Tuesday, 9 March 2021

Apa khabar Dr S

 Sudah seminggu aku di kg.Entah apa khabar dr S.Aku tidak menjenguk lagi ke hospital selepas keluar dari wad.Aku diamkan diri sahaja meskipun pada awalnya aku bergelut melawan kehendak perasaan.

Ya walaupun aku kini tidak di sana tapi ada kala aku teringatkan dr S.Moga baik-baik sahaja.

Aku kini di persimpangan sama ada hendak membuat pembedahan atau tidak.Aku sandarkan harapan hanya padaNya.Sekian lama aku hadapi masalah ini.Bukan baru.

Semoga rawatan alternatif yang aku jalani berhasil 100% dengan izinNya.

Thursday, 4 March 2021

Saya rindu dr S

 Hampir 2 minggu aku bertarung melawan penyakit tiroid leher yang bengkak dan sakit,penyakit gastrik dalam perut.Kalaulah dr S ada di sisi memberi nasihat dan semangat...dalam wad tempoh hari aku terasa sakitku berkurangan apabila ada dr mengawasi siang dan malam.Lebih-lagi dr s.


Dr..saat ini yang paling saya perlukan dalam hidup saya ialah doktor.Saya akan rasa tenang,damai dan selamat jika dr ada di sisi saya.Saya tak perlukan nasihat org lain selain dari dr.


Saya rindukan gaya dr semasa di wad merawat saya dan pesakit lain.Saya rindu nak dengar suara dr temubual pesakit dan merekod sejarah perubatan.Dr...dr tahu tak pagi-pagi selepas mandi,orang yang paling istimewa untuk saya tatap ialah dr walaupun dr hanya duduk menulis laporan.


Dr,entah mengapa dalam ramai-ramai dr yang pernah saya berurusan,hanya dengan dr saya boleh tersuka.Dr..bolehkah saya ingin menjadi orang yang dr suka juga?😁

Dr...i like you👌😉


Monday, 1 March 2021

Jatuh hati dengan doktor di wad

Ini adalah kisah benar dari seorang gadis yang saya olah semula sebagai gelaran "aku" untuk memudahkan pembacaan.

Dr.S

Aku masih ingat dan ingatan ini terpahat dalam ingatan serta hati.
Sakit ini susulan daripada terkena kuman covid awal bulan 1.Kesannya kalenjar tiroid di leher semakin membengkak dan menegang,tubuhku semakin kurus kering,aku juga mendapat gastrik semacam angin dalam perut,kerap sendawa dan badan sakit mencucuk.

Memang aku dah ada tiroid sebelum ini tetapi dikawal dengan ubat sahaja.Leher bengkak sedikit tapi bukan bengkak seteruk sekarang hinggakan aku sentuh pun terasa sakit.Leherku bagai dicekik.Takut,risau melihat leher sendiri.Pernafasanku juga tidak stabil,ada kala tersekat-sekat.Bila pergi ke klinik biasa,doktor kata itu mungkin proses pemulihan covid.Aku cuba berfikiran positif,tambahan pula baca komen bekas pesakit covid dalam chanel You Tube ada yang mengatakan mengalami pening,sakit badan dan sebagainya kesan daripada proses pemulihan.Banyak info dan tips aku dapati dalam you tube oleh perubatan luar negara.

Aku punya seorang kawan baik,dia begitu ambil berat tentang aku selepas dapat berita aku sakit.Dia terus datang berjumpa denganku.Aku terpaksa cerita punca asal tiroid aku membengkak besar bermula daripada terkena covid.Ya aku amat yakin sekali ini berlaku kerana virus covid.Ia trigger kalenjar tiroid aku menjadi semakin aktif.Siapa tak segan mengaku diri pernah positif covid.Aku risau orang pandang negatif terhadap aku dan tak mahu lagi berjumpa.Mujurlah kawan aku menerima dengan hati terbuka.Dia tidak berfikiran lapuk.

Dia membawa aku berehat di rumahnya.Hari itu dia memasak Odean(resepi sup ala tomyam makan bersama fish ball,fish cake,udang,sotong,brokoli).Ya seingat aku di kiosk Family Mart ada jual makanan ini,dicucuk guna lidi.Mahal okey,RM 3.50 kalau tak salah.Aku tak sentuh banyak Odean yang dimasak kawanku.Tambahan pula dia rebus mee ala maggie untuk dimakan bersama kuah odean.Sedap memang sedap tapi aku makan penuh beringat takut leher aku semakin parah.

