Bosan-bosan tengok bangunan dan jalan raya yang bersimpang siur di bandaraya Kuala Lumpur ni.Ayuh kita melepak ke tanah tinggi Genting Highlands pula.Sebelum ini pun dah banyak kali ke sini tapi...saja-saja isi masa lapang dan buang duit makan angin pula.Berapa sahaja tak sampai rm100 pun bajet naik ke sini.Benci dengan suasana kl yang semak kepala siang dan malam,jom kita lari sekejap~~~daaa
Kami dua sahabat karib bertolak naik bas Go Genting di stesen KL Sentral.Anda harus turun ke bawah tempat hentian bas dan beli tiket di kiosk berhampiran.Anda boleh pilih masa pergi-balik.Biasanya trip terakhir bas adalah jam 8.30 malam.Kami berdua persiapkan makanan ringan yang patut dibawa ke atas kerana makanan agak mahal di Genting.
-Nasi lemak 3 bungkus
-Air susu kotak,air mineral,roti,gula-gula
Yezza sampai sudah di stesen cable car Goh Tong Jaya.Walaupun hari ini bukan hari minggu namun pengunjung tetap tak putus.Yang penting kami tak nak 1 cable car dengan orang busyuk tau.
|
replika mumia firaun dan kucingnya |
|
pameran di dalam Goh Tong Jaya |
|
gondola bernombor 23 |
|
cuaca masih terang |
Masuk dalam First world plaza ada penampakan flower lantern warna-warni.Wow amazing
Ada orang tu hidung dah merah berair sebab tak tahan cuaca sejuk
Jangan lepaskan peluang bergambar.Jarang dapat view begini
Cantik dan kreatif dekorasi di lobi hotel ni memang kami tidak lepaskan peluang untuk memori
Dahan buluh ni memang sentiasa ada.Puas posing dari dulu hingga kini sampai senget kepala haha
Sekarang kami bergerak turun escalator menuju ke lobi hotel First world untuk tembus ke taman bunga sebelah hotel theme park
Banyak bas persiaran membawa pelancong ke sini.Kebanyakan pelancong bangsa cina
Keindahan flora di sini tidak dapat disangkal lagi.Pemandangan hijau yang sungguh menenangkan mata membuat aku ingin berlama-lama di sini menghirup udara segar
Bunga morning glory.Cantik sungguh tumbuh mekar di taman.Terjaga rapi oleh pekebun.Kaki photography sepertu aku ni suka shoot tempat begini
Masa untuk bersantap.Aman saja di sini duduklah berapa lama pun percuma saja tiada siapa nak marah.Sejuk-sejuk suasana nyaman dan tenteram di taman bunga Genting
Puas hati makan bekal dari rumah.Sedap,Jimat duit perut pun kenyang lama.
Laluan ke Ria Apartment.Bergambar kenangan.Awal tahun hari tu dah pergi ke sana terjah.Jarang orang datang ke sini,aku memang tahu selok-belok sini hahahahaha...kaki memburu
Hidup mesti sempoi
Kau punya posing macam artis korea Song Hye Kyo gitu weh hehee
Bergambar di depan kolam Resort World.Kolamnya sentiasa berlumut hijau.Memang sengaja buat begitu rasanya
Kemudian diam-diam kami naik lif hotel First world dan tekan tingkat 7,nombor kegemaran aku.Kebetulan ada pasu bunga besar di sini.Bergambar lagi untuk yang kaki gambar macam kami.Abadikan dalam foto setiap detik kenangan itu.
Plaza memang sentiasa sibuk dengaj kehadiran pengunjung.Hanya tumpang bergambar sambil lihat keadaan sekeliling yang meriah dgn dekorasi menjelang Krismas akan datang.
Tahun bila century fox world Genting ni akan dibuka...sekarang hujung tahun 2015..hello kawan hang nak minta kerja ke tu?