Saturday 16 July 2022

Pilihlah untuk berdiam diri apabila.......

 

SELALU BERDIAM DIRI DALAM 5 KEADAAN



1)Apabila anda merasakan tiada sesiapa pun boleh memahami perasaan anda apabila anda sudahpun meluahkan melalui lisan-jadi tolong diam

2)Apabila anda tidak tahu hendak berkata apa,jika anda berasa sangsi dengan pemikiran anda atau pengetahuan anda dalam sesuatu aspek-tolong diam

3)Anda tidak perlu menjadi salah satu punca negatif dengan menyokong seseorang yang sedang mengkritik tentang orang lain

4)Apabila seseorang menjerit atau membentak dengan penuh kemarahan dan kebencian,anda harus tenangkan orang itu dengan cara berdiam diri.

*Di sini tauhid kepada Allah kena kuat.Allah yang zahirkan/tunjukkan perbuatan itu agar anda nampak di mana darjat orang itu.Jadi jauhkan diri daripadanya

5)Cuba berdiam diri apabila seseorang sedang bercerita peristiwa hidupnya dengan penuh perasaan kepada anda

Tidak perlu menerangkan tentang diri anda kepada sesiapa pun kerana seseorang yang sukakan anda tidak perlukan semua itu dan seseorang yang tidak sukakan anda takkan percaya pun penerangan anda

Jadilah seorang yang bebas berfikir dan jangan kisah/simpan apa pun yang anda dengar.Jadilah seorang yang kritikal dan pegang apa yang anda percaya.

Satu perbualan di meja dengan seorang yang bijak adalah lebih baik daripada membaca buku 10 tahun

Tujuan peperangan bukanlah untuk mematikan seluruh negeri tetapi untuk seseorang yang celaka mematikan dirinya

Adalah penting untuk berdiri di tengah cuaca sejuk untuk menghargai keindahan salji

Manusia pandai akan selesaikan masalah.Manusia bijak akan menghindarinya

 

-A.P.J Abdul Kalam

Monday 11 July 2022

Cara berkesan untuk hidup tenang

 Pernah dengar tak harta segunung pun kalau hati tak tenang buat apa...tepat sekali.Duit berkepuk-kepuk pun kalau dalaman kita sedih,pilu,kusut,penuh dendam,penuh energi negatif tak guna juga.Mengikut pengalaman aku yang telah melalui proses hati yang tak tenteram,fikiran sangat kusut dan serabut bila dilanda sesuatu masalah berkaitan manusia,aku akan jadi sangat-sangat down dan negatif.Hilang semangat,hilang selera makan,kecenderungan untuk minta mati cepat sebab dah tak sanggup harungi tekanan perasaan yang hebat.Tengok orang ketawa pun rasa benci.

Caranya ada di bawah;

1)Berdoa kepada Allah minta jalan keluar.Yakin sepenuh hati Allah akan bantu selesaikan masalah anda

2)Buang punca yang buat kita kusut.Memang susah jika berkaitan dengan seseorang yang kita sudah sayang bila berkawan.Tapi daripada menambah bebanan di bahu kita baik buang/jarakkan diri.Kena berani buat keputusan dan tempuh apa jua impak.

3)Jangan terlalu banyak cerita masalah kita kepada orang kerana pendapat orang tak sama.Kalau ada pendapat yang bertentangan dengan kita malah menyalahkan kita atas apa yang berlaku tidak ke tambah murung kita dibuatnya?Jadi kongsi masalah dengan orang yang betul-betul boleh dipercayai dan membina semangat kita sahaja.

