Friday 20 April 2018

Kembara Tanjung Tuan Port Dickson

 01042018

Kepenatan menongkah arus jalan menuju ke Batu 10 Port Dickson di penghujung benua.Sampai di hutan rekreasi rumah api Tanjung Tuan sudah menginjak petang.Aku tinggalkan bag galas besarku di kaunter pembayaran di pintu gerbang masuk.Nak ke tak nak daki bukit ke puncak Tanjung Tuan?





Kita bergambar dahulu di sekitar rumah api Tg Tuan.Matahari petang membakar kulit,belakang pokok kelapa ini ada laut Selat Melaka.Beberapa sudah sampai di sini,jadi hadam baik tempat ni.Nampak beberapa lelaki jogging di sekitar kawasan ini dan menoleh ke arahku.

Tiba-tiba aku nampak seorang lelaki berbaju sukan turun dari semak sebelah kanan.Setahu aku di situ tempat masuk menuju ke Bukit Batu Putih,Tanjung Tuan.Lalu aku bertanya kepada saudara tersebut.Katanya ikut sahaja laluan ini dan jalan terus sahaja ikut trek.Aku beranikan diri mencuba.Entah mengapa hati ini kuat sekali menyatakan 'pergilah...ikut saja gerak hatimu"

Aku pun dengan selamba melangkah dengan hanya memakai kasut croc.Aku ikut sahaja laluan tanah yang botak tanpa daun.Di pertengahan jalan aku bertembung lagi dengan seorang jungle tracker.Katanya jalan terus lagi,dah dekat tu.Aku langsung tak rasa takut,cuak dan risau.Aku rasa aku okey sahaja.

 

Yes,jumpa penanda batu Tanjung Tuan

Entah bila ukiran batu ini dibuat mungkin zaman dahulu.Aku berjalan dan terus berjalan meskipun berpeluh.Akhirnya aku nampak beberapa orang mendekati sebuah batu besar.Arghh kena daki bukit berbatu ini dengan tali yang tergantung di situ.Kuat juga semangatku akhirnya aku sampai di atas.Batu besar tajam berceracak.Kena lalu penuh cermat silap jalan boleh tergelincir.


View jam 6pm

Lawa sangat beb!Puas hati sampai sini



Bukan senang nak berjalan di atas batu tajam ini untuk duduk bergambar,salah percaturan jatuh tergolek.Stamina dan fokus kena mantap.

Aku masih ingat lagi ada seorang brother pendaki yang tolong ambilkan gambar aku.Dia memang aktif mendaki gunung berdasarkan ceritanya.Pelbagai info boleh tahu melaluinya.Di puncak Bukit Batu Putih ini adalah sekitar 25 orang pendaki yang datang berkumpulan.

Pulau Intan Tanjung Tuan

Tenang sekali duduk di atas batu sambil dibelai angin laut


Apa perasaan kau dapat duduk bertenggek atas batu bukit sambil melayan pemandangan indah ?Adakah kau rasa cemas,gayat atau seronok?Jawapan aku ialah aku rasa seronok habis.Bukan senang aku nak sampai ke puncak bukit ini tanpa keberanian dan kegigihan.Orang hati lemah mental lemah tak boleh sampai ke sini.


Layan matahari terbenam,view agak suram di sini

Rasa nak terjun laut mandi yihaaa

I phone 5 legend aku.


Bro tu cakap,boleh juga turun untuk balik lalu jalan ke bawah tapi bahaya banyak ular air.Errrkk...ada juga tali yang disediakan untuk gelonsor turun.Bila lalu bawah tebing ini akan jumpa Pantai Intan dahulu dan ikut hutan sebelah situ untuk balik semula ke pintu gerbang Taman Rekreasi Tg Tuan.




Hampir satu jam lebih di puncak bukit,kami turun perlahan-lahan.Risau gelap pula.Aku hanya mengikut brother tadi dan beberapa orang lain yang turun.Seram juga dalam hutan semakin gelap.Ada yg menyalakan lampu telefon.Bunyi unggas hutan mula bersahutan menyambut kedatangan malam.Hampir 30 minit mengharungi jalan berliku akhirnya kami tiba di jalan bertar taman rekreasi Tg Tuan.Gelap gelita sudah.Ada perempuan yang gedik terjerit-jerit.Aku hanya berjalan berkumpulan bersama brother tadi.

Tiba di tepi Ilham Resort,brother tu tanya aku balik naik apa.Aku kata kawan ambil.Bro itu parking kereta tepi situ.Bateri i phone aku tinggal 10% sahaja,puas aku cari grab car tapi tiada yang terima booking aku.Aku dah cuak sangat.Nasib baik tiba-tiba ada satu pemandu terima booking aku.Kalau dia tak terima booking,rasanya aku bermalam di tepi Ilham Resort jawabnya,itulah tadi jual mahal masa brother tu tanya balik naik apa.Kalau tumpang dia pun lebih baik.

Dalam perjalanan,perut aku terasa lapar.Aku minta pemandu grab singgah sekejap di kedai makan sebab aku nak bungkus nasi dan air.

Jam sudah 9pm.Aku rasa tak sempat untuk naik bas lagi dan pasti tertinggal KTM.Abang grab nasihatkan aku agar bermalam sahaja di Port Dickson,cari hotel murah.Esok baru balik.Hotel penginapan aku malam itu berharga RM 60.Bilik pun boleh tahan luas dan selesa.Bersih juga.Esoknya aku keluar dari hotel untuk cari pantai di belakang tapi tak jumpa.Hanya jumpa tempat penginapan sahaja di sini.




Selepas check out aku terpaksa jalan kaki jauh untuk ke bustop.Akhirnya tunggu bas depan perkuburan Teluk Kemang.Lantak pi lah aku ok saja.



Sebelum balik aku singgah Batu 1 ambil udara di sini.Banyak pokok rhu dan ada sebuah kondominium terbiar di tepi pantai.





Aku memang begini,hati kering dan tak takut apa-apa kerana yang melindungi aku hanya Tuhan.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...