Thursday 29 April 2021

Sakit gastrik azabnya

 Sakit sangat perut aku diserang angin medu atau gastrik dalam bahasa perubatan.Senak di ulu hati rasa nak berguling menahan sakit.Apa bala lah lepas kena covid ni.Macam-macam sakit timbul.Aku dapat rasa ada biji angin dalam perut.Bila sentuh terasa berbutir keras.Urut dengan minyak panas baru rasa lega sedikit.Ada satu hari tu aku makan pengat pisang selepas tu sakit menyerang.Makcik Ani kata pisang ni bisa.Aku rasa ada kemungkinan sebab sebelum makan pisang tu perut tak sesakit ni.Berguling aku menahan sakit,nasi pun tak boleh masuk sebab sakit sangat.

Sebulan aku tak boleh puasa.Aku dah cuba tapi masuk jam 3 petang perut mula bergelodak dengan cuaca panas melampau lagi duduk kampung.Aku rasa nak pitam di situ juga.Lepas teguk air manis barulah rasa ada tenaga sikit.Kalau tidak,tak berasaplah dapur nak buka puasa nanti.Seksa sungguh sakit dalam perut ni.Alhamdulillah sejak ada hamba Allah rekomen susu esp shaklee aku dapat rasa sakit perut aku berkurangan sedikit.Perut rasa lega.Mahal beb sebotol tu RM 160.Abah aku pergi ambil naik motor dengan penjual tu,jauh juga.Abah aku pun rasa sakit perutnya kurang lepas minum esp shaklee.

Aku ni tak boleh minum banyak sangat susu esp tu sebab dibuat daripada kacang soya.Aku alergik soya nanti bengkak pula leher aku ni.Entahlah ini je cara sementara nak redakan sakit.Makan ubat gastrik pun tak berapa berkesan.Beli herba tuju angin pun rasa entahlah..


Tuesday 6 April 2021

Kampung sendiri adalah tempat paling bahagia di muka bumi

 Kampung adalah tempat paling membahagiakan.Betul kan?Seronok bersahabat dgn alam dan haiwan.Aku suka balik kampong dan duduk kampong sebab suasana tenang,hijau,aman dan damai.Ada pelbagai haiwan peliharaan seperti kambing,kucing,ayam dan itik.Melihat gelagat haiwan pun sudah cukup menghiburkan hati.Duduk kampong walaupun hanya duduk dalam rumah sahaja sambil membuat kerja rumah,rasa puas hati dan bahagia.Apatah lagi keluar berjalan lihat keadaan sekeliling.

Cuaca waktu siang memang panas.Suhu mencecah 31-33 darjah celcius.Pasang kipas pun tak terasa angin,rasa angin bahang panas ada la.Berpeluh sakan macam mandi.Sabar sajalah menunggu waktu malam.Dapat mandi air perigi fuhhh nikmat sekali.Sejuk dan segar walau dengan segayung simbahan ke tubuh.Rasa nak lama-lama dalam bilik air sebab panas di luar.Bila malam pula bunyi unggas hutan.Nyamuk tu memang ada waktu malam tunggu peluang sedut darah.Siang pun ada.Habis berkudis kulit aku yang cepat alergik ni.

Rutin harian bagi makan kambing,ayam dan ibu kucing.Ibu kucing ni dulu takut dengan orang selalu menyorok. sejak aku ada dia makin percayakan aku dan mula pandai bermanja.Cuma 1 je dia nakal suka kencing di kelambu dan sebarang kain.

Rumah kampong memang bersepah,tidak terurus dan sangat menyedihkan mata memandang.Aku memang tak suka duduk diam goyang kaki.Ada saja aktiviti mengemas rumah.Aku kemas hingga bersih.Rumah kampong pula rumah kayu jadi habuk senang melekat.Telur anai-anai selalu ada atas lubang kayu dan para dinding rumah.Di dapur pula penuh sarang labah-labah dan sarang binatang terbang akut-akut.Sarang akut-akut ni berbentuk benjolan tanah melekat di dinding.Letih bersihkan dapur sahaja.Orang lelaki jangan haraplah tahu jaga kebersihan rumah.Tahu makan,tidur,berak,kencing itu sahaja.Bila aku balik kampong setahun sekali/6 bulan sekali bayangkanlah berapa tebal habuk dan sampah.Memang Tuhan sudah jadikan kaum wanita ni nalurinya cintakan kebersihan,tak boleh tengok tempat kotor.Nak makan pun tak selera kalau kotor.Rumah boleh jadi sarang binatang berbisa dan sarang makhluk halus kalau dibiarkan kotor.

Segala kawasan aku cuba bersihkan.Sampah-sampah pula dibakar.Sampai seorang makcik, jiran belakang rumah tegur sejak aku duduk kampong,rumah bersinar bersih.Dulu kotor dan bersepah katanya.Iyalah dia jenguk rumah masa hari raya pertama untuk hantar juadah nasi dagang.

Aku ni kuat semangat bersihkan rumah,memasak,meskipun aku sakit masa balik kampong.Badan aku tak sihat baru lepas kena covid.Kesan long covid amat meletihkan badan.Kurus kering masa tu walaupun dah masuk bulan ke 3 lepas positif.Bila emosi kita gembira maka semangat juang kita tinggi.Tolak tepi sikap ingin tidur dan berehat 24jam tu nanti bertambah lemah.Kena lawan ok.Aku boleh masak kuih yang tak pernah aku buat,masak lauk yang tak pernah aku tahu.Hebat kan aku…hehe..lain macam semangat aku sampai boleh sedekah kat jiran-jiran.Sedap atau tidak lantaklah,eh mestilah sedap juga..

Lama aku duduk kampong hampir 2 bulan.Perasaan aku tentulah gembira dan seronok sebab suasana kampong  tenang dan aura positif.Tiada manusia yang menyakitkan hati dan usik emosi aku.Dapat pula jalan-jalan naik kereta lihat pemandangan hijau tambah bahagia.Dapat singgah kedai makan,kedai eco rm2,masuk mall pun rasa ehh best pula.Tak sama macam KL walaupun di KL lagi banyak pilihan.Bukan soal pilihan pun tapi hargai detik-detik di kampong.Satu je aku Cuma tak tahan cuaca panas melampau 


3 gambar di atas ialah laluan bawah jambatan sungai.Rupanya jalan mati..lawa kawasan ini cuma tak sempat ambil kesemua imej.Gara-gara balik dari membeli barang di pasaraya

Tumpat


Gara-gara pisang nangka sira aku sakit perut senak bagai nak mati 2 minggu


sebelum runtuh

Aku tak lupa memori di sondol bapak kambing.Sangat panik waktu itu..
Adakah ia hanya mahu bermanja?

Bulan purnama di balik pohon


Anak durian,unik





Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...