Saturday 12 January 2019

Pirate ship,roller coaster Genting Highlands/sick at Genting

120113

Nak kata Kuala Lumpur dah tak ada tempat menarik,masih ada banyak tempat tetapi tetap juga kepala masing-masing nak naik Genting.Entah apalah best sangat di sini aku pun dah tahap menyampah kadang-kadang.Layankan sajalah kalau nak berkumpul di sini. Gambar tetap aku shoot seperti biasa.

Waktu ni aku moody sangat dan tak sihat (sakit).My mood fell down terribly.I also fell really irritated

Green & fresh jungle -photo by Samsung camera


sempat kau makan biskut beb!

This little girl is happy & excited

Blackberry photo selfie one shot

wowww my photo is nice in phone :)

 valley fog begins.Really beautiful 

perfect journey in cable car through the window

Sampai di Plaza Genting,kami terjumpa patung iconic Chinese New Year. CNY will coming soon so all decoration inside is about CNY with red striking colors


Jom masuk ke outdoor themepark!!!Keadaan tidak berkabus sangat dan masih cerah





pirate ship ni tak ramai orang sangat jadi boleh naik



Beratur menunggu giliran sweet smiles :)


hello girl what are you looking at with spider finger?


red & watery eyes -damned sick




Aku bahagia ceria
Di mana jua aku berada
Aku kan buang segala hampa
Racun seluruh jiwa raga

aku naik willy ice cream ni saja 



Aku sakit...
Sakit di luar dan dalam
Aku perit..
Menahan luka yang tersiram
Moga ada sinar mentari
Menyinari hari mendatang
Mengubah jiwa jadi tenang
Lantas lepaskan kisah silam



Banyak permainan yang tak sempat naik kerana beratur panjang.Semua tak mahu mengalah

roller coaster is not operation today,wth~~

Hotel Theme Park (white)

bot pun tak sempat naik


Tiket bayar mahal tapi banyak permainan ditutup dan tak sempat main.Nasib masing-masing datang hari biasa pun ramai manusia.Rasa buang masa datang beratur panjang tapi hampehhhh


Then i calmed my heart with the hope that soon
It would clear and the sun at last
I saw and hope but alas at noon
The rain fell heavy and fast
Hope this sadness will last



Aku sentiasa ceria dalam duka
Bibirku selalu senyum tertawa
Sedihku tak akan berlama-lama
Kerna tak mahu hatiku dimamah sengsara


Bas kami pukul 8.30 pm,jadi jam 7.30pm kami sudah siap turun dengan cable car.Cuaca berkabus tebal dan mulai gelap.Nak kata seronok tu tidaklah.Trip kali ini rasa mellow 































Thursday 10 January 2019

Apa itu karma

Dalam kehidupan,apapun yang anda lakukan akan terimbas apa yang anda alami saat ini........

Itulah maksud karma.Dalam erti kata lain anda tidak akan dibalas melainkan dengan apa yang sudah anda kerjakan.Kadangkala anda terpaksa menerima karma 3x ganda daripada itu.Balasannya berganda-ganda.

Karma ada dua jenis.Karma baik atau buruk.Baik anda kerjakan,karma baik juga yang anda terima semula.Perlakuan buruk yang anda kerjakan,maka karma buruk yang bakal anda terima.

Karma baik ialah suatu perbuatan yang berbuah positif.Semua yang datang dari kebaikan akan berbuah kebaikan

********************************************************************************

Tetapi...

Ada beza antara karma dengan ujian.Ujian bermakna,kita tidak pernah berbuat kejahatan seperti itu tetapi kita menerima ujian itu.Contohnya ;

kita tidak pernah membunuh orang tetapi tiba-tiba ahli keluarga kita terbunuh dalam kejadian yang tidak diingini.

