Sunday 31 December 2023

Azam berguna 2024

 Azam 2024

Bismillah.Semoga Allah pelihara azam baru saya sampai bila-bila.Jauhi saya dari syaitoniah dan -ve

Mkn ubat ikut masa dan berdisiplin.Jaga kesihatan kebersihan

Tepati masa kerja jgn main-main

Jgn layan/masuk campur/larut dgn masalah org atau cerita org.

Berhenti melayan overthinking.Latih minda utk STOP STOP STOP melayan fikiran -ve

Buang/cut contact dgn org -ve yang buat kamu rasa down,bersalah,overthinking.

Jgn lagi buka portal cr forum/sebarang link gosip/masalah org yg bodoh-bodoh

Jgn mengumpat org mengata org mengutuk org

Jgn layan org yg sedang mengumpat mengata org

Jaga pandangan mata dari perbuatan dosa maksiat

Jaga mulut dari berkata kotor buruk busuk jahat

Banyakkan makanan rohani ;membaca al quran,berzikir,tauhid kena benar

Elakkan menulis status berbaur emosi,tak puas hati dan marah.Tahan tangan tahan hati

Berhenti mengutuk atau cerita keburukan org terutama fam kpd org lain.Jgn kembangkan lagi masalah lalu kusutkan otak sendiri.Masalah takkan selesai pun

Bersikap tegas dgn orang keliling

Berani buat keputusan sendiri.Tidak malu atau segan selagi kita tak buat salah dan jenayah

Saturday 30 December 2023

Terima kasih tahun 2023

 Sedar atau tidak hari ini 31 December sudah hari terakhir tahun 2023.Allahuakbar begitu cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.Baru semalam rasanya aku menyambut tahun baru 2023 kini sudah masuk hari terakhir tahun 2023.

Terima kasih tahun 2023 yang banyak memberikan aku pelbagai pengajaran hidup.Memberikan aku kembali kewarasan, kematangan dalam berfikir dan membuat keputusan.Mengurniakan aku keberanian untuk move on dalam kehidupan walau dalam keadaan terpaksa tanpa rela.Terima kasih tahun 2023 kerana memisahkan aku dengan manusia-manusia yang tidak ikhlas dari hidupku.Walau pedih aku rasakan tapi inilah yang terbaik untuk diriku sendiri.Aku juga berhak bebas dan bahagia dari rantaian-rantaian pemikiran yang membelenggu yang menjadi hamba derita selama ini.

Terima kasih wahai Yang Di Atas atas segalanya.Aku di sini bukan lagi untuk nurkilankan kenangan manis itu adalah semasa berkunjung ke tempat itu dan tempat ini.Zaman kanak-kanak dan remaja bolehlah kata begitu.

Kenangan manis bagiku ketika mana keindahan dan ketenangan aku menemui Tuhanku dalam solat,doa dan merenung kejadian Tuhan.Kenangan manis kedua adalah dapat merdekakan diriku dari sesuatu kesakitan yang merantai akal dan perasaanku selama bertahun.

Kenangan pahit cuma satu tiada yang lain.Ketika mana aku lupa kepada Tuhan,berbuat dosa itulah kepahitan yang amat memedihkan.

Terima kasih sekali lagi tahun 2023.Yang telah berlalu biarkan ia pergi jangan diratapi lagi kekesalan itu.Pandang ke hadapan dan JANGAN SESEKALI MELETAK HARAPAN KEPADA MANUSIA.Manusia itu lemah sifatnya.Hanya Tuhan yang berkuasa

Semoga ada sinar baru di tahun 2024.Aku tidak minta banyak aku hanya mohon kebaikan, bahagiaku hanya dengan Ya Rabb bukan lagi manusia-manusia palsu perosak.



Thursday 28 December 2023

Selamat tinggal tahun 2023

 Sedar tidak sedar tahun 2023 sudah menemui penghujungnya.Tinggal 3 hari lagi tahun 2023 akan berkubur.

Tanya diriku sendiri apa yang telah aku lakukan sepanjang tahun 2023.Adakah banyak kebaikan,perubahan positif atau banyak keburukan.Merenung kembali kisah dari awal tahun hingga ke garis penamat hujung tahun 2023 

Satu sahaja cerita aku.Aku berjaya membuang perlahan-lahan harapan palsu manusia dan harapan palsu yang tercipta dalam diri aku sendiri.Harapan yang sekian lama aku dambakan,mimpikan dan idamkan.Aku berjaya kuburkan perlahan-lahan menjadi satu pengajaran dalam hidup.Walaupun bertahun-tahun aku berdoa untuk harapan itu terjadi namun sebaliknya yang berlaku.Di sini aku nampak campur tangan Allah yg Maha Baik."Boleh jadi kamu mahukan sesuatu tetapi tidak baik bagimu.Boleh jadi kamu bencikan sesuatu tetapi ia baik bagimu".Ini firman Allah dalam surah al Baqarah.

