terpukul dengan hukuman ini. Aku 3x cuba mesej dia perbetulkan keadaan dengan meminta maaf tapi langsung tidak diendahkan. Hatinya sudah keras beku. 

Bahayanya orang berperwatakan begini. Kita sangka orang yang ada empati dan faham emosi kita akan berlembut tapi rupanya pendendam bila rasa sakit hati. 

September 2024 kali terakhir kami berhubung. Kini sudah setahun lebih dia pergi tanpa khabar berita tanpa ucapan selamat tinggal. Dalam tempoh setahun itu aku masih berharap kalau dia akan hubungi aku semula. Aku berdoa agar Allah lembutkan hatinya. Aku hilang arah bila dia tiada. Tiada lagi tempat meluah perasaan berkongsi cerita. Tiada lagi senyum di bibir membaca mesejnya. 

Tak apalah jodoh kami tak kuat sebab itu dia tidak lagi mencari aku. Sampai sekarang aku tidak berjumpa dengan lelaki yang sama watak dengannya. Dia adalah 1 dalam 1000.

Sampailah sekarang aku masih teringatkan dia.Aku rindukan kau JK walaupun kau seorang texter dan bukan seorang yang suka berjumpa depan mata. Aku rindu kau.....rindu rasa selesa,nyaman dan tenteram saat kita bermesej bersama. Hatiku disirami keindahan dan bahagia. 

Monday, 16 February 2026

Bersabarlah atas musibah

 Bersabarlah ketika musibah menimpa kerana Allah hendak hapuskan dosa yang tidak boleh diampunkan dengan ibadah kita yang sedikit. 

Bencana adalah sesuatu yang nampak di suatu sudut ia seperti sesuatu yang bermasalah tetapi sebenarnya ia adalah kejayaan bila seseorang itu sabar. 

Contohnya bila seseorang itu sakit lutut susah hendak berjalan ia perlu sabar. Bila sudah pulih tapi tak juga ke surau masjid  mengaji.

Nikmat ditarik sebab tak guna ke jalan Allah. Jadi bila nikmat ditarik tak boleh keluh kesah. 

Ada ujian nikmat ada ujian keburukan. Mesti kena lulus ujian tersebut. Kuncinya dapat nikmat bersyukur 

Dapat ujian bersabar.

Jika sakit banyakkan beramal kerana bila sakit tertulis amal-amal seperti waktu sihat walaupun tak mampu buat. 

Sakit tak wajib berubat. Berubat hanya sunat ketika sakit. Berubat adalah perbuatan orang yang tidak sabar kerana sakit itu penghapus dosa apabila kita redha. 

Rasulullah dan para sahabatnya juga sakit. Sakit itu nikmat bagi orang yang faham. Pandang hikmah dan rahsia. Kerana orang yang sakit sedang mendapat rahmat Allah kerana dosanya sedang diampunkan. 

Tapi kita tidaklah disuruh cari penyakit. 

Tahan sungguh- sungguh bila sakit dengan bersabar. Innalillah itu sedarlah kita milik Allah. 

Sakit balik kepada Allah. 

Nikmat pun balik kepada Allah. 


- kredit Darinya Qistina Kamal fb. 


Saturday, 17 January 2026


 Taman tasik di sini selalu mengingatkan aku kenangan musim virus covid 2021 dahulu.Sudah 5 tahun berlalu.Waktu covid ramai orang bersukan di sini menghidupkan suasana pagi dengan aktiviti sihat.Aku juga begitu datang jogging dengan emak.

Dulu taman tasik ini bunga-bunganya tumbuh mekar dan indah.Sekarang banyak yang kering-kontang macam tak terjaga rapi.

Tahun 2021 memang banyak saat indah dan saat pahit.Semuanya bercampur gaul.Tahun 2021 aku sakit teruk kena covid,setahun lebih tak kerja.Alhamdulillah Allah masih beri aku nyawa hingga sekarang.Aku kuat sebab pertolongan dariNya.

Sebenarnya aku terkenang kisah sepanjang tahun 2021 dulu...aku banyak menangis sebenarnya angkara disakiti oleh manusia.Adakah aku yang sangat sensitif?Derita aku hanya Allah yang faham.Aku cuma rindukan zaman itu kerana entahlah..ada nilai sentimental ke?Begitu cepat masa berjalan sekarang sudah 5 tahun berlalu.

Rindu kenangan jogging di sini waktu covid.Macam-macam skaf aku cuba sebab gila beli jenama AJ.Semuanya aku dah jual sebagai prelove.Alahai sayang pula.Kenapa aku gatal jual balik ya?Cantik tau skaf-skaf tu.

Sekarang pun aku masih ke sini ambil angin tapi vibes nya tidaklah seseronok dulu.Dulu dapat keluar rumah waktu p.k.p pun dah happy sebab puas kena kuarantin takut virus merebak.



Wednesday, 31 December 2025

Dekat dengan orang beriman jiwa lapang

 Orang baik-baik dan dekat dengan Allah ini mempunyai energy yang murni menenangkan.Bila dekat dengan dia rasa sejuk,tenang dan selamat lebih lagi penghafal al Quran yang faham maksud ayat Quran,ahli zikir.

Aku jadi jatuh kasih dan sayang kepada Makcik Suhaibah dan Pakcik Abas.Tiap kali berkunjung ke rumahnya rasa suasana tenang tu.Orangnya baik dan penuh hikmah.

