Dengar tajuk pun sudah seram dan bikin ingin tahu.Satu Malam Perawan.
7 tahun lalu ketika aku bekerja di tempat lama,rakan sekerja pernah bercerita tentang cerita ini.Katanya best dan sadis.Lakonan Diana Danielle yang dijual menjadi pelacur.Aku terlepas untuk menonton.Entah kenapa baru-baru ini aku kembali teringat cerita ini dan terasa ingin sekali menonton.Tentu ada pengajaran dan tauladannya.
Syukur kerana ada yang upload di You Tube dengan singkatan tajuk SMP sahaja.Cari link di google website tiada pula.
Penerbit cerita ini ialah JS Picture iaitu syarikat pelakon Sheila Rusly.JS Picture memang terkenal dalam menghasilkan drama/cerita berkualiti.Bukan tahap drama sampah.Di awal cerita ini memaparkan pesanan bertulis "Jangan percaya dengan penampilan seseorang"
Cerita ini sebenarnya mengisahkan dua sahabat baik yang masih bersekolah diculik masuk ke dalam van lalu di bawa ke pusat pelacuran untuk dijadikan pelacur anak dara.Mereka dibawa bertemu ibu ayam iaitu Mummy Nora.Aisyah dan Mira diikat dengan tali agar tidak boleh lolos.Selepas diberi makan,konco-konco pusat pelacuran pergi.Mira cuba membantu Aisyah melepaskan diri dengan cara membuka tali dan menyerang Mummy Nora namun gagal.Konco ayam datang membelasah Mira dan diarahkan Mummy Nora membawa masuk Mira ke dalam bilik.Mira yang berlumuran darah dirogol secara kejam hingga mati.Mayatnya dibuang di tempat pembuangan sampah.
Aisyah pula dipujuk oleh Kak Nona (lakonan Sheila Rusly sbg ibu ayam besar tetapi bertudung) agar tidak lari menyusahkannya.Inilah tagline di awal cerita yakni "Jangan percaya dengan penampilan seseorang".Kak Nona yang bertudung litup pun boleh menjadi ibu ayam ya.Dia juga bilang kepada Aisyah bahawa Aisyah kini menjadi miliknya dan harus membantunya bekerja melayan pelanggan.Kak Nona membida tawaran harga gadis dara seperti Aisyah adalah RM 10,000 nilainya.Merayu-rayu Aisyah ingin pulang ke pangkuan keluarga namun tidak diendahkan malah bilik pelacuran dikawal ketat oleh konco bapa ayam.
Kasihan sungguh melihat Aisyah diperlakukan tanpa rela.Maruah dan harga dirinya dijual demi keuntungan pihak yang tidak berperikemanusiaan.Ramai lagi pelacur lain yang menunggu di ruang menunggu untuk ditempah.Semuanya muka ketakutan dan tertekan.Wajah mereka semua dipaparkan dalam website dengan harga tertentu mengikut status dara/tidak.Pelacur baru/lama.Ini hakikat dunia pelacuran.Mereka diperdaya dan ditipu konon bekerja sebagai itu ini rupanya dijual menjadi ayam.
Kali pertama Aisyah dilanggan lelaki tua sebaya ayahnya dengan nilai RM 1500.Kononnya dia memang berkehendakkan anak dara untuk merawat sakitnya.Sungguh jijik kedengaran.Kak Nona tersenyum penuh makna pabila Aisyah akhirnya dilanggan.Aisyah merayu-rayu dengan pakcik tersebut supaya tidak mengapa-apakan dirinya tetapi nafsu punya pasal,Aisyah tetap ternoda malam itu juga.Menangis-nangis Aisyah.Keesokan harinya Aisyah kesakitan.Kak Nona kata biasalah kali pertama,lalu dia memberikan Aisyah ubat tahan sakit.Aisyah masih merayu meminta untuk keluar dari situ tapi tidak diendahkan,pelbagai alasan diberi oleh Kak Nona.
Kali kedua Aisyah disentuh oleh apek cina tua dengan bayaran RM 800.Aisyah merayu lagi dengan Kak Nona ,katanya dia nak balik ke pangkuan keluarga,dia merindui ibu ayahnya.Kata Aisyah lagi dia jijik dan geli dengan perlakuan ini.
Ibu dan bapa Aisyah hari-hari bersedih dan berusaha mencari Aisyah.Ibunya hampir menjadi mereng akibat sering memikirkan di mana anaknya.Siang malam berdoa meminta petunjuk.Mereka juga tahu Mira anak jiran mereka ditemui mati.Mereka risau nasib Aisyah juga seperti mereka.Pihak polis masih belum dapat mencari dimana Aisyah disembunyikan.
Hari-hari yang dia lalui penuh dengan tekanan dan air mata.Memang tiada jalan untuk lari.Dia pernah diugut sekiranya dia lari nasibnya akan sama seperti Mira sahabatnya.Kak Nona memberikan pakaian cantik dan alat solek untuk Aisyah agar tampil menarik.Tunggu sahaja pelanggan tempah secara atas talian maka Aisyah disuruh bersiap rapi.
Suatu hari Aisyah dilanggan bangsa mat salleh di sebuah hotel 5 bintang.Aisyah disuruh berpakaian cantik.Dia sangkakan bapa ayam itu ingin membawanya keluar jalan-jalan,maka dia dapat lari tetapi tidak semudah itu.Gadis naif berumur 17 tahun itu terlalu naif untuk semua itu.Sebelum naik ke bilik hotel,dia dipesan agar jangan cuba melarikan diri/dia akan ditembak mati.
Selepas selesai berurusan dengan lelaki itu,Aisyah diam-diam larikan diri turun anak tangga kecemasan tanpa disedari bapa ayam yang sedang duduk di kerusi tepi kaki lima.Sampai di lobi parking,Aisyah dikejar oleh seorang lagi konco.Dia disuruh berhenti berlari namun tidak dihiraukan lalu dia ditembak dari belakang terkena kepala.Aisyah mati terlentang di tempat kejadian.Lelaki itu juga membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri setelah disedari oleh pak guard parking.
Terkejut mak ayah Aisyah menerima panggilan pihak polis di waktu subuh selepas membaca surah yasin.
Pengajaran cerita ini banyak.
Ia mengajar kita menghargai harga diri keperempuanan kita.
Jangan percaya orang yang tidak dikenali meskipun sekadar bertanya alamat jalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Baju beracun
Setelah sekian lama aku struggle untuk mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...
-
Anak jati Kuala Lumpur pasti tahu dan kenal Flat Pekeliling.Siapa yang sudah lama menetap di bandar KL juga mesti tahu.Yang baru datang KL,a...
-
Kisah seram di wad hospital sudah menjadi kebiasaan di telinga pembaca.Ramai yang dah berkongsi pengalaman mereka bermalam di wad menjaga...
-
Mengikut pengalaman rakan yang pernah ke Kellie Castle di Batu Gajah Perak,suasana di sini terasa seram meskipun pada siang hari.Jadi memand...