Tuesday 2 October 2018

Punca hati tak tenang

Pernahkah kau rasa sempit sangat dada?Seolah-olah saluran darah kau tersumbat dari mengalir ke segenap lapisan urat?Kepala kau terasa berat bagaikan sebiji batu besar menghempap?Otak kau terasa terbejat dan susah berfikir dengan tenang?Buat apa saja semua tak kena?Susah senyum,air muka selalu muram dan cepat marah?Kadangkala dengan solat pun masih terasa sempit dada.

Itu tanda hati kau tak tenang.Ada sebab jadi begitu.

Pernahkah kau merasa ingin menyendiri?Bebas daripada ikatan dengan manusia,barang berupa telefon bimbit,internet.
Kau jadi serabut browse fb,insta,what apps.Lihat pelbagai ragam manusia dari segi gambar,status dan caci maki link gosip,politik segala?Kau rasa meluat lihat posting manusia di media sosial?Lagi-lagi bila kau tak dapat miliki apa yang mereka ada.Sekali lagi hati kau dicengkam kesempitan (sebenarnya 90% punca hati tak tenang sebab hidup dalam media sosial)


Nasihat aku,ambil wuduk dan dirikan solat taubat di sepertiga malam (12 malam-3 pagi).Waktu ini adalah waktu mustajab doa,di kala ini para malaikat turun ke bumi.Malaikat yang mendengar doa kita akan menolong aminkan dan sampaikan kepada ALLAH.Doa para malaikat adalah mustajab di sisi ALLAH.Kerana malaikat ialah makhluk yang patuh dengan suruhan ALLAH dan tiada dosa.

Selepas solat taubat,sila solat tahajud pula.Kemudian buatlah solat istikarah mohon petunjuk.Syarat solat-solat ini haruslah anda berada dalam keadaan tenang.Nak tenang dan kosongkan fikiran?Mudah saja,pegang tasbih,zikirlah kepada ALLAH.Bermula dengan ucapan astagfirullahalzim,allahuakbar,subhanallah,lailahaillallah,kemudian selawat nabi.

Pejam mata.Tarik nafas 4 saat,hembus.Ulang sehingga anda betul-betul rasa kosong kepala.Bebas dari memikirkan apa jua masalah dunia.

"Berdoalah kepadaKU nescaya AKU perkenankan" kata ALLAH.

Ironinya aku nak suruh kau buat solat-solat ini adalah untuk muhasabah diri.Besar kemungkinan jiwa tak tenang ini kerana banyakkan dosa-dosa kita.
Berkaitan dengan isu kepala dan jiwa serabut bila main media sosial tu aku akan huraikan sekarang.

Tepuk dada tanya iman.Dalam sehari ada 24jam.Masa untuk tidur dalam 8 jam.Lagi 15 jam apa kau buat?Pada pandangan aku,sehari kau habiskan masa lebih kurang 10 jam untuk melayari media sosial lihat kebodohan watak manusia lain.Tengok orang pergi makan di mana,aktiviti apa,memaki hamun orang lain,baca komen-komen negatif orang,lihat video artis menari terkinja-kinja.Hafal lagu yang entah apa-apa.Baca group what apps yang kebanyakannya negatif dan sebar cerita buruk orang...

Dalam solat pun kau masih tak tenang fikir nak baca mesej apa dalam fb messenger,what apps sekejap lagi.Lagi-lagi tengah solat bunyi notification mesej.Lagi laju kau pecut solat kau.Habis saja salam kedua tangan terus capai telefon belek tengok.Aku sangat perasan situasi ni tiap kali singgah mana-mana surau sekalipun.Dalam hati aku terfikir,apa salahnya lepas solat tu gunakanlah masa yang ada angkat tangan berdoa.Peruntukkan masa untuk ALLAH sebaik-baiknya.Ini tidak,telefon juga tujuan utama selepas solat.Khusyukkah?Jawapan aku tidak......dalam solat lagi minda sudah terbayang nak cek telefon.

Baca al-Quran?Mungkin di kala saat ada kematian sahaja.Buka surah Yassin.Nak dengar bacaan al-Quran?Eh baik terhangguk-hangguk layan K-Pop kan?