Kawan aku bersungguh hati menyarankan aku ke unit kecemasan hospital secepat mungkin.Esok dia akan hantar aku.Abangnya juga terkejut melihat benjolan leher aku,ada isteri kawannya telah meninggal angkara sakit tiroid kerana tidak mahu makan ubat dan menjalani rawatan.Abang ini juga nasihatkan aku untuk ke unit kecemasan segera.Dia risau ketumbuhan ini pecah di dalam leher lalu meninggal..nauzubillah.Aku semakin seram dan takut.

Aku rasakan seperti inilah hari terakhir aku dapat makan enak sebelum dibedah mungkin esok lusa jika kecemasan.

******************************************
Kisah bermula di sini.
Sampai di unit kecemasan kawanku dan aku memaklumkan kepada pegawai di kaunter bahawa aku tak boleh bernafas lancar,dadaku sakit,leherku sakit berdenyut dan rasa tercekik.Kepala juga pening melayang-layang rasa nak tumbang.Itu sahaja yang boleh aku terangkan tentang kesakitanku.

Selepas namaku selesai didaftarkan aku di panggil berjumpa nurse,sekali lagi aku terangkan sakitku.Nurse cek suhu dan tekanan darah.Aku disorong dengan kerusi roda untuk ke bilik doktor pakar.Kata kunci ialah hyperthyroid,rasa tercekik,sakit.

Aku ditolak ke bahagian unit trauma kecemasan.Aku yang masih di atas kerusi roda mula cemas melihat pelbagai wayar dan mesin perubatan di tepi katil.Ada pesakit yang memakai oksigen,ada yang terbaring kaku penuh wayar di badan.Aku mula mengalirkan air mata kerana cemas melihat semua itu.Aku pegang tangan kawanku mengatakan aku takut.Kawanku pesan jangan takut,tak ada apa-apa.

Aku yang selalu turun naik hospital dan klinik jumpa doktor pun cemas melihat kesemua itu.Aku bayangkan hanya satu,iaitu aku tidak sedarkan diri atas katil selepas dicucuk ubat.

Doktor pakar dengan uniform hijau datang interview dan ambil laporan tentangku.Doktor itu masih muda mungkin usia 30an.Doktor meminta aku baring atas katil dan menukar baju hospital.Nurse terus memeriksa jantungku.Keputusan normal.Tanganku dicucuk drip air.Darahku di ambil 2x.Aku ketakutan di situ cemas memerhatikan nasib pesakit lain.Tangan kananku dibalut alat mesin tekanan darah,yang turut menunjukkan degupan nadi dan oksigen.Ibu jari dikepit oleh mesin juga.Sakit tau...rasa menghimpit lenganku.




Tidak lama kemudian katilku ditolak oleh nurse ke bilik x-ray.Lenganku berdarah akibat dicucuk jarum drip tadi dan nurse tidak kunci drip air aku.Kawanku masih menunggu di ruangan kerusi pesakit x-ray.Kurang setengah jam urusan x-ray aku selesai.Hanya duduk terlentang atas katil dan petugas xray leher aku.

Aku kembali ke katil wad kecemasan unit trauma.Bergilir-gilir doktor datang bertanyakan masalah sakitku.Hampir 6 doktor kesemuanya.Selepas itu datang pula doktor pembedahan dan doktor ENT.Aku sangkakan pembedahan tiroid aku tentu dalam masa terdekat.Semakin cemas aku fikirkan.Di dalam masa yang sama aku teringat nasihat kawanku agar jangan menunda lagi pembedahan.Jika doktor kata sekarang,maka sekarang.Para doktor berbincang tentang diriku dalam bahasa medis,ada yang aku faham ada yang tidak.Aku terfikir apa yang doktor akan buat kepadaku selepas ini.Adakah terus pembedahan?

Leherku terasa bagai dicekik.Sakit sungguh.Tapi bila berada di dalam unit trauma ini,aku lupa kesakitanku ketika melihat pesakit lain.Aku diberi ubat carbimazole dan propanolol.Dalam pada itu aku sempit meneliti baju seragam para doktor.Ada biru cair kain cotton,coklat,ungu pekat,biru pekat jenis kain viscose dan tertera nama doktor di dada.Sekarang aku dapat tangkap sesuatu.Uniform ungu ialah doktor pembedahan,uniform biru ialah doktor biasa.