4)Jangan mencari berita.Kurangkan bermain media sosial kepada perkara yang tak perlu.Maksud di sini jangan suka scroll berita/kisah orang itu dan ini dalam telefon.Kelak menambah kegusaran hati bila membaca kisah masalah orang lain.Ingatlah tak semua manusia akan melalui kisah sebegitu kerana takdir manusia berbeza-beza.Kadang-kadang lihat foto kawan-kawan bergembira pun hati kita boleh dirundung kecewa apabila kita tak dapat kegembiraan sedemikian.Off media sosial

5)Elakkan juga mendengar masalah konflik kawan-kawan melalui telefon atau semasa berjumpa.Nanti akan trigger emosi sedih.negatif kita.Jika terpaksa mendengar luahan cerita kawan juga,reset semula minda dan katakan benda ini tak akan jadi kepada aku,kerana nasib manusia tak semua sama.Haaa begitu...kalau asyik berfikir masalah orang,kita pula risau masalah itu akan terjadi kepada kita balik (overthinking).Maka berdoalah yang baik-baik agar Allah takdirkan kita dengan perkara baik-baik sahaja.Kita adalah apa yang kita fikirkan.Law of attraction.

6)Jangan tonton cerita sedih.Takut terbawa-bawa watak di dalam cerita dan kita bayangkan hidup kita juga akan jadi seperti itu.Overthinking lagi.Banyakkan tonton program ilmiah seperti motivasi,keagamaan,haiwan,komedi dan sebagainya yang membina semangat dan emosi positif.

7)Buat hal sendiri.Jangan busy body hal orang,jangan suka mengata dan bergosip hal orang.Banyakkan bertahmid dan berzikir mengingati Allah baru tenang rohani kita


*Bila kurang memperbesarkan cerita,berani membuat keputusan,kurang melihat dunia luaran berkaitan dengan kehidupan manusia,fokus kepada matlamat hidup maka kita akan lebih tenang dan sayangi diri sendiri kan?





Cara untuk istikomah dalam kehidupan

 Rindu dengar ceramah Prof Muhaya,banyak energi positif menjana ketenangan jiwa dan minda.

Hasil tips dengar ceramah Prof Muhaya dalam you tube,tajuk cara istikomah dalam kehidupan

Tulis matlamat anda hendak jadi orang macam mana.Audit diri dahulu.

*Ilmu tentang apa yang kita hendak lakukan.
-Sama ada feqah,tauhid,tasawuf.Akidah yang mantap menghasilkan ibadah yang sempurna.Ibadah yang sempurna menghasilkan akhlak yang lembut.Jiwa juga harus tenang.Bila dalaman kita tenang,kita tengok orang pun tenang.What you see is what u having inside.Jadi kalau anda lihat semua orang anda rasa stress bermakna anda yang stress.Buka cermin mata stress anda.

*Orang yang penuh lemah-lembut

*Orang yang mesra(suka tegur orang) dan tawaduk.Orang yang tawaduk ni dia suka dengar pendapat orang,dengar pun tidak bermakna setuju

*Memudahkan urusan.Buat kerja yang memudahkan urusan kita

Allah punyalah sayang kita tapi kita sibuk pandang ciptaan(makhluk).Kita sampai terlupa siapa pencipta kita Allah.
Kalau kita tak ada niat untuk bersihkan jiwa,,mantapkan ibadat,rugilah kita.Fokus kepada al-Quran,jadikan al-Quran sebagai besar kepada diri kita.Bila ibadah sempurna,akhlak akan lembut.Bila kita solat sempurna maka kita akan pandai menjaga masa.Solat sempurna ialah solat tepat waktu,bukan melewatkan solat seperti melepas batuk di tangga.Jaga masa.
Jadi orang 10 minit sedia.10 minit masa untuk pergi tandas,cuci muka,bersihkan mekap dan angkat wuduk.

Waktu berwuduk kena bersih,niat kerana Allah.Jaga rohani.Sewaktu angkat takbir jaga fokus kepada Allah dan hayati bacaan dalam solat.Bila rukuk anda sedang tawaduk.Bila sujud anda tokmaninah.Selesai solat baca istigfar fokus kesilapan diri.

Letakkan solat sebagai keutamaan anda.Jika anda tak jaga solat bermakna anda tak jaga Allah.

Cari guru murrabi.Siapa guru feqah,guru tauhid,guru tasawuf.

Tentukan kawan yang membawa kebaikan.Audit kawan-kawan keliling anda.Ada kawan yang buat kita selesa.Ada kawan yang buat kita stress bermakna auranya tak best.Kalau rasa anda boleh mempengaruhi dia jadi orang positif maka teruskan tetapi..kalau rasa anda dipengaruhi olehnya maka tinggalkan/jauhkan diri.Jaga circle anda.Contohnya pergi rumah orang tu buat kita lalai solat jangan pergi lagi ke sana.

