Friday, 9 January 2015

Sejarah Kellie Castle

Mengikut pengalaman rakan yang pernah ke Kellie Castle di Batu Gajah Perak,suasana di sini terasa seram meskipun pada siang hari.Jadi memandangkan aku suka ke tempat bersejarah a.k.a mistik ni,jom kita jelajah!

Sebelum tiba di sini,kami melalui jalan yang terdapat ladang sawit kiri dan kanan.

Suasana panas lit-lit tengahari setibanya kami di perkarangan parking kawasan Kellie Castle.Tiket masuk hanya RM5 sahaja.Tak perlu beratur panjang.Pengunjung pun bukanlah ramai sangat.

Pertama kali melihat struktur binaan istana lama ini hatiku sungguh teruja.Perasaan ingin tahu tentang sejarah Kellie Castle begitu membuak-buak di tambah pula dengan pesan kawan supaya masuk melawat bilik simpanan arak di bawah tanah.Situ seram katanya.Sejuknya lain macam....





Memang unik!Terbaik!Aku memang sukakan tempat sebegini.Masuk saja ke dalam ruang istana,terasa sejuk dan nyaman.Kellie Castle dibina dari batu bata merah memang bikin sejuk.Mengikut sumber sejarah,batu bata ini dilekat menggunakan telur ayam sahaja.

Sejarah Kellie's Castle

Kellie's Castle atau Istana Kellie juga dikenali sebagai Rumah Kellas (Kellas House) dibina pada 1910 oleh peladang getah British, William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di Agra, India. Buruh binaan Kellie's Castle dibawa khas dari Madras, India.
Ketika di Tanah Melayu, Smith bersama pemilik hartanah, Alma Baker, memenangi konsesi untuk meneroka 360 hektar hutan di Batu Gajah, Perak. Menerusi keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama antara Baker dan Smith, dia membuka ladang getah dan lombong bijih timah dikenali Syarikat Perlombongan Timah Kinta (Kinta Kellas Tin Dredging Company). Smith kembali ke England untuk berkahwin dengan gadis Scotland, Agnes. Dia membawa isterinya kembali ke Tanah Melayu pada 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini dikurniakan anak perempuan iaitu Helen.
Agnes melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony pada 1915. Kelahiran Anthony membawa keuntungan berlipat ganda dalam empayar perniagaan bapanya. Bagi meraikan kelahiran Anthony, Smith memutuskan untuk meluaskan lagi rumah yang didudukinya dikenali sebagai Rumah Kuning yang dibina ketika mula berhijrah ke Tanah Melayu pada 1890. Bersebelahan Rumah Kuning itu ada sebuah rumah kayu atau rumah asal Smith ketika bujang, namun kini hanya tinggal tapak saja selepas dibom tentera Jepun.
Smith memulakan perancangan membina istana besar dinamakan Kellas House sempena nama rumahnya di Scotland, namun lebih dikenali sebagai Kellie's Castle. Bangunan ini mempunyai 14 bilik termasuk 
Bilik linen, 
Bilik bacaan, 
Bilik fotografi, 
Bilik simpanan arak 
bilik bawah tanah yang dilengkapi terowong rahsia berserta kemudahan lif yang pertama dibina seumpamanya di Tanah Melayu, selain terowong udara. Di aras dua bangunan itu pula dibina padang tenis berlantaikan simen.
Kellie's Castle tidak sempat disiapkan apabila Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 kerana dijangkiti radang paru-paru. Perniagaan Smith merosot apabila 70 pekerjanya dari India mati dijangkiti selesema Spanish. Agnes pulang ke England apabila Anthony terkorban dalam pertempuran ketika Perang Dunia Pertama, manakala Helen pula tiba-tiba menghilangkan diri.
Istana Kellie sempat disiapkan kira-kira 70 peratus saja. Apa yang pasti, semua anggota keluarga Smith tidak mati di dalam bangunan itu. Mereka hanya sempat mendiami Rumah Kuning saja (bersebelahan Kellie's Castle).
Struktur bangunan Kellie's Castle yang kekal hingga kini dalam keadaan separuh siap atau masih dalam pembinaan menjadi tarikan pengunjung tempatan atau pelancong luar negara ke Batu Gajah, Perak kerana keunikannya, selain rumah agam itu yang dikatakan berhantu.
Sehingga hari ini, banyak fakta misteri mengenai Kellie's Castle masih belum terungkai. Difahamkan, keadaan di persekitaran dan di dalam Kellie's Castle itu 'keras' dan menyeramkan kerana faktor penjajahan Jepun di Tanah Melayu suatu ketika dulu apabila menjadikan bangunan separuh siap itu sebagai tempat menyeksa dan membunuh penduduk kampung. Konon ceritanya, ramai yang terkorban di situ, justeru lokasi berkenaan dikatakan berhantu, namun keadaan itu dikaitkan dengan kematian keluarga Smith, tetapi fakta ini tidak benar.


Koridor ini didakwa kelihatan kelibat roh Smith di waktu malam


Yang tinggal cuma bilik kosong tiada perabot.Ada yang mendakwa melihat kelibat Helen ,berambut kerinting dan memakai baju putih di bilik tidurnya beserta bau wangi.

Kemasan dinding yang terbengkalai akibat kematian Smith

kawan saya Amira posing di sini

Setiap ruang bilik di sini memang besar


Ada juga pengantin baru shooting di sini

Rumah Kuning



Laluan tangga ke bilik simpanan arak di bawah tanah

Inilah rupa rak tempat simpanan botol-botol arak

Bilik simpanan arak terletak di bawah tanah.Tak ramai yang berani masuk ke sini.Lorong ke bawah sungguh gelap-gelita.Aku tangkap gambar pakai kamera dan ada flashlight baru jelas nampak struktur rak tempat simpan arak ni.Tak berani nak lama-lama di sini.Rasa seram sejuk.


Terdapat lorong rahsia di bawah tanah rumah ini.Dikatakan untuk bersembunyi dan melarikan diri jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kena panjat tembok ni untuk naik ke atas stage

Inilah stage.Nak sampai ke puncak kena naik satu tangga tingkat atas.



Bila berada di puncak sini,pelbagai ragam anda dapat lihat.Ada yang melompat untuk bergambar.
Ada sekumpulan ahmoi Cina suruh aku jadi fotografi gambar dorang.Chill :)
Sebenarnya agak bahaya berada di sini kerana sekelilingnya tidak berpagar.Risiko untuk anda jatuh dan tergolek ke bawah amat tinggi.Memang seronok dapat lihat perkarangan kawasan Kellie Castle dari atas sini.Kirinya ada kuil India dan ladang kelapa sawit.

Arah belakang Kellie Castle



Nyaman duduk berteduh di sini



*Gambar diambil menggunakan kamera digital Samsung.

Istana ini dibuka setiap hari dari jam 9am-6pm

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...