Kita tidak pernah menganiya orang,mengambil hak orang tetapi wang kita pula dicuri

Kita tidak pernah memfitnah dan menjatuhkan orang tetapi seringkali kita difitnah dan diburuk-burukkan

Kita tidak pernah menyakiti tetapi sering disakiti

Kita tidak menipu malah jujur tetapi sering dikhianati



Barangkali ini bisa terjadi kerana ;
-Tuhan ingin mengajar manusia erti sabar dan tabah
-Tuhan ingin mengangkat darjat manusia di sisiNYA
-Tuhan ingin mendidik jiwa kita supaya tidak melakukan yang sama terhadap orang lain
-Tuhan ingin memberi ganjaran pahala kepada kita (pahala orang tersebut akan dikirim kepada kita      akibat perbuatan kejinya terhadap kita)
-Tuhan tidak ingin kita terus disakiti berada di situasi itu,oleh itu kita terpaksa melepaskan dan     mengalah pergi


Memang sakit apabila dianiya dengan perlakuan yang tidak sepatutnya.Memang pedih difitnah apabila kita tidak pun berbuat seperti apa yang difitnah itu.Semuanya sakit,perit,pedih,luka apabila kesemua perbuatan buruk orang dilantunkan kepada kita.Apa respon diri kita apabila menerima karma ini?

Dari situ kita harus bijak mengendalikan emosi.Apabila dendam menguasai diri maka kita akan bertindak di luar batasan akal.Malah 3x ganda kita membalas.Ya,tidak salah membalas jika anda mampu membalas.Itu pengajaran untuk si penganiya.Jika anda redha dan pasrah,serahkan sahaja kepada Yang Maha Kuasa untuk membalas,doa orang teraniya ini tiada hijabnya,

Doa orang teraniya boleh saja berbunyi begini;

"Celakakan dia dalam kemalangan biar semua giginya patah,mukanya hancur"

"Putuskanlah urat sarafnya"

"Matikanlah dia!"

Apabila insan itu benar-benar mendapat balasan atas sumpahan kita,maka puaskah hati kita?Seeloknya selitkan sekali doa supaya dia dibukakan hati agar insaf dan menyesal dengan apa yang telah dia lakukan.Dengan itu,balasan karma buruk pun dia terima,dia insaf lalu datang mohon maaf kepada kita.

Jenis aku,aku tak semudah itu melupakan kejahatan orang kepada aku.Lagi-lagi melibatkan harga diri kita.Enak-enak buat mulut pukul canang benda tak betul tentang kita sampai diri dipandang serong.Hmm kalau negara ini tak ada law aku tembak je kepala bagi bersepai.

Tunggulah karma buruk kalian...aku yakin Tuhan itu tidak tidur....sekarang anda boleh tidur lena,bersenang-lenang.Tunggu.....3x ganda anda akan terima kelak.


Tuesday 8 January 2019

Hilangnya sebuah mata pencarian

Agak sebak
Kerna mulai jatuh sayang
Tapi harus pergi
Demi ketenangan diri

Pergi bukan bermakna kalah
Pergi kerana mengelak masalah
Hati tak tegar lagi
Menanggung bebanan

Ku doakan kalian berjaya
Tabah harungi apa jua dugaan
Depan dan belakang
Selamat berjaya

Perpisahan ini lebih bermakna
Andai ini yang kau mahukan
Pergilah....usah lagi sesal


Sunday 6 January 2019

Bahaya lidah



Bilamana jauh hati
Tawar hati
Terguris hati
Maka akan menjauhlah

Baiknya mengelak sengketa
Menolak lebih banyak
Duka dan lara
Risau makin membara

Dunia ini tidaklah kejam
Hanya insan yang kejam
Lantaran menyimpan iri
Maka busuklah merajai

Kepergian ini bukan lemahnya jiwa
Hanya mengalah
Malas bertekak
Risau menjadi dendam tiada sudah

(sajak ini menceritakan pengkhianatan dan fitnah manusia yang merosak harga diri manusia,awasilah lidahmu kerna itu yang membawamu ke lembah neraka)

Saturday 5 January 2019

Belajar berbudi bahasa ketika berbicara



Ramai manusia bijak berbicara
Dia sahaja benar lainnya salah
Bawah padanya tidak dipandang
Walau sebelah mata

Hinalah seberapa banyak
Kerana penghinaan itu
bakal balik padamu
Busuk bicaramu
Busuk lagi hatimu
Sememangnya lidah tidak bertulang
Jiwa senang dipatahkan

Angkuhnya menyakiti
Tidak peduli hati
Segalanya salah
Segalanya serba tak kena
Segalanya hodoh
Kau perasan kau saja sempurna