Nak baca sehelai mukasurat al-Quran dalam sehari?Haram!Baca mukabuku FB,what apps segala bagai ada masa!

Semua ok,semua orang sekarang terlalu lalai dengan permainan telefon bimbit.Sekali dah pegang dan buka maka hanyut.....telefonlah syurga kebahagiaan utama.Data internet habis boleh meroyan sakit mental serupa kaki kena potong.Lumpuh tak boleh bergerak!

Mujur aku bukan phone addict sangat.Tak ada data aku rilek saja.Banyak lagi perkara lain boleh buat.Aku suka membaca buku.Buku motivasi,novel.Terlebih main telefon boleh buat sakit kepala dan bingai kepala otak wei!

Berbalik kepada tajuk utama...kalau rasa hati tak tenang,serabut dan kusut lain macam maka kembalilah kepada ALLAH.Kurangkan main telefon.Kalau boleh uninstall apps yang melalaikan tu sila buat.FB ni makin kita main makin nak explore dan tengok.Pada aku sangat buat masa stalk life orang kemudian sakit hati sendiri...mulalah rasa tak bersyukur dengan apa yang dimiliki apabila lihat orang lain mampu miliki.Contohnya dari segi harta benda,kebahagiaan keluarga,jalan-jalan.

Nak tenang tak?Amalkan formula aku ni

-Solat taubat(mohon ampun),solat tahajud (untuk tenang),solat istikarah (minta petunjuk)
-Banyakkan istigfar dan zikir tiap kali masa terluang seperti tengah tunggu kenderaan,tengah berjalan dan berseorangan
-CABUT BUANG perkara yang buat hati kau tak tenang.Kalau rasa main fb,what apps buat kau rasa kusut tengok sesuatu perkara itu maka tinggalkan ia...berhijrahlah...maksud aku uninstall,deactive atau delete saja!
-Kalau serabut sebab ada masalah cari punca apa masalahnya dan sila selesaikan dengan cara berhemah.Itu maksud aku tadi CABUT BUANG akar kepada masalah tersebut.
-Keluarlah mengembara ke tempat yang mendamaikan seperti laut,sungai,air terjun,bukit,gunung dan tempat hijau.Sesungguhnya tiada yang lebih mendamaikan melainkan melihat alam semulajadi ciptaan Ilahi.
-Paling utama,berdoalah kepada ALLAH minta petunjuk.Talian dengan ALLAH ada di mana saja tak perlu cari signal.Kita ada kabel paling kuat dan besar iaitu kabel pergantungan kepada ALLAH.Apa saja yang terlintas dalam hati kita didengari ALLAH.Tak perlu guna telefon beli kredit bagai...
     ---Cara terbaik berdoa ialah memuji ALLAH terlebih dahulu (berzikir) sebut saja puji-pujian kepada ALLAH,kemudian istigfar menyatakan segala dosa-dosa kita.Selepas itu serulah ALLAH,panggilah ALLAH "Ya Hayyum,Ya Qayyum (maksud:Wahai Zat Yang Maha Hidup tidak mati-mati,Wahai Zat Yang Mengurus seluruh dunia di langit dan bumi...(sebut hajat kita) dengan cara merendahkan diri bukan memaksa-maksa.Yakinlah ALLAH mendengar segala rintihan jiwa kita.


Aku cuma berkongsi pengalaman dan apa yang aku rasa.Kesimpulannya tak rugi kita kurangkan bergantung dengan telefon bimbit sehingga melalaikan kita daripada tanggungjawab kepada Tuhan,keluarga dan sebagainya.Masa yang ALLAH beri kepada kita terbuang begitu saja tanpa pahala malah menambah dosa.Tak perlu nak terikut-ikut sangat rentak orang.Get your own life!Di kala orang lain sibuk mengadap telefon ada baiknya kau buka buku himpunan doa lalu berdoa.Buka buku motivasi baca agar kau jadi manusia yang lebih positif dan optimis.Lagi hebat kalau kau boleh bawa tafsiran mashaf al-Quran (mini Quran) dan baca.Aku nasihatkan diriku juga :)

Siapa tak nak dimuliakan ALLAH kan?Biar seluruh manusia membenci kita asalkan ALLAH pandang kita....ALLAH beb....Pemilik dan raja seluruh alam.

Jazakallah.


Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...