Betapa sukarnya untuk aku hadam ayat-ayat Allah ini.Betapa pedih dan pahitnya aku rasakan beserta membawa luka kehancuran sebuah hati.Hanya Allah saja tahu tidak boleh aku gambarkan ceritanya.Sampai satu tahap aku boleh menyalahkan Allah kerana tidak beri apa yang aku pinta sekian lama.Lama kelamaan aku semakin faham ada jalan cerita yang Allah hendak tunjukkan.Allah itu maha baik maha bijaksana maha lembut.Sangka baik dengam takdirNya.Akal cetek kita kadang tidak mampu menimbang kenapa mengapa bagaimana.Sampai aku sudah mula menerima bahawa terserah Allah lah hendak berbuat apa terhadap hambaNya.Allah tahu sedangkan kita tidak tahu.Terdetik sesuatu perkataan dalam hati kita pun dalam pengetahuan ilmu Allah.

Biarlah...pergilah...aku mula berdamai dengan takdir hidup dan jalan cerita hidupku.Biarlah ia berhenti sampai di sini.Aku menderita sekian lama.Aku tertipu dengan perasaan sendiri dan harapan yang dicipta sendiri.Aku silap di situ.Tidak semua yang hadir dalam hidup kita kekal membahagiakan kita.Kadangkala konon rasa bahagia itu hanya sandiwara mainan perasaan sendiri semata-mata bukan berpandukan kewarasan akal.Hati ini selalu mengajak kita ke arah membuai hawa nafsu.Akal pula selalu mengajak ke arah fikiran buruk dan tidak bersih.Akal dan hati kita boleh jadi musuh kita sebenarnya.

Aku ingin buang jauh-jauh perasaan sakit hati,benci,dendam,amarah,sedih dan menyesal.Kita tidak mampu kembali memutar masa lampau agar tidak berlaku.Yang kita mampu hanyalah memaafkan diri sendiri dan orang lain serta memandang ke depan.Hidup ini bukan untuk meratapi kekesalan dan kesedihan lalu.

Hidup ini niatkan untuk mencari redha Allah bukan mencari penghargaan manusia.Cakap memang senang tapi untuk laksanakan perlu mujahadah,kesabaran dan pengorbanan.Bersediakan anda untuk meninggalkan sesuatu yang menjadi kesukaan dan kenikmatan hawa nafsu anda?Dunia ini memang tempat memenuhi hawa nafsu.Pelbagai kenikmatan,kesenangan,kemewahan dan hiburan.Renung-renungkanlah kerana perjalanan kita di atas dunia hanya sebuah persinggahan untuk ke kehidupan yang abadi di akhirat.

Kita tidak mampu membuang dunia dan hawa nafsu tetapi kita boleh mendidik diri kita untuk kecilkan dunia dan tidak menjadi budak hawa nafsu.Insyaallah tidak akan terpedaya.

-hamba yang berdosa






Wednesday 27 December 2023

Manusia semakin bodoh kerana media sosial

Aku tidak mahu terbawa dengan apa itu berita viral,trend semasa,makanan semasa,fesyen semasa dan segalanya yang semasa.Aku tidak suka sebenarnya cari tahu,ambil tahu dan masuk ke dalam minda serta hati.Aku mahu fikiran aku tenang,lapang,tidak risau,tidak rancak mengikut trend semasa.Biarkan orang ingin berkata aku ini kolot,duduk dalam gua.
Aku tak suka semakkan kepala melihat pelbagai kebodohan manusia di laman media soSIAL.Aku bahagia dengan caraku sendiri.

Aku tak mahu hanyut dengan cerita,berita,perkara membuang masa.Semuanya kebodohan yang terpampang.Manusia menjadi semakin tolol dan bodoh angkara bermain media sosial.Makin hilang rasa malu dan segan.Sama saja yang bertudong litup,berjubah dan berpurdah sekalipun.Pelbagai aib sengaja dikongsi demi meraih perhatian manusia.Aku tak mahu sebut tentang maruah diri.Tetapi orang mempunyai perasaan malu dan segan diri tentu tidak sewenang-wenangnya untuk sengaja mempamerkan foto malah video di media sosial.Dia tak akan gemar dikenali.Dia akan menjaga diri daripada ruang fitnah.Janganlah mengikut-ikut perangai yahudi sekalipun dia masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan ikut.

Benarlah Allah tidak memandang luaran kamu(pakaian).Allah melihat hati kamu.Hati yang bagaimana?Hati yang hidup bukan hati yang mati.

-Hamba yang penuh dosa 😓🤲

Tuesday 26 December 2023

Solat di surau

 Aku paling seronok dapat solat di surau mall Setapak Central.Keadaannya tenang surau juga luas.Karpet solat tidak berbau hapak busuk.

Telekung juga disediakan lebih 17 helai.Tidak sebusuk tahun 2021.Masa tu busuk betul bau hapak dengan kesan kotoran daki orang di muka telekung.Yikkkss geli

Saat paling menenangkan ke mall bukanlah makan,membeli belah tapi dapat solat.Solat itu jalinan hubungan kita dengan Allah.Jangan pandang remeh tentang kewajipan ini.

