Seperti biasa geng mengajak ke tempat menarik iaitu Sky Park di One city mall,usj.Katanya tertarik melihat landskap lantai kaca yang banyak pengunjung pos di media sosial.
Keadaan one city mall agak suram kerana kurang pencahayaan dan tidak ramai sangat pengunjung kerana bukan hari minggu.Baguslah otak pun tenteram yabeda bedooo.Buat pertama kalinya kami singgah masuk ke butik Jalan-Jalan Japan di sini.Ada 2 tingkat dan pelbagai jenis barang preloved (terpakai) yang dijual.Agak menarik tetapi iya kami sekadar berjalan cuci mata sahaja.
Untuk beli tu tidaklah sebab fikir ni barangan terpakai.Sekali lalu pun dah nampak baju berbulu-bulu haha..mungkin kalau cari elok-elok akan jumpa baju yang masih elok dan baru.
|
pelbagai design dan corak harga serendah rm3 |
Paling suka rekabentuk lif one city mall.Lif berkaca yang transparent,siapa gayat jangan pandang ke bawah ok pejamkan saja matamu.
Surau di sini sangat selesa,luas dan bersih.Kalau nak dibanding dengan surau mall lain,surau One City ini 5 bintang.Kemudian kami menaiki lif ke aras rooftop.Tadaa inilah kawasan skypark berlantai kaca yang dikelilingi pokok-pokok hiasan.Di sekeliling skypark ada kafe,bar dan kedai minuman.Kebanyakannya non-halal.Jadi lebih baik anda siapkan minuman sendiri sebelum naik ke atas.Siapa tahu tiba-tiba dahaga terus boleh minum.
Lantai kaca ini sudah banyak kesan calar akibat dipijak kasut.Jika merenung ke lantai anda boleh nampak pemandangan di bawah (transparent).Siapa yang gayat jangan lakukan ya.Risau juga kalau ramai-ramai pijak lantai kaca ni.Kukuh ke?huahuaa
Di hadapan sana (pagar berkaca) anda boleh lihat pemandangan bandar Usj,highway,perumahan dan jalan raya.Nama pun sky park jadi pemandangan dari aras tinggi.
Terasa agak bahang di atas sini
|
kafe di sini beroperasi waktu malam sahaja |
Kami memang sempoi dan minimalist orangnya.Tak perlu bergaya sakan semata-mata nak potray diri ala-ala model bila bergambar.Rasa fake woi ha ha ha..sudahnya berpeluh-peluh sebab panas :P
Sekian sahaja kali ini.Pandai cari sudut gambar menarik maka menariklah gambar anda!
Kamera: I phone 5