Wednesday, 31 August 2016

Suasana malam di Dataran Merdeka

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.
Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British. (sumber wiki)

Gambar di bawah aku ambil pada tahun 31 Ogos 2016 semasa aku pulang dari tempat kerja.Sekejap sahaja 2 tahun sudah berlalu.Ingatkan ada aktiviti pada malam 31 Ogos tapi ternyata semua sudah dikemas.Hanya siang tadi mereka anjurkan perarakan sempena hari kebangsaan.
Sudahlah agak jauh berjalan kaki dari kawasan Sogo ke Dataran Merdeka,hahaha...
Tak apalah,dapat tengok ini pun jadilah.












Masih ada pengunjung duduk beriadah ambil angin malam di sini.Tidaklah sepi sangat.




Saturday, 6 August 2016

Berkelah ke Port Dickson (Teluk Kemang)

Kalau nak berkelah tepi pantai,paling dekat dengan KL ialah Pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan.Bajet pun tak banyak,perjalanan pun tak jauh mana.Kalau ikut tol Seremban memang mahal sebab kena tanggung tol berpuluh ringgit pergi balik.Jadi ikut jalan kampung.Daripada Serdang-Sepang-Dengkil-Lukut-PD

Kalau cakap soal bajet,lebih jimat naik kereta.Isi minyak RM20.00 boleh pergi balik.Masak siap-siap dari rumah,bungkus elok-elok masuk kereta.Air pun bawa kalau boleh.Makanan di PD bukannya murah,agak costly juga warung tepi pantai tu.Terpulang,kalau malas nak masak dari rumah,boleh sahaja makan di warung,bajet dalam RM15 seorang masuk air.

Pilih Pantai Teluk Kemang.PD memang sentiasa penuh dengan orang di hujung minggu.Keluarga,pelajar,para pekerja pun ada yang datang buat aktiviti.Banyak khemah dipacak untuk seisi keluarga berehat.Kemudian bentang tikar sambil duduk duduk ambil angin pantai.

Jam 11.30 am Pantai Port Dickson


Cuaca pagi di PD agak panas kalau tak pasang khemah.Lagi-lagi bila masuk tengahari matahari memancar terik.Walaupun keadaan sekeliling berangin namun bahangnya masih terasa.Duduk dalam khemah pun masih terasa panas lagi.Tiada orang pun yang mandi-manda waktu begini.Biasanya petang selepas Asar barulah orang mandi ketika matahari mula sembunyi.

Waktu-waktu begini kebanyakan orang sibuk buat BBQ,makan makan bersama keluarga sambil berehat tenangkan fikiran.



Pagi hingga pukul 3/4 petang laut masih surut.Boleh berjalan ke tengah laut yang masih berpasir tengok anak ketam keluar dari lubang.

Laut masih surut kerana air belum pasang


Anak-anak siput mati

Meninjau pula kawasan berbatu bongkah besar di pesisir pantai.Air masih belum pasang jadi dapat bergambar



Boleh berjalan ke pulau hutan kecil sementara air surut

Pernah dengar kes,orang berjalan naik ke pulau kecil itu semasa air surut dan terleka di sana.Bila nak kembali ke pantai,air sudah mula pasang.Terperangkaplah dia di situ.Terpaksa guna bot untuk angkut dia balik.Jadi sentiasa alert bila waktu air mula pasang ya.



Air laut mulai pasang,anda bolehlah mandi


Menjelang petang ke Maghrib barulah ramai mandi



Memang seronok mandi waktu petang selepas matahari terbenam kerana tak panas lagi.Cuaca pun redup dan berangin.Mandi,menyelam la puas-puas.Ombak sesekali datang mengganas tolak badan.Walaupun seronok kena juga berjaga-jaga,malang tidak berbau.Ada juga yang pandai berenang pun tiba-tiba ditolak air sampai ke tengah,terus panik minta tolong.Nak selamat,sentiasa jaga jarak biar dekat dengan pantai.Kadangkala,di gigi pantai pun air dah paras pinggang.Budak budak paling seronok bermain air,Yang naik banana boat pun ramai.Sekali naik RM60 untuk 4 orang.Kemudian dicampak ke tengah laut.




Masa inilah seronok mandi








Senja nan merah


Puas mandi,hilang gatal-gatal badan,aku naik semula ke darat dan mandi di bilik air bawah pokok besar seberang jalan yang disediakan.
Cas mandi=RM 1.00
Cas tandas=RM 0.30
Air dalam tu pun kadang-kadang perlahan,jadi pastikan mandi ala kadar saja asalkan hilang pasir dan masin belengas di badan.Lagipun berderet orang beratur tunggu giliran.Hahaha




senja nan biru di pantai Teluk Kemang




laut mula menghitam jam 7.45 malam







Sebelum balik KL,pusing dulu tepi pantai tengok makanan ringan apa yang ada.Haa nampak aiskrim pasu.Teringin nak rasa.RM 5.Agak mahal tapi takpelah sekali sekala.

Memang tenang pusing pantai sekitar PD ni.Pantainya yang memanjang menjadi tempat pelbagai aktiviti.Ada tempat memancing,tempat berkelah,tempat budak motor melepak semuanya ada.Yang pasti memang happening.


Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...