Jaga circle kita.Baca bismillah untuk setiap perbuatan dan ucap alhamdulillah setiap apa nikmat Allah.Allah beri penglihatan,Allah jaga kita semasa tidur.Banyakkan berselawat.

Persekitaran manusia sekarang lebih banyak masa dengan telefon.Jadi pilih channel yang betul.Jika berbuat sesuatu niat semua kerana Allah.Contohnya aku baca what apps kerana Allah,aku pakai baju kerana Allah.

Tamakkan ilmu dan pengampunan Allah.

Jangan tamak dengan harta benda yang menggemukkan hawa nafsu.

Selain itu,

Lakarkan cara kematian anda.
-Pasang niat untuk mati dalam husnul khatimah (mati dalam kebaikan),wajah jenazah yang bersih,putih dan tersenyum sewaktu dikafankan,roh diangkat ke langit dengan kain sutera.

Setkan hala tuju kehidupan
-Contohnya anda rancang perjalanan untuk ke Penang,teruskan ke Penang.Jangan singgah ke sana sini.Terus menuju ke destinasi tujuan anda.
-Contoh lain orang begini ialah dia niat untuk menuju Allah tapi bila buka telefon tengok perkara mengarut dalam tik tok,follow orang itu ini,tengok orang buat itu dan ini,bermakna dia sudah masuk ke dalam lubang (jatuh).Kemudian dia akan komen dan mengumpat.
-Macam orang tadi yang hendak ke Penang tapi bergaduh pula dengan suami,maka ubah plan ke Perak pula.Ini bermakna orang itu tiada hala tuju.Kenapa hendak berubah niat kerana gaduh dengan orang?

-Hidup dengan qolbun salim (jiwa yang tenang),nafsu mutmainnah,penuh dengan ilmu,tiada tuhan melainkan Allah.

-Orang yang setiap hari fokus berita sahaja/salah orang.Jenis ini orang yang tiada ilmu tiada harta.Spesis ini dia akan dengki dengan orang kaya.Dia dreaming full of life dan cari harta bersungguh-sungguh untuk memenuhi hawa nafsu (contohnya:Kalau aku kaya macam orang tu aku mesti ramai pasangan)

-Orang yang berharta tapi tak solat,lebihkan aktiviti membeli-belah semasa musim puasa,orang begini amat sia-sia kerana tidak beramal semasa bulan ramadan.

Kenapa kita susah untuk istikomah

-Keyakinan rendah kepada Allah.Kenapa?Sebab kita tidak kenal Allah.Bila tidak kenal Allah maka buta mata hati.Buta mata hati hanya fokus pada luar.Jadi akan ada halangan.Dia akan menjadi orang yang mencari redha manusia bukan pandang apa yang Allah suka.Akhirnya penuh dengan maksiat

Cara berdoa,kena hadirkan perasaan kita lemah,jahil,hina,miskin.Baru jadi hamba Allah.
Jangan menghina orang yang kurang dari kita kerana mungkin dia ada kelebihan yang kita pula tak mampu lakukan.

Cara berhenti overthinking

 Aku suka mendengar ceramah motivasi Prof.Dr Muhaya.Aku mengikuti beliau semenjak tahun 2011 lagi.Banyak perkara baik dan positif yang aku jadikan pegangan setelah mendengar ceramah motivasinya.

Aku seorang yang overthinking dari dahulu lagi.Aku juga jenis memendam rasa bila ada masalah dan berfikir bercabang-cabang A-Z.Pening sangat sampai akhirnya aku sakit kepala sakit jiwa sendiri.Bila luah dengan orang lain menambah bebanan bila pandangan mereka tidak sependapat/menyebelahi aku.Malah makin tebal perasaan menyalahkan diri sendiri.Aku juga ada penyakit yang buat aku overthinking juga.

