Saturday 17 December 2022

My First time visit Lalaport Bukit Bintang

 16.12.22

Kali ini aku baru pertama kali berjalan ke pusat beli-belah Lalaport yang terletak di Bukit Bintang.Dengar cerita Lalaport baru sahaja dibuka pada awal tahun 2022.Rasa teruja pula nak tengok bagaimana keadaan di dalamnya.Adakah sama saja typical nya dengan shopping mall lain.

Aku naik monorail berhenti di stesen Hang Tuah.Turun dan scan kad touch n go,jalan ke depan sedikit belok kanan ada laluan masuk ke Lalaport.Disebabkan pernah terbaca cerita bahawa kononnya bangunan ini berhantu,aku baca sedikit ayat perlindungan sebelum masuk.

Lalaport Bukit Bintang City Centre adalah sebuah pusat beli-belah gaya hidup berasal dari luar negara iaitu Jepun.Ia menggabungkan aspek santai dan damai dengan adanya pelbagai fasiliti,pejabat,kediaman dan lain-lain.Lalaport juga memperkenalkan jenama-jenama terkenal dari Jepun seperti Nitori,Nojima,Don Don Donki.

Macam biasa suasana di dalam agak lenggang.Tidak semua lot kedai penuh.Orang pun jarang-jarang.Mungkin aku datang hari biasa kut.Tak apa lagi lenggang lagi senang hati boleh duduk melepak di mana-mana kerusi sambil makan roti dan minum air.Lagipun aku belum sarapan pagi walaupun jam sudah menginjak pukul 12 tengahari.Aku toleh kiri kanan.Cantik juga rekaan dalaman Lalaport ini.Lampunya juga tidak terlalu terang tetapi suram sedikit.Ada muzik latar Jepun.Tenang dan relax bagi aku dan aku sukakannya.Ada satu kelainan berbanding mall lain.



Aku singgah masuk ke Nitori ;kedai peralatan rumah dari Jepun.Sekadar pusing-pusing tengok apa yang ada.Harga agak mahal kerana tukar kepada duit ringgit.Ada banyak barang yang tidak dijual di Mlysia antaranya bantal dan tilam sejuk.Automatik ada teknologi penyejuk badan semasa guna.Canggih.Datang sendiri kalau nak tengok apa yang ada.

Aku masuk pula ke tandas dalam Lalaport.Tandas serupa hotel 4 bintang.Lampu tandas agak suram dan romantik.Selesa untuk sesiapa sahaja.Tandasnya agak canggih ada sistem menu untuk panaskan punggung,kipas,sejuk.Belum pernah lagi jumpa tandas yang ada sistem di sini.Pertama kali di Lalaport sahaja maklumlah orang Jepun yang uruskan tentulah canggih.






Memang aku selesa masuk ke tandas sini sebab bersih dan wangi tidak hancing.Tandasnya sentiasa dicuci oleh cleaner.Biasanya cleaner akan sedia menunggu di tepi pintu masuk.Orang Jepun pembersih sebab itulah tandasnya juga mesti sentiasa diselenggara oleh cleaner.

Sempat bergambar kenangan di tandas Lalaport.Tiada apa-apa kisah misteri yang menakutkan terjadi.No need to show my face 👌


Kita turun ke tingkat G.Terdapat hiasan dekorasi budaya Jepun di situ dan menjadi tumpuan orang untuk bergambar.Unik sekali seolah berada di negara Jepun.









Sekarang musim hari christmas jadi wajib ada dekorasi juga di sini.



Tepi pokok krismas ada seorang brother buka booth jual kek lapis sarawak.Aku beli 1 pek harga rm35.Aku sempat tanya betul ke dengar cerita tempat ni berhantu..Hahaha..bak kata bro ni kalau dalam otak set hantu maka jumpa pun hantu lah hahaha


Tempat makan semuanya di tingkat LG.Banyak makanan Jepun dan ada juga yang tidak halal.Pasaraya Grocer Jaya pun ada.Carilah makanan yang sesuai dengan selera masing-masing.



Di tingkat 5 pula terdapat rooftop garden.Taman yang dikelilingi pokok dan padang rumput menghijau.Tempat santai yang menjadi tumpuan pengunjung anak-anak muda.Memang mendamaikan ada mall seperti ini.Ada cafe di tepi taman iaitu POKOK.Entahlah kenapa Pokok namanya mungkin kerana bersebelahan dengan taman.


















Ramai orang suka bergambar di padang rumput ini dengan pelbagai gaya.Yang pastinya untuk tatapan pengikut mereka di media sosial.Aku tak ada media sosial cuma ada blog sahaja.Tak payah beria sangatlah nak bergambar 50x snap 40x padam wakakaka








Kesimpulannya memang menarik rooftop garden di Lalaport.Moden dan santai.Siapa sangka tapak penjara pudu suatu ketika dulu sudah diganti dengan sebuah mall yang unik.



Tuesday 1 November 2022

Seronok ke duduk condo

 1.11.2021

Setiap kali berhenti di kawasan LRT Sri Rampai KL mesti aku akan merenung bangunan kondominium Putra ini.Dalam hatiku selalu terdetik alangkah seronoknya dapat tinggal di condominium.Pemandangannya indah persekitaran bersih dan ada privasi.


Condominium Putra terletak pula betul-betul di depan lrt.Senang untuk pergi ke mana-mana.Tapi mesti bising bunyi lrt bergerak dari 6pagi hingga 12 malam.Di KL ni ceruk mana yang tidak bising semuanya dipenuhi kenderaan.Rumah tepi highway pun sama bunyi bising kenderaan.Nasib badan.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.Bersyukurlah walau sekecil-kecil perkara.Ada orang tinggal bawah jambatan dan tepi lorong sahaja.

Tuesday 18 October 2022

Rebonding rambut & highlight

 18.10.2022

Rebonding my hair is a symbol of freedom!yeah😎😉



Sebenarnya niat hanya untuk rebonding rambut tapi selepas dipujuk kakak Aor org Myanmar ni ada diskaun untuk highlight maka aku setuju.Aku pilih warna coklat gelap hazelnut.Entah kenapa selepas cuci dan iron rambut keluar warna terang juga.Kakak ni tipu aku ke sengaja guna warna ton cerah sedikit.Aku terkejut lepas tengok gambar rambut yang ditangkap dari belakang.

Ya aku tahu memang cantik dan menarik.Nampak moden dan bergaya.

Kakak tu pujuk katanya kena highlight warna sedikit terang agar nampak menyerlah.Banyaklah dia punya menyerlah.Aku balik rumah nak menjawab dengan keluarga macam mana.Aduiii..

Balik rumah terus aku cari pewarna hitam Garnier dan highlight semula kawasan rambut yang berwarna.Kena cepat.Kemudian aku cuci selepas 10 minit.Nasib baik jadi hitam.Lusa aku suruh kakak ni hitamkan semula rambut aku.Kakak Aor kata rugilah sudah highlight cantik pergi hitamkan balik.😏🙄.

Biar nampak sikit saja highlight.😷😷Aku penat nanti nak menjawab kalau ditanya kenapa warna rambut bla bla bla blaaaa😵😵

Saturday 16 July 2022

Pilihlah untuk berdiam diri apabila.......

 

SELALU BERDIAM DIRI DALAM 5 KEADAAN



1)Apabila anda merasakan tiada sesiapa pun boleh memahami perasaan anda apabila anda sudahpun meluahkan melalui lisan-jadi tolong diam

2)Apabila anda tidak tahu hendak berkata apa,jika anda berasa sangsi dengan pemikiran anda atau pengetahuan anda dalam sesuatu aspek-tolong diam

3)Anda tidak perlu menjadi salah satu punca negatif dengan menyokong seseorang yang sedang mengkritik tentang orang lain

4)Apabila seseorang menjerit atau membentak dengan penuh kemarahan dan kebencian,anda harus tenangkan orang itu dengan cara berdiam diri.

*Di sini tauhid kepada Allah kena kuat.Allah yang zahirkan/tunjukkan perbuatan itu agar anda nampak di mana darjat orang itu.Jadi jauhkan diri daripadanya

5)Cuba berdiam diri apabila seseorang sedang bercerita peristiwa hidupnya dengan penuh perasaan kepada anda

Tidak perlu menerangkan tentang diri anda kepada sesiapa pun kerana seseorang yang sukakan anda tidak perlukan semua itu dan seseorang yang tidak sukakan anda takkan percaya pun penerangan anda

Jadilah seorang yang bebas berfikir dan jangan kisah/simpan apa pun yang anda dengar.Jadilah seorang yang kritikal dan pegang apa yang anda percaya.

