Tuesday 23 April 2024

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui jawapan kenapa aku perlu BERHENTI dari membeli.

Menurut info berguna yang aku dapat,kebanyakan pakaian di pasaran adalah beracun dan bertoksik.Kenapa pula?Sebab itulah kena mengkaji dan belajar dari mana sumber baju-baju,seluar,kain dan kasut anda dibuat.Setelah hampir seminggu lebih aku study akhirnya aku dapat jawapan sebenar kenapa sesetengah pakaian membuat kulit semakin berpeluh,panas,gatal dan alergik.Ini kerana ia diperbuat daripada PLASTIK!Botol-botol plastik terpakai dikisar sampai halus dan melalui beberapa proses kimia akhirnya berhasil menjadi pakaian.

Terkejut aku bila tahu kerana sebelum ini hanya beli dan pakai.Tak ambil tahu tentang jenis-jenis fabrik.Polyester adalah sejenis plastik yang diproses menjadi pakaian!!Terkejut juga aku pertama kali tahu.Tapi memang perkataan polyester itu pun bermaksud plastik.Patutlah setengah baju bila pakai rasa panas,meningkatkan haba badan dan berpeluh.Bakteria juga boleh membiak bila memakai pakaian dari polyester ini.

Banyak pakaian yang mencampurkan unsur polyester ini agar tidak mudah renyuk dan tahan lama.Bila aku cek semula pakaian yang ada di rumah,tertulis perkataan polyester di label kecil sebelah dalam baju.Contohnya 95% polyester 5% elastic.Elastic itu getah.Patutlah panas nak mati bila pakai.Tak menyerap peluh.Hanya cantik di mata sahaja.Keselesaan -kosong.

Antara bahan sintetik/buatan lain pada pakaian adalah Rayon,Nylon,Acrylic.Semuanya terhasil dari unsur kimia yang membahayakan kesihatan apabila dihidu,dipakai,dicuci.

Rayon adalah kain sejuk.Nylon pula biasanya dibuat pakaian dalam.Acrylic juga adalah sejenis bahan plastik yang diproses menjadi baju dan seluar.Contohnya cardigan kain panas itu.Fungsinya memerangkap haba dalam suhu sejuk.Plastik kan bersifat panas.

Jujur aku cakap negara China lah paling banyak menghasilkan kesemua pakaian yang tidak berkualiti dan beracun ini.Kos plastik kan murah.Cuba anda semak label dalam baju.Pasti buatan china.Terutama shopping di platform aplikasi shopee lazada yang menawarkan harga rendah.Semua itu kena fikir 10x.Tak kisahlah kau beli di butik terkemuka seperti Levvvis,Zaraaa,Uniqqqlo dan yang berjenama pun cek dahulu.Orang meniaga memang nak cut cost dan untung besar.Soal kesihatan atau etika ditolak tepi.Kita sebagai pengguna harus bijak membeli dan memilih.

Selama ini aku hanya tahu beli dan pakai.Bila rasa panas dan tak selesa aku berhenti pakai kemudian simpan dalam almari.Duit terbuang bukannya murah semua baju itu.Rupanya aku salah memilih pakaian.Kita kena cakna dari apa bahan buatan pakaian kita termasuk kain tudung kepala iaitu skaf.Patutlah panas kepala,gatal dan berpeluh.

Skaf juga 90% diperbuat daripada bahan sintetik.Sebab itulah mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit kepala,pening dan rasa tidak sihat apabila dipakai.Kita sangka kita salah makan tetapi rupanya kesan sampingan dari pakaian bertoksin yang kita pakai.

Kesemua pakaian yang dibuat dari bahan toksik ini akan menyerap masuk ke dalam liang kulit dan darah.Kemudian bertukar jadi microplastic ke dalam tubuh.Paling utama menganggu sistem endokrin dalam otak dan mengakibatkan masalah tiroid pada leher.Allahuakbar sedih sangat.Patah remuk hati aku dengar๐Ÿ˜ฅSelain itu masalah kulit,jantung dan menganggu sistem tubuh.Manakala pakaian dalam yang diperbuat dari campuran polyester pula akan menganggu sistem pembiakan dan kesuburan lelaki.Wanita pun sama.

Sekarang aku terfikir dari mana punca sakit tiroid yang sebenarnya.Adakah kerana terlebih stres?Salah makan?Atau pakaian bertoksik punca utama?Kita tidak sedar....selama ini pakaian jugalah penyebab manusia sakit.

Selepas ini kena rasai dan cek label pakaian belah dalam sebelum beli.Pastikan hanya memakai cotton 100%.Cotton berasal dari pokok kapas.Jangan lansung beli polyester,acrylic dan lain-lain.Aku baru sahaja cek pakaian yang ada di rumah.Mana yang ada campuran plastik aku dah buang.Kesihatan aku lebih bermakna.Lagipun baju dari plastik ni panas nak mati tak sesuai dengan iklim tropika di sini.

Banyak lagi aku kena cek dalam almari mana baju patut aku dispose/ hantar ke recycle.Aku takkan lagi membuang duit beli pakaian bertoksik.Hampir 30 helai baju aku beli di butik Jalan Jalan Japan yang scam pakaian kebanyakannya semua dari china.Jepun konon.Beratus ringgit dah aku habiskan duit rupanya banyak baju campuran dari plastik.Patutlah tak selesa,panas dan rasa sakit dada bila pakai.Hanya cantik di luar sahaja.Hati aku sakit geram bila tahu semua scam ini.

Pakailah sahaja yang lama asalkan vintage dan selamat.Duit pun jimat.Bumi juga selamat dari pencemaran kimia.Ada apa dengan fesyen kalau sengsara kemudian hari.Kebanyakan produk berjenama juga tidak boleh dipercayai.


Thursday 21 March 2024

 Shopping losen Mistine produk Thailand.Aku yakin produk ini berkesan mencerahkan kulit dan memberi kesegaran kepada kulit kering dan kusam.Sebelum ini aku pernah cuba Mistine White spa lotion white musk.Wangi dan macam bau bedak talkum.Powdery scent.Berjaya juga cerahkan kulit walau tidaklah ketara putih.

Kali ini aku cuba Mistine White Spa v3 pomogranate pula dengan 3x uv filter.


Baunya agak manly (kelakian) sedikit,cepat kering dan menyerap.Beberapa jam pakai masih berbau wangi pada kulit.Antara penerangan tentang losen ini;


DESCRIPTION

 Nourish your skin with Mistine White Spa Summer UV3 Whitening Lotion With Arbutin and Glutathione. Contains Vitamin C extract from Spanish pomegranate to reduce wrinkles and skin discoloration, strengthen the skin’s immune response and promote collagen growth for younger-looking skin. Also contains Triple UV Filters to protect the skin from harmful UV rays. Mistine White Spa Nourishes skin without the sticky feeling in a long-lasting fresh scent.