Sumpah aku lapar,jam menunjukkan pukul 4 petang.Habis 2 botol drip air.Datang seorang doktor berbangsa cina memeriksa aku.Dia memakai uniform biru.Sungguh sopan santun dia bercakap denganku.Aku rasa doktor ini ketua bahagian pendaftaran.Mungkin kot,aku bukannya tahu selok-belok tugasan di hospital.Ketika doktor ini berulang kali memeriksa dan mengambil laporan kesihatanku,dalam hatiku sempat lagi teringatkan someone special.Kalaulah doktor di depanku ini adalah someone special itu..Aww...sempat berangan.

Aku terasa sangat lapar.2x aku adukan kepada nurse sabahan yang cantik kecil molek itu.Sopan santun orangnya.Nurse bilang,doktor minta aku puasa kerana nak buat ultrasound nanti.
Tidak lagi kemudian aku tanya lagi kepada nurse.Akhirnya doktor izinkan aku makan.Maka aku makan bubur nasi dengan lahap sekali.Kemudian kawanku belikan aku air,buah anggur dan roti.
Pukul 7 malam perutku kembali lapar.Perasaanku reda sedikit dan tidak lagi panik seperti tadi kerana adanya para doktor dan nurse di keliling aku.

Aku kerap ke tandas kerana mukaku gatal-gatal,begitu juga dengan badan.Aku cuci muka dengan sabun muka dan lap badan.Malam itu aku mandi pula.Mujur ada tuala kecil.Memang tak tahan badanku jadi alergik tinggal di katil wad.Tergaru-garu aku macam beruk.Malam itu datang doktor Syafik mengambil laporan kesihatanku.Mula-mula aku sangka doktor cina rupa-rupanya doktor melayu.Putih macam cina dengan mata sepet.Aku mengadu dengan Dr Syafik keadaab badanku yang gatal.Doktor bagi ubat alahan dan arahkan nurse menukar selimutku.Erkkk.Ada juga doktor lain yang berkerumun bersama doktor pelatih barangkali ke katilku.

Aku terpaksa layan perutku yang lapar ini.Walaupun aku tak boleh makan roti tapi terpaksa makan untuk alas perut.Buah anggur pun aku makan nasib baik manis jadi tak pedih perut.Segan juga bila doktor tengok aku asyik makan.Apa boleh buat dah penyakit aku ni jenis lapar.Sebelum jam 11 malam aku makan lagi roti sedikit dengan anggur.Rasa terisi sikit perut ni.Pesakit lain kebanyakan terbaring sahaja.Aku seorang yang muda.Doktor bergilir keluar masuk unit trauma.

Aku masih menunggu giliran untuk masud ke wad kerana belum ada kekosongan katil.Malam itu juga sekitar jam 11 malam,nurse pindahkan aku ke satu ruangan kosong seperti bilik.Ada tirai hijau sebagai jendela.Seronoknya aku.Kata nurse,kalau di unit trauma tu lampu tidak ditutup,susah untuk tidur.
Di bilik ini,aku rasa lebih selesa kerana suasana suram sedikit.Botol drip air masih tergantung di tiang beroda.Darah keluar mengalir bersama air.



Di bilik ini ada plug,boleh aku cas telefon.Walaupun jam sudah masuk 1 pagi mataku masih segar.Kaki aku gatal semula.Tergaru garu aku.Mungkin selimut jadi punca.Ada kuman habuk.Azabnya aku rasakan tergaru-garu pedih.Aku cuba juga lelapkan mata.Akhirnya dapatlah tidur beberapa jam.Kebas tanganku semasa bangun pagi esok.Jarum drip masih melekat di tangan.Aku usung bersama ke bilik air.

Aku gagahkan diri untuk mandi perlahan-lahan.Terasa kotor kalau tak mandi.Aku bukan jenis pengotor.Biar badan bersih baru sihat.Aku basahkan juga rambut yang dah kepam semalaman.Kembali ke bilik aku,nurse beri aku roti 2 keping dan butter serta air kopi.Dalam hati aku,roti aku tak boleh makan sebab aku tiroid,alergik roti.Kopi pula?hmmm..kalau makan ubat,tawarlah kesan ubat tu.Kerana lapar aku habiskan kesemuanya.Nurse berikan aku 6 biji ubat carbimazole dan 1 biji propanolol.