Alhamdulillah dapat solat di sini.Rasa lapang dada

Sunday 24 December 2023

Lowkey person

Low key ialah karakter manusia.Jika diterjemahkan ke bahasa melayuu bermaksud merendah diri.Karakter yang bersifat tertutup barangkali.

Maksud Lowkey mengikut sesetengah pendapat

LOw key people usually have a small social circle. They mind their own business and don’t get involved with anyone else’s drama. Pretty easy-going, but will shut you down if they think you’re being particularly awful

Quiet. Self reliant. Doesn't attract attention or do things to stand out.

Mellow. Avoids conflict. Accepting.

Calm. Peaceful. Mindful. Contemplative


A low key person is someone who doesn't exhibit the kindof behaviour where many people would notice him/her. A low profile person who doesn't want to stay in lime light.

He's not necessarily an introvert. He just doesn't want any attention around himself.


Humble , modest , and very quite ( soft spoken ) I find them very pleasant to be around . and often full interesting insight . and very intelligent as whole



Golongan ini juga tidak suka menonjolkan diri di khalayak ramai seperti menyertai aktiviti yang membabitkan acara berkumpulan sama ada di tempat kerja,majlis keramaian bersama saudara mara dan kumpulan kawan-kawan yang besar.Begitu juga di dalam dunia internet media sosial.Bukan bermakna kerana mereka tidak menarik, tidak berjaya dan sebagainya tetapi memang karakter low key begini.Mereka tidak suka dikenali dan jadi tumpuan.


Golongan low key juga lebih gemar mengelak dari konflik.Mereka akan sedaya upaya jauhkan diri dari pertengkaran yang membawa perbalahan dan permusuhan.Senang cerita lebih suka mengalah walau tahu bukan mereka yang salah.Penyabar orangnya.


Tidak suka jadi tumpuan.Jadi dengan tidak memunculkan diri akses media sosial maka tidak akan ada sesiapa akan lihat kehidupan dan gambar mereka.Tiada publisiti.Maka tiada yang dapat mengkritik mereka melalui status,gambar dan sebagainya.Mereka juga tidak berminat untuk ambil tahu urusan hidup orang lain secara realiti atau dengan mengintai-intai posting orang di laman sosial.Aman hidup tenang fikiran.Urus hidup sendiri lebih baik begitu.


*kalau mereka bergambar pun hanya sekadar untuk kenangan diri sendiri bukan untuk dikongsi di khalayak ramai.


Tambahan lain pula karakter low key ini juga tidak gemar mendengar kisah drama daripada orang.Kusut otak.Bila bertemu dengan kawan-kawan yang suka bercerita kisah peribadi,masalah hidup secara berlebihan maka orang low key mula menjauhkan diri perlahan-lahan.Mereka tidak rasa selesa masuk ke zon konflik orang lain.Sama juga dengan orang yang gemar mengkritik mereka.Contohnya membuat body shaming "kau kurus sangat,kau terlalu gemuk,kau kulit kusam,kau tak ada harta dll" maka sampai bila-bila pun orang lowkey ini akan jadi trauma dan sedaya upaya mengelak dari orang yang menjatuhkan dirinya.Mereka tidak akan membalas semula dengan kata-kata tetapi mereka pilih untuk berdiam diri sahaja dan menjauhkan diri kalau boleh.Tapi kena ingat,bila anda kerap bermain perasaan dengan orang lowkey ini teruk dia balas dengan hanya sekali. 






Thursday 14 December 2023

Makan nasi di secret recipe

14.12.2023

Aku memang menyampah masuk ke Setapak Central tapi entah mengapa bulan 12 ini aku kerap pula ke sini.Aku dah malas travel jauh-jauh ke pusat bandar KL.Kena tunggu bas dan naik lrt lagi.Alangkah bagusnya datang berhampiran rumah.Balik pun mudah.Tak perlu menempuh perjalanan jauh dan ramai manusia.

Disebabkan belum sarapan maka aku masuk ke Secret Recipe nampak 1 menu seperti sedap.Harga rm9.90 sahaja.Nasi putih,ayam sambal dan salad.Harga menarik dan nampak sedap.Syaratnya kena jadi ahli secret recipe.Ok siap daftar dalam aplikasi selepas dibantu pekerja.

Dapat percuma air kopi.Ada air lain ke?Tidak hanya kopi latte.Aku minta kopi O.Aku tak nak takut perut meragam tapi sebab percuma aku minum juga.Nasinya sedap ayam pun sedap salad letak cuka dan lemon rasanya.Masam masam manis seperti jeruk.



Sebab tamak makan order pula kek chocolate indulgence.Rasa nak meletup perut nak habiskan kesemuanya.Portion nasi agak banyak lihatlah pinggannya agak lebar.Hampir sejam aku duduk di dalam restoran.Aku benar-benar kenyang.Selepas sejam aku bangun perlahan-lahan.