 

BENEFITS:

  • With Arbutin and Glutathione to lighten skin tone.
  •  Reduce wrinkles and skin discoloration.
  • Helps strengthens the skin’s immune response.
  • Promotes collagen growth for younger-looking skin.
  • With Triple UV Filters protect the skin from harmful UV rays.
  • With long-lasting fresh scent.
  •  Non-sticky water based formula.
  • Perfect for dry or rough skin.

Banyak kelebihan dalam satu botol.Yang pasti memang untuk mencerahkan kulit.Harap berkesan dan bukan hanya mendakwa semata-mata.

Tuesday 6 February 2024

Percayakan diri dan buang harapan kepada makhluk

 

*Perkongsian dari penulis Malaika cahaya

Hidup ini aku rasakan amat membosankan.Aku tak tahu ke mana arah tuju hidupku.Aku juga bosan,resah,risau,gelisah dan tidak ceria apabila membaca atau mendengar kisah duka orang lain.Seboleh-bolehnya aku tak mahu segala cerita itu tertimpa kepada diriku sendiri.Aku takut dan trauma.

Aku takut lagi untuk kenal dengan sesiapa tak kira lelaki atau wanita.Terutamanya kaum lelaki.Aku takut jatuh hati dan mengharapkan sesuatu dari mereka.Sedangkan mereka tidak berusaha pun untuk aku.Hanya aku mengharap terlalu besar.Akhirnya bermain-main dengan perasaan sendiri,andaian sendiri dan kesudahannya menyakiti hati sendiri apabila harapan tinggal impian.

Usah terjebak lagi ke perangkap hati perasaan.Semua itu racun yang merosakkan.Kebahagiaan yang didamba bertukar menjadi derita sengsara seperti langit api berduri tertimpa ke muka.Malah lebih sakit dari itu.Sudahlah berhentilah.Jangan lagi mengundang duka.

Sudahlah berhentilah mencari cinta dan kasih manusia.Manusia ini banyak yang berpura-pura dan tidak ikhlas.Setelah dapat apa yang dijahati maka mereka akan pergi menghilangkan diri.

Jangan percaya lagi dengan sesiapa.Belajarlah hidup mencintai diri sendiri dan mencari redha Tuhan.Kita bakal mati kelak membawa jasad dan roh menemui Tuhan.Kita akan tinggalkan manusia yang kita cintai juga.


Perpustakaan dbkl wangsa maju

 Hari ini aku cuti.Aku bercita-cita untuk meminjam buku novel di perpustakaan berhampiran rumah sahaja.Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak tu jauh perjalanan.Kalau ada kereta bolehlah.

Hari ini kita ke Aeon Big Wangsa Maju.Aku target nak makan sushi.Teringin pula lepas kawan kata dia makan sushi.Sushi Go ini terletak di kiosk kecil tingkat LG.Sebelum itu jom kita sarapan pagi dahulu.Eh aku belum sarapan setitik nasi lagi pagi ini.Ini dah masuk waktu makan tengahari.


Inari sushi rm 5.90 dan jumlah kesemua sushi ialah rm 12.80 percuma kicap dan wasabi.Kenyang juga alhamdulillah.

Aku pelik tengok food court tingkat atas di Aeon Big ini.Hanya 1 kedai tomyam saja buka.Kedai lain semua tutup.Suram tapi selesa bagi aku yang sukakan privasi.Food court ini dah banyak berubah tak sama seperti 5 tahun lepas- meriah banyak kedai dan semuanya buka.Aku masih ingat 2018 lalu aku kerja di sini.Sekejap saja masa berlalu kan.

Kedai menjual air pun milik orang Bangla /Pakistan.Aku tak nampak lagi tauke tempatan.Keadaan food court di sini suram mati rasa.Entahlah.

Selepas 30minit duduk di sini aku ke kedai telefon milik orang Pakistan; Encik Rashid di tepi food court.Hari ini kita tukar tempered glass dan casing telefon.Keduanya sudah mereput dan patah.Habis rm30.Aku sempat bertanya dia orang Bangla ke.Katanya Pakistan dan sudah 3 tahun buka kedai di sini.Memang aku perasan dari dulu lagi kedai-kedai di tingkat 3 tepi pejabat pos ini selalu bertukar-tukar.


*Tempered glass telefon aku kotak gold.

Kemudian aku menuju ke lot parking sebelah luar.Masih lagi di tingkat 3.Tempat ini paling meninggalkan bekas untukku.Masih aku ingat semasa kerja di sini waktu rehat aku selalu makan aiskrim sambil melihat pemandangan bukit.Aku rasa tenang dan sejuk hati.Inilah kehidupanku dulu.Kadang waktu rehat aku membaca buku di laluan pejalan kaki yang sunyi.Me time.



Rindu suasana di sini.Tempat kerja aku yang dulu hanya di sebelah dinding parking sahaja.

Inilah pemandangan dari parking Aeon Big wangsa maju.Nampak Bukit Melawati dari jauh.Indahnya suasana alam semulajadi dalam kl.Semakin lama semakin banyak bangunan yang naik.Mula-mula datang ke sini tahun 2007 2008 dulu tidak sebanyak ini pembangunan yang merosak pemandangan.

17 tahun sudah berlalu.Terima kasih ya Allah masih memberi kami nyawa.


*Inilah laluan pejalan kaki dari tempat parking.Di sinilah aku berehat sambil membaca novel dulu.Sungguh cepat masa berlalu.Masa itu amat laju meninggalkan kita cuma kita saja tidak sedar dan tahu menghargai masa.

Aku turun ke bawah masuk ke Aeon Wellness.Sunyi hari ini macam tiada orang.Hari biasalah katakan.Berkenan dengan pembayang mata (eyeshadow) jenama Silky Girl.Ada 50% diskaun dapat harga rm 11.95 sen sahaja.Teringin nak beli tapi sedar diri yang aku akan campak dalam almari saja.Baik beli benda lain yang berguna.



Blusher pun ada diskaun 50%.Tak apalah baik jangan beli.Tahan sabar ๐Ÿค

Kedai eco rm2.40 dalam Aeon Big pun dah 3 bulan tutup diganti dengan kedai sukan Original Classic.Agak luas tapi orang tidak seramai masa jadi Eco Shop dulu.

Aku beli sandal murah ada diskaun hebat.Dah beli sekali di cawangan OC Datum Jelatek dan pakai.Memang ringan,lembut dan selesa sangat di kaki.Kali ini beli lagi untuk mak.Boleh buat basahan ke pasar dan kedai.