Satu perbualan di meja dengan seorang yang bijak adalah lebih baik daripada membaca buku 10 tahun

Tujuan peperangan bukanlah untuk mematikan seluruh negeri tetapi untuk seseorang yang celaka mematikan dirinya

Adalah penting untuk berdiri di tengah cuaca sejuk untuk menghargai keindahan salji

Manusia pandai akan selesaikan masalah.Manusia bijak akan menghindarinya

 

-A.P.J Abdul Kalam

Monday 11 July 2022

Cara berkesan untuk hidup tenang

 Pernah dengar tak harta segunung pun kalau hati tak tenang buat apa...tepat sekali.Duit berkepuk-kepuk pun kalau dalaman kita sedih,pilu,kusut,penuh dendam,penuh energi negatif tak guna juga.Mengikut pengalaman aku yang telah melalui proses hati yang tak tenteram,fikiran sangat kusut dan serabut bila dilanda sesuatu masalah berkaitan manusia,aku akan jadi sangat-sangat down dan negatif.Hilang semangat,hilang selera makan,kecenderungan untuk minta mati cepat sebab dah tak sanggup harungi tekanan perasaan yang hebat.Tengok orang ketawa pun rasa benci.

Caranya ada di bawah;

1)Berdoa kepada Allah minta jalan keluar.Yakin sepenuh hati Allah akan bantu selesaikan masalah anda

2)Buang punca yang buat kita kusut.Memang susah jika berkaitan dengan seseorang yang kita sudah sayang bila berkawan.Tapi daripada menambah bebanan di bahu kita baik buang/jarakkan diri.Kena berani buat keputusan dan tempuh apa jua impak.

3)Jangan terlalu banyak cerita masalah kita kepada orang kerana pendapat orang tak sama.Kalau ada pendapat yang bertentangan dengan kita malah menyalahkan kita atas apa yang berlaku tidak ke tambah murung kita dibuatnya?Jadi kongsi masalah dengan orang yang betul-betul boleh dipercayai dan membina semangat kita sahaja.

4)Jangan mencari berita.Kurangkan bermain media sosial kepada perkara yang tak perlu.Maksud di sini jangan suka scroll berita/kisah orang itu dan ini dalam telefon.Kelak menambah kegusaran hati bila membaca kisah masalah orang lain.Ingatlah tak semua manusia akan melalui kisah sebegitu kerana takdir manusia berbeza-beza.Kadang-kadang lihat foto kawan-kawan bergembira pun hati kita boleh dirundung kecewa apabila kita tak dapat kegembiraan sedemikian.Off media sosial

5)Elakkan juga mendengar masalah konflik kawan-kawan melalui telefon atau semasa berjumpa.Nanti akan trigger emosi sedih.negatif kita.Jika terpaksa mendengar luahan cerita kawan juga,reset semula minda dan katakan benda ini tak akan jadi kepada aku,kerana nasib manusia tak semua sama.Haaa begitu...kalau asyik berfikir masalah orang,kita pula risau masalah itu akan terjadi kepada kita balik (overthinking).Maka berdoalah yang baik-baik agar Allah takdirkan kita dengan perkara baik-baik sahaja.Kita adalah apa yang kita fikirkan.Law of attraction.

6)Jangan tonton cerita sedih.Takut terbawa-bawa watak di dalam cerita dan kita bayangkan hidup kita juga akan jadi seperti itu.Overthinking lagi.Banyakkan tonton program ilmiah seperti motivasi,keagamaan,haiwan,komedi dan sebagainya yang membina semangat dan emosi positif.

7)Buat hal sendiri.Jangan busy body hal orang,jangan suka mengata dan bergosip hal orang.Banyakkan bertahmid dan berzikir mengingati Allah baru tenang rohani kita


*Bila kurang memperbesarkan cerita,berani membuat keputusan,kurang melihat dunia luaran berkaitan dengan kehidupan manusia,fokus kepada matlamat hidup maka kita akan lebih tenang dan sayangi diri sendiri kan?





Cara untuk istikomah dalam kehidupan

 Rindu dengar ceramah Prof Muhaya,banyak energi positif menjana ketenangan jiwa dan minda.

Hasil tips dengar ceramah Prof Muhaya dalam you tube,tajuk cara istikomah dalam kehidupan

Tulis matlamat anda hendak jadi orang macam mana.Audit diri dahulu.

*Ilmu tentang apa yang kita hendak lakukan.
-Sama ada feqah,tauhid,tasawuf.Akidah yang mantap menghasilkan ibadah yang sempurna.Ibadah yang sempurna menghasilkan akhlak yang lembut.Jiwa juga harus tenang.Bila dalaman kita tenang,kita tengok orang pun tenang.What you see is what u having inside.Jadi kalau anda lihat semua orang anda rasa stress bermakna anda yang stress.Buka cermin mata stress anda.

*Orang yang penuh lemah-lembut

*Orang yang mesra(suka tegur orang) dan tawaduk.Orang yang tawaduk ni dia suka dengar pendapat orang,dengar pun tidak bermakna setuju

*Memudahkan urusan.Buat kerja yang memudahkan urusan kita

Allah punyalah sayang kita tapi kita sibuk pandang ciptaan(makhluk).Kita sampai terlupa siapa pencipta kita Allah.
Kalau kita tak ada niat untuk bersihkan jiwa,,mantapkan ibadat,rugilah kita.Fokus kepada al-Quran,jadikan al-Quran sebagai besar kepada diri kita.Bila ibadah sempurna,akhlak akan lembut.Bila kita solat sempurna maka kita akan pandai menjaga masa.Solat sempurna ialah solat tepat waktu,bukan melewatkan solat seperti melepas batuk di tangga.Jaga masa.
Jadi orang 10 minit sedia.10 minit masa untuk pergi tandas,cuci muka,bersihkan mekap dan angkat wuduk.

Waktu berwuduk kena bersih,niat kerana Allah.Jaga rohani.Sewaktu angkat takbir jaga fokus kepada Allah dan hayati bacaan dalam solat.Bila rukuk anda sedang tawaduk.Bila sujud anda tokmaninah.Selesai solat baca istigfar fokus kesilapan diri.

Letakkan solat sebagai keutamaan anda.Jika anda tak jaga solat bermakna anda tak jaga Allah.

Cari guru murrabi.Siapa guru feqah,guru tauhid,guru tasawuf.

Tentukan kawan yang membawa kebaikan.Audit kawan-kawan keliling anda.Ada kawan yang buat kita selesa.Ada kawan yang buat kita stress bermakna auranya tak best.Kalau rasa anda boleh mempengaruhi dia jadi orang positif maka teruskan tetapi..kalau rasa anda dipengaruhi olehnya maka tinggalkan/jauhkan diri.Jaga circle anda.Contohnya pergi rumah orang tu buat kita lalai solat jangan pergi lagi ke sana.

Jaga circle kita.Baca bismillah untuk setiap perbuatan dan ucap alhamdulillah setiap apa nikmat Allah.Allah beri penglihatan,Allah jaga kita semasa tidur.Banyakkan berselawat.

Persekitaran manusia sekarang lebih banyak masa dengan telefon.Jadi pilih channel yang betul.Jika berbuat sesuatu niat semua kerana Allah.Contohnya aku baca what apps kerana Allah,aku pakai baju kerana Allah.

Tamakkan ilmu dan pengampunan Allah.

Jangan tamak dengan harta benda yang menggemukkan hawa nafsu.

Selain itu,

Lakarkan cara kematian anda.
-Pasang niat untuk mati dalam husnul khatimah (mati dalam kebaikan),wajah jenazah yang bersih,putih dan tersenyum sewaktu dikafankan,roh diangkat ke langit dengan kain sutera.

Setkan hala tuju kehidupan
-Contohnya anda rancang perjalanan untuk ke Penang,teruskan ke Penang.Jangan singgah ke sana sini.Terus menuju ke destinasi tujuan anda.
-Contoh lain orang begini ialah dia niat untuk menuju Allah tapi bila buka telefon tengok perkara mengarut dalam tik tok,follow orang itu ini,tengok orang buat itu dan ini,bermakna dia sudah masuk ke dalam lubang (jatuh).Kemudian dia akan komen dan mengumpat.
-Macam orang tadi yang hendak ke Penang tapi bergaduh pula dengan suami,maka ubah plan ke Perak pula.Ini bermakna orang itu tiada hala tuju.Kenapa hendak berubah niat kerana gaduh dengan orang?

-Hidup dengan qolbun salim (jiwa yang tenang),nafsu mutmainnah,penuh dengan ilmu,tiada tuhan melainkan Allah.