Sakit perut lepas tu.2x sakit perut angkara air kopi agaknya.Menyesal aku buang duit hampir rm 23.

Balik rumah terus jadi gatal-gatal terutama di private area selama berhari-hari.Boleh jadi punca salad bercuka dalam menu nasi tadi.Aku alahan makanan berjeruk dan cuka ok take note.

Kali terakhir aku makan di secret recipe pada tahun 2014.Makan spageti carbonara yang kuah putih.Aku jarang masuk ke tempat begini sebab harga pun $$$$.



Monday 11 December 2023

Goodbye my baggy crop t-shirt

 Aku beli baju crop t-shirt ini di butik h&m Avenue K.Aku minat dengan warna biru lembut.
Harga asal rm 34.95 -15% kupon h&m rm 29.70.Masa cuba di fitting room rasa ok,best dan masuk angin.Aku pun belilah 2 helai.Satu lagi warna coklat cair juga crop t shirt.

Bagi anda yang tidak faham maksud crop t-shirt,crop bermaksud potongan/keratan.Baju ini singkat di bahagian pinggang,bila pakai boleh nampak pusat.Fesyen sekarang kan baju saiz besar tapi singkat.

Bila dah mula nak pakai aku terpaksa padankan dengan singlet labuh di dalam.Alamak leher pula macam luas.Kainnya seperti memeri.Aku tak perasan waktu cuba di fitting room tempoh hari.

 Iya lah 25% dibuat dari baju yang dikitar semula.Kempen h&m memang begitu.Kualiti t-shirt nya ada lembik,keras sedikit dan lembut.



Goodbye crop t shirt.Aku tak selesa lagi memakaimu walau hanya 2x.Send back to h&m for ♻️recycle item looo..wakaka🤭

Bulan december 2023 aku hantar baju h&m crop t shirt ni di butik cawangan berdekatan rumah buat recycle.Leher luas bila pakai jadi senget-senget.Goodbye to 95 crop t shirt!Peace :) u will get new owner soon

Monday 4 December 2023

Hantar baju recycle di h&m

 Hari ini aku ke Setapak Central Mall di Danau Kota Setapak KL.Saja-saja hendak berjalan walaupun pada mulanya malas keluar sebab dah nak masuk waktu maghrib.Aku mengemas baju-baju lama yang sudah lusuh dan buruk untuk dihantar ke butik h&m Setapak.Tunggu teksi dan bayaran sebanyak rm10.Mahal sebab tunggu lampu isyarat sangat lama.Pakcik teksi juga bawa terkedek-kedek.

Aku bimbit 2 beg baju terpakai ke dalam butik h&m.Sekarang semuanya kena guna apps h&m untuk claim kupon voucher 15%.Satu beg baju terpakai dapat 1 kupon.Cashier masukkan kupon online di dalam apps h&m aku.Kalau dulu dapat kupon jenis kad boleh simpan di tangan.

H&m pun ada sales baju markdown price.Harga asal rm39.95 turun kepada rm10 rm15 rm20.Untuk baju mahal pun ada harga markdown turun kepada rm30 rm40 rm50.Wah...nafsu hendak berbelanja timbul kembali.Dalam rumah dah banyak sangat baju kenapa nak tambah semak?Aku fikir sedalam-dalamnya semula.Sedangkan baju yang ada pun dihantar ke recycle♻️.

Ok..baik.Aku tarik nafas cuba mengawal hawa nafsu membeli.Aku hanya cuba beberapa helai baju markdown price sebagai ubat hati.Dapat cuba pun tak apa kan.Haha semua bajunya jenis slim fit dan singkat.Tak sesuai.Jom kita keluar.

Ramai sungguh orang dalam mall ini rimas pula.Mungkin semua sibuk membeli belah sempena jualan hujung tahun.Aku beli air jus boost rm12.Tak sedap rasa tawar dan tidak juicy.Buang duit beb 😓

Pertama kali aku cuba pakai turban.Mahal juga turban aku ni bukan yang rm10.Nampak kemas dan selesa.Balik rumah sakit kepala sebab turban ketat mencengkam kepala.Kepala aku ni sensitif tak boleh dibalut dengan apa-apa yang ketat.




Ok kan muka aku pakai turban.Terpengaruh dengan seorang auntie melayuu kawasan aku kerja.Aku selalu memujinya nampak kemas dengan turban.Nampak moden dan fashionable.Ala-ala mak datin.Aku tanya di mana dia beli turban katanya di Kenanga Mall dekat Pudu.Gigih aku beli turban 2 helai.

Kalau orang tanya aku selesa atau tidak berturban?Jawapan aku ya sebab mudah guna..aku rasa ok selesa dan freedom kerana aku tidak sukakan sesuatu yang renyah seperti membelit-belit shawl dan pin sana sini.Rimas dan aku mudah marah kalau dah tak ada mood.Cuma terlalu jarang nampak orang berturban zaman ini.Yang aku tahu trendsetter turban ini adalah penyanyi Yuna.Aku sukakan Yuna.Simple dan rock.