Mak kata nak warna hitam.Ok aku beli hitam dan untuk stok simpanan aku sendiri pula ambil warna kelabu.Rm 20 sahaja mana nak dapat?Asalkan berkualiti dan harga mampu milik.Buat apa beli mahal-mahal tapi tak sedap pakai.Menyesal beli sandal Vincci di Sogo tempoh hari.Konon diskaun harga rm39 sahaja tapi melecet kaki lepas pakai.Jadi tergesel-gesel kaki.Sudahlah berat nak heret.Jadi aku rekemen sangat jenama OC ni sangat bagus ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Ok jom kita masuk ke Perpustakaan Dbkl wangsa maju.Naik ke tingkat 5 banyak novel terbaru.Kebanyakan novel seram.Hampir sejam aku tunggu pustakawan tapi bayang pun tak nampak.Di depan kaunter ada nota tertulis BEREHAT.Aku turun ke tingkat 4 tanya sekuriti.Mujur dia panggil pustakawan dan dapatlah aku pinjam 3 novel.


Semua kisah seram.Aku malas baca novel genre cinta.Tak suka.

Keliwon-Ilya Abdullah
Sumpah Sundal Sutinah
Bayang Puaka

4.30 pm balik ke rumah.Inilah perjalanan cuti aku hari ini.Me time dan rehatkan minda di luar rumah.Bosan dah masuk shopping mall buang karan.




Tuesday 30 January 2024

Ampunkan keterlaluanku ya Allah

Hari ini saya terbaca blog Kuess Idris anak kepada Sultan Idris Shah.Benarlah kata Kuess.Saya juga pernah bertemu dengan Kuess di majlis anjuran RTM di Jalan Tar suatu ketika dahulu pada tahun 2017.Orangnya humble dan tidak sombong.Penulisannya juga banyak menyerahkan diri kepada Allah.

Saya sangat setuju dengan kata-kata Kuess di bawah.


Berbalik pada cerita tadi,hmmm entahla...Kadang2 saya pelik dengan orang yang berani betul tulis buruk pasal orang ni,kutuk la itu la ini la..Korang tak risau ke Tuhan balikkan segala kutukan yang korang lempar tu pada diri korang ataupun keturunan korang ? Jangan tau..!! Kadang2 apa yang kita selalu kutuk and benci tu ..ITULAH YANG TUHAN BAGI SEBAGAI UJIAN...saya malas nak cakap orang la..Saya sendiri dah terkena

Sangat benar!!Apa yang kuat kita kutuk,benci,cerca...itulah yang akan didatangkan balik kepada kita.Nauzubillah minzalik!!Saya dah sendiri dah pernah terkena.Mohon Allah jaga dan tapis lidah saya ini๐Ÿค๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.Allahuakbar astagfirullah hal azim

Lemau 2024

 Penghujung bulan Januari tahun baru 2024.Setelah 31 hari melalui bulan Januari apakah perasaanmu?

Sejujurnya di hari pertama tahun baru sahaja aku rasakan semangat,energy dan dunia baru.Kemudian aku tidak lagi seronok bila dikhabarkan berita bapaku masuk semula ke wad.Setiap hari hatiku bimbang dan fikiranku kusut memikirkannya.

Kemudian hari-hari yang dilalui tetap sama.Sikap manusia di dalam rumah tetap tidak berubah ke arah rajin,empati dan tanggungjawab meskipun sudah masuk tahun baru.Situasi si luar rumah iaitu jiran-jiran,tempat kerja tetap sama dan tidak menyeronokkan.Aku terasa sama lemau malah semakin lemah dan lemau menghadapi situasi yang sama.Semangatku runtuh dan musnah.

Aku disajikan pula dengan berita jenayah berkaitan kaum wanita.Sampai datang anxiety bila aku ikuti berita ini.Ya Allah...manusia semakin kejam tiada pertimbangan bila emosi sudah menguasai diri.Aku rasakan semua orang tidak boleh dipercayai walaupun ahli keluarga sendiri.Banyak juga kes membabitkan keluarga tau.Malas nak sebut di sini rasa nak terjerut leher anxiety.Aku jadi tak gembira bila ikuti kisah-kisah jenayah di sekeliling.Aku takut dan risau.Hanya Allah sebaik-baik pelindung.

Pertengahan bulan Januari aku teruja nak ajak keluarga aku berkelah di sungai Klang Gate Bukit Melawati KL sana.Alangkah kecewanya setelah set grill BBQ sampai di rumah,mak kata buat apa nak berkelah?Tak ada masa!Aku tanya adik-beradik lain pun jawab benda sama.Hati aku kecewa dan ya aku takkan tanya lagi.Mereka semua tidak berminat untuk beriadah bersama-sama.Impian aku untuk hampar tikar di tepi sungai,makan berkelah beramai-ramai dan mandi air sungai hanya tinggal angan-angan kosong.Bawa perempuan kau jalan-jalan jauh hingga ke hujung dunia boleh pula kan adik-adik semua.Memang kau tertipu dengan fitnah wanita.

Dunia ni memang tak adil.Aku tahu aku faham.Itulah dunia.



Saturday 27 January 2024

Manusia boleh jadi musuh kita

 Semakin dewasa dan melalui proses kehidupan semakin aku faham mengerti tentang tipu daya hidup bersama-sama manusia.

Bila kita lurus,baik,patuh dan mudah percayakan orang maka kita akan digunakan sewenang-wenangnya.Andaikata kita tersedar kita digunakan sekalipun kita tidak berani berkata TIDAK,NO kerana mental kita telah dikawal oleh orang tersebut.Itulah makna patuh yang disebutkan di atas tadi.Patuh sahaja dengan manusia parasit (menghisap darah) ini.

Dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga dewasa aku "dikawal" oleh manusia yang bergelar kawan tanpa aku sedari.Aku takut untuk berkata tidak kerana risau mereka marah,sakit hati,tidak sukakan aku.Walaupun kadang-kadang aku tidak suka dan setuju dengan mereka tapi aku tak berani berkata NO.Betapa lemah dan penakutnya aku.Aku tiada jati diri ketika itu.Tidak hormat kepada privasi diri sendiri hanya mengikut mengangguk bagai burung belatuk.

Teruk aku diperlakukan diperlecehkan dan dipermalukan kadang-kadang.Aku dikunci mulut kerana "kebaikan" yang mereka tunjuk seperti belanja aku makan,ajak ke rumah melepak,hantar aku balik rumah,bawa aku berjalan ke sana sini.Maka aku jadi rendah dan segan dengan "kebaikan" mereka.Jadilah aku binatang sarkas yang terkurung dalam kandang.Bila diperlukan maka aku akan digerakkan secara "paksa".Kenapa aku sebut paksa?Bukan mereka letak pisau di leher aku suruh aku buat dan ikut tetapi...aku sudah terpenjara dengan mereka..Aku fikir mereka buat baik dengan aku kenapa aku kena tolak mereka?