Alhamdulillah sejak awal tahun 2022 aku mula berubah sikap.Sejak aku berjinak-jinak belajar ilmu tauhidkan perbuatan Allah aku mula slowdown untuk overthinking.Aku diajar perbanyakkan istigfar mohon keampunan Allah.Aku mula belajar untuk tidak membesar-besarkan hal masalah dengan cara bercerita dengan orang.Aku sudah kurang menghubungi kawan-kawan berborak melalui telefon.Aku juga malas mendengar cerita kehidupan orang. Lagi banyak buka mulut lagi stress aku rasa.Dari niat untuk meluahkan masalah telah bertukar jadi medan mengumpat,mengutuk dan membicarakan keburukan orang.Hilang terus kebaikan orang yang aku kutuk itu.Lama-kelamaan aku rasa berdosa dengan Tuhan dan rasa betapa jahatnya mulut aku.Perkara yang tidaklah sebesar mana diperbesarkan sampai diri sendiri stress.Aku pernah dengar,kalau kita ada masalah usahlah terlalu galak bercerita kepada orang.Nanti masalah itu makin berkembang dan membiak.Mana tidaknya nanti ada yang cucuh api bagi tambah marak dan terbakar.

Sebaik-baiknya aku akan elakkan bercampur dengan orang kaki bergosip/bercerita perihal orang.Aku tak mahu hati aku berburuk sangka dengan orang pula hingga mencetus overthinking tentang orang itu.Jadi aku elakkan

Kali ini dapat ilmu baru dari Prof Muhaya untuk berhenti berfikir berlebihan atau kita sebut overthinking.Mulai dari sekarang kita kena ubah cerita kita.Mulakan hidup dengan menulis skrip kehidupan.

"Alhamdulillah,saya gembira dan bersyukur kini saya..."

"Alhamdulillah,saya gembira dan bersyukur,saya pilih untuk..."

Istigfar dengan hati yang hidup.Semoga dengan pengampunan Allah membawa kita menuju jalan yang lurus dan baik.

*Jangan pandang kehidupan yang telah berlalu.Manusia memang ada melakukan kesilapan dari segenap segi seperti kekeluargaan,pelajaran,pekerjaan dan sebagainya.Jadi jangan toleh kehidupan lepas,pandang kehidupan sekarang (kehidupan yang lebih baik,positif,jauh dari perkara buruk)

Perkataan-perkataan yang powerful ini akan membantu kita berhenti overthinking.Bila kita pandai berhubung/komunikasi dengan diri sendiri maka kita juga akan pandai berhubung dengan orang.Kalau kita benci diri sendiri maka kita juga akan benci orang lain.




Sunday 10 July 2022

Hari raya haji

 Hari raya aidiladha/raya haji tahun 2022 kali ini memberi aku rasa nikmat kesyukuran sedari malam raya lagi.Di kala duduk di pinggir jalan raya yang hanya berbunyi deruan enjin motor,aku mula memasang takbir raya dalam.Rasa indah bercampur sayu mengenang segala hal.Sayu kerana memikirkan layakkah aku menyambut hari raya korban?Diri yang penuh dosa dan kehinaan ini adakah dipandang oleh Allah tuhan sekalian alam.

Ruginya aku tak berpuasa sehari sebelum raya.Banyak fadilat puasa antaranya dosa-dosa diampunkan sepanjang hidup.Aku memang ada niat untuk berpuasa tapi terlupa baca niat sebelum tidur dan tak bangun sahur.Badanku letih sekali kerana bekerja balik lewat malam.Hmm..alangkah ruginya melepaskan peluang keemasan setahun sekali ini.Siapa yang tak nak dosa diampunkan.Kalau boleh pilih antara duit berguni atau dosa diampunkan,aku pilih dosa aku diampunkan berbanding duit.Untung jemaah yang dapat ke Mekah buat ibadah.

Hari ini hari raya aidiladha.Aku terlajak tidur sampai 9.30 pagi.Subuh entah ke mana,solat sunat hari raya entah ke mana.Aku bangkit dan terus ambil wuduk.Buka buku panduan solat sunat untuk lihat tatacara solat sunat aidiladha.Apabila aku sudah faham maka aku dirikan solat sunat aidiladha.Selepas itu aku membaca takbir hari raya.Seraya dengan itu aku dapat rasakan satu kesyukuran,ketenangan menjalar dalam diri.Allah itu maha baik,walaupun aku terlepas solat subuh tetapi aku masih berpeluang solat sunat hari raya sendirian di rumah.Syukur aku dapat lakukan dan aku mendapat juga ganjaran tenang.Rugilah siapa yang langsung tak buat.