Monday 27 November 2023

Surau Lalaport

 Aku rasa sudah lebih 8 kali aku berjalan ke Lalaport Bukit Bintang.Dahulunya adalah bekas tapak penjara Pudu yang menempatkan penjenayah.Kini telah bertukar menjadi pusat beli-belah cawangan negara Jepun iaitu Lalaport by Mitsui.

Aku sukakan susun atur di dalamnya.Orang pun tidaklah ramai mana memang tak serabut.Taman di tingkat 5 ramailah pengunjung bila hujung minggu sebab nak bergambar.Ada pasar malam pula.Bukan pasar malam jual makanan tu tapi jual baju,cenderamata dan lain-lain.Semuanya dipelopori oleh peniaga cina.



Condominium Lucentia BBCC Lalaport.Boleh dilihat dari taman.Harga mencecah RM 800,000 ribu ke 1 juta lebih.



Surau tempat solat di Lalaport terletak di tingkat LG.Surau ini terletak di tengah-tengah.Cari papan tanda logo surau dan masuk ke kiri ada satu lorong.Jalan terus sahaja.Aku suka keadaan suraunya yang bersih dengan lantai parquet (papan).Tak bau hapak disebabkan kaki basah.Di dalam surau pun ada muzik latar bunyian muzik Jepun.Kadang kurang khusyuk juga kerana muziknya agak kuat.

Sudah banyak kali aku solat di sini.Jujur aku katakan aura surau ini ada ketenangan.Rasa satu keasyikan.Lagipun ini bekas tapak penjara pudu lama.Banyak roh-roh orang baik mati di penjara ini suatu masa dulu.Aku ni ada sedikit kelebihan boleh "merasai" aura sesuatu tempat dan juga aura orang.Bila ke chowkit,aku dapat rasakan aura hitam dan tidak elok banyak di situ.




Tenang sungguh beribadat di sini.Aku suka dan selesa.Mindaku juga tidak terganggu.Siapa yang kata Lalaport berhantu mungkin sebab anda mencari kisah mistik.Sebenarnya tidak...di tapak ini banyak roh orang baik-baik yang sudah bertaubat dari kesalahan sebelum menjalani hukuman penjara.

Rating surau lalaport aku bagi 4 bintang.Syabas kepada pihak pengurusan

Saturday 25 November 2023

Membeli belah di Mydin Sinar Kota

26.11.2023

 Sudah lama aku tidak ke Mydin Sinar Kota di Kotaraya Pudu KL.Aku tahu di sana adalah tempat warga asing berkeliaran.Berarak mendung awan kelabu begitu.Risau hendak ke sana kerana mendengar banyak kes jenayah membabitkan warga asing.

Kali ini hari minggu aku bercadang untuk membeli belah di cawangan Mydin yang besar.Mydin Kotaraya menjadi pilihan kerana banyak barangan boleh dipilih di sana.Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.

Tiba-tiba masuk ke Jalan Pudu aku ingat-ingat lupa jalan ke Mydin.Dalam kepala teringat satu perkara,haaa kena cari menara Maybank tinggi itu dan Mydin terletak di seberang jalan.Akhirnya jumpa juga.Mudah kerana Mydin betul-betul di tepi jalan utama.

Kereta tak boleh parkir sembarangan di tepi jalan.Di hadapan pintu masuk Mydin ada hentian bas rapid kl.Penuh bas berderet di situ.Memang tak ada tempat parkir melainkan masuk di basement bawah bangunan Mydin.Tiada bayaran mengikut jam.Kena bayar rm6 cas sehari terus.Siapa yang hendak parkir sehari suntuk?Tamak betul pengurusan parkir di sini.Aku lihat parkir ini di bawah kelolaan UDA Holdings.Paling lama orang membeli belah pun adalah dalam 2 jam.Ada pula peras paksa orang bayaran rm6 untuk sehari.Terpaksa bayar sebab tiada pilihan.Pejam mata sajalah asalkan kereta selamat.Dari bawah parkir kereta ada lorong kecil bertulis Mydin Emporium dan ikut saja laluan anak tangga tersebut naik ke atas.

Mydin Sinar Kota ini memang luas mata memandang.Semua kelengkapan ada di sini dari pakaian biasa,sekolah,kelengkapan solat dan umrah,peralatan  rumah,hiasan,makanan,bodycare,barangan hardware yang asas dan lain-lain.Berbeza dengan Mydin Chowkit yang sempit.Dahulunya bangunan ini milik pusat beli-belah Metrojaya kata orang lama.