-Orang yang setiap hari fokus berita sahaja/salah orang.Jenis ini orang yang tiada ilmu tiada harta.Spesis ini dia akan dengki dengan orang kaya.Dia dreaming full of life dan cari harta bersungguh-sungguh untuk memenuhi hawa nafsu (contohnya:Kalau aku kaya macam orang tu aku mesti ramai pasangan)

-Orang yang berharta tapi tak solat,lebihkan aktiviti membeli-belah semasa musim puasa,orang begini amat sia-sia kerana tidak beramal semasa bulan ramadan.

Kenapa kita susah untuk istikomah

-Keyakinan rendah kepada Allah.Kenapa?Sebab kita tidak kenal Allah.Bila tidak kenal Allah maka buta mata hati.Buta mata hati hanya fokus pada luar.Jadi akan ada halangan.Dia akan menjadi orang yang mencari redha manusia bukan pandang apa yang Allah suka.Akhirnya penuh dengan maksiat

Cara berdoa,kena hadirkan perasaan kita lemah,jahil,hina,miskin.Baru jadi hamba Allah.
Jangan menghina orang yang kurang dari kita kerana mungkin dia ada kelebihan yang kita pula tak mampu lakukan.

Cara berhenti overthinking

 Aku suka mendengar ceramah motivasi Prof.Dr Muhaya.Aku mengikuti beliau semenjak tahun 2011 lagi.Banyak perkara baik dan positif yang aku jadikan pegangan setelah mendengar ceramah motivasinya.

Aku seorang yang overthinking dari dahulu lagi.Aku juga jenis memendam rasa bila ada masalah dan berfikir bercabang-cabang A-Z.Pening sangat sampai akhirnya aku sakit kepala sakit jiwa sendiri.Bila luah dengan orang lain menambah bebanan bila pandangan mereka tidak sependapat/menyebelahi aku.Malah makin tebal perasaan menyalahkan diri sendiri.Aku juga ada penyakit yang buat aku overthinking juga.

Alhamdulillah sejak awal tahun 2022 aku mula berubah sikap.Sejak aku berjinak-jinak belajar ilmu tauhidkan perbuatan Allah aku mula slowdown untuk overthinking.Aku diajar perbanyakkan istigfar mohon keampunan Allah.Aku mula belajar untuk tidak membesar-besarkan hal masalah dengan cara bercerita dengan orang.Aku sudah kurang menghubungi kawan-kawan berborak melalui telefon.Aku juga malas mendengar cerita kehidupan orang. Lagi banyak buka mulut lagi stress aku rasa.Dari niat untuk meluahkan masalah telah bertukar jadi medan mengumpat,mengutuk dan membicarakan keburukan orang.Hilang terus kebaikan orang yang aku kutuk itu.Lama-kelamaan aku rasa berdosa dengan Tuhan dan rasa betapa jahatnya mulut aku.Perkara yang tidaklah sebesar mana diperbesarkan sampai diri sendiri stress.Aku pernah dengar,kalau kita ada masalah usahlah terlalu galak bercerita kepada orang.Nanti masalah itu makin berkembang dan membiak.Mana tidaknya nanti ada yang cucuh api bagi tambah marak dan terbakar.

Sebaik-baiknya aku akan elakkan bercampur dengan orang kaki bergosip/bercerita perihal orang.Aku tak mahu hati aku berburuk sangka dengan orang pula hingga mencetus overthinking tentang orang itu.Jadi aku elakkan

Kali ini dapat ilmu baru dari Prof Muhaya untuk berhenti berfikir berlebihan atau kita sebut overthinking.Mulai dari sekarang kita kena ubah cerita kita.Mulakan hidup dengan menulis skrip kehidupan.

"Alhamdulillah,saya gembira dan bersyukur kini saya..."

"Alhamdulillah,saya gembira dan bersyukur,saya pilih untuk..."

Istigfar dengan hati yang hidup.Semoga dengan pengampunan Allah membawa kita menuju jalan yang lurus dan baik.

*Jangan pandang kehidupan yang telah berlalu.Manusia memang ada melakukan kesilapan dari segenap segi seperti kekeluargaan,pelajaran,pekerjaan dan sebagainya.Jadi jangan toleh kehidupan lepas,pandang kehidupan sekarang (kehidupan yang lebih baik,positif,jauh dari perkara buruk)

Perkataan-perkataan yang powerful ini akan membantu kita berhenti overthinking.Bila kita pandai berhubung/komunikasi dengan diri sendiri maka kita juga akan pandai berhubung dengan orang.Kalau kita benci diri sendiri maka kita juga akan benci orang lain.




Sunday 10 July 2022

Hari raya haji

 Hari raya aidiladha/raya haji tahun 2022 kali ini memberi aku rasa nikmat kesyukuran sedari malam raya lagi.Di kala duduk di pinggir jalan raya yang hanya berbunyi deruan enjin motor,aku mula memasang takbir raya dalam.Rasa indah bercampur sayu mengenang segala hal.Sayu kerana memikirkan layakkah aku menyambut hari raya korban?Diri yang penuh dosa dan kehinaan ini adakah dipandang oleh Allah tuhan sekalian alam.

Ruginya aku tak berpuasa sehari sebelum raya.Banyak fadilat puasa antaranya dosa-dosa diampunkan sepanjang hidup.Aku memang ada niat untuk berpuasa tapi terlupa baca niat sebelum tidur dan tak bangun sahur.Badanku letih sekali kerana bekerja balik lewat malam.Hmm..alangkah ruginya melepaskan peluang keemasan setahun sekali ini.Siapa yang tak nak dosa diampunkan.Kalau boleh pilih antara duit berguni atau dosa diampunkan,aku pilih dosa aku diampunkan berbanding duit.Untung jemaah yang dapat ke Mekah buat ibadah.

Hari ini hari raya aidiladha.Aku terlajak tidur sampai 9.30 pagi.Subuh entah ke mana,solat sunat hari raya entah ke mana.Aku bangkit dan terus ambil wuduk.Buka buku panduan solat sunat untuk lihat tatacara solat sunat aidiladha.Apabila aku sudah faham maka aku dirikan solat sunat aidiladha.Selepas itu aku membaca takbir hari raya.Seraya dengan itu aku dapat rasakan satu kesyukuran,ketenangan menjalar dalam diri.Allah itu maha baik,walaupun aku terlepas solat subuh tetapi aku masih berpeluang solat sunat hari raya sendirian di rumah.Syukur aku dapat lakukan dan aku mendapat juga ganjaran tenang.Rugilah siapa yang langsung tak buat.

Selepas itu aku menjamu selera nasi himpit bersama rendang ayam.Syukur atas nikmat makanan ini.Kawan aku telefon ucap selamat hari raya dan menjemput aku ke rumah barunya.Hampir 6 bulan aku tak jumpa dengannya maka eloklah aku pergi juga.Langgan grab car punyalah mahal sampai rm 21,selepas beberapa minit kalau belum langgan,harga naik jadi rm 23.Grab ni memang cekik darah.Aku batalkan tempahan sebab nak tumpang adik aku sahaja.Kena pula penalti rm 3 untuk tempahan akan datang.Membazir sangat pada aku.Apa boleh buat.Kalaulah ada pengangkutan awam terus ke rumah kawan aku dah tentu aku naik pengangkutan awam separuh jalan.Tapi itulah buang masa pula kalau nak tunggu bas.

Rasa seronok dapat pakai baju kebaya dengan kasut heels.Rasalah diri ada sifat keperempuanan.Rasa diri cantik sekali.Biasa pergi kerja hanya pakai jeans dan t-shirt yang kadang-kadang nampak selekeh benar.

Seronok dapat bersembang dengan kawan aku.Aku selesa berkawan dengannya sebab satu kepala.Dia juga berfikiran terbuka dan optimistik.Cuma biasalah bila bersembang pasti akan ada selit tentang kisah orang lain.Itu aku kurang suka.Dia bukanlah mengutuk cuma kongsi bercerita.Kadang ada setengah ceritanya mengusik perasaanku dalam diam.Aku cepat-cepat sangka baik sebab tak semua perkara buruk yang terjadi kepada orang lain,akan jadi kepada aku juga.Dia tak boleh pukul rata semua orang kerana perjalanan hidup manusia tak semua sama.Keyakinan aku kepada bantuan Allah masih wujud.Aku memandang tiap apa yang berlaku itu Allah yang jadikan.Tidak bergerak satu pun zarah di bumi ini tanpa pengetahuan Allah.Tauhid kena kukuh baru kita tak mudah tergelincir dan tersungkur jatuh bila terjadi sesuatu.Kawan aku atau sesiapa sahaja tak perlu tahu siapa aku,apa yang aku belajar walaupun aku masih merangkak belajar dalam ilmu tauhid ini.Tak perlu aku khabarkan apa yang aku tahu.Biarlah dia dengan caranya berfikir.Tapi cara dia berborak langsung tak sentuh soal mentauhidkan segala perbuatan Allah,hanya manusia semata-mata.