Selepas itu aku menjamu selera nasi himpit bersama rendang ayam.Syukur atas nikmat makanan ini.Kawan aku telefon ucap selamat hari raya dan menjemput aku ke rumah barunya.Hampir 6 bulan aku tak jumpa dengannya maka eloklah aku pergi juga.Langgan grab car punyalah mahal sampai rm 21,selepas beberapa minit kalau belum langgan,harga naik jadi rm 23.Grab ni memang cekik darah.Aku batalkan tempahan sebab nak tumpang adik aku sahaja.Kena pula penalti rm 3 untuk tempahan akan datang.Membazir sangat pada aku.Apa boleh buat.Kalaulah ada pengangkutan awam terus ke rumah kawan aku dah tentu aku naik pengangkutan awam separuh jalan.Tapi itulah buang masa pula kalau nak tunggu bas.

Rasa seronok dapat pakai baju kebaya dengan kasut heels.Rasalah diri ada sifat keperempuanan.Rasa diri cantik sekali.Biasa pergi kerja hanya pakai jeans dan t-shirt yang kadang-kadang nampak selekeh benar.

Seronok dapat bersembang dengan kawan aku.Aku selesa berkawan dengannya sebab satu kepala.Dia juga berfikiran terbuka dan optimistik.Cuma biasalah bila bersembang pasti akan ada selit tentang kisah orang lain.Itu aku kurang suka.Dia bukanlah mengutuk cuma kongsi bercerita.Kadang ada setengah ceritanya mengusik perasaanku dalam diam.Aku cepat-cepat sangka baik sebab tak semua perkara buruk yang terjadi kepada orang lain,akan jadi kepada aku juga.Dia tak boleh pukul rata semua orang kerana perjalanan hidup manusia tak semua sama.Keyakinan aku kepada bantuan Allah masih wujud.Aku memandang tiap apa yang berlaku itu Allah yang jadikan.Tidak bergerak satu pun zarah di bumi ini tanpa pengetahuan Allah.Tauhid kena kukuh baru kita tak mudah tergelincir dan tersungkur jatuh bila terjadi sesuatu.Kawan aku atau sesiapa sahaja tak perlu tahu siapa aku,apa yang aku belajar walaupun aku masih merangkak belajar dalam ilmu tauhid ini.Tak perlu aku khabarkan apa yang aku tahu.Biarlah dia dengan caranya berfikir.Tapi cara dia berborak langsung tak sentuh soal mentauhidkan segala perbuatan Allah,hanya manusia semata-mata.

Cerita tentang konflik orang keliling pula.Aku faham dia juga sudah lama bersabar.Hanya pandang salah orang bukan salah diri.Hanya rasa diri dia betul orang lain silap.Tapi itulah kawan aku yang seorang ini.Aku hanya mendengar dan bersetuju dengan ceritanya.Biarlah dia nak meluah asal dia lega.Semoga Allah berikan dia hidayah untuk memahami ilmu tauhid yang sebenar bukan hanya salahkan manusia sahaja semata-mata.



Thursday 7 July 2022

Berhenti jadi hamba dunia

 Makin meningkat usia,aku rasa makin tidak terpersona dengan keindahan dunia.Dunia ini tiada apa pun yang indah.Kita semua telah tersihir dengan dunia yang fana.Aku seperti tiada sangat keinginan makan berlebihan sedap-sedap mengikut hawa,berhias berlebihan demi mendapat perhatian umum,membeli-belah barangan berjenama untuk tampil ekslusif,pergi bercuti sana sini konon untuk hilangkan tension apatah lagi gila glamour berlumba-lumba bergambar atau buat content menjual muka dalam media sosial untuk meraih populariti.Jauh sama sekali.Langsung aku tak berminat.Aku rasa malu untuk dikenali ramai.Tak perlu pun dikenali sesiapa.Diri aku ini berharga untuk jadi tatapan umum.Aku tak mahu menjadi hamba kepada masyarakat untuk meraih penghargaan dan puji-pujian.Salah tingkah habis dikecam tak ke sadis?Merimaskan.Kalau ada kawan yang bergambar dengan aku dan masukkan gambar dalam media sosial pun aku kurang berkenan dijaja.Gambar itu pula kekal di situ menjadi tatapan umum.Sungguh aku tak suka.Aku ini low profile,kalau boleh aku tak ingin dikenali sesiapa.Menulis blog ini berbeza kerana ia seperti sebuah platform penulisan berfaedah.Tiada siapa yang mengenali aku di sini.