Dalam hatiku hanya mahukan makanan sahaja.Aku trauma dengan kes lapar aku semalam.Mencerut-cerut perutku minta nasi.Nasi panas dengan ayam goreng serta sambal...nasi lemak panas ayam berempah ke..selera aku memang naik di hospital ni.
Aku mula bayangkan hidupku jika tak masuk hospital,tentu aku cari makanan kegemaranku sampai kenyang.
Pesan dengan ibuku tolong bawa nasi lemak daun pisang 2 bungkus.Dengan kawanku juga sama.Dia rajin sms aku tanya mahu makan apa.

Sekitar jam 11 pagi,katil aku ditolak masuk ke dalam ambulan.Aku hanya berbaring tanpa dapat melihat apa-apa.Aku bukannya sakit teruk hingga tak boleh duduk.Yang sakit ialah bahagian leherku.

Aku ditolak dengan katil beroda hingga ke dalam wad perempuan.Sampai di sana,nurse terkejut dan bertanya adakah aku tidak boleh berjalan?Aku kata boleh cuma petugas ambulan yang tolak aku dengan katil sekali.Hehe ada peristiwa lucu sedikit di situ kerana petugas itu nak senang terus tolak guna katil,bukan kerusi roda.
Aku tiada masalah jika disuruh berjalan masuk wad sekalipun.

Nurse datang memberitahuku tentang fasiliti dalam wad ini seperti lokasi tandas,bilik air,surau,tempat mengambil air dan almari baju hospital.

Aku memerhatikan keadaan sekeliling.Wad itu kelihatan usang,meja doktor menulis juga aku rasakan usang.Ya itu wad lama sudah puluhan tahun.Langsir wad juga coraknya tidak kena di mata aku.Dalam hatiku sempat mengkritik,kan lebih menarik jika langsir wad ditukar kepada warna hijau corak abstrak kecil-kecil....


Ada beberapa orang doktor datang menemuiku di wad.Mereka bertanyakan soalan asas tentang sakitku.Kemudian pergi.Doktor pembedahan juga turut datang memeriksa leherku.Sekejap sahaja.Grave disease,goiter,bulging eyes,hormone.Itulah perbualan di antara mereka.

Aku memerhatikan kaunter wad di hujung.Ada dua org doktor asyik sibuk menulis laporan pesakit.Aku toleh pesakit tepi dan hadapan katilku.Semuanya sudah berusia.Aku seorang sajakah yang muda?Mereka terpinga-pinga melihat seorang demi seorang doktor menemubual aku.

Tiba-tiba datang seorang doktor berbaju kemeja hitam,berambut layer,berkaca mata bingkai hitam bold dan berkulit cerah putih ke katilku.Dia temubual tentang sakitku dari A hingga Z.

Pada mulanya aku tidak merasa apa-apa dengan dr ini.Aku cerita sahaja semua pengalaman sakitku.

Aku menjawab semua pertanyaannya dengan jujur.Dr itu menyoal aku secara terperinci tentang sakitku.Aku mengadu bengkak leher ini menyebabkan rasa sakit berdenyut,rasa tercekik,susah sedikit untuk menelan makanan,tidur malam tidak selesa.Dia mendekati aku dan meminta maaf sebelum cek bengkak di leherku.Dr menyoal sama ada sakit apabila dia menekan sedikit leherku.Dr juga menyelidik sejarah sakit tiroidku seperti tahun bila terkena,simptom apa yang aku alami,di klinik mana aku jumpa doktor,apa doktor pakar kata.Dr menulis rekod di borang kesihatanku.Dr juga bertanya tentang keadaan emosiku,adakah aku cepat marah.Ya betul.

Dr duduk di birai katilku.Dr memeriksa pernafasan dan paru-paru aku menggunakan stetoskop.Aku diminta menarik nafas dan hembus.

Aku bercerita soal gastric,angin dan pening kepala yang aku alami sehingga menganggu kestabilan berjalan.Rasa seperti hendak jatuh kerana rasa berpusing.Dr duduk di birai katilku lalu membuat ujian vertigo.Dr mengangkat jari telunjuknya ke dada dan menyuruh aku mengira berapa angka.Aku jawab satu.Waktu itu dadaku sudah berdetak laju.