Sukarkah bersopan
Susahkah beradab
Benar kata orang
Bicaramu gambaran hatimu

Yang Maha Melihat itu hidup
Tiap perbuatan akan dibalasi
Sabarlah
Biar kau miskin harta
Jangan kau miskin budi bahasa


Sajak Berkali-kali luka

Pantai Masjid Selat,Melaka


Banyak perkara yang di simpan,
Banyak benda di pendam,
Cuba bersikap melupakan,
Malah memujuk hati sendiri,

Bila dikenang-kenang
Ianya menjadi segaris dendam
Bara pedih masih tertanam
Bagai luka disimbah garam

Selalu mengalah tatkala dicerca
Membangun sabar dalam dada
Meskipun hati membara
Tergores satu luka

Mengalah bukan bererti kalah
Simbol imanmu masih ada
Menahan sabar dari amarah
Yang bisa mencetus telingkah

Rawan di hati masih tersisa
Tapi untuk apa memendam rasa
Membunuh bahagia sendiri
Sedangkan kau tahu itu racun
Yang bisa menghancurkan

Bila bersuara maka memincing perbalahan
Baiklah diam walaupun sakit
Pujuk jiwa dengan sabar
Moga ada balasan setimpal

Ingin berlari sejauh mungkin
Agar lenyap semua duka
Jauh di mata 
Bibir terkunci mencerca
Tiada hati yang terluka lagi

Wahai Yang Maha Teliti
Adililah seadilnya

(Sajak ini menceritakan sakitnya di cerca dan di hina,hanya mampu diam menahan sabar memujuk hati kerana dahulunya bersuara untuk memperbetulkan keadaan namun terus di simbah api kekerasan.Akhirnya tambah sakit luka di dada.Diam sajalah andai itu lebih baik untuk memadam api persengketaan)

Thursday 3 January 2019

Sambutan tahun baru 2019

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahun 2019 ini cukup berbeza sekali bagiku.Ajakan kawan untuk menyambut tahun baru 2019 bersama-sama tidak ku tolak sama sekali.Biasanya malam tahun baru lah aku rasa paling malas untuk ke mana-mana kerana tak ada pengangkutan nak balik nanti.Kedua rimas bersesak-sesak dengan ramai orang.

Tak apa kali ini kami plan baik punya.Antara dua lokasi.Dataran Merdeka atau KLCC.Menurut kawanku dataran sekarang dah tak ada pertunjukan bunga api seperti tahun sebelumnya.Sekarang cuma ada selawat dan qasidah sahaja,tiada konsert yang melalaikan.Baguslah.Baru ada rahmat yang turun.KLCC memang saban tahun ada konsert bermula jam 10 malam dan pertunjukan bunga api menjelang detik 12 malam.Kata kawanku KLCC tu penuh dengan warga asing seperti Bangla,Indon.

Dia suruh aku pilih nak kemana.Aku ada juga google search tengok lokasi menarik pertunjukan bunga api.Kerajaan buat sambutan tahun baru di Putrajaya,sah-sah jauh.Sunway Velocity Mall di Cheras pun ada.Ada la beberapa lokasi lagi di KL ni.Hmm paling senang nak balik mungkin Dataran Merdeka.

Malam itu hujan pula,sekejap hujan sekejap surut.Alamak...aku dah siap sediakan selipar takut basah kasut kerja.Kawan aku dah siap tunggu di Masjid Jamek sebelah bank OCBC untuk ke Dataran Merdeka.Dia dah survey tengok katanya sana tak ada apa.Pengunjung tu ada cuma tak ada aktiviti.

Kami decide untuk ke KLCC.Ya Rabbi,ramai betul orang yang turun di stesen keretapi KLCC.Siap ada polis mengawal laluan.Rata-rata aku tengok muka warga asing.Mat saleh tu adalah dalam 20%.
Susah juga nak cari kawan aku di tempat ramai orang ni.Puas voicenote,video call.Mujur nampak ATM Ambank tepi tu jadi tunggu di situ.Fuhh aku dah risau kalau tak jumpa.