Sampai 1 tahap duit aku berapa ratus ringgit dicuri oleh mereka pun aku masih diam dan berkawan.Padahal tiada orang lain lagi yang ambil melainkan mereka.Teruknya aku sampai begitu sekali takut.Aku juga belakangkan keluarga kerana kawan-kawan sial yang berlakon baik ini.Aku sanggup turut kata mereka berbanding mak aku.Tidur rumah mereka tak balik rumah padahal tidak manis tidur bermalam di rumah orang di mana ada ahli keluarga lelaki juga.Tapi sebab segan nak tolak perlawaan dan tidak berani bertegas maka aku diheret ke hulu hilir.

Ya Allah..aku bersyukur sangat telah dijauhkan dari mereka semua lepas berjumpa dengan seorang yang pandai menasihati dan membimbingku.Kata seseorang ini "janganlah percaya dengan orang yang buat baik sangat dengan kita,buang masa dengan kita,pasti ada makna". Ya aku faham.Tak perlu aku jelaskan panjang lebar di sini.Yang pastinya mereka itulah petualang penjahat pengkhianat sebenar.

Aku dikhianati dan dianiya mereka di belakang.Mereka hanya bertopeng berlakon tunjuk baik,suka cerita hal sedih simpati untuk pancing hati aku.Aku sangatlah naif kerana percaya dan lurus.Memang benar aku lurus dan naif ketika itu kerana aku tidak pernah bergaul dengan orang jahat.Aku anggap mereka semua baik dan tulus tapi rupanya ada niat buruk.Ada udang di sebalik batu.

Hidup ini satu adalah pelajaran dan aku ambil iktibar agar lebih berhati-hati bila berkawan.Kita tidak tahu seseorang itu jahat dan serong selagi kita tidak masuk ke dalam hidupnya.Tidak semua orang benar-benar baik dan ikhlas.Banyak yang hanya ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.Benar aku serik untuk baik dan percayakan orang.Sememangnya manusia itu tidak boleh dipercayai bulat-bulat.Jangan jadi terlalu husnozon (sangka baik) sangat dengan orang.Baik wanita atau lelaki semuanya tidak boleh dipercayai sangat.Dengar boleh percaya jangan 100%.Sedangkan keluarga sendiri boleh tikam kita dari belakang sampai bergaduh bermusuh inikan pula orang lain.Mak sendiri boleh buat sesama adik-beradik masam muka tak puas hati bila anak itu bukan kegemarannya.

Ingatlah setiap orang yang kita kenal berpotensi jadi kala jengking,ular berbisa dan anak panah beracun.Dont trust them trust your gut.

Allahuakbar!!!!Hanya Allah sebaik baik tempat berlindung.Semoga Allah jauhkan pisahkan dan hancurkan para pengkhianat aku dahulu.



Dont worry what people judge you

 Don't worry what people may judge you because actually they are judging themselves

Aku dapat ayat ini dari blogger lynn munir

https://lynnmunir.blogspot.com/2015/?m=0

Tepat dan sangat benar.Kita hidup selalu takut dengan cemuhan dan kritikan orang.Orang belum kata apa-apa lagi fikiran kita dah melayang berfikir ap orang akan kata.Terlalu takut dengan pandangan orang hingga menidakkan hak kita sendiri.

Ingin aku katakan pada diriku sendiri.Abaikan apa orang hendak kata dan fikir apa.Bukan mereka yang memberimu duit beras duit minum.Pedulikan saja.Mereka pun ada kelemahan dan keburukan sendiri yang penuh dengan kejijikan.Buat apa mahu jaga hati orang tapi hati sendiri sakit,geram,marah,kecewa?

Sesekali kena pulangkan paku buah keras.Sesekali mulut kena bernas berapi menikam sikit.Diam sahaja kelak akan dipergunakan diperlekehkan dan dipijak.Kena jadi berani dan buat tak tahu saja!Hati kena kering dan kontang.



Friday 26 January 2024

 

FAEDAH GLUTA 200K

Glutathione supplement memutihkan dan melicinkan kulit. 

  • Melambatkan proses penuaan. 
  • Melangsingkan badan, 
  • Menyekatakan tona warna kulit menjadikan bersinar dengan aura. 
  • Menghilangkan jerawat dan parut. Mengurangkan kedutan, bintik gelap, freckles, membantu mempercepatkan kulit menjadi berseri yang semula jadi kemerah-merahan. 
  • Supplement yang mudah dan selamat. 
  • Anda tidak perlu menahan sakit dan membazirkan wang anda dgn kaedah suntikan dan pembedahan.


Ingredient :
L-Glutathione 200000mg
Super Lemon (Vit C) 20000mg
Collagen 20000mg
Placenta Extract 100mg
Coenzyme Q10 500mg
Bioflavonoi 500mg
Grape Seed Extract 100mg
Koji Berry 500mg
Acerora Cherry 100mg
Green Coffee Berry 100mg
Berry Fruits Extract 100mg
Dijamin 100% selamat.

Diiktiraf GMP (Good Manufacturing Practice), HALAL oleh The Islamic Committee Of Thailand (DIIKTIRAF OLEH JAKIM)

 Tahun baru 2024 yang sedikit lagi menginjak ke hujung bulan kurasakan lemau suram sekali.Hanya pada 31 december hingga 1 januari hari pertama tahun baru sahaja aku rasakan bersemangat dan pasang berbagai azam.

Semangatku kini bagai direntap kasar.Mood aku hilang angkara manusia-manusia laknat sekelilingku yang menyakitkan hati.Aku juga amat kemurungan bila disajikan berita-berita buruk seperti jenayah kejam.Menyerap energi negatif hingga aku tiada mood,semangat dan jadi lemah.

Tuesday 23 January 2024

Pusing Jalan Tunku Abdul Rahman awal 2024

 Tiap kali cuti mesti aku nak keluar rumah tengok apa-apa barang sebagai terapi mata dan minda.Kalau tubuh sihat bolehlah jalan jauh.Hari ini aku keluar dalam pukul 11.30 pagi.Sampai ke destinasi sekitar 12 tengahari.Cuaca masih elok redup sahaja.Memang sediakan payung sebab KL tiap petang akan hujan lebat.Syukur dapat hujan sejuk bumi ๐ŸŒง

Sebenarnya seronok keluar berseorangan.Bebas nak singgah ke mana sahaja tanpa halangan.Kepala tak pening fikir masalah orang lain.Ini dinamakan me time ๐Ÿ˜ƒ.