Cerita tentang konflik orang keliling pula.Aku faham dia juga sudah lama bersabar.Hanya pandang salah orang bukan salah diri.Hanya rasa diri dia betul orang lain silap.Tapi itulah kawan aku yang seorang ini.Aku hanya mendengar dan bersetuju dengan ceritanya.Biarlah dia nak meluah asal dia lega.Semoga Allah berikan dia hidayah untuk memahami ilmu tauhid yang sebenar bukan hanya salahkan manusia sahaja semata-mata.



Thursday 7 July 2022

Berhenti jadi hamba dunia

 Makin meningkat usia,aku rasa makin tidak terpersona dengan keindahan dunia.Dunia ini tiada apa pun yang indah.Kita semua telah tersihir dengan dunia yang fana.Aku seperti tiada sangat keinginan makan berlebihan sedap-sedap mengikut hawa,berhias berlebihan demi mendapat perhatian umum,membeli-belah barangan berjenama untuk tampil ekslusif,pergi bercuti sana sini konon untuk hilangkan tension apatah lagi gila glamour berlumba-lumba bergambar atau buat content menjual muka dalam media sosial untuk meraih populariti.Jauh sama sekali.Langsung aku tak berminat.Aku rasa malu untuk dikenali ramai.Tak perlu pun dikenali sesiapa.Diri aku ini berharga untuk jadi tatapan umum.Aku tak mahu menjadi hamba kepada masyarakat untuk meraih penghargaan dan puji-pujian.Salah tingkah habis dikecam tak ke sadis?Merimaskan.Kalau ada kawan yang bergambar dengan aku dan masukkan gambar dalam media sosial pun aku kurang berkenan dijaja.Gambar itu pula kekal di situ menjadi tatapan umum.Sungguh aku tak suka.Aku ini low profile,kalau boleh aku tak ingin dikenali sesiapa.Menulis blog ini berbeza kerana ia seperti sebuah platform penulisan berfaedah.Tiada siapa yang mengenali aku di sini.

Orang masuk lubang biawak takkan aku pun nak ikut masuk lubang biawak?(Pedas juga ayat ni).Biarlah aku hidup diam-diam dengan tenang,aman dan damai mengikut cara aku.Aku juga tak suka orang ambil tahu perihal aku melalui media sosial ataupun di kehidupan realiti.Aku lebih suka menonton gelagat haiwan daripada manusia kerana haiwan itu menghiburkan.Aku juga tak berminat nak ambil tahu urusan orang.Lantaklah mereka dengan hidup mereka(termasuk kawan-kawan aku sendiri).Kadang-kadang ada sesetengah perkara boleh menyentuh perasaan aku sebab itu aku ambil keputusan untuk tidak mencari tahu hal orang walaupun tertengok dalam status what apps pun.Tak perlu save nombor orang yang aku rasa tak perlu.Aku tak mahu hati aku rosak dengan manusia keliling aku.Hati yang rosak bermakna hati yang ada perasaan hasad dengki,cemburu,marah dan benci.Kalau boleh aku nak jaga hati aku daripada berperasaan sebegitu terhadap orang lain.Jadi solusinya kurangkan ambil tahu perihal kehidupan orang.Orang yang datang kepada aku lalu mengumpat masalah orang lain pun kalau boleh aku malas sangat dengar.Aku tak mahu rosakkan hati aku.Tak pasal-pasal aku pula bersangka buruk kepada orang yang diumpat itu.Aku tak mahu pening kepala fikir hal orang.Orang lain pun jangan nak sibuk hal aku.Adil lah kan.








Monday 4 July 2022

Membazir kumpul skaf kepala berlebihan

 Aku ni ada hobi pelik iaitu obses dengan sesuatu barang/item dalam jangka masa panjang.Contohnya bila aku scroll nama Norjuma Habib pengasas tudung bawal Aidijuma (AJ) maka aku jadi gila nak beli tudung Aidijuma.Berjam-jam aku habiskan masa cari design tudung AJ yang berkenan dalam shopee atau fb.Padahal design dah outdated tapi sebab Norjuma pakai nampak comel sangat maka aku jatuh hati.Belum tentu comel di muka aku kalau pakai pun sebab aku ni tak reti pakai tudung,mesti keluar rambut dan senget-benget (sebab aku pakai on off).Aku spesis tak boleh pakai tudung lama-lama nanti kepala gatal,tergaru-garu macam ada kutu dan jadi pening kepala serta rimas.Aku tak boleh ada sesuatu melekat di kepala dalam jangka masa panjang,leher aku juga rasa macam dicekik-cekik lebih lagi bila lilit shawl.Aku ada masalah sakit dalam leher itu sebablah.

Berapa ratus ringgit sudah aku habiskan duit beli tudung AJ,dari design baru hinggalah yang lama edisi preloved.Aku cuba-cuba pakai sekali dua saja nampaknya awning tudung AJ ni senang bentuk beb rasa comel pula.Aku yang tak suka pakai bawal (konon sebab muka nampak tua dan kampung.com) tiba-tiba rasa seperti fresh and young bila pakai tudung AJ.Tak payah pakai anak tudung pun dah elok terletak.Bila aku puas pakai sekali dua,aku iklankan dalam shopee dan jual sebagai item preloved.Wah sambutan agak menggalakkan sebab masih ada orang hunting tudung AJ corak old skool ni.Syukurlah sekurang-kurang niat aku nak bertudung dan merasa pakai bawal AJ tercapai juga walaupun zaman kegemilangan AJ ni dah lama berlalu (sekitar tahun 2012-2014).Biarlah suka hati i ler haha

Bila tengok sepupu aku sibuk jual tudung Fareha aku pun sibuk nak beli konon nak jual kepada kawan-kawan.Beratus ringgit dah duit habis beli tudung Fareha ni.Aku cuba-cuba pakai sekali dua tapi kenapa muka aku nampak hodoh gila?Awning tudung tu senget dan tak terbentuk langsung.Tagline Fareha kata bawal mudah bentuk tapi kenapa bila aku pakai muka aku macam orang gila?Aku tanya sepupu aku adakah dia guna spray pengeras tudung sebab dia pakai elok aja.Dia kata tak tak..pakai macam biasa aja.Sedih aku beb masa pakai bawal chiffon Fareha ni mood aku kelaut masa keluar dengan kawan aku sebab awning tudung terkelepet.Aku tak tahu dah nak betulkan macam mana lagi.Bila pin ketat-ketat di leher,leher aku pula rasa sakit tercekik.3x aku keluar rumah pakai tudung Fareha semuanya buat muka aku auto hodoh.Mungkin aku yang tak reti pakai kot...Banyak lagi tudung Fareha dalam almari aku.Jual dalam shopee pun tak laku entahlah..sakit pula hati membazir duit beli banyak helai.

Kalau tiap kali lalu jalan TAR KL,aku mesti singgah masuk butik pakaian Muaz tu.Terbeli lagi macam-macam tudung di situ.Aku ni memang betul-betul suka buang duit untuk penuhi hawa nafsu membeli-belah.Macam ada satu kepuasan bila dapat buang duit dengan beli barang ni.

Habis musim Fareha aku beralih kepada tudung Fazura pula.Suka tengok Fazura pakai semua nampak comel dan manis.Aku belilah yang preloved 5 helai.Sehelai rm 15 x 5 =rm 75.Punya teruja aku pertama kali dapat beli tudung Fazura yang tengah viral tu.Bila pakai di muka aku nampak pelik.Coraknya banyak yang terang dengan bunga besar-besar.Warna pun colour blocking.Awning dia senang bentuk tau.Kain pula berbeza-beza ada yang nipis,sejuk,panas,tebal.Kain juga jenis macam AJ benang senang tertarik.Hodoh dah tudung tu kesan pin mengakibatkan benang tertarik.Aku beli pula tudung Fazura yang baru ada lah 2 helai.Tudung Fazura pun sama entah kenapa aku rasa tak kena dengan muka aku.Bila aku tengok cermin aku kata ya Allah kenapa muka aku nampak pelik dengan warna tudung dan coraknya ni...bidangnya juga besar 46 inci rasa labuh mcm ustazah pula.Aku bukanlah alim sangat.Baju aku pun banyak yang sendat dan singkat.wuwuwuw sedih aku...cukuplah aku pakai 1-2x aja.Aku memang jual balik as preloved

Itulah balasan sebab aku suka buang duit membazir benda yang tak perlu.Pantang tengok benda cantik dan trending semua nak beli sudahnya tak sesuai dengan diri.Orang lain beli aku pun sibuk nak beli.Nampak cantik dengan orang tu tak semestinya cantik dengan kita.Ini mana aku nak campak banyak-banyak tudung dalam almari ni..jual pun tak laku.Beli baju pun kalau pakai 1x rasa tak sedap,aku takkan pakai dah inikan tudung.Tudung tu penting tau sebab membentuk wajah.Rasa sayang sangat duit membazir beli tudung-tudung yang tak perlu pun dibeli berlebihan.Baik duit tu aku buat makan,bila rasa kenyang timbul niat bersyukur.