Kotaraya Pudu sekarang ini digelar mini Dhaka dek penuh dengan warga asing.Memang dari tahun 2009 kawasan kotaraya menjadi medan orang asing.Memang benar cuba anda pandang kiri kanan depan belakang.Ada yang mencangkung,duduk meludah dan berkelakuan tidak semenggah itu bukan budaya orang tempatan.Pekerja Mydin juga 85% orang asing.Aku masih teringat uniform mereka 20 tahun lepas adalah kemeja biru kain licin berkotak-kotak.Sekarang sudah bertukar kepada kain t shirt.

Terimbas semula kenangan ke Mydin Sinar Kota tahun 2004 dahulu.Hampir 19 tahun berlalu dan aku tidak lagi ke sini.Waktu itu aku ke sini selepas balik dari klinik gigi kerajaan bangunan Cahaya Suria.Bangunan Cahaya Suria terletak tidak jauh dari Mydin.Aku masih ingat lagi aku ke sini untuk membeli seluar track suit dan baju t shirt hitam lengan panjang untuk ke program perkhemahan anjuran sekolah di Sungai Pisang Gombak batu 12.Sedihnya baru pakai sekali seluar track semasa duduk bersila terus koyak celah kangkang.Tiada kualiti ke apa.😫😪.Baju t shirt lengan panjang hitam gambar kartun Pooh itu telah diberi kepada sepupu.

Sambung bab Mydin.Orang tidaklah ramai mana hanya biasa-biasa.Di tingkat bawah pelbagai jenis coklat ada di jual.Rambang mata tapi aku bukan penggemar coklat sangat.Hampir 2 jam aku di sini.Mydin mempunyai 4 tingkat dan hanya ada escalator.Tiada lif di sini.


.Aku menuju ke tingkat 3 dahulu.Cari rak kecantikan seperti syampu,sabun,produk penjagaan kulit dan sebagainya.Mydin bukan seperti watson/guardian ya hanya ada produk tertentu sahaja.Produk Sariayu dan Mustika Ratu dari Indo wajib ada di Mydin.Produk Mustika Ratu jeruk nipis ini dari zaman habis sekolah jadi pilihanku.Harga sekitar rm6 waktu itu.Memang bersih untuk cuci mekap.Kemudian selepas keluar produk micellar water pencuci mekap aku hanya pilih Nivea sahaja kerana teksturnya air dan tidak berminyak seperti losen.

Aku terpandang produk Temulawak.Hati teringin hendak membeli tetapi takut kulit alergik.Kawan sekolah aku dulu putih pakai krim temulawak inilah.Harga pun tak mahal mesra poket.Aku ke rak sabun,syampu,ubat gigi dan lain-lain.Beli sabun betik untuk mak.Dia hanya sesuai dengan sabun betik jadi bersih kulit muka.Rambang mata tetapi hanya membeli produk tertentu takut membazir kesudahannya.Harga syampu di Mydin memang agak murah berbanding drugstore.Terkejut tengok harga syampu Good Virtue Habatussauda cuma rm9.30.Tempat lain mencecah rm 12.90.Memang harga borong sungguh sesuai dengan tagline belilah dengan harga borong.Tidak kesemua barangan Mydin murah ya ada juga yang extra rm2 rm3 dari tempat lain.Bergantung pada barang.Modal tak sama kan.Lagipun terlalu banyak pilihan pasaraya dan supermarket di KL sekarang.Masing-masing bersaing harga untuk menarik pelanggan.Mydin bukanlah menjadi pasaraya nombor 1 lagi.

Aku cari sabun tawas kotak biru itu tetapi sudah tidak dijual.Cari di cawangan Chowkit juga tiada.Dulu-dulu tahun 2013,2014 aku selalu beli sabun tawas ini.Bersih kulit ketiak pun wangi dapat buang bau busuk.Sabun tawas ini masuk pasaran Mydin dalam tahun 2005 rasanya.

 Kemudian melangkah ke seksyen lain memilih pelbagai jenis barangan dapur seperti perencah,gula,susu,kordial minuman,rempah ratus.Kemudian ke rak sanitari seperti tisu,sanitari wanita.Kali terakhir turun ke tingkat Ground floor membeli sedikit buah-buahan dan telur gred omega.Sedar tidak sedar hampir 2 jam pusing dalam Mydin.Jomlah kita bayar barang.3 bakul barang hampir RM 578.20😷aihh apa yang aku ambil

Di dalam Mydin ini sukar untuk menemui muka warga tempatan.Kebanyakan warga asing yang tengik,wanitanya pula seperti 'ayam' dan celaru jantina.Entahlah aku rasa tidak seronok seperti kita pula menumpang negara orang.Memang kotor pemandangan di sini kawasan Puduraya.

Tahun 2023 ini tidak lagi sama seperti 20 tahun lalu.Suasananya amat berbeza.Bayangkan berjuta-juta warga asing masuk ke negara kita sudah tentulah mereka ada di mana-mana.Aku rindukan kedamaian yang lalu di mana hanya 3 bangsa memenuhi sekitar kotaraya.


Inilah barangan kecantikan yang aku beli.