Kami naik escalator shopping mall Avenue K lalu tembus ke pintu luar.Jalan kaki sedikit,lintas jalan menuju ke perkarangan air pancut taman KLCC.Orang begitu ramai sekali dengan bunyi bising terompet vuvuvu.Pelbagai ragam dan gaya aku lihat,ada yang pakai cekak rambut bertanduk setan berlampu.Mujur kawan aku bijak bawa ke lokasi atas rumput,jadi boleh tengok dari dekat bunga api.

Sepanjang hidup aku tak pernah tonton bunga api dari dekat.Biasanya dalam tv atau dari jauh sahaja.Dulu masa duduk di perumahan Jalan Tun Razak,balkoni rumahku menghadap KLCC.Tiap kali New Year mesti nampak jelas loncatan bunga api dari balkoni walaupun jaraknya bukanlah dekat sangat.Kali ini tengok bunga api real fuhhh bahagia rasa.Semangat nak buka buku baru 2019 seolah-olah meletus-letus bagaikan bunga api menerawang di awan.Kawan aku kata lain beb tengok dalam tv dengan dari dekat begini.Ya serius happy .










9 minit lebih pertunjukan bunga api berlangsung.Meriah weiii...semangat sambut tahun baru 2019 berkobar-kobar.Dalam hati siap pasang azam baru!

Seingat aku,kali terakhir New Year aku sambutan di Taman Tasik Titiwangsa tahun 2007 sempena pelancaran Eye On Malaysia.Itupun dah meriah nok.

Kemudian setelah tamat,orang ramai berpusu-pusu keluar balik.Kalau kena rempuh ni naya.Kena hati-hati dan licik mencelah sana sini.Mujur kawan aku dah pakar.3 tahun berturut-turut dia sambut New Year di KLCC jadi dah boleh baca.

Lepak makan steamboat tepi pokok sementara tunggu orang ramai reda.Pelbagai gaya aku lihat.Malas nak cakap.Yang nyata bukan muka rakyat tempatan.Nampak macam melayu tapi indon pun ramai.Kawan aku orang Jawa so dia boleh cam satu persatu.

Selesai makan,kami ke taman KLCC semula saja nak bergambar dan ambil angin malam.LRT khabarnya beroperasi sehingga 2 pagi.Syaratnya kena beli token siap-siap atau guna touch n go.
Kami plan balik naik grabcar.




Aku segan juga nak berdiri atas tembok dan bergambar begini.Kaku rasanya sebab aku bukan kaki bergambar ala model.Kena bebel dengan kawan aku,"kau tak payah malu.Yang pakai cekak tanduk setan tu patut dia malu,lagipun lepas ni kau tak kan jumpa dah semua orang kat sini"

Hahaha...

Rata-rata yang datang melepak ala-ala puak urban di taman KLCC ni ialah orang Indon kata kawan aku,dorang nak bergaya serupa orang sini tapi nampak janggal.Ini kata kawan aku ya bukan aku.Aku tengok muka nak serupa melayu rupa-rupanya indon.Betapa ramainya warga asing di KLCC ni,tak macam tahun 90an-2000 dulu.Tak apalah mereka hanya ada kawan-kawan untuk berseronok dan keluarga jauh di mata,biarlah kan...

Cek grabcar,harga sekarang memang tinggi.RM 33 balik ke rumah.Matilah wei..kami tunggu sampai jam 2 pagi dengan harapan harga turun.Aiikk RM 34 pulak?

Jam 2 pagi pengawal KLCC meminta pengunjung bersurai sebab nak tutup pagar.

Kami buat keputusan untuk jalan kaki ke Ampang Park.Fuh harga masih RM 30 lebih.Jalan lagi dan lagi.Sampai Jln Tun Razak pun masih RM 34,aikk memang cilaka.Nak tercabut lutut dah ni.Pada kami itu harga melampau,grab mainkan kami ni.Sampai di IJN,harga RM 28.Hahh dekat 6km kami jalan hanya kurang RM 6 je?

Jalan lagi ke depan Bulatan Pahang,harga jadi RM 16.Allah..kaki nak longlai dah.Esok aku kerja pulak kalau cuti tak apa.Jam menunjukkan pukul 3.20 pagi.

Kami decide naik kereta abang melayu ni.Abang ni cerita malam tahun baru memang harga begitu sebab high demand.Sampai rumah 3.45 pagi,aku mandi dan tidur.Esoknya rasa sakit kepala sikit.Hahaha...


Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...