Monday, 6 April 2020

pulau pangkor 2020 macam mana

Salam you guys!!

Picture was taken in 2010 dan 2011.Aku combined semua.10 tahun sudah berlalu...sekadar mengimbau kenangan lalu.Sampai sekarang aku tak lagi ke Pulau Pangkor.Ada perancangan juga nak pergi semula tapi belum ada peluang.Tak apalah 3x dah aku sampai di sini,rasanya tak banyak pun yang berubah kan?Cuma pulau pangkor terkini ada penambahbaikan dari segi gerai jualan tepi pantai sahaja.

Pemandangan dari dalam feri dalam perjalanan ke jeti Pulau Pangkor

Pantai Pasir Bogak
 Sewa bot laju muat 3-4 orang dengan harga sekitar RM60-70.Abang bot akan bawa keliling 4 pulau termasuk hentian terakhir di Pantai Beach Boy.Korang boleh lepak sana berapa jam yang mahu,kemudian boleh call abang bot suruh pick up semula.Bawalah makanan macam roti ke apa,nanti lapar pulak.Sini tak ada jual makanan.
Pulau Ikan Paus sebab batu serupa ikan paus

Ikan nemo ini paling suka makan roti
 PANTAI BEACH BOY








Karang laut,unik


Pulau Buaya





Sepanjang boat tour,korang akan ditunjukkan jenis hidupan laut


Gila syok dapat duduk di tepi pantai nikmati angin petang
Senja di Pantai Pasir Bogak

Speedboat yang bawa penumpang ke pulau

Tengok pemandangan yang tenang

Aku rasa budak dalam gambar ni besar sekarang.
 Pulau Pangkor ni bagi aku seperti ada menyimpan misteri yang sukar aku ceritakan.Dari sorotan mataku ia seperti terlihat "suram dan sepi"

Masin wei pasir ni,melekit kaki kalau tak cuci 

Ketam mula keluar bila malam menjelang

Malam di Pangkor bagi aku bagaikan pulau yang mati.Tapi selesa untuk mereka yang benar-benar dambakan suasana sunyi dan aman.Tiada bunyi deruman enjin kenderaan yang mencemarkan pendengaran.Makanan agak mahal,baik makan nasi goreng cukup.Kalau korang bajet lebih tak salah pesan makanan berlauk.







Belah luar jeti Lumut banyak deretan kedai menjual souvenier,ikan bilis mata biru,ikan kering,sotong kering dan makanan hasil laut.Dalam kawasan pulau pangkor pun ada kedai yang jual barangan makanan hasil laut ni,boleh naik motor/sewa teksi.

Soalan: Best ke pulau pangkor?
Aku   : Ok lah untuk siapa yang mahukan ketenangan jiwa,bajet seorang anggaran RM200

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...