Orang masuk lubang biawak takkan aku pun nak ikut masuk lubang biawak?(Pedas juga ayat ni).Biarlah aku hidup diam-diam dengan tenang,aman dan damai mengikut cara aku.Aku juga tak suka orang ambil tahu perihal aku melalui media sosial ataupun di kehidupan realiti.Aku lebih suka menonton gelagat haiwan daripada manusia kerana haiwan itu menghiburkan.Aku juga tak berminat nak ambil tahu urusan orang.Lantaklah mereka dengan hidup mereka(termasuk kawan-kawan aku sendiri).Kadang-kadang ada sesetengah perkara boleh menyentuh perasaan aku sebab itu aku ambil keputusan untuk tidak mencari tahu hal orang walaupun tertengok dalam status what apps pun.Tak perlu save nombor orang yang aku rasa tak perlu.Aku tak mahu hati aku rosak dengan manusia keliling aku.Hati yang rosak bermakna hati yang ada perasaan hasad dengki,cemburu,marah dan benci.Kalau boleh aku nak jaga hati aku daripada berperasaan sebegitu terhadap orang lain.Jadi solusinya kurangkan ambil tahu perihal kehidupan orang.Orang yang datang kepada aku lalu mengumpat masalah orang lain pun kalau boleh aku malas sangat dengar.Aku tak mahu rosakkan hati aku.Tak pasal-pasal aku pula bersangka buruk kepada orang yang diumpat itu.Aku tak mahu pening kepala fikir hal orang.Orang lain pun jangan nak sibuk hal aku.Adil lah kan.








Monday 4 July 2022

Membazir kumpul skaf kepala berlebihan

 Aku ni ada hobi pelik iaitu obses dengan sesuatu barang/item dalam jangka masa panjang.Contohnya bila aku scroll nama Norjuma Habib pengasas tudung bawal Aidijuma (AJ) maka aku jadi gila nak beli tudung Aidijuma.Berjam-jam aku habiskan masa cari design tudung AJ yang berkenan dalam shopee atau fb.Padahal design dah outdated tapi sebab Norjuma pakai nampak comel sangat maka aku jatuh hati.Belum tentu comel di muka aku kalau pakai pun sebab aku ni tak reti pakai tudung,mesti keluar rambut dan senget-benget (sebab aku pakai on off).Aku spesis tak boleh pakai tudung lama-lama nanti kepala gatal,tergaru-garu macam ada kutu dan jadi pening kepala serta rimas.Aku tak boleh ada sesuatu melekat di kepala dalam jangka masa panjang,leher aku juga rasa macam dicekik-cekik lebih lagi bila lilit shawl.Aku ada masalah sakit dalam leher itu sebablah.

Berapa ratus ringgit sudah aku habiskan duit beli tudung AJ,dari design baru hinggalah yang lama edisi preloved.Aku cuba-cuba pakai sekali dua saja nampaknya awning tudung AJ ni senang bentuk beb rasa comel pula.Aku yang tak suka pakai bawal (konon sebab muka nampak tua dan kampung.com) tiba-tiba rasa seperti fresh and young bila pakai tudung AJ.Tak payah pakai anak tudung pun dah elok terletak.Bila aku puas pakai sekali dua,aku iklankan dalam shopee dan jual sebagai item preloved.Wah sambutan agak menggalakkan sebab masih ada orang hunting tudung AJ corak old skool ni.Syukurlah sekurang-kurang niat aku nak bertudung dan merasa pakai bawal AJ tercapai juga walaupun zaman kegemilangan AJ ni dah lama berlalu (sekitar tahun 2012-2014).Biarlah suka hati i ler haha