LRT ke stesen Bandaraya ditutup jadi kena naik bas rapid percuma yang disediakan di depan stesen lrt masjid jamek.Tepat 12 tengahari bas mula bergerak dan berhenti di bawah stesen lrt Bandaraya.Dalam bas tadi aku nampak ada sepasang lelaki perempuan masih remaja.Comelnya budak perempuan itu.Rasanya umur dalam lingkungan 19-21 tahun.Tubuhnya kecil molek tidaklah terlalu kurus,sedang elok.Dia memakai gincu pink,maskara dan bedak.Mekap ringkas tapi manis.Rambutnya ditocang jadi dua bahagian.Tinggi mungkin 147 cm.Entahlah bangsa apa tapi macam muka Thailand/Vietnam campur melayu.Tak pernah lagi tengok wajah secomel itu. 

Turun dari bas aku memanjat tangga sebab malas lintas jalan.Termengah juga nafas dan turun semula tangga.Aku terus ke butik pakaian Muaz Textile.Kali terakhir datang pada hujung bulan September tahun lalu beli blouse putih untuk majlis maulid nabi.Butik ini memang menjadi kegemaranku dari dulu lagi sejak aku kerja di pejabat.Selalu beli baju blouse kain cotton sejuk di sini.Sedap pakai sebab sejuk dan serap peluh kulit kurang alergik.Shawl di sini pun murah sangat harga dari rm2.80.Ini cerita tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu.Sekarang shawl atau bawal paling murah pun rm 5.80.

Muaz HQ Jalan Tar sekarang sudah besar.Mereka sewa dalam 6 lot kedai dari bawah hingga tingkat atas.Boleh gila rambang mata masuk sini.Aku tengok kaum wanitalah banyak membeli seperti dirasuk.Hahahaha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.Macam nak terbeliak biji mata tengok fesyen-fesyen terbaru tudung kepala.Semuanya fast fashion.Habis musim maka timbul lagi fesyen dan kain jenis baru.Sebab itu jual tudung kepala boleh jadi jutawan.Benda ni fesyen zaman sekarang.

Aku bukan hijabista.Aku tak ambil tahu sangat.Kalau tahu pun sebab terpandang dan ohhhh gitu.Aku ini sangat simple orangnya janji selesa.Pakaian aku pun banyak sedekah bagi orang sebagai hadiah.

Hampir sejam aku di Muaz Textile saja pusing-pusing tengok apa yang ada.Ikut hati macam nak beli satu blouse kain cotton sejuk corak burung.Banyak campuran warna dan corak pula.Hmmm dalam hati pesan;sudahlah membazir.Ok baik.Akhirnya terbeli juga satu barang berharga rm6.80.

Pelik pula duduk 1 jam tapi tak beli apa-apa.Tetap juga nak membazir duit ๐Ÿ˜ท

Aku naik ke Sogo pula untuk cari makanan.Sekarang dah masuk waktu lunch.Nak makan Aceng Laksa tapi tak terima pembayaran Shopee pay.Nak beli jus Boost pun sama tak boleh Shopee pay.Baki duit e-madani masih ada.

Aku nampak ada 1 kedai Thai di lereng food court jual mee celup.Jarang ada kedai dalam KL jual mee celup.Aku tanya kedai ni halal ke bos orang melayu ke.Cashier warga asing ni kata halal,bos orang Thai.Aku fikir mesti sedap kalau resepi asli dari sana.Rasa nak cuba.Rm 11.90 semangkuk.Bila dia hulur mangkuk berisi mee celup dalam hatiku rasa macam tak sedap saja.Warna kuah pucat saja tak macam mee celup di kelantan kuahnya hitam berkicap.Ini ikan bilis pun tak letak.Cili jeruk tak ada.Ada taburan serbuk cili dan bawang goreng sahaja tapi aku tetap tak yakin sedap.

Memang betul rasanya biasa-biasa sahaja.Lebih kurang mihun sup cuma tidaklah rasa cengkih dan bunga lawang.Kecewa rasanya pada aku rasa biasa-biasa sahaja.๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜.Sedap berganda mee celup di pasir mas,kelantan. Ini tauke bukan orang Thai.Tauke orang cina sini.Balik rumah baru perasan dalam resitnya nama Xingpao sdn bhd.Tertipu rupanya.Entah ayam sembelih ke tidak dalam mee celup tadi.Entahlah aku sekarang jadi was-was sebab banyak penipuan demi mengaburi mata orang islam.Sedangkan melayu sendiri beli ayam cucuk dengan yang bukan islam.Gila kan demi kaut untung nak jual murah.Peniaga indon pun jual nasi lemak rendang babi tapi pakai tudung sebab nak tarik pelanggan islam.Takut beb.Bab makan ni kena jaga sebab jadi darah daging.Aku bukan alim sangat tapi bab makan kena jaga ๐Ÿ˜ฏ


Aku habiskan juga sebab lapar.Tak perasan ada kacang tumbuk dalam mee ni aduh habislah muka aku nanti berjerawat๐Ÿ˜ฏ

Nantilah aku nak belajar buat mee celup dengan makcik di kampung.Masak sendiri puas hati kita tahu apa nak letak.

Habis makan aku turun ke tingkat 3 bahagian menjual pakaian.Eh sejak bila ada jual telekung di Sogo?Telekung Tea namanya.Harga rm130.Aku terus jalan ke depan.Ada jual shawl.Jenama apa lupa sebab aku tak ambil tahu bab jenama.Eh ada jenama Fazura pula.Wah dah masuk banyak mall ya sekarang.Di klcc pun ada Fazura kiosk kecil.



Aku masuk dan membelek-belek sekejap.Rupanya ada pink label,black label dan white label.Fikir-fikir balik dulu idea kategori ikut label ni jenama Aidijuma ;Datin Norjuma.Harga pun berbeza ikut label.

Tak minat pun nak beli.Tengok saja buat-buat ambil tahu.Sebelah sana pula kedai Naelofar.Harga paling murah rm79 kain cotton voile.Macam aku kata tadi aku tengok sahaja.Kainnya macam ada kualiti juga sebab lembut dan halus.Ada lah pelanggan berniqab hitam membeli di sini.


*bawal cotton monogram Naelofar.Nampak simple tak sarat dengan corak bunga.

Lalu pula depan kedai mask Jovian.Lama dah pasang niat nak beli mask dia cuma tak melawat kedai.Malas beli online sebab mahal rm25 sekotak.Terkejut aku harga di kedai Jovian ada promosi rm15 sekotak/30 keping.Aku beli dua kotak.Warna putih monogram dan warna sandy brown monogram.Pernah cuba pakai sekali mask ni dapat free gift beli barang.Best tau.Aku suka mask Jovian sebab tak panas dan mekap tidak melekat di mask.Mahal pun tak apa ada kualiti.Dengar cerita jerawat pun susah naik pakai mask ni.