Kemudian dr menggerakkan jarinya ke kiri kanan atas dan bawah lalu menyuruh mata aku sahaja mengikut arah jari dr bergerak.Dr menyuruh aku melihat matanya.Bertentang mata.Aku kalah.Aku tidak sanggup merenung lama mata dr.Aku terus hanyut teringatkan seseorang istimewa dalam hidupku.Mata dr persis matanya begitu juga dengan rambut.Aku rindukan orang itu apabila melihat mata dr.

Sudahlah aku tidak memakai mask muka.Bibirku terasa ingin tersenyum dan ketawa.Aku cuba mengawal riak wajahku.Aku mampu tenung sekejap sahaja selepas itu aku kendurkan pandanganku ke mask muka dr.mataku mencuri pandang kolar baju dr,leher,dada dr yang putih dan bidang.
"Best ni dapat peluk..hihihi" bisik hatiku nakal.
Resah hatiku bertentang mata begitu.Aku pura-pura pandang tempat lain.

Selepas itu dr meminta aku berdiri dan memejam mata.Dr ingin membuat ujian keseimbangan badan.Dr berjanji akan menjaga aku dari jatuh.Tangan dr memegang bahuku.Dr menyuruh aku pejam mata lagi.Aku rasa hendak jatuh nasib baik dr menyokong bahuku.Entah kenapa aku rasa sesuatu menjalar dalam hatiku.Malu pun ada dr pegang bahuku sementara meja tempat nurse lain berkumpul tidak jauh dari katilku.


Dr mencatit sesuatu dalam kertas laporan.Aku sempat melihat wajah dr ketika dia turunkan sekejap mask ke bawah.Baby face nya dr ni..misai pun tiada.umur berapa agaknya.Cair sekejap.Kemudian dia beredar ke meja menulis.Aku duduk di katil.Pesakit tepi dan hadapan aku hanya melihat dengan lesu.

Aku hanya baring di katil sambil melihat telefon.Aku terdengar beberapa orang nurse bergelak ketawa bercerita tentang staf hospital.Tiba-tiba terkeluar cerita peribadi dr S.Aku hanya memasang telinga.Kenapa ya apa motif mereka.Adakah kerana dr memeriksa aku penuh ramah dan mesra jadi mereka sengaja bercerita tentang dr S supaya aku dengar?
Fikiranku melayang jauh.Tapi apa masalahnya aku cuma pesakit dr.Kenal di dalam wad ini.

Sekitar pukul 4,nurse memberi aku ubat tiroid,gastric dan pening.

Petang itu dr datang semula ke katilku untuk mengambil darah.Aku rasa sakit dan pedih sedikit tetapi tidaklah sesakit yang nurse cucuk aku dulu.Dr memeriksa kadar nadi di tanganku dan kemudian dr membelai-belai bawah tanganku seketika.Mungkin untuk melihat urat.Selepas itu dr mengikat pergelangan lenganku dengan sarung tangan getah.Pandai dr S menyucuk jarum untuk mengambil ujian darah.Langsung aku tak rasa sakit,mungkin fokus melihat dr.
Kacak pula tu...terbuai-buai hatiku dr duduk di birai katil sambil menyucuk jarum di pergelangan lenganku.Tangan dr putih betul.Ada bulu halus yang hampir tidak terlihat.

Kata dr,hormon TSH aku terlalu tinggi.Lebih dari 100.Aku terkejut besar.Patutlah badan aku terbeban dan seluruh sistem tubuhku terganggu.

Petang itu Doktor S ke katil hadapan aku untuk melihat filem x-ray makcik tersebut.Katanya makcik belum boleh balik kerana masalah tiub dalam paru-paru.Makcik itu nampak sedih.Katanya bukan dia tidak suka dengan apa yang dr katakan cuma dia jadi risau.

Aku jadi pemerhati sahaja kepada dr itu.Kemudian dia beredar ke katil belakang pula.Selepas itu kembali lagi ke meja menulis di tepi laluan.Aku nampak jelas dr begitu sibuk menulis laporan.

Dr datang lagi menemuiku dan bertanya khabar sakitku.
"Ada rasa pening dan sakit perut lagi tak?"
Aku yang sedang menonton cerita lawak Mr Bean,yang sudah buat aku geli hati semakin tersenyum manis ke arah dr.
"Rasa baik sedikit dr.."balasku sambil tersenyum manis.
Dr tidak lama denganku.Dia menyambung tugasnya.