*edit 12.12.23 sekarang aku rasa terbeban dan semak almari kerana penuh dengan koleksi tudung bawal dan shawl yang mana aku tak pakai sangat pun dan ada tak pakai lansung.Beli sekadar untuk memuaskan hawa nafsu membazir.Ada setengah bawal aku dah jual sbg preloved (terpakai) dan sedekah kpd org



Monday 27 June 2022

Berhati-hati ditikam

 Aku bercakap dari dasar hati lubuk paling dalam mengikut pengalaman sendiri.

Orang yang kau percaya boleh melindungimu kebiasaannya menjadi pengkhianat dalam masa sama.

Lebih baik bersama dengan orang yang bukan dari keluargamu asalkan mereka tahu menghargai kehadiranmu dan jasa-jasamu.Kadang-kadang keluarga sendiri tidak pernah pun menghargai malah mengucapkan terima kasih atas kebaikanmu malah mencemuh dan merendahkanmu.Membuatmu sakit hati dengan tutur kata tidak beradab.

Jangan fikir semua keluarga itu baik,mendukung,meraikan dan menghargai.Tidak ya!Apabila sesuatu musibah menimpamu kamu dulu yang disalahkan dan dibenci.

Kamu jangan fikir semua keluarga itu positif dan rasional.Tidak tidak tidak.Kadang banyak yang menyiram minyak ke dalam api agar lebih marak terbakar.Berhati-hatilah kerana hati manusia sukar diduga

Friday 17 June 2022

Baju harga giler di Jalan Jalan Japan

 Bila tiba mood hendak berjalan aku pasti akan keluar dengan perasaan semangat dan teruja.Kalau dahulu hanya butik dan pusat beli-belah terkemuka berjenama yang dituju.Kini aku rasa lebih baik berjimat dengan berbelanja di butik preloved (terpakai) sahaja.Aku dah terlalu banyak baju dalam almari.Tunggu meletup saja almari tu.Pakai hanya sekali dua rasa membazir sangat beli baju baru harga boleh tahan.

Aku bukannya nak sangat membeli baju tapi keseronokan dapat berjalan cuci mata yang aku nak.Masuk ke dalam mall tengok itu ini.Dapat beberapa helai baju harga giler di butik Jalan-Jalan Japan M3 Mall.RM 1 sehelai.Kau rasa?Baju-baju lain kurang menarik pada pandangan aku.Banyak dah aku melabur duit beli pakaian di JJJ ni.Walaupun harga kurang RM 10 ke bawah,kalau sudah puluhan helai rasanya beratus ringgit juga (terpedaya) hihihikkkss


Jenama h&m saiz budak




Kain pun elok,ada sedikit sahaja kotoran di baju h&m tu.Harga 3 pasang RM 3 mana nak dapat.Saja nak berjalan cuci mata sekali

*Aku dah pakai baju h&m kembang peplum ni 1x.Rasa macam badut dan budak.Betul-betul melekap di badan.Baju belang-belang peach tu pun sama lengannya luas nampak ketiak.Kain panas pula tu.Nasib rm1 tak rugi apa pun

Monday 6 June 2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL) ini berlangsung selama 10 hari bermula dari 3 Jun-12 Jun 2022.Aku dapat maklumat PBAKL ini pun melalui facebook Ustaz Zainul Asri.Selama 2 tahun pandemik wabak covid,pesta buku turut tergendala.Kini kembali menyengat di PWTC.

Dengar khabar pengunjung beratus ribu orang setiap hari.Aku percaya sebab waktu aku ke sini pukul 11 pagi pun manusia sudah berasak-asak memenuhi segenap ceruk dan rak pameran buku.Terasa alahai rimasnya dari mana mereka datang ya.Kunjungan manusia ke sini luar biasa kali ini.Kalau dulu-dulu tahun 2007-2013 tidaklah sesesak begini,santai-santai saja masuk tengok buku.

Aku teringin nak cari novel penulis tersohor Ahadiat Akashah tapi entah di mana novelnya.Ada jumpa kiosk penerbit Fajar Pakeer rasanya di situlah novel keluaran Ahadiat tapi ramai orang berkerumun aku malas masuk.

Sebenarnya banyak sangat buku-buku ilmiah yang kita tak jumpa di kedai buku seperti Popular,Pustaka Mukmin dan seangkatan dengannya di KL ni.Aku teringin nak pegang tengok tapi petang aku ada komitmen bekerja.Sedih pula bila terkejar-kejar macam ni aku cukup tak gemar.Dalam kepala aku ni banyak nak cari buku tapi aku hilang arah bila lihat pengunjung semakin ramai.Aku mulalah rasa nak keluar cepat-cepat.Aku sempat meninjau rak buku keluaran Karangkraf sebab dia di pintu masuk sahaja.Kebanyakan novel seram yang dijual di sini telah kubaca di perpustakaan haha...aku berkenan dengan novel Kakak Kemboja tapi hmm malas beli.Sebenarnya bila masuk ke kedai buku Popular kan,hati aku seperti memanggil-manggil nak beli novel seram cuma berbajet duit.Ini bila dah sampai tempat pesta buku beraneka judul,aku pula kelu nak beli yang mana satu.

Novel Ramlee Awang pun ada.Yang ada di rumah pun aku nak jual sebagai preloved.







Kebanyakan novel-novel projek seram ini sudah kubaca di perpustakaan.Jadi tidak perlu ulang beli.
Aku cuma beli buku resepi masakan kampung dan novel seram Saidee Nor Azam.Habis rm 46++.Jadilah sebagai pengubat hati daripada pulang tangan kosong kan.Rasa nak ulang datang sekali lagi tapi malas bila mengenangkan ramai orang dan suasana sesak di sini...jiwaku bukan lagi sesuai berada di tempat keramaian

Monday 30 May 2022

Kedai eco shop naik harga?

 30.5.2022

Bermula bulan Jun 2022 semua barangan dalam kedai Eco Shop akan dinaikkan sebanyak rm0.20.Harga biasa rm2.20 akan naik kepada rm2.40 ya.

Kami semua faham kos hidup semakin meningkat masakan harga barang masih tetap pada harga sama.Rasa rugi pula kalau tidak membeli barang di kedai eco sekarang.Bulan 6 nanti harga akan naik.Jadi aku ajak adik aku ke Eco Shop Gombak di KL Traders.Habislah dalam rm40 ++.

Macam biasa beli tisu banyak-banyak.Aku suka sangat tisu jenama Excue ini sebab tebal dan lembut.Guna sehelai pun sudah cukup untuk lap muka atau private part.Tahap serapan air juga bagus tisu tidak mudah terkoyak.Rm 2.20 sahaja beb bukan mahal.Memang untung sangat beli jenama Excue ini.

Tisu jenama lain di pasaraya tiada kualiti sangat sebab nipis dan lembik.Kena pakai beberapa helai baru ok.Rugi buang duit.




Tuala kecil di Eco Shop ini juga bagus untuk mengelap meja kerana daya serapan yang kuat.Tidak meninggalkan kesan basah yang ketara.Plastik sampah juga tebal dan berkualiti.Aku beli skrub badan perisa strawberi.Saja nak beli buang duit dan aku tahu bukan gunakan sangat pun.

Terima kasih buat adikku yang selalu menolong aku membeli barang 🤲😄


Saturday 14 May 2022

Emosi dijaga

 Aku perasan satu perubahan dalam diriku.Sejak aku menemui satu persatu jalan panduan hidup yang sesuai dengan keperluan jiwaku,aku mula berubah.Setelah aku "membuang" punca kecelaruan yang merantai hidupku selama 10 tahun itu aku mula beransur-ansur sembuh.Syukur kepada Tuhan Yang Maha Baik.Aku kurang beremosi negatif,kurang minat bercakap perkara-perkara yang sia-sia dengan cara meluahkan kepada orang.Kalau dulu aku selalu bercerita kepada kawan terdekat tentang apa saja tentang emosi yang aku rasakan.Aku ulang-ulang cerita itu sampai beban rasa berkurangan tapi sebenarnya masalah tetap tak selesai.Cuma rasa puas dapat meluahkan walaupun hanya disambut dengan ayat "sabarlah..".Itu buat aku lebih geram.Panjang berjela aku bercerita kau suruh aku sabar saja.

