Holla guys..siapa di sini peminat pelakon tersohor Aaron Aziz?
Aku adalah salah seorang peminat beliau dari cerita box office Ombak Rindu hinggalah hero KL Gangster dan seterusnya drama-drama lain.Kali ini aku ingin berkongsi kenangan bertemu pelakon pujaan malaya di Sogo,Kuala Lumpur untuk perasmian koleksi baru butik Lacoste,lets go bebe!
Sanggup rehat sampai 2 jam kerana Aaron Aziz sampai sedikit lewat.Bagitahu manager aku ada hal sedikit hahahaha (gelak jahat)
|
Hisyam Hamid turut serta sebagai tetamu jemputan |
Pihak Lacoste shoes mengadakan sesi kuiz bagi penonton dan peminat terpilih.Aku cuma singgah sahaja selepas dapat info Aaron Aziz ada di sini :))
Dalam hati aku selalu terdetik betapa untungnya Diyana Halik isteri Aaron Aziz kerana memiliki suami kacak,macho dan tiada kontroversi murahan.Setia dengan anak isteri dan penyayang(gambaran luaran yang kita lihat).Aku pernah impikan memiliki lelaki seperti Aaron juga suatu ketika dahulu hingga kini..wuhuhu
Memang cair lihat Aaron Aziz di luar secara live.Aduhai....hihi
|
sesi meet & greet |
|
hero pujaan hati handsome sangat |
|
bukan senang dapat lihat dari dekat bertuahnya rasa |
|
karisma Aaron Aziz terselah |
|
Hisyam Hamid kelihat comel dengan topi |
|
dapat hadiah kasut! |
|
dapat tengok dari dekat rasa gembira |
|
sign autograph |
Kalau ikutkan peraturan Lacoste hanya peminat yang telah menjawab soalan kuiz dalam talian dan memenangi markah sahaja boleh bergambar naik ke atas pentas.Oleh kerana Aaron Aziz ini sangat menghargai peminatnya yang lain maka beliau turun ke bawah di tepi kafe.Jadi beberapa orang sempat bergambar dengan hero pujaan ramai ini,aku salah satu yang bertuah LOL
Beliau tidak sombong dan mesra melayan peminat,awww tidak sia-sia aku berdiri lama menunggu Aaron Aziz.Dwi Ariana anak dara Aaron pun datang,manis adik Dwi dengan rambut panjang dan highlight hijau hujung rambut
|
Hisyam,Aaron bersama isteri tersayang menjamu selera |