Aku ni suka betul tengok rambut karat pelakon Pajurah tu.Dalam tak sedar sebenarnya aku adore with her beauty and sweetness.Aku beli lipstick nude color matte Maybelline warna pink pucat sebab nak sama macam lipstick Pajurah.Sedih bila guna di bibir aku,jadi merekah nampak pelik dengan ton kulit aku.Memang tak sesuai langsung.Perasan sangat kan nak jadi dia
Sekarang azam awal tahun baru 2014 aku nak warna rambut sebab nak jadi Pajurah lah konon.Lagipun kawan baik aku si Nurul bertukar-tukar warna rambut nampak sempoi.Dia guna colouring di watson sahaja tapi menjadi.Aku ke salun kawasan rumah.Aku cakap dengan kakak tu aku nak warna coklat bukan perang kekuningan tu ya.Aku nak nampak natural sahaja.Kakak tu kata aku kena pilih 1 ton warna lebih cerah sebab rambut aku hitam pekat.Baik.
Selepas lalui proses pewarnaan dan cuci,kakak tu tunjuk muka pelik sebab rambut aku susah nak tembus warna.Memang nampak coklat gelap tu cuma tak menyerlah.Dia minta jangan cuci 2 hari biar warna menyerap.Aku pun balik rumahlah.Kena bambu dengan adik lelaki aku kononnya aku letak air kencing syaitan atas kepala.Aku diam buat bodoh sahaja walaupun sakit sangat hati.Aku bayar dekat rm200 tau bikin rambut sedap mulut kau mengutuk aku.Tak sporting lah.Sekali-sekala nak bergaya dan ada kelainan salahkah?
*Sekarang ni kalau ada orang mengutuk mesti aku balas balik dengan hujah bernas :P