Bila tengok sepupu aku sibuk jual tudung Fareha aku pun sibuk nak beli konon nak jual kepada kawan-kawan.Beratus ringgit dah duit habis beli tudung Fareha ni.Aku cuba-cuba pakai sekali dua tapi kenapa muka aku nampak hodoh gila?Awning tudung tu senget dan tak terbentuk langsung.Tagline Fareha kata bawal mudah bentuk tapi kenapa bila aku pakai muka aku macam orang gila?Aku tanya sepupu aku adakah dia guna spray pengeras tudung sebab dia pakai elok aja.Dia kata tak tak..pakai macam biasa aja.Sedih aku beb masa pakai bawal chiffon Fareha ni mood aku kelaut masa keluar dengan kawan aku sebab awning tudung terkelepet.Aku tak tahu dah nak betulkan macam mana lagi.Bila pin ketat-ketat di leher,leher aku pula rasa sakit tercekik.3x aku keluar rumah pakai tudung Fareha semuanya buat muka aku auto hodoh.Mungkin aku yang tak reti pakai kot...Banyak lagi tudung Fareha dalam almari aku.Jual dalam shopee pun tak laku entahlah..sakit pula hati membazir duit beli banyak helai.

Kalau tiap kali lalu jalan TAR KL,aku mesti singgah masuk butik pakaian Muaz tu.Terbeli lagi macam-macam tudung di situ.Aku ni memang betul-betul suka buang duit untuk penuhi hawa nafsu membeli-belah.Macam ada satu kepuasan bila dapat buang duit dengan beli barang ni.

Habis musim Fareha aku beralih kepada tudung Fazura pula.Suka tengok Fazura pakai semua nampak comel dan manis.Aku belilah yang preloved 5 helai.Sehelai rm 15 x 5 =rm 75.Punya teruja aku pertama kali dapat beli tudung Fazura yang tengah viral tu.Bila pakai di muka aku nampak pelik.Coraknya banyak yang terang dengan bunga besar-besar.Warna pun colour blocking.Awning dia senang bentuk tau.Kain pula berbeza-beza ada yang nipis,sejuk,panas,tebal.Kain juga jenis macam AJ benang senang tertarik.Hodoh dah tudung tu kesan pin mengakibatkan benang tertarik.Aku beli pula tudung Fazura yang baru ada lah 2 helai.Tudung Fazura pun sama entah kenapa aku rasa tak kena dengan muka aku.Bila aku tengok cermin aku kata ya Allah kenapa muka aku nampak pelik dengan warna tudung dan coraknya ni...bidangnya juga besar 46 inci rasa labuh mcm ustazah pula.Aku bukanlah alim sangat.Baju aku pun banyak yang sendat dan singkat.wuwuwuw sedih aku...cukuplah aku pakai 1-2x aja.Aku memang jual balik as preloved

Itulah balasan sebab aku suka buang duit membazir benda yang tak perlu.Pantang tengok benda cantik dan trending semua nak beli sudahnya tak sesuai dengan diri.Orang lain beli aku pun sibuk nak beli.Nampak cantik dengan orang tu tak semestinya cantik dengan kita.Ini mana aku nak campak banyak-banyak tudung dalam almari ni..jual pun tak laku.Beli baju pun kalau pakai 1x rasa tak sedap,aku takkan pakai dah inikan tudung.Tudung tu penting tau sebab membentuk wajah.Rasa sayang sangat duit membazir beli tudung-tudung yang tak perlu pun dibeli berlebihan.Baik duit tu aku buat makan,bila rasa kenyang timbul niat bersyukur.

*edit 12.12.23 sekarang aku rasa terbeban dan semak almari kerana penuh dengan koleksi tudung bawal dan shawl yang mana aku tak pakai sangat pun dan ada tak pakai lansung.Beli sekadar untuk memuaskan hawa nafsu membazir.Ada setengah bawal aku dah jual sbg preloved (terpakai) dan sedekah kpd org



Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...