Promoter sediakan cash bill dan minta bayar dahulu kemudian baru ambil barang.Siap dapat beg kertas jenama kedai.Class.Pertama kali beli jenama Jovian mestilah rasa teruja๐Ÿ˜„.Aku tetap lebih selesa memakai mask sebab rasa selamat dan yakin bila keluar rumah.

*edit testimony;mask jovian ni mungkin kualiti tak sama macam harga rm25 tu.Aku dah pakai dan rasa panas,tekstur mask kasar dan mekap melekat di mask.Elok lagi mask jenama Amd medical beli di Mr DIY dulu nok...murah bawah rm10.Sedihlah ๐Ÿ˜

Sogo meriah ada sales CNY.Lampu tanglung bergantung megah merah menyala.



Sogo ini tempat kenangan lama 17 tahun lalu.Keadaan masih sama cuma sudah banyak renovation untuk nampak lebih segar.Aku rasa makcik-makcik yang pernah kerja sogo dulu dah lama meninggal.Sogo memang tempat kenangan aku zaman remaja.Tempat pertama kenal dunia.Di sinilah tempat berhibur,cari rezeki.

Tiba masanya untuk balik dan baru sedar bunyi hujan lebat di luar.Lama juga aku berlegar di dalam Sogo.


Tahun baru cina bakal menjelma.Tengok cheongsam warna merah menyala.Ong ong

Lampu ikon bunga raya di lobi pintu masuk Sogo ini dah wujud sekian lama dari tahun 90an.Aku masih ingat zaman kecil dulu arwah pakcik saudara aku datang dari Johor melawat Sogo.Aku terpandang lampu ikon ini.Bunga raya ini lambang bunga kebangsaan Mlysia.


Masih terbayang zaman dulu-dulu pernah kerja Sogo lepas habis sekolah.Sempat pegang duit sendiri dan dapat shopping baju seluar.๐Ÿ‘

Sementara itu singgah di kaunter produk Clarins.Aku berminat kerana Permaisuri Agung Tunku Azizah kata neneknya umur 90 tahun kulit tidak berkedut pakai Clarins.Aku percaya.Survey harga serum sahaja rm 380.Kalau ambil 1 set harga rm 1000 ke atas.Macam berminat tapi risau nak cuba takut tak serasi dengan kulit.Salah pakai pencuci muka pun naik jerawat.Kalau beli produk mahal begini apalah nasib kalau sesuai tak apa.Kalau ada trial pack tentu aku cuba.Pencuci muka sahaja rm 160 gulpp telan air liur.Aku faham produk ni dari luar negara dan bahan berkualiti dari alam semulajadi menurut promoter.Tunggulah nanti apa keputusan aku.Mahal bukan murah๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Hujan masih belum berhenti.Rosak kasut aku kalau redah hujan walaupun ada payung.Basah kasut sandal dan berbau nanti.Lama aku berdiri tepi pokok hiasan ni.Intai-intai keadaan cuaca.


Origami bentuk burung yang dibuat dari kertas.Siapalah yang bikin.


Sebelah pokok bunga ini ada butik Coach.Adalah orang meleis beli beg.Dengan gah bimbit beg penuh kepuasan lepas buat pembayaran.Ibarat menang cabutan bertuah.Biarlah ada duit nak beli silakan.Aku tak mampu beli beg beribu ringgit.Dulu beli beg Guess harga rm 350 pun rasa menyesal sangat sekarang bila fikir.Dua kali pakai simpan dalam almari.Lama tak pakai cek semula dah rosak habis terkupas hancur.Robek hati aku.Lepas pada tu aku tak beli lagi barang di butik.Aku selesa pakai beg tiada jenama dari Jepun.Harga puluh ringgit sahaja.Tak sampai 30.Syukur sampai sekarang belum koyak walau dah 2 tahun.

Hujan belum berhenti sepenuhnya.Masih lebat.Masuk kedai secret recipe sementara tunggu hujan reda.Habis rm 13.90 untuk sepotong kek cheese mulberry wild.Kecil sangat saiznya 4x suap habis.Sekarang semuanya mahal.Buah-buahan pun mahal.Apa yang murah?Harga makanan di kedai makanan segera setiap bulan naik.Aku perasan.

Selepas 30 minit aku intai cermin.Bolehlah bergerak perlahan-lahan dengan berpayung.Kalau tunggu sampai bila nak balik.Singgah ke Mydin Masjid India.Naik ke bahagian syampu di tingkat 1.Tertarik lihat losen Citra yang ada pelbagai jenis bau.Ada 5 jenis bau.Dulu hanya ada Citra bengkoang sahaja.



Aku pilih losyen Citra Mulberry collagen probiotik.Probiotik untuk membaiki kulit.Aku memang hantu losyen.Losyen body bath work(bbw) pun banyak botol belum habis.Beratus ringgit beli sebab terpengaruh.Sekali dengan shower gel bbw.

Beli makanan sikit dan losen,lip treatment balm, miceller water syahirah dan lain-lain.

Losyen Citra rm8.90

Lifebuoy hand sabitizer rm5.60

Mentholatum maxilip untuk merawat garis kedutan bibir rm16.20

Syahirah Miceller water rm10.90.

Kesemua barang termasuk makanan rm107




Dapat cawan percuma dari ubat gigi Darlie.Cashier tu bagi juga pouch bag percuma jenama Safi tapi dia suruh diam-diam.Ok ๐Ÿ˜ท๐Ÿคซ.Baik hati dia.Dia tanya aku dalam beg kertas tu beli apa.Aku cakap mask.Dia kata kaya beli emas.Eh tak...mask muka.Hahaha...dia tanya ok ke jenama Jovian.Maka aku terangkan.Ada promosi aku cakap kalau nak pergilah Sogo tingkat 3.

Berat juga nak angkut barang beli di Mydin ni balik rumah.Dengan beg tangan di bahu dan 3 beg plastik.Aduhai azabnya jalan kaki ke stesen lrt.Dalam lrt penuh orang tak dapat duduk.Terkehel tangan aku pegang barang berat aduh sakitnya.Nasib badan balik waktu orang balik kerja.

Syukur aku tak terjebak beli baju,kasut,beg.Memang azam aku tak mahu beli apa-apa tahun ini.Aku tak nak membazir lagi cukuplah apa yang ada.Itupun tak habis pakai.

Hujan lebat lagi.Nasib sampai rumah 7.30pm.Syukur ....





Saturday 20 January 2024

Sebenarnya Tuhan tidak pernah mengecewakan kita tetapi harapan kepada manusialah yang mengecewakan kita.

Benar memang benar sekali.Harapan yang tidak dipenuhi itulah punca sebenar hati sedih,hati sakit,merana dan putus harapan.

