Sunday, 7 July 2019

Cabut gigi geraham bongsu

Gigi geraham atau dipanggil wisdom teeth impacted dalam bahasa inggeris.Ia tumbuh melintang tidak tegak seperti gigi normal.Apabila gigi ini tidak dapat tumbuh dengan sempurna,maka akan terbentuk satu lapisan gusi di atas gigi tersebut.

Lapisan gusi inilah yang selalu terkena jangkitan kuman,apabila makanan yg kita makan tersangkut dicelah ruang gusi tersebut.Sisa makanan yang terperangkap dicelah gusi tersebut akan menyebabkan karies gigi,bau mulut yakni nanah dan darah.Karies gigi boleh berjangkit di gigi sebelah pula.Maka anda mesti melakukan pemeriksaan gigi untuk mengetahui tahap kesihatan gigi anda.Biasanya doktor akan menyarankan anda membuat pembedahan kecil untuk membuang wisdom teeth ini.



Gigi geraham aku tumbuh secara baring iaitu melintang tidur.Pengalaman kali pertama cabut gigi geraham bongsu yang tumbuh melintang adalah pada tahun 2011 di gigi sebelah kiri bahagian bawah.Aku membuat keputusan untuk cabut kerana di kawasan gigi tersebut sudah agak berbau akibat tumbuh tak sekata.Doktor kata nak cabut keempat-empat tapi aku hanya izinkan satu gigi sahaja.Ingat lagi dengan Dr.Syazana di Jabatan Bedah Mulut,HKL.Cantik sungguh orangnya,lemah lembut pula.

Seingat aku taklah sakit sangat dia operate gigi aku.Cara operate ialah dengan memotong gusi,potong tulang gusi dan mencungkil gigi keluar.Jika gigi tumbuh betul-betul melintang,maka harus memotong gigi itu kepada beberapa bahagian.5 hari pipi aku bengkak.Doktor bagi ubat tahan sakit dan gauze (kapas untuk gigit hentikan pendarahan)


Kali kedua aku jalani surgery gigi geraham belah kanan pada 2 July 2019.Ini kerana lubang di antara gusi dan gigi aku semakin besar akibat selalu dikorek menggunakan berus gigi kecil (interdental brush).Mana tak korek kerana tiap kali makan,sisa makanan sangkut di situ.Bau nanah pun boleh tahan busuk walau dah gosok gigi.

Sebelum surgery,aku buat X-Ray di hospital.Kata doktor,gigi sebelah aku pun telah ada jangkitan kuman (apabila melihat urat gigi yang putih dalam filem x-ray).Doktor sarankan aku buat rawatan akar gigi di klinik gigi.Rawatan akar ialah dengan cara membersihkan akar gigi.

Entah kenapa kali ini aku jadi takut dan susah untuk tenang apabila baring di atas kerusi rawatan gigi.Doktor meminta aku rilex dan tarik nafas tetapi kaki aku mula menggigil.Semasa doktor suntik bius am (general anesthesia) tu menggeletik dah rasa sakit akibat tajam dan panjangnya jarum.Kemudian aku rasa ubat kebas ni lambat bertindak kerana belum rasa tebal pipi aku maka doktor tambah lagi suntikan.

Tiba bab belah gusi tu aku tahan lagi,bab doktor potong gigi aku,bunyi berdesing-desing macam orang drill dinding batu.Doktor suruh rilex....tapi masa dia cungkil keluar gigi aku dengan alat dia,aku dapat rasa sakit yang amat.Aku tolak tangan doktor sebab dah tak tahan.

Doktor terpaksa potong gigi aku menjadi 4 bahagian dan cungkil keluar satu demi satu.Sakitnya fuhhh aku rasa nak lari.Sakit kerana gigi aku tertanam di dalam sekali jadi terkena reseptor sakit.Hampir 40minit prosedur cabut gigi geraham.Habis siap doktor jahit pipi di dalam bersambung dengan gusi.Siap!kata doktor.Lega.

Aku bangun dan tengok atas tray peralatan gigi,ada 4 potongan gigi aku.Tapi pelik,mana bahagian akar yang tajam itu?Aku nak tanya doktor tapi arghh...asal dah siap.Sebab dulu masa cabut kali pertama pada tahun 2011,aku nampak seketul gigi aku lengkap bersama akar gigi.

Doktor suruh gigit gauze selama 30minit dan tukar selepas 30minit.Gauze berfungsi untuk menyerap aliran darah gigi selepas pembedahan.Lencun kain gauze aku dengan darah.

Doktor bekalkan aku ubat tahan sakit diclofenac dan panadol sahaja.Tapi ubat diclofenac tu buat perut aku gastric.Pedih bukan main.Patutlah doktor ada tanya aku ada alahan gastrik ke?

Dilarang meludah.Kalau terasa air liur berdarah sekalipun telan sahaja.

Disarankan minum air sejuk dan makan makanan lembut sahaja (bubur)

Makan di sebelah gigi yang satu lagi.

Jangan usik bahagian jahitan.


Mujur aku ada kenal dengan kawan bergelar doktor.Bila sakit sahaja mengadu dengannya hahaa...padahal dia doktor orthopedic...ahh asal doktor,bila sakit ada juga teman boleh mengadu.

ini dah masuk 6 hari,pipi masih bengkak dan terpaksa bergantung dengan ubat pain killer,kalau tidak berdenyut-denyut macam kena palu.Malam tidur pun tak lena,meleleh air liur.

Tadi pun terpaksa ke klinik gigi sebab gigi aku mula berdarah balik akibat gatal tangan korek sisa makanan di bagian jahitan.Sakitnya bukan kepalang.Doktor cuci gusi aku yang berlubang dengan saline water dan bagi ubat tahan sakit jenama lain dan paracetamol.

Selebihnya dia minta aku berkumur selepas makan dan tunggu appoinment di hospital untuk buka bekas jahitan.

Huh,moody mood aku melayan sakit gigi ini....harap-harap selepas ia sembuh dan gusi tumbuh rata semula dan terkatup segala lubang...gigi aku kembali sihat dan tiada lagi bau mulut dan jangkitan.Azab ini hanya sementara...ku pujuk hati.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...