Lama kelamaan bila dah 2 bulan lebih aku jalani pelbagai dugaan dalam proses penyembuhan sakit ini,perasaan dan emosi aku lebih tenang dan dapat dikawal.Masih ada perasaan sedih bila disakiti cuma tidaklah terlalu sensitif seperti dulu.Segalanya dapat dikawal.Aku juga sedang belajar menahan diri dari amarah,emosi negatif dan banyak bicara berlebihan.Aku selalu berdoa agar lisanku terjaga dari berbual perkara sia-sia lebih-lebih lagi bercerita perihal orang.Sudah 2 bulan lebih aku "mendiamkan" diri dari berhubung dengan kawan-kawan rapat aku yang dulu.Orang telefon pun aku malas layan sebab aku masih dalam proses penyembuhan.

Aku kena jarakkan diri dari manusia-manusia yang boleh mengusik kembali emosi aku dengan cerita-cerita mereka.Aku tak mahu lagi masuk ke dalam zon mereka yang kadangkala membuat aku kusut.Masih terimbas lagi antara cerita-cerita dari mereka yang menyentuh emosi aku jadi lebih baik aku jarakkan diri.Aku lebih damai bersendirian melayan diri sendiri kerana hanya aku saja yang lebih memahami kehendak diri sendiri.Orang lain hanya boleh mendengar,kemudian menghakimi aku.Saat ini aku berasa terancam untuk mendekati sesiapa meskipun dia pernah rapat denganku suatu ketika dulu.Aku berasa tidak selamat untuk berbicara berlebihan dengan orang apatah lagi orang yang baru ku kenal.Aku rimas dan ada perasaan tidak selesa bila orang bertanya soal diriku secara terperinci seperti ingin menyiasat.Aku tak suka orang yang ingin "mengorek" tentang diriku secara berlebihan.

Aku ingin berwaspada kerana aku ada banyak pengalaman dipergunakan dan ditikam oleh orang yang aku rapat.Ini kerana aku terlalu baik dan lembut.Ketidaktegasan aku buat orang mudah mengambil kesempatan.Kini tidak lagi,aku tak akan biarkan orang memperdaya aku lagi.Biarlah aku digelar dingin atau apa pun asalkan hatiku tidak sakit kerana ulah manusia.Aku tidak percaya bulat-bulat lagi dengan sesiapa.Orang yang aku jumpa/kenal aku anggap ancaman untukku.

Saturday 30 April 2022

 Hari ini hari ke 27 ramadan di tahun 2022.Tahun ini semua rakyat diberi kebebasan ke mana sahaja tanpa ada sop kerajaan kerana fasa pandemik sudah habis.Kita sekarang di fasa endemik.Maka berpusu-pusu manusia ke sana sini shopping kelengkapan hari raya.

Sudah 2 tahun sunyi tanpa bazar sejak pkp tahun 2020.Masing-masing buat ramalan tahun ini juga tak ada peluang balik kampung beraya namun sekarang fasa peralihan sudah berlaku.Bazaria beroperasi seperti biasa,tiada lagi sop berapa maksimum orang boleh berada di sesuatu tempat,makan tidak lagi ada penjarakan.Berjalan boleh rapat-rapat tanpa sop.Itu buat hukum sendiri..bila dah jangkit virus baru tahu.


Tuesday 19 April 2022

Kasut lolita aku

 19.04.2022

Buat pertama kalinya aku memakai kasut lolita pink made in Japan ini.Kasut ini cantik dan unik.Rasa comel bila pakai tapi ketat sungguh saiz 22.5 sakit kaki dicengkam.Dengan penuh sabar aku melangkah perlahan-lahan walaupun dari tempat parking lagi sudah merasa pedih ketat kaki.


Lama juga menunggu di kerusi.Nasib ada kerusi bolehlah duduk berehat.Penat bulan puasa.

Setapak Central penuh dengan lautan manusia yang sibuk memenuhi segenap kedai untuk membeli kelengkapan hari raya aidilfitri.Aku tidak merasa apa-apa keterujaan.Hanya datang meneman ahli keluargaku membeli kasut di dalam Parkson.Pelanggan beratur panjang di hadapan kaunter pembayaran.Semua teruja hendak menyambut hari raya tahun 2022.Tahun ini bebas beraya tanpa perintah kawalan pergerakan (pkp).Aku faham sebab tahun 2020 dan 2021 kan ada PKP sekatan wabak covid.

Wahai kasut lolita cukuplah sekali pakai....azabnya nak cantik.


Monday 4 April 2022

Hobi keluar rumah

 

Terperap saja dalam rumah amat membosankan bagi aku.Walaupun setiap hari membuat rutin mengemas rumah,cuci pakaian dan apa saja tugas membersih.Seminggu berkurung dalam rumah saja dah bosan rasa nak pecah kepala.Kena juga keluar rumah tengok dunia luar juga beb. Aku bukanlah homiest person (lekat di rumah) sebab aku cepat muak duduk terkurung.Pertama rumah kecil,tak ada laman rumah macam kolam,air terjun buatan,taman mini (rumah orang kaya).Haha aku hanya insane biasa.Kedua keadaan rumah tak mencipta emosi menyenangkan. Lagi-lagi dalam rumah bercampur dengan orang yang tidak menyenangkan hati.Malas nak cerita senang kata hati tak berapa ceria.

Benda yang boleh buat aku gembira ialah keluar rumah tengok suasana luar,pandang langit,lihat keliling ada pokok-pokok,bunyi burung berkicau.Maksud aku bukanlah termenung saja tengok alam,sambil itu mengucap syukur memuji ciptaan tuhan baru hati tenang.Paling aku suka jika aku keluar ada tujuan.Contoh;hari ini nak keluar pergi bersenam,petang cari barang dapur.Esok nak keluar beli baju di mall,lusa nak ke klinik jumpa doctor.Haa gitu ada perancangan.Kalau tak ada perancangan pun kalau rasa nak keluar ambil angin maka aku tetap keluar ikut ke mana kaki nak pergi.Dapat berjalan tu satu nikmat bagi aku.Kadang-kadang pusing mall,kedai tengok saja pun dah ok walaupun tak beli.Kalau dapat beli lagilah seronok,satu kepuasan dan keceriaan bagi aku.Dapat beli barang adalah satu terapi bagi aku walaupun habis duit.

Bulan 12 tahun lepas aku enjoy ke sana sini sebab beli pas bulanan pengangkutan awam rapid kl.Naik bas,train tiada had.Itulah kali terakhir pas bulanan berharga rm30/sebulan.Masuk saja tahun baru 2022,tambang terus naik rm50.Itu pun masih murah bagi aku sebab unlimited untuk sebulan.Naiklah beratus kali pun.Aku keluar selang sehari masa tu sebab rasa rugi kalau tak keluar guna pas rapid ni.Walaupun sakit hati kadang tunggu bas lambat tapi sabar juga.Melawat muzium,pusing shopping mall sekadar cuci mata,ke perpustakaan baca buku,singgah taman tasik lihat panorama tasik yang penuh dengan manusia (rimas pula,aku suka suasana tenang).Asalkan aku dapat keluar aku cukup gembira.Jadi terapi mata,minda dan emosi.

Aku tak ada masalah keluar seorang pun sebab aku seorang yang berdikari sendiri.Kawan-kawan rapat semua dah berkahwin ada keluarga sendiri.Duduk pun jauh-jauh lain negeri.Nak jumpa pun susah tak macam zaman bujang dulu.Kalau jumpa pun keadaan dah tak sama macam dulu,mesti kawan tu sibuk pantau anak.Aku?Terpinggir juga di situ.Sayu pula teringat dia orang tu,siapa tak rindu kawan kan?Kalau boleh putar masa aku nak umur kami semua tak bergerak.Kalau 26 tahun biar saja tetap 26 tahun.Biar kenangan manis itu tetap di situ.Tapi itu tak mungkinlah sebab bumi juga berpusing dan semakin meningkat usianya.Kawan?Bukannya setia sampai mati dengan kita.Sedangkan adik-beradik pun boleh beralih arah bila dah berkeluarga.Aku perasan 1 benda,walaupun kita rapat dengan kawan tu masa sekolah tapi bila dah habis sekolah kawan tu lain.Tak sama macam dulu dah.Jangan jangka kau boleh gelak ketawa dengannya macam dulu.Bila masing-masing dah ada haluan hidup sendiri maka manusia berubah sikap.

Yang kekal Cuma hubungan hamba dengan Penciptanya kerana tuhan tidak pernah tinggalkan kita.Dia sentiasa ada untuk kita berdoa dan meluahkan apa sahaja.