Kalau orangnya tenang,pasti kita juga berasa tenang disampingnya.Zikir sentiasa di bibir dan hati mereka.Buah tasbih bilangannya seribu sentiasa di tangan.Jam di dinding pun ada angka digital waktu solat,azan dan alunan bacaan ayat al Quran.Allahuakbar.

Aku tak mampu zikir 1000x sebab hati aku masih kotor dibelenggu nafsu dan syaitan.Zikir 100x pun belum tentu kalau ada pun 10x dengan kelalaian mahu cepat.

Aku cuba nak lawan tapi amat payah.Boleh saja dengan mujahadah yang kuat.Tinggal telefon jangan scroll.

Orang baik-baik auranya juga baik.Orang hati busuk..memang dapat rasa walau dia tak berkata apa-apa pun lagi.

Ini soal rasa.Tak boleh bohong.Sebab tu muka cantik hati belum tentu jernih.


 Aku mula muhasabah diri bahawa punca stress melampau tidak dinafikan kerana tabiat scroll media sosial terutama tik.tok yang video pendek 15 saat atau 1 minit itu.Berita bercampur aduk sekejap berita kematian,scroll lain berita kemalangan,gosip artis,isu hangat perceraian dan sebagainya.Itu belum lagi dengan orang menjual produk.Pelbagai kandungan pendek dalam tiktok bikin pening kepala.

Otak kita manusia tak dapat nak proses semua perkara tersebut dalam masa singkat.Memang ada kajian kandungan tik.tok boleh menjahamkan fungsi sebenar otak dan berakhir dengan tekanan.Ya aku dah merasakannya.Hormon dopamine kita ketagih untuk terus scroll satu demi satu hingga letih otak untuk hadam.Ia juga menjadikan manusia malas membaca berita panjang.

Sudahlah semua benda ni memang niat nak jahanamkan manusia jika tak dikawal.

Mulai tahun 2026 aku berazam untuk tidak terpengaruh bermain tik.tok lagi.Otak aku dah cukup stress terbeban dengan semua ini.Aku nak kurangkan main telefon scroll benda sia-sia.Setakat balas What Apps tu ok lah.Aku penat weh....otak aku burn out hadap semua berita dalam media sosial.Banyak yang negatif dari positif.Kadang trigger trauma bila baca isu yang ada kaitan dengan kita.

Dah la muka-muka peniaga dalam tu kebanyakan pakai mak esah.Bukan saja peniaga malah pengguna.Merosak ketenteraman rohani aku.Musibat sungguh.Baik aku tenung pokok dengan busut anai-anai berbanding tengok gelagat manjsia kesyaitanan dalam tu.Ngeri weh....

Adios~~~~


Thursday, 2 October 2025

Tipu daya syaitan dan hawa nafsu

 Bila diri tersasar dari landasan iman yang sebenar akibat mengikut hawa nafsu bisikan syaitan...maka hidup tidak lagi tenteram.Hati selalu resah gelisah sedih pilu hidup tak tentu arah.

Rohani telah dikotori dengan dosa maksiat.Maksiat itu menggelapkan hati dan menghalang diri untuk dekat dengan Allah.Walaupun diri itu cuba untuk solat,zikir dan ibadah tetapi jiwa tetap kusut tidak tenang ibarat ada batu berat digalas di kepala.

Memang sedar sedang berdosa tapi tidak kuat untuk menarik diri daripada dosa itu.Lemahnya iman senipis kulit bawang yang rapuh terlalu mudah koyak.

Tuhan...kuatkan aku..lindungi aku dari putus asa dengan rahmatMU.

Diri ditipu dengan angan-angan yang terbit dari hawa nafsu dan bisikan syaitan.Syaitan amat bijak membisik itu dan ini.Membisikkan kebencian,malas dan pelbagai lagi perasaan negatif.Menggoda itu dan ini agar umat nabi Muhammad tergelincir ke dalam neraka bersama-sama mereka kelak.Itulah kemenangan terbesar buat mereka.

Bijaknya syaitan menjalankan tugasnya dalam memperdaya manusia.

Ya Allah.......

Sunday, 21 September 2025

Pelangi petang

 Sudah berbulan aku tak jenguk blog ini.Bukan kerana tak ada masa cuma berbulan lamanya aku dirundung badai taufan dalam diri sendiri sehingga aku hilang diri.Kosong sekosongnya aku rasakan.Fasa kemurungan & keresahan menenggelamkan nikmat hidupku.

Pelbagai peristiwa aku lalui bermula bulan Jun-September 2025.

Hidup aku dan pandangan hidupku mula berubah menjadi sedikit gembira dan ada sinar semenjak Ogos 2025.

Aku mula rasa inikan perasaan manusia normal setelah aku dapatkan rawatan.Sebenarnya kehadiran seseorang juga membantu menceriakan kembali hidupku yang dah lama gelap gelita.

Alangkah bodohnya aku bertahun-tahun membuang masa dengan orang salah.Nak sangat hidup dalam trauma dan tak berani keluar dari trauma.Percaya sangat dengan fikiran-fikiran negatif.Allah kan ada!!

Aku rasa tenang dapat jarakkan diri dengan manusia yang banyak merosak hati fikiranku selama ini.Dialah salah satu punca aku begini.Aku harap selamanya terpisah.

Hiduplah dengan masa sekarang bukan sedih dengan masa lalu dan risau dengan masa depan.

Rindukan seseorang

 Aku perasan satu perkara. Tahun 2024 - 2025 aku mula alami depression dan anxiety sejak wujud hmm hmm... Fikiran aku kerap rungsing,takut d...