Aku perhatikan saja dr,mengapa pukul 7pm pun masih belum balik?Sekitar pukul 7.45pm baru aku nampak dr hilang.Mungkin sudah balik.Esok aku akan tengok dr lagi.

Malam itu darah aku diambil lagi oleh doktor syif malam.Sakitnya dr perempuan ni cucuk tangan aku.Rasa nak menggelepar di situ juga.Tangan kiriku masih ada drip air botol.Seksanya rasa.Malam itu mataku sukar lelap mungkin bertukar tempat tidur.Nurse dan doktor lalu lalang.Tiada privasi untuk tidur.Lampu masih terang benderang.

Jam 1 pagi barulah beberapa lampu ditutup dan aku bolehlah tidur.Esok pagi aku bangun awal untuk mandi.Tak selesa tunda mandi.Aku nak badan aku berbau wangi dan bersih bila dr S datang ke katilku.

7.50am dr S sampai di wad perempuan.Dia khusyuk menulis.Ada beberapa dr lain juga di situ.Aku tak hiraukan siapa dr lain,aku cuma kisahkan dr S.Hari ini sarapan pagi di wad ialah bubur nasi.Aku makan sahaja sementara menunggu nasi lemak aku sampai.
Dr S datang ke arahku dan bertanyakan keadaan aku hari ini.Aku katakan yang aku masih sakit.Dr memeriksa bengkak leherku sekali lagi.Memeriksa bawah mata dan jari.

Tiap kali dr S berada di sekitar kawasan katilku dada aku terus berdebar laju.Yang sudah sedia laju bertambah laju.Lelaki idaman aku ciri-cirinya ada pada dr S.
Aku selalu mencuri pandang dr S bertugas.Seronok melihat dr temubual pesakit.Aku dapat belajar sesuatu dari situ.

Tengahari ,dr datang melawatku.Dia menggunakan stetoskop untuk memeriksa paru-paru.Dr meminta aku naikkan baju belakang tetapi aku enggan.Malu tau ini wad ramai manusia.Dr hanya cek di luar.

Aku tidak boleh berbaring lama kerana leherku rasa sakit dan menegang.Aku banyak duduk sahaja sambil melihat u tube.Aku rasa tidak selesa sangat kerana ruang katil aku dekat dengan meja doktor dan kaunter berisi fail pesakit serta komputer.Rasa diperhatikan.

Petang itu dr S datang lagi kepadaku untuk mengambil darah.Sebelum itu dia memeriksa nadiku di tangan.Dr mengikat lenganku dengan sarung tangan getah.Dia mengelus-elus pergelangan tanganku.Sementara itu aku sempat mencuri pandang dada dr yang bidang,putih .Aku menjeling kad perubatan yang tergantung di perutnya.Umur 37 tahun tapi dr nampak muda.Baby face pula.

Entah kenapa aku tidak merasa sakit apabila dr S yang cucuk jarum.Mungkin fokus aku hanya padanya sahaja.Dr kata bacaan hormon aku sudah turun sedikit.

Dr S melawat aku lagi dan bertanya keadaanku adakah aku rasa lebih baik.Ya aku jawab aku rasa baik sedikit.Aku juga meminta dr bukakan jarum drip di lenganku ini kerana aku rasa sakit sangat,3 hari sudah aku usung botol air ni.Salah usung darah keluar.

Petang itu aku hanya duduk di katil menghadap tingkap melihat pokok yang melambai-lambai lembut.Itu sahaja pemandangan tenang.Aku buka lagu dan menyanyi perlahan.Sengaja untuk hiburkan hati.Tak semestinya kita sakit,kita mesti baring sahaja.Bertambah sakit badanku kalau begitu.
Katil di depan aku ada kemasukan pesakit baru.Dr S datang menemubual pesakit itu.Bagus betul dr ini,dia bertanya secara terperinci.Aku mencuri pandang dr yang membelakangkan aku.Rambut terjuntai ala korea kau.Seronok aku tengok.

aku merakam suara dr diam-diam.Boleh jadi kenangan bila aku keluar wad nanti.Ingin saja aku memanggil dr datang ke katil aku.Aku ingin mengadu sakitku tapi dr kelihatan sibuk ke sana sini menguruskan pesakit.Dr selalu ke bahagian belakang.