Wednesday 17 January 2024

Sometimes just ignore silence is better.No need to explain anything

Monday 15 January 2024

Datum Jelatek Mall

 Hari ini aku berjalan ke Datum Jelatek Kuala Lumpur.Kali ini jugalah hari pertama berjalan di tahun 2024.Inilah pertama kali aku ke sana.Tiada apa yang menarik sangat pun cuma saja nak merasai pengalaman masuk ke pusat beli-belah terbaru.

Datum Jelatek ini mempunyai konsep rumah condominium di atas manakala mall di bawah.Sampai sekarang mereka masih membuka booth pameran rumah di dalam mall.Ada dua menara condo.

Kawasan wangsa maju,taman melawati,setapak,setiawangsa kesemuanya ada mall masing-masing.Sekarang buka di kawasan Jelatek pula.Bila dah terlalu banyak mall berdekatan maka persaingan sengit dan tentu akan jadi tidak laku.


Turun sahaja lrt stesen Jelatek anda akan nampak laluan yang menghubung masuk ke Datum.Naik escalator ke atas dan terus jumpa pintu masuk.Senang sahaja ๐Ÿค—

Di sebelah kiri terdapat beberapa buah cafe minuman dan makanan.Tak ramai orang pun sebab hari biasa.Lagipun Datum adalah mall baru jadi masih belum menjadi tempat santai.

Datum Jelatek ada 2 tingkat.Lif pun disediakan.Mall ini masih lengang dari manusia.Ada lah dua tiga kerat duduk minum di Zus Coffee.Aku bukan peminum kopi jadi tak minat๐Ÿ˜ถ

Tak banyak sangat kedai di sini.Di tingkat 2 ada butik pakaian FOS dan kedai pakaian dalam.Terdapat juga 2 buah spa kecantikan merawat kulit wajah dan 1 salun rambut.Pekerjanya macam orang perempuan india/bangla.Tak pasti sebab sekarang warga asing kaum wanita pun dah berlambak.

Nampak tak ada poster wedding events di belah kiri.Di situ terletak dewan perkahwinan untuk disewa.Aku sempat lalu dan intai.Ada pintu gerbang yang siap dihias dengan bunga-bungaan.Aku rasa boleh masuk ke dalam dewan untuk tengok.Ada seorang pekerja wanita duduk di kerusi meja.Mungkin menunggu pelanggan membuat tempahan.Harga dewan tentulah tidak lari dari berbelas ribu ringgit kan.Kalau sewa dewan DBKL tahun 2008 baru rm700.Sekarang mungkin dah naik rm 900-1000.Kira ok lagi.Terpulanglah kalau bajet lebih silakan sewa di tempat cantik, standard ada air cond.Aku pun suka kalau dapat hadiri majlis ke tempat sebegini ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kau tengok ni ada pusat karoake berkonsepkan Japanese ktv.3 pintu tu bilik perseorangan atau kita panggil karoake jamban.Alamak sungguh menggamit memori kenangan dulu-dulu balik kelas saja bayar rm1 untuk 1 lagu masuk karoake jamban di The Mall KL tingkat atas tempat fun fair.

Cantik pusat karoake ini aku dah intai.Luas dan selesa tempat menunggu.Aku takkan pergi karoake dah serik.Suara sekarang takkan sama dah macam dulu.


Kedai barangan perkahwinan pun ada.Dulang,bunga,hiasan dan lain-lain.Aku tak masuk pun hanya lihat dari luar.Kedainya nampak moden.Bukan macam kedai Bunga Riben Jalan Tar tu lusuh saja.Pembalut hadiah pun jual yang dah hampir reput agaknya stok 15 tahun lepas.Cinabeng betul.Dah terkena tu tahu sekali pakai terus koyak.Ada 2 orang kawan sekolah aku pernah bekerja di situ.Keluar rumah bertudung masuk kedai kena tanggal sebab tauke tak bagi pakai.Biar sajalah aku tak ada isu pun kalau rasa nak kerja redah sajalah.Tak perlu nak bising-bising buat mulut sana sini.Kalau tak nak sila cari kerja tempat lain.Hidup ni mudah jangan buat susah.

Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi.Cantik sungguh dekorasi rumah ibadat kaum cina.Warna merah warna ong.Ada pokok sakura lagi wahhhh.



Selfie sekeping dua buat kenangan bukti kaki ini sudah menjejaki Datum Jelatek.

Aku turun ke tingkat G.Ada restoran Burger King,KFC,A&W.Tak banyak pun kedai makan di sini.Mungkin bawah 10 sahaja.Datum Jelatek ini simple mall sahaja bukan seperti Suria KLCC.

Disebabkan belum sarapan makan terus makan tengahari di sini.Jam menunjukkan 1.10pm.Hanya ada beberapa pelanggan di dalam.Memang sunyi.Seronok tempat tak ramai orang macam ni.Ada privacy sendiri.


Layan makan sambil dengar chanel you tuber cerita tentang Jalan Karak lama.Seronok juga aman damai tanpa gangguan suara sesiapa dalam a&w.Seingat akulah sudah lebih 8 tahun tak makan a&w.Ingatkan ada air jus oren sebagai pilihan tapi masih kekal dengan air root beer.Bikin memulas perut๐Ÿ˜ซ๐Ÿ™„

Set 4 keping korean chicken wings,nasi aroma dan air bergas rm 20.90.Mahal beb๐Ÿ˜ซ.Kepak ayam pun sikit saja isinya tak puas makan.Sebab tak ada pilihan lain aku makan sajalah.

Sebelum balik singgah masuk ke butik kelengkapan sukan Original Classic OC di aras bawah tepi Guardian.Besar butiknya luas sampai ke belakang.Saja tengok sandal dan kasut.Semua ada diskaun.Kasut sukan boleh dapat rm40 ๐Ÿคฉ๐Ÿ‘.Aku cuma pilih sandal flipflop dengan harga diskaun cuma rm20.Tak rugi beli sebab sandal ni diperbuat dari getah dan selesa dipakai.Sandal yang beli di kampung hari tu beberapa kali pakai dah terbelah tapak memang barang cap china betul๐Ÿ™„.Buang duit rm15.

Jom la balik.Saja nak merasa berjalan di sini 


Friday 12 January 2024

Biar tidak dikenali dan dilupakan tak apa

 Astagfirullah adzim

Dunia ini adalah tempat yang menakutkan apabila kita berdepan dengan kejadian getir yang menimbulkan trauma.Meninggalkan kesan mendalam pada fikiran dan emosi.Menjadikan kita rasa takut dan cuak tiap kita mengingat peristiwa itu.

