Sunday 31 January 2016

Baruku sedar kawan bertopeng syaitan

 Bila umur aku semakin meningkat aku rasakan aku lebih senang hati bersendirian ke mana-mana.Aku tak perlukan sangat kawan sebagai peneman.Lagipun aku mana ada ramai kawan sangat dari dulu.Kalau ada pun kebanyakan sudah mendirikan rumah tangga dan berpindah ke negeri lain mengikut pasangan.

Pengalaman berkawan rapat dengan orang dan seronok-seronok ke sana sini rupanya bukan seronok sangat pun pada hakikatnya bila aku fikir semula.Itu semua seperti dikawal.Aku terpaksa mengikut mereka kerana lebih kepada menjaga hati jadi tak mampu menolak.Sudahnya berpura-pura gembira.Duit pun habis begitu saja.Tapi itu dulu ketika aku naif dalam dunia persahabatan palsu.Selalu dipergunakan tanpa sedar dan mungkin juga sedar cuma aku tak berani berkata "tidak".Kawan yang betul-betul ikhlas hanya segelintir sahaja.

Kini aku sudah bertahun-tahun tinggalkan mereka.Pada aku semua itu membuang masa,duit dan membebankan hatiku.Bilamana orang lain yang berkuasa membuat keputusan untuk diriku sendiri.Aku tiada hak untuk diri sendiri lantaran dikawal.Aku serik berkawan dan salah pilih kawan.Diri dikuasai ilmu penunduk sampai jadi bodoh menurut sahaja perintah walau dalam hatiku menolak.Aku serik sekali....semoga mereka yang pernah menganiyaku menerima balasan setimpal dari Tuhan.

Aku bersyukur sekurang-kurangnya aku sudah jauh dari mereka.Syaitan bertopeng malaikat.


Aku yang jujur.

Tera Tai

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...