Thursday, 2 August 2018

Hospital Berhantu di KL


Kisah seram di wad hospital sudah menjadi kebiasaan di telinga pembaca.Ramai yang dah berkongsi pengalaman mereka bermalam di wad menjaga ahli keluarga yang sakit.Paling menyeramkan apabila tepat jam 12 malam ketika lampu wad sudah dipadam.Nak ke tandas pun takut.Tandas pula jauh ke belakang.Sepi dan suram.Tandas hospital kerajaan pula sudah lusuh.Masa tu pelbagai bayangan dalam kepala.Kalau yang dah sedia penakut lagilah kan.

Kali ini aku nak cerita kisah hospital tinggal(terbengkalai) di kawasan Cheras.Hospital ini adalah hospital tentera zaman dahulu.

Sumber:Foto Penerangan

Di atas ialah foto Lady Templer bersama anaknya.


 hospital yang dikatakan berhantu di negara kita adalah Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras. Hospital ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Ia dibina khusus untuk pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering.
Pada peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri daripada pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray dan pembantu jururawat. Ia mula menerima pesakit pada Ogos 1955.
Hospital Lady Templer bagaimanapun ditutup pada tahun 1985. Hanya sebahagian sahaja yang dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Khabarnya rumah mayat hospital ini pernah menempatkan korban tragedi 13 Mei 1969.

Sumber: blogger

Dari luar pun dah seram

Sejak penutupan hospital tersebut, diceritakan banyak kisah misteri berlaku di situ, sampailah sekarang. Antaranya jelmaan lelaki berpakaian serba putih seperti doktor berdiri di tepi tingkap, perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang, suara orang menangis dan mayat tanpa kepala.
seram dak?hikhikhik


Kumpulan-kumpulan paranormal sering menjalankan aktiviti memburu hantu di bangunan terbengkalai ni dan seringkali tidak menghampakan. Pasti ada entiti-entiti aneh berjaya mereka kesan.

Aku tak pernah pula ke sini lawat tapak.Macam berminat nak tengok dalaman hospital seperti bilik mayat,wad pesakit.Malangnya tapak hospital ini dah diratakan 95% menurut blogger PAG Paranormal ketika membuat kunjungan.Ini adalah untuk membangunkan semula kawasan tersebut dengan projek baru.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...