Masker Mustika Ratu = Rm 4.70 x 3 set

Sabun Shinzui              =Rm 2.30

St Ives Fresh Apricot Scrub =Rm 27.90

Syampu Good Virtue = Rm 9.30 harga asal rm 11.90

Aiken acne gel tea tree oil = Rm 12.30

Lip ice mentholatum = Rm 16.90

Minyak rambut kelapa Parachute =Rm 3.40

Sumber Ayu Body Scrub       = Rm 7.30


Balik dari Mydin terlepas jalan pula lalu masuk laluan ke tasik perdana.Jalan pula jem kerana hujung minggu.Cuaca mendung nampak seperti mahu hujan.Aura ibu kota Kuala Lumpur tidak secerah era 90an dan 2000.Hidup mesti diteruskan suka atau tidak kerana inilah perubahan dunia semasa akibat kerakusan politik atasan.




Tuesday 10 October 2023

Last outing with friend and bye

 Inilah hari terakhir aku dengan kawanku.Aku rasa baiklah aku mengundur diri bukan kerana membenci tidak menyukai tetapi aku pilih untuk keselesaan hatiku sendiri.Emosiku lebih penting,ketenanganku sendiri lebih utama.Aku penat bermain dengan perasaan serba-salah bila mana dia seolah tidak dapat menerima luaran diriku😷


Ada perkara kita boleh sependapat tetapi ada perkara kita tidak bakal menyatu.Entahlah..hati kecilku tidak berapa gembira dan selesa.Kalau kita hendak berkawan dengan seseorang biarlah dia seorang yang menyenangkan hati perasaan kita dan paling utama MENERIMA SIAPA DIRI KITA SEADANYA.Bercakap ada adab,lembut dan matang.Satu lagi kawan kita hendaklah seorang yang minda terbuka ya.Buka minda tertutup tidak dapat menerima perubahan dan kelaianan kita.Kawan kita juga hendaklah seseorang yang bukan kaki menghukum orang.


Sebenarnya aku lebih selesa makan di rumah daripada habis duit makan di kedai yang kenyangnya hanya sementara.Aku juga tidak sukakan kawan yang berulang kali bertanya soalan peribadi untuk menyelidik hidupku.Rimas lemas lelah dan moody.Lama kelamaan terasa tidak selesa dan macam nak marah pun ada.

Bye bye my friend..im so sorry..i cant deal with you anymore.You are not a good friend good character and good listener.


10 Oct 2023 times square bb mac d

Monday 25 September 2023

The mall

 25.09.2023

Sebenarnya aku lebih rindukan kenangan datang bersama kawan-kawan lama sekolah dulu ke Sunway Mall Putra.Dulu dikenali sebagai The Mall pada tahun 90an.Banyak kenangan indah sewaktu zaman dulu-dulu dengan kawan-kawan.Bila The Mall telah bertukar wajah dan jadi lebih moden maka segala kenangan lama terus terpadam.

Aku juga rindu kenangan datang ke sini tahun 2015 dengan kawan rapat aku.Vibes kami serasi aku senang hati berkawan dengannya.Sampai sekarang aku belum bertemu dengan kawan yang sama vibes,sama energy dan rasa satu ketenangan bila keluar bersama.


Perkara wajib masuk ke butik h&m ialah bergambar sebab lighting terang elok.Haha.Pakai baju murah sahaja 

Hat rm5

Cardigan sulam rm1

Baby t shirt pink h&m rm34.95



Friday 25 August 2023

Sendirian kadang satu keindahan

Bila aku renung perjalanan hidup ini,aku mula faham bahawa kalau berani tempuhi maka akan melangkah ke hadapan.Kalau takut-takut anda akan ketinggalan di belakang.Seperti keretapi yang telah bergerak meninggalkan anda kerana kelewatan maka anda harus mencari keretapi lain pula untuk sampai ke destinasi.



 Ada masa elok berteman agar gembira untuk berbicara tapi ada masanya teman kita tidak selalunya akan bersama dengan kita.Jadi kita mesti berani melangkah keluar walaupun sendiri.

Sendirian itu adakala membahagiakan.Hanya monolog dengan dalaman sendiri.Tidak pening mendengar kisah orang lain.

Ktv,makan di black canyon thai green curry,balik tunggu bas hampir sejam dalam hujan renyai.Balik malam esoknya sakit tekak demam.

25 Aug 2023 Melawati Mall

Sunday 16 April 2023

Lebih baik sendiri

Berjalan bersendirian menikmati kehidupan kadang kala lebih membahagiakan berbanding berteman.Berteman dengan siapa?Andai berteman dengan manusia yang tidak menghargai kita.Tahu membentak dan bercakap kasar dengan kita.Tidak bijak dalam berkata-kata 
mengambil hati kita.Apabila berbicara pula hanya menyebut tentang perihal dirinya sahaja.Merimaskan dan melemaskan.

Me time.Enjoy the moment.Cherish your life yoo😄😄





 

Thursday 23 March 2023

Terjebak belanja kain tudung buang duit!