Pukul 7.30pm nurse mengarahkan aku menukar katil ke ruangan tengah wad.Yang aku duduki sekarang ruangan 1 iaitu hadapan sekali khusus untuk pesakit kronik.Ishh aku sudah selesa duduk di sini.Aku bertanya kepada seorang nurse yang kelihatan baik,mengapa aku ditukar?Katanya tempat yang aku duduk itu diberi kepada pesakit yang lebih memerlukan lagi.Jadi nurse anggap,dua hari aku di situ aku sudah kuat ya?Mengarut...dalaman aku sakit orang tak nampak.Aku juga jarang berbaring kecuali hendak tidur.Leherku terasa tegang dan sakit apabila banyak berbaring.Tak apalah ikut sajalah arahan mereka untuk menukar katil.
Kebetulan aku belum makan ubat yang nurse bekalkan,membebel nurse itu kata kalau tak makan ubat lama mana nak tinggal dalam wad.Panas saja hatiku.Ubat pening kepala yang aku skip.Aku menjawab saja bahawa aku belum makan sebab itu belum makan ubat.Emosi aku jadi jatuh.
Tukar pula katil aku ....Tuhan...tidak selesanya aku di tempat baru.Kiri kanan aku semua makcik tua yang memakai pampers.

Sempat aku mengintai pandang dr S.Dia sudah balik rasanya.

Aku hairan,semua pesakit di kawasan katil aku terbaring.Ada yang ternganga mengerang kesakitan.Kebanyakan semua sudah berusia.Yang muda hanya beberapa orang.Katil hujung kiri ada pesakit muda terkena denggi.Sudah seminggu dia di situ.Aku fikirkan umur 23 rupanya sudah 29 tahun,ibu kepada 4 anak.Alahai.

Aku segera makan dan telan ubat.Kemudian aku mandi.Jarang pesakit mandi malam.Aku tak boleh kerana badanku sentiasa melekit kepanasan walaupun kipas berputar 24jam.

Suasana sunyi sepi sahaja.Ada seorang dr duduk di meja tepi katil aku.Dr perempuan.Aku rasa aku bukan lagi di bawah jagaan dr S kerana aku sudah berpindah katil.Kebanyakan dr berkumpul di meja hadapan.Sebenarnya duduk dalam wad ini umpama duduk dalam penjara walaupun kita bebas bergerak dalam wad.Minda rasa terpenjara.Tetapi aku rasa amat selamat dikelilingi ramai dr yang bertugas.Jiwaku rasa lebih santai dan tidak panik jika aku sakit.Bila-bila masa sahaja boleh mengadu dengan dr.Jika di rumah tempoh hari aku selalu fikirkan kesakitan dan kematian.Ngeri sekali aku bayangkan.

Makcik katil depan aku mengerang kesakitan,tiada suara yang keluar hanya mengerang.Kakinya kecil sangat kerana terlalu kurus.Dia minum susu melalui tiub.Kasihan sekali.Umurnya baru 44 tahun tapi nampak seperti 70 tahun kerana sakit.

Insaf aku berada di situ melihat orang yang hadapi pelbagai jenis sakit.Disebabkan aku belum tahap lumpuh jadi aku masih aktifkan diri bergerak.Malam itu sukar untuk aku lelapkam mata kerana aku tidak biasa tidur dalam keadaan cerah.Hendak berselimut pun aku tak sanggup,terasa panas.Penyakit tiroid membuat aku terasa panas selalu.

Malam itu tanganku dicucuk lagi oleh dr perempuan untuk mengambil darah.Dia cucuk di urat tangan bukan pergelangan tangan.Aduh sakit bukan kepalang.Aku separuh menjerit.Kenapalah bukan dr S yang cucuk aku ....uwaaa.....

Seingat aku pukul 2 pagi baru aku dapat lelapkan mata itupun sebentar-bentar aku terjadi.Kusut otak aku.
Esoknya aku bangun awal pagi sekitar jam 6am.Terus aku mandi.Tak sanggup aku terbaring dalam keadaan muka berminyak,tahi mata melekat dan badan berbau peluh.Aku segan bila dr datang melawatku.Walaupun aku sakit tapi tiada alasan untuk aku malas mandi dan tidak bersih. 
Pagi itu sarapan bihun sup sayur kubis.Aku jamah hujung sudu sahaja sebaik saja aku perasan ada kubis.Aku tak makan kubis sebab bahaya untuk sakit tiroid.

