Tuesday 22 February 2022

Manusia memang cepat lupa

 Aku ini memang sejenis manusia yang ada sikap pemurah,baik hati dan setiakawan.Aku ingat dan hargai semua kawan-kawan rapat aku termasuk saudara terdekat.Kalau hari jadi mereka aku tak lupa belikan hadiah.Aku ingat lagi aku pernah hadiahkan kawan rapat aku minyak wangi,kasut,baju,buku,ole-ole setiap tahun.Bila kawan aku kahwin pasti aku beli hadiah.Lepas kahwin dapat anak pun aku hadiahkan baju berjenama untuk anak kawan aku.Ada juga aku bagi hadiah permainan kepada anak kawan aku.Saat hari jadi aku...hadiah apa pun tak ada.

Baju-baju yang aku tak nak pakai pun aku sedekah kepada sepupu aku di kampung.Banyak tau bukan sedikit.Setiap kali ada orang nak balik kampung mesti aku kirimkan satu beg besar baju.Cermin mata hitam yang aku buat bergaya pun aku bagi juga.Semuanya condition 9/10 atau masih baru.Sepupu lagi seorang bersalin pun aku hadiahkan anaknya 3 pasang baju.Bukan beli di pasar malam tapi dalam Sogo.Dulu aku selalu juga belek fb sepupu aku.Yang aku terkilan tak pernah nampak dia pakaikan baju tu dekat anaknya.Aku tengok dia hanya pakaikan baju-baju mahal seperti Polo,GAP dan fesyen hipster yang lain untuk ditayang dalam media sosial.Jadi aku faham mungkin baju yang aku hadiahkan itu tak dipakai pun oleh anaknya atau...pakai buat basahan dalam rumah.

Aku bukanlah mahu dibalas bila buat kebaikan kepada orang cuma kadang-kadang hadir juga perasaan untuk turut dihargai kan?Kadang aku fikir hanya aku yang beria-ia dengan orang sedangkan orang tak endahkan aku pun.Kawan rapat aku tak pernah pun hadiahkan aku apa-apa.Masa musim raya dia meniaga kuih raya dan minta aku tolong gentelkan isi tart nenas.Penat aku gentel bulat-bulat letak dalam loyang.Banyak weh bukan 30 ketul.Sudahnya duit upah satu sen pun tak hulur apatah lagi sebotol kuih tart nenas sebagai tanda terima kasih.Aku hanya diamkan diri tak apalah aku fikir aku hanya menolong kawan.Lepas tu dia minta pula aku beli kuih tart dia.Aku beli 3 botol sebab fikir nak sokong perniagaan kawan,itupun harga tak ada diskaun langsung.

Samalah dengan adik sepupu aku di kampung tu.Baru-baru ini aku pos lebih 10 helai baju ke kampung untuknya.Baju tu masih baru dan elok.Sampai barang ke tidak langsung tak mesej beritahu apatah lagi ucap terima kasih.Tak ada adab.Menyombong bukan main.Langsung tak mesej aku tanya khabar,aku sakit,masuk hospital pun 1 mesej pun tak ada.Bukan dia tak tahu masalah aku.Tak ingat ke berapa banyak dah aku sedekahkan dia baju,beg,macam-macam.Balik kampung ajak dia ke bandar belanja makan,belanja pakaian lagi.Aku bukan ingin dibalas dengan hadiah tapi sekurang-kurangnya diingati dan rasa orang ambil berat.Ada satu lagi saudara,masa anaknya kecil aku bagi hadiah baju.Kalau balik kampung mesti belikan anaknya makanan macam biskut,keropok,kek.Masak lauk,kuih dan bagi dia rasa.Bila aku balik ke kl sepatah pun tak pernah nak mesej tanya khabar.Selalu aku saja kena mulakan perbualan dahulu.Selalu aku.Kalau setahun tak mesej tak adalah dia mesej.Lama-lama aku malas dah.Kalau betul hargai kewujudan aku biarlah saling bertanya khabar kan.

Lebih baik aku hargai dan belanja diri sendiri sudah.Ada bajet aku beli apa saja yang aku suka.Kadang beg mahal,minyak wangi mahal dan apa saja janji aku dapat gembirakan diri sendiri.Sudahlah sekarang aku dah jauhkan diri dengan mereka semua.Aku tak hiraukan sangat.Pada aku manusia ni cepat lupa dan hanya ingin menjadi manusia import (menerima).Mahu menerima sahaja tapi lokek memberi.Baik aku buat hal sendiri dan sedekah makanan buat binatang sahaja.Kalau betul nak sedekah masukkan saja duit dalam tabung masjid.Tak adalah geram sangat.

Wednesday 2 February 2022

Puisi lelaki pemalas

 Aduhai anak-anak lelaki,
Tak kasihankah kau orang dengan ibumu yang sudah semakin uzur dimamah usia?
Makanan si ibu masakkan
Pagi hari sudah pun bangkit
Kau hanya tahu bangun menyuap mulut saja
Bangun pula tengahari
Bantal selimut bersepah tak mahu dikemas

Selepas kenyang sambung berbaring 
Bermain telefon dengan senang hati
Masalah rumah langsung tak peduli
Tahu selesa di tilam empuk sendiri

Baju,seluar,seluar dalam pun emak basuhkan
Sidai dan lipat juga si emak
Kadang si kakak uruskan
Simpati melihat anak-anak lelaki pemalas

Apa kalian lakukan seharian
Rutin harian cuma terkangkang
Hidup penuh bersenang lenang
Kudrat orang lain pula terbongkang

Kalau baju sudah mengering 
Tetap juga tergantung di situ
Mereka tak peduli
Tahu pakai dah kotor campak merata

Seluar dalam pun emak dan kakak uruskan
Umur kalian sudah berapa
Bukan kanak-kanak lagi
Tolonglah ambil peduli

Duduk dalam rumah bagaikan raja
Minum letak gelas merata
Orang lain tolong kutip sentiasa
Cuci di sinki bersih semula
Tak pernah menolong kerja rumah
Hanya tahu buat sepah
Mata sakit rumah dikumbah
Penuh merata sampah-sampah
Buat hati orang menyampah

Bila anak-anak lelaki dimanja
Semakin lama semakin merana
Si emak dan kakak mengurus segala
Tidakkah merasa simpati seketika

Ya Tuhan berikanlah jalan
Agar mereka berubah hati
Menjadi insan berhati murni
Belajar mengurus diri sendiri





Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...