 23.03.2022

Entahlah bagaimana aku boleh terjebak buang duit beli semua benda-benda ini.Sebab nampak yang memakai itu lawa jadi terinspirasi untuk jadi lawa sepertinya juga?Inilah akibatnya jika tidak bekerja dan terlalu banyak masa di rumah tengok itu dan ini.

Aku tahu aku beli sekadar ikut trend semasa untuk memuaskan hawa nafsu membeli.Bukan pakai pun dan akhirnya kesemua benda ini sumbat ke dalam almari.Menyesal pula bila fikir semula akibat kuat berangan beginilah jadinya.Aku ni on off pakai serkup kepala.😷




Sebenarnya aku terpengaruh dengan sepupuku yang beritahu dia ada beli sehelai jenama artis ini.Katanya kain lembut lembik pakai sekali pin benang dah tertarik rosak.Kain cotton voile memang.






Kelima-lima ini semua item preloved(terpakai).Kesan benang tertarik akibat pemakaian pin memang teruk dan semakin teruk lepas pakai.Kain ada yang tebal,panas,nipis.Bercampur kerana batch stock tidak sama kualiti.Aku ada tengok beberapa perempuan memakai skaf Jendela Rindu ini nampak ok lah terang mata.Hati membuak-buak inginkan juga tapi lepas miliki rasa tak berapa sedap kainnya.Pakai sekali dua sahaja beb!Sekarang semua tidur dalam almari!

Buang duit rm 75 untuk 5 helai prelove.Aku dah jual sehelai kepada orang dan bagi orang hadiah sehelai.Beli yang item baru rm 27 sehelai.Cas pos rm 7 setiap kali penghantaran.Item baru langsung tak pernah pakai sebab rasa sayang takut lepas cucuk pin kain jadi tertarik benang.


Memang perempuan suka membazir duit aku yakin dalam almari lebih 50 helai kain tudong kan kan kan

Wednesday 15 March 2023

Jangan terusik


 Hanya kamu yang boleh memahami dirimu sendiri.Hanya kamu yang faham apa yang kamu mahukan.

Ya tidak terikat dengan masa sesiapa apabila membeli-belah.Bebas ke mana sahaja tanpa ada garis waktu.Jadilah manusia berani,manusia berdikari dan manusia yang tidak terusik dengan perangai manusia lain

 

Thursday 9 March 2023

Ukur kasut saiz sendiri


Jangan sesekali fikir apa orang akan kata.Hidup ini adalah untuk gembirakan diri sendiri.Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain.Ukur paras kasut dan saiz tidaklah sama.Jikalau kita memakai kasut terlalu ketat maka sakitlah kaki kita.Jika kita memakai kasut longgar maka tercabutlah kasut itu apabila berjalan.Itulah analogi kehidupan kita.

Kita adalah diri kita.Jangan paksa diri kita menjadi sesuatu yang bukan diri kita.Pasti akan kecewa dan tidak selesa.


Kadang-kadang kita terpaksa menerima arus perubahan apabila orang keliling ramai berubah ke arah itu.Tapi kalau tidak bersedia atau belum sepenuh hati sedia usah paksa diri.Jangan memalsukan diri kerana orang lain.Memang sakit jika buat sesuatu yang bukan kerelaan kita.
Allah lebih tahu niat kita bukan?
****************@@@@@@@@@***************

Hari ini menjala barang di Watson nu sentral.Mata aku dah teruk hitam bawah mata.Aku mulanya nak beli bio essence eye cream tapi tiba-tiba rasa baik beli Loreal kerana ada bahan kurangkan garis halus.Promoter kata ramai orang cina beli Loreal.Baiklah aku nak cuba.

Beli juga pencuci muka Nutox sarang burung ada promosi harga Rm13++.Balik rumah cuba pakai keesokannya muka terus naik jerawat halus.Itulah kalau pakai sembarangan produk 😫
Vit c serum garnier tu pula rm 6++.Untuk sapu pada parut hitam di muka.Entahlah menjadi ke tidak aku beli saja.Ini 3 barang dah Rm 100++.Semuanya nak cantik punya pasal.


Agak lama kalau aku masuk drugstore.Bukan nak membeli sangat tetapi lebih kepada survey produk terbaharu sekadar ambil tahu.Banyak produk Korea masuk ke drugstore sekarang.Harga pun mahal ada yang ratus.Aku tak berani beli macam-macam risau kulit tak serasi.
 

Monday 9 January 2023

You go girl

Tetaplah yakin diri walau di mana berada.Hargailah diri sendiri sayangilah diri sendiri carilah kebahagiaan sendiri.

Kamu cantik kamu kemas kamu sendiri yang gembira.Abaikan kata-kata orang yang tidak senang dengan penampilanmu itu.Mereka tiada kerja lain sibuk untuk mengurus hidup orang lain sedangkan diri sendiri tidak terjaga rapi.

You go girl💪💪😄😄😄

-Velocity mall cheras 10 jan 2023



Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...