Tuesday 22 March 2022

Kelebihan menulis di blog

 Kelebihan menulis blog 

Pada pandangan aku sebagai penulis blog (blogger)

1)Apa yang kita tulis di dalam blog akan tetap kekal ada,tidak seperti media sosial lain (facebook,instagram dan lain-lain ianya akan terbenam mengikut arus peredaran masa.Anda harus membuat carian semula dan mengambil masa lama untuk jumpa posting tersebut)

2)Mudah dicari dengan enjin carian google/yahoo/bing.Tekan saja sudah terpampang.Mudah dapat info

3)Blog juga satu medium yang relevan untuk menulis tentang percutian/pengiklanan produk/fesyen/pengalaman hidup/motivasi/masakan/apa jua aktiviti yang mendatangkan faedah dan info berguna kepada pembaca.Tulis sepanjang 2000 patah perkataan pun tak apa.Anda bebas muat naik apa jua gambar dengan resolusi tinggi.Gambar tidak pecah.

4)Boleh menjana pendapatan dengan blog jika letak iklan dan banyak view.Ada blogger boleh jadi kaya dapat bayaran dari google apabila ramai pelawat

5)Bebas dan ada privasi sendiri.
-Sebab aku sejenis manusia yang bukan obses menayang muka sendiri di laman sosial
-Aku rasa insecure (tak selamat) bila orang tengok atau komen gambar aku,tahu apa aktiviti aku (sebab manusia sekarang banyak berpenyakit hati tak kira lelaki perempuan.Si lelaki pula gemar berimaginasi kotor melihat gambar perempuan meskipun berjubah dan bertu donk labuh
-Aku tak suka lihat kehidupan orang lain.Bukan cemburu tapi aku rasa semak kepala baca cerita orang
-Rasa selamat dan terlindung dari ancaman masyarakat kaki mengata dan menghukum
Maksud aku di sini identiti kita di blog kurang dikenali meskipun ada memuat naik gambar muka sendiri.Kalau betul-betul low profile jangan masukkan walau satu gambar muka/kaburkan wajah .Gambar pemandangan itu tak apa.Kawan-kawan/keluarga terdekat anda tak akan tahu kewujudan blog anda kalau anda tak cakap.Melainkan blog anda mencapai hits carian beratus ribu pengguna internet maka tentulah peluang untuk dikenali ramai itu tinggi lebih-lebih lagi anda gemar berkongsi gambar muka sendiri.




Kebiasaannya penulis blog ini lebih kepada mengabadikan kenangan gambar-gambar percutian/aktiviti sendiri sahaja bukan untuk menjadi orang terkenal pun.Hobi menulis sekadar suka-suka sahaja.Kita juga bebas melontarkan idea,meluahkan apa sahaja melalui penulisan dalam blog tanpa perlu memikirkan pandangan orang.Kalau di facebook,instagram,what apps hendak menulis sesuatu pun terpaksa fikir banyak kali nanti ada orang sentap terasa hati walaupun isu itu umum.Nanti mulalah pm tepi komen "kau marah siapa?" "Eh kenapa ni marah-marah?"Tidak semena-mena ada yang sakit hati,cemburu dan makan cili pula.Berselisih faham sering terjadi angkara media sosial.Orang pun label kau sebagai orang negatif sebab suka meluahkan perasaan di media sosial.Manusia sekarang kuat sentap oiii.
*Aku ada pengalaman yang tak berapa best semasa main media sosial dulu

Ditambah pula dengan perkara negatif cepat saja ditularkan,pelbagai komen dan reaksi toksik manusia di dalam itu.Mental tak kuat boleh jadi murung.Netizen negara kita ini menjadi juara buli siber nombor 1 di Asia Tenggara tau.Gigih jadi keyboard warrior komen bukan-bukan di akaun media sosial orang terutama artis.Banyak sangat masa korek cari tahu masalah orang.Kadang-kadang orang tulis kisah confession di page tertentu pun habis netizen komen sarkastik dan negatif sakan.Sebab itu aku rasa blog sajalah medium selamat sedikit untuk menulis sesuatu.Fb,insta apa jua media sosial lain memang tak selamat sebab orang tahu identiti kita.Media sosial sana banyak hati yang hangpa kena jaga.

Di laman blog ini kita bebas menulis atau cerita apa sahaja kerana tidak semua orang terdekat kita tahu url blog kita kan?Kot la hangpa nak karang cerpen,novel,perasaan atau luahkan pasal keluarga ke sebab tak puas hati.Pasal kawan atau orang tempat kerja ke.Silakan tulis dalam blog,lepaskan perasaan hang tapi janganlah siarkan nama sebenar mereka samarkan sedikitlah nama.Kang kot depa google nama penuh depa terpampang keluar blog hang tak ke mam...haha..Kalau ada pembaca pun tak ada siapa kenal hangpa selagi hang tak letak gambar.Kita juga boleh tentukan siapa yang boleh komen blog kita sama ada umum atau rakan blog sahaja.Komen juga boleh ditapis sebelum disiarkan.Jadi di situ kita boleh buang komen bukan-bukan yang kita tidak suka.


Aku berjinak-jinak membaca blog sejak tahun 2003.Waktu itu aku belum pandai mencipta akaun blog sendiri lagipun di rumah tak ada komputer dan internet.Kalau nak dengar lagu-lagu pun hanya pergi ke cyber cafe bayar rm1 sejam.Sekarang sudah 6 tahun aku menulis blog berkongsi gambar-gambar pemandangan menarik kerana aku sukakan fotografi.Aku menulis bukan untuk jadi terkenal pun hanya sekadar hobi di masa terluang

Monday 21 March 2022

Ludahan berbisa

 "Eleh kau pun sama negatif,toksik"
"Banyaknya mengumpat orang..siamang betul"
"Kau pun suka sangka buruk kepada orang"

Heh manusia berkepala anjing yang tahu menyalak saja tanpa usul periksa,apa kau tahu apa yang Athirah rasakan?Dia hanya meluahkan ceritanya melalui penulisan,kau orang yang membaca kata pula macam-macam.Kau orang pun tak kenal dia,tak faham apa yang dia rasai dan lalui lepas itu sesuka hati melabel dan menghukum orang.Macamlah kau tu terlalu positif dan baik sangka hingga sedetik pun tak pernah cakap fasal orang.Apa saja cerita orang dikritik macamlah kau tu manusia maksum sempurna.Dasar goblok!

Huh dasar manusia berkepala anjing hanya tahu menyalak melemparkan amarah yang tidak berasas.Seperti anjing penjaga rumah,tiap orang lalu lalang dia menyalak terloncat-loncat menampakkan gigi taringnya.Padahal orang itu hanya lalu di depan rumahnya bukan menceroboh ke dalam rumah lagi.Itu namanya lebih sudu dari kuah.Tahu menghukum orang dan bersangka buruk ingat orang hendak mencuri.

Kalau sihir itu halal mari sihirkan saja si penulis bermulut puaka itu hingga berbuih mulut terkulai.Athirah amat sakit hati dan marah sekarang ini,dia sumpah si pengkritik tanpa usul periksa itu menerima padahnya mendapat kawan puaka.

Produk kecantikan Thailand,100% original

Kedai kami menjual produk kecantikan dari Thailand berjenama terkenal dan berkesan untuk para wanita/lelaki yang mementingkan penampilan di luar sana.Produk kami adalah 100% asli bukan fake/tiruan.Kami import sendiri dari pembekal sah di Thailand bukan melalui agen/pihak ketiga.Jadi harga yang dijual adalah mengikut standard harga pasaran,tidak terlalu murah/mahal.Harga yang berpatutan adalah misi kami :) asalkan pelanggan gembira dan cantik sentiasa!

Sila what apps 016 9360133 untuk pembelian/pertanyaan


 Cathy Doll CC Cream SPF 50++







Illuminate and even out your complexion with the latest formula of this CC cream that features CHROMABRIGHT, skin whitening agents that act more effective than Vitamin C and Kojic Acid to deliver brightening and flawless look to the skin. It also protects against sunlight with SPF50 PA+++ while keeping the face oil-free and ultra-natural for all day long with Water Drop innovation, the cream will turn into hydrating mineral water droplets form to enhance makeup longevity. Additionally, it also blended with nourishing Hyaluron and gentle combination of Rosemary and Chamomile to soothe irritation while strengthening and reducing inflammation and dullness with Arbutin and Licorice for radiant and natural-looking glow.

Apa itu cc krim?CC krim adalah krim muka mengikut tona warna kulit.Ia tidak berat,tebal dan teksturnya ringan berbanding foundation.Kulit senang bernafas dan senang dicuci.