Ya Allah yang maha mengetahui.Jagalah diri ini dari 'dilihat' oleh manusia-manusia yang jahat hatinya dan buruk niatnya.Janganlah diterbitkan diri ini dari terjumpa lagi dengan mereka.Pisahkan dan tabirkanlah diri ini dari mereka.Jangan biarkan diri ini dikenali.

Ya Allah sesungguhnya Engkau maha menutup keburukan keaiban maka peliharalah diriku ini dari dibuka aib dan ke malu an diri.Biar diri ini tersisih tak apa itu lebih baik dari dikenali.Aku takut ya Allah...selamatkanlah aku 

Friday 5 January 2024

Manusia suka memerli.Abaikan

 Aku memang tak suka orang yang menjawab pertanyaan dalam masa sama memerli orang.Tak boleh ke jawab ikut soalan dan jangan melencong.

Memang ramai manusia begini.Kita panggil mean people.Kalau berbicara pun dia saja hendak menang dan dia saja yang betul.

Sebab itulah aku tak boleh masuk/serasi dengan orang berperangai begini.Cakapnya sinis dan menyakitkan hati.Mereka memang sejenis manusia yang suka memandang orang lain rendah.Egonya tinggi tau.

Jangan dilawan orang sebegini.Buat tak tahu dan jalan terus.Bila dilawan akan mengakibatkan pertelingkahan.Sabar sabar dan sabar ok.Kurangkan interaksi dengan golongan seperti ini.

Orang matang tidak akan melayan provokasi dari orang tidak matang.Aku dah hidup hampir 30 tahun.Aku tahu 'selak' hati manusia berdasarkan cara percakapan sahaja.



Bencana alam 2024

 Sudah hampir 3 bulan dunia disajikan dengan berita peperangan di wilayah G4z4 yang membabitkan serangan dari tentera I$ra4L laknat.Buka sahaja tv terpampang video kanak-kanak dan wanita dibunuh kejam secara bom dan tembakan.

Itu belum lagi buka media sosial.Pelbagai berita dan bukti video penyeksaan tersebar.Allahuakbar.Boleh datang anxiety/kemurungan terus.Kekejaman tentera I$ra4L memang tidak dapat dinafikan lagi mereka membunuh nyawa manusia umpama binatang.

Hospital awam dimusnahkan,masjid dimusnahkan dan segala kemudahan diranapkan agar rakyat G4z4 tiada akses kemudahan.Ramai bayi-bayi pramatang yang dilahirkan dan meninggal kerana tiada incubator.Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata dibom.Meraung-raung mereka kerana masih belum mengerti soal kehilangan.Angka korban meningkat ke puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa.Semua dipaparkan dalam video di you tube chanel luar negara.Seluruh dunia tidak mengira agama dan bangsa mengutuk keras tindakan kejam dan barbaric I$r4el.

Betapa robeknya hati melihat situasi keganasan yang tidak dapat diterima oleh akal waras ini.Rasa betapa gelap dan jahatnya manusia di dunia ini.Mereka tidak lagi mempunyai peri kemanusiaan.Yang ada cuma sifat tamak dan rakus untuk merampas tanah G4z4.Dalam hati ini masih mengucap syukur atas kemakmuran bumi Malaysiaaa

Awal tahun 2024 pula dunia disajikan dengan berita bencana gempa bumi di Jepun dengan skala 9.5.Tsunami juga muncul di sana akibat gegaran bumi yang terlampau kuat.Sebagai manusia kami turut berduka atas musibah yang melanda Jepun.Tahun lepas negara Turki juga telah dilanda gempa bumi yang mengorbankan puluhan ribu nyawa.

Ahli geologi juga meramalkan negara Malaysia akan dilanda gempa bumi tahun ini.Di kawasan mana tidaklah diketahui.Ada juga yang meramal pada bulan 3 seluruh dunia akan bergelap 17 hari.Segala tenaga elektrik akan mati akibat sistem planet bumi bermasalah.Aku tak tahu pun tapi bapa aku yang baca dalam facebook dan beritahu.Sebab itulah aku tak suka membaca apa-apa di dalam media sosial.Terlalu banyak berita kebimbangan kerisauan dan kadang yang tidak sahih sengaja disebarkan dan mencetuskan kegusaran orang.Cuba imbas semula zaman pandemik covid yang melanda dunia tahun 2020-2021 hari itu.Seribu macam kisah ditokok tambah beserta kisah konspirasi yang membejatkan akal waras manusia untuk berfikir secara logik.Maka bertelagahlah sesama manusia kerana berbeza pandangan dan kepercayaan.Ini kerana tauhid manusia tidak tertuju kepada Allah aza wal jala.Kerana itu amat mudah dan rapuh dimainkan oleh isu-isu tertentu.Mudah meloncat mudah tergugat mudah tersentap.

Dunia sudah hendak kiamat.Kalimat ini dari dahulu lagi akan diulang-ulang apabila dunia menempuh sesuatu musibah.Jambatan di Pulau Pinang yang pernah roboh tahun 1980an dahulu pun pernah dikaitkan dengan dunia hendak kiamat.

Berbalik kepada isu keganasan peperangan oleh puak I$rAel itu,kembalikan kepada Allah.Tidak ada satu zarah pun yang bergerak tanpa izin Allah.Semua sudah ditulis dalam Loh Mahfuz 50 000 tahun dahulu apa yang akan terjadi sekarang.Memandang itu semua Allah yang jadikan dan atas kehendak Allah.Kita tidak mampu mengangkat senjata melawan dan memerangi mereka.Sebagai saudara seakidah kita hanya mampu berdoa agar Allah mentakdirkan takdir yang baik-baik buat seluruh umat islam.Sesungguhnya mereka di G4z4 sana mendambakan mati seorang syahid.Roh mereka akan berterbangan di dalam syurga itu janji Allah.Kanak-kanak yang meninggal roh mereka dimasukkan ke syurga terus tanpa hisab.

Ya aku akui amat terkesan dengan segala musibah yang menimpa manusia.Ia meninggalkan kesan dalam di dalam hati.Ada ketakutan,kerisauan,kelemahan dan semuanya bersatu.Kita tidak tahu apa nasib kita di masa akan datang.Sekarang ini negara kita masih dikira aman bukan dalam wilayah perang atau bencana alam.Jenayah di dalam negara memanglah ada di mana-mana pun.

Sekarang ini kalau boleh aku tidak mahu terlalu membelek cerita keganasan,ketakutan yang ada dalam dunia ini.Jadi anxiety sekejap.Fikiran pun terganggu.Ada yang sampai kena depression tau.Aku nak tengok berita gembira dan menenangkan sahaja.๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ข.Apa pun aku doakan dunia ini aman-aman sahaja dan dijauhkan dari manusia jahat.



Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...