Saturday, 4 April 2015

Air terjun Serendah,Hulu Selangor

Sebenarnya aku tak tahu pun kewujudan air terjun Serendah ini,sehinggalah suatu hari aku singgah ke rumah seorang kawan di perumahan yang terletak di Serendah.

Asalnya niat datang delivery produk yang dipesan,aku nak pos dia tak nak atas sebab-sebab peribadi.Maka aku naik KTM dari stesen Bank Negara -Serendah.Hampir 40 minit perjalanan.Sampai di stesen KTM Serendah dia mai ambil aku dengan kereta keluarganya.

Mak dia yang beria ajak mandi maka aku pun turut sama teruja.Katanya petang-petang begini tak ramai sangat orang.Hendak ke sini harus melalui jalan kampung orang asli dan pusat serenti Serendah yang sedikit berliku-liku.Cuci mata lihat alam semulajadi sepanjang perjalanan.Banyak pokok buluh di kawasan sini.Tenang mata melihat.Jauh dari bandar KL yang menyesakkan dada.

Lahaiiii rupanya air terjun ini open air,aku sangkakan agak tersorok ke dalam hutan.Arghh segan pula nak mandi tapi terjun aje lah sebab pertama kali datang.







Ada bilik mandi dan tandas.Tempat parking pun banyak.Airnya nampak cetek tapi sejuk.Bahagian kepala air terjun tu aku tak cuba pula mandi di sana,kebanyakan budak-budak lelaki mandi di situ.Lagipun bahaya petang-petang ni takut ada kepala air datang dari puncak atas.Kami cuma mandi di kawasan cetek sahaja.Memang tak puas mana tapi tak apa asalkan merasa kesejukan air terjun.
Orang dah bawa pun kira syukur besar.:)

Kawasan rumah kawan aku juga tenang,sejuk dan damai.Maklumlah ia kawasan perumahan teres yang masih dihiasi pokok-pokok menghijau.Besar rumahnya.Bilik tidur pun besar.Bila tidur malam sejuk saja rasa.Tak nak tidur pun tapi kena "paksa" huhu.

Rumah dikelilingi hutan,ini yang buat nyaman

Kali kedua datang delivery barang,mak dia masakkan sardin pucuk ubi.Fuhh kenyang,nasi bertambah-tambah.Pertama kali ni rasa sardin masak pucuk ubi yang dipetik belakang dapur rumah.

Sardin masak pucuk ubi


Teringat pula kawan aku yang satu ni,entah apa khabarnya sekarang moga baik-baik sahaja hendaknya.Masih menetap di Serendah lagikah agaknya?

Nota: gambar sumber google.

Aku tak bawa kamera pun masa mandi hari tu,barang semua tinggal dalam kereta.Cuma saja nak cerita kisah mandi di sini.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...