CC krim ini didatangkan dengan formula menyerlahkan tona kulit.Mengandungi Chromabright iaitu agen pencerah kulit yang bertindak lebih efektif berbanding vitamin c dan kojic asid.

-Mencerahkan kulit serta merta umpama kulit telur baru dikupas
-Membuat kulit tampak flawless
-Mengandungi tabir pelindung matahari SPF 50++ sambil mengurangkan kilatan minyak pada wajah
-Membuat kulit tampak sekata,tidak bercapuk dan sentiasa lembap dengan teknologi water drop & -Mengandungi hyaluronic acid,rosemary dan chamomile untuk mengurangkan keradangan kulit sambil menguatkan struktur kulit 
-Juga ditambah dengan arbutin dan licorice untuk seri wajah & kulit kelihatan semulajadi
-Mekap tahan lebih lama

*Didatangi dengan dua tiub berlainan.1 pink,1 bercorak love hitam.Fungsi dan formula kedua-duanya sama.

Harga :RM 35 (what apps 016-9360133)


WINK WHITE PURE COLLAGEN






Wink White Collagen 
*Awas dengan produk fake yang berharga lebih murah di luar sana.Kami import direct dari pembekal Thailand

Produk laku keras dan berkesan  pantas.Sangat popular di seluruh negara asia seperti Thailand,Vietnam,Indonesia,Myanmar dan Malayysia.Collagen 'Dipeptide' adalah collagen yang mempunyai molekul paling halus, dapat meresap masuk ke dalam badan 10 kali ganda pantas dari collagen biasa🍑
Anda akan Rasai perubahan seawal dari kotak pertama!
*Perisa Peach 🍑 
*Minum Sebelum tidur 
*Bancur sekali sehari
*Minum air putih 2 liter sehari utk proses penyerapan

7 sachets dalam 1 kotak  

🍑
-Membantu mencerahkan kulit sepantas 2 minggu.1 tona lebih cerah
*Katakan tidak kepada injection yang membahayakan!
-Anti penuaan (mengandungi tinggi antioksida)
-Memudarkan segala parut dengan pantas (parut jerawat,parut keloid,kemalangan,nyamuk,kudis dll)
-Melebatkan rambut
-Memerahkan bibir dan kawasan gelap
-Merawat masalah kulit kering,kulit rosak dan tidak sekata

Harga : RM 47 (what apps 016-9360133)



Syampu Lae Sa Luay all in 1
RM 35 




LAE SA LUAY All In One Hair Keratin Serum / Hair Tonic / Serum Rambut / Hair Treatment 50ml

LAE SA LUAY All In One Hair Treatment Tonic
Produk ini berkesan melembapkan , memberi gizi pada rambut , dan membuat rambut mudah diurus/sikat

Formula Premium All-Inclusive Cole ( Arang )
Tidak perlu ragu-ragu lagi produk Lae Sa Luay.Banyak respon bagus dari pengguna sama ada di website/jualan online.
SERUM ini boleh digunakan bila-bila sahaja untuk merawat dan membuat rambut anda terurus sepanjang masa
Banyak lagi fungsi dan manfaat tonic ini
1.melembabkan rambut kering
2.melembutkan akar rambut dari dalam sehingga mudah diurus
3.menguatkan rambut dari akar-akarnya
4.mengurangkan rambut berminyak
5.Pemakaian berterusan menjadikan rambut bercahaya dan berkilat (bukan berminyak)
6.Menjaga warna rambut serta mengurangkan keguguran rambut

Terus saja dipakai ( Tidak Melekit Tidak Perlu Bilas )
Cara menggunakan:
Gunakan tonic secukupnya ke seluruh area rambut secara menyeluruh ( kondisi rambut dalam keadaan sudah di keringkan

Rambut indah menyenangkan hati dan jiwa

Double T Hair Essence




🔥DOUBLE T HAIR ESSENCE ✔️Merawat masalah rambut yg bercabang ✔️Mencepatkan panjang ✔️Menghilangkan gugur ✔️Melembut serta berkilat ✔️Wangi sepanjang hari ✔️Dan mencegah sinaran uv 😍🥰 Yang penting sesuai semua jenis rambut

HARGA RM 25.00

Gluta by Aura Body Cream 400ml




Gluta AURA WHITE body cream 400ml
AURA GLUTA CREAM by Thida

HARGA RM 35

-Mencerahkan kulit
-Merawat kulit sunburn/terkena panas matahari
-Mengurangkan bintik hitam/parut akibat jerawat badan,kudis,nyamuk dan semua parut
-Menambah lembapan kulit
-Melembutkan tekstur kulit kasar dan kering
-Senang diserap,cepat kering dan tidak melekit

Main features
- Brighten the skin
- Rejuvenate sunburned skin
- Reduce dark spots from mosquito bites after dark spots from acne
- Add moisture to the skin
- Smooth skin
- Absorbs easily, dries quickly, not sticky

Registration No.10-1-6200021524
Net Volume 400 ml.


LADA BODY WHITENING 
-GINSENG
-BODY WHITENING
-BERRY

HARGA RM 15





~BERRY WHITENING BODY LOTION FDA:46-1-6200046877 Lada Berry Whitening Body Lotion rich in natural extracts to nourish the skin to look radiant with Vitamin B3,berry extracts such as Strawberries&Blueberries helps reduce dark spots&add moisturize.Moisturize the skin shea butter. -Body Whitening with Berry -For radiant,glowing skin with aura ~BODY WHITENING LOTION FDA:10-1-6100048132 Lada Coconut Body Whitening Lotion enriched with natural extracts of moisturizer,a light weight lotion that is gentle on your skin,retains softness&moisture to the touch&reduce the appearance of dark spots,dull skin.reveals a bright skin naturally radiant skin -With 4 Extracts:Arbutin,Glutathione,Vitamin C,Vitamin B3 ~GINSENG PEACH WHITENING BODY LOTION FDA:46-1-6400001408 Lada Ginseng Peach Whitening Body Lotion intense formula with extracts of Ginseng&Wild Sesame nourishes the skin to be radiant,Faded dark spots&wrinkles while adding moisture to the skin,Lotion texture absorb quickly,non-sticky&protects the skin from sunlight -Brighten skin&reduce wrinkles -With 4 Extracts:Ginseng,Arbutin,Peach,Vitamin B3

COFFEE SCRUB BY PHITCHII

HARGA RM 13





🔥PHITCHII COFFEE SCRUB SHOWER CREAM 70g ✔️Wangiiii!!! ✔️Melembut, melembapkan kulit ✔️Kandungan dari herbal semulajadi iaitu kopi asli Thailand ✔️Merawat dan membuang sel kulit mati dengan berkesan Yangg pasti kulit cerah dan semakin lembut gaiss Tunggu apa lagii berminat grab je sekarang.. Peachy Body Scrub Shower Cream, Aroma Kopi Krim mandian scrub kopi Phitchii Produk mandian scrub kulit Krim mandian, kulit peachy, beraroma kopi Lulur halus dan lembut, tidak merosak kulit, membantu menghilangkan sel kulit lama dengan ampuh. Sel mati akan jatuh dengan lembut Setelah menggunakan kulit akan lebih lembut, lembap, licin. Bersedia untuk menyuburkan kulit menjadi putih dan cerah, tidak merosakkan kulit, tidak menyakitkan kulit Serta membantu bersantai dengan aroma kopi.

KUNJINA PUERARIA MIRIFICA

HARGA RM 45






What is Kanjina? What kind of drug is it? Hello KanJina 💕 Our products are women tonic. . Helper for girls Know about women 🌷 ✔️ Helps reduce vaginal discharge, younger, itchy smell ✔️ Enlarges the breasts to help them firm and increase ✔️ Helps normal menstruation without pain ✔️ It makes memory better too. ✔️ Loose vagina Answers to all women's problems, 1 tablet a day before bedtime 💗 Let each other Jina take care of you 💗

Kunjina ini diperkaya dengan 7 jenis herba semulajadi yang sangat berkesan dalam merawat masalah dalaman wanita.Herba utama terpenting ialah pueraria mirifica yang tidak asing lagi di kalangan wanita di Thailand.Ia amat membantu mencantikkan aset wanita dan menambah keyakinan anda


Bertindak sebagai booster untuk penjagaan dalaman wanita

-Membantu merawat masalah keputihan (warna kuning,hijau,kelabu),kegatalan dan vagina berbau
-Menambah saiz payudara dengan berkesan serta membantu menganjalkan dan menaikkan isi payudara
-Merawat masalah kesakitan ketika datang bulan
-Menguatkan memori/ingatan
-Membantu mengetatkan vagina yang longgar

Ambil sebiji sehari sebelum tidur.Esok minum air 2 liter sehari untuk proses penyerapan optimum




Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...