Berlaparlah aku seketika sementara menunggu nasi lemak kiriman ibuku.Sepanjang dalam wad ini perutku asyik lapar sahaja.Selepas 2 jam pasti aku mengunyah sesuatu.Ada kiriman buah epal,biskut,nestum,mr potato,air ribena dari sahabatku dan ibuku.

Aku pun segan kerana asyik makan sahaja tapi badan tetap slim.Arghh pedulikan apa orang nak kata,ini perut aku.Bila hormon tiroid terlalu tinggi di tambah pula dengan gastrik memang perut sentiasa minta di isi.
Sama dengan makcik di katil hadapanku.Aku tengok dia juga sentiasa mengunyah.Dia juga gastrik.Aku ada juga sumbangkan sedikit makananku kepadanya

Sejak aku duduk di bahagian katil ini aku dipantau oleh dr lain pula.Dr S tidak pula datang kepadaku.Aku tunggu sahaja saat itu.Aku sudah selesa dengan cara dr S merawatku,ubat yang dia berikan juga sesuau untuk sakitku.Rasa agak lega.Pandai dia memilih ubat yang sesuai untukku.Aku sukakan caranya kerana nampak dia ambil berat denganku.Hati aku dapat merasakan.

Dr yang merawat aku sekarang ini seolah acuh tak acuh.Kerjanya juga masih dipantau oleh dr senior.Aku juga tengok dr ini tidak berapa dihormati oleh beberapa orang nurse di sini.Nurse melayannya seperti seorang yang bekerja di ladang ternakan.Langsung tidak profesional.Kalaupun rapat di luar tempat kerja janganlah bawa di tempat kerja.Lebih baik amalkan sikap saling menghormati,bercakap lemah-lembut dan profesional.Kasihan aku lihat dr ini asyik kena membebel dengan nurse mental agaknya hihi...

Sekitar pukul 2,ada dr senior datang melawat aku dan mengajar dr kawasan aku cara memeriksa tanda-tanda tiroid kepada pesakit.Dr senior itu memeriksa mata,betis,leher dan jariku.Aku sempat tanya dr senior itu adakah TED aku akan baik?Katanya ya selepas makan ubat mengikut dos tepat.Dr itu juga menasihatiku supaya jangan lagi pergi temujanji di klinik biasa kerana dr di sana tiada pengalaman.Aku dinasihatkan ke pakar sahaja selepas ini.Cara dr senior ini bercakap juga nampak meyakinkan sama seperti dr S.Ada kredibiliti sebagai seorang dr.

Sebenarnya sejak aku pindah tempat,aku dapat melihat dr S dengan lebih kerap.Dia duduk di meja menulis di ruang pesakit kedua.Aku di ruangan ketiga.Aku bukanlah 24 jam melihat dia bekerja dan menulis laporan.Adakalanya aku main telefon.Aku tengok dr S sibuk sekali ke hulu hilir memeriksa pesakit yang baru masuk.Sebentar kemudian dr memeriksa filem x-ray pesakit untuk di analisis.


Dalam ramai-ramai dr di sini pandangan aku jatuh dengan dr S.Aku rasakan dialah yang paling profesional,rajin,mengambil berat,teliti dan sedap mata memandang.Aku senyum di sebalik mask apabila dapat melihatnya dari katilku.

Sampai petang aku di sini dr S langsung tidak mengunjungiku.Ya aku tahu kerana ruangan kawasan katil kami dipantau oleh dr lain.Hati aku ingin sekali memanggil dr S untuk bertanya sesuatu tetapi dr S berjalan begitu cepat.Suaraku hanya kelu di dalam.
Ada satu ketika itu...aku melihat tepat ke arah meja kecil dr S menulis.Ada juga beberapa orang dr lain duduk di situ.Aku pandang sahaja ke arahnya.Sebaik saja dr S bangun dari kerusi dia menoleh ke arah aku.Aku segera berpura-pura pandang ke tempat lain.Laju jantung aku kala itu.

Hati aku membuak-buak ingin memanggil dr S datang ke katilku atau aku sendiri ke mejanya tapi lidah aku kelu.Aku risau dr yang memantau bahagian aku hairan kenapa aku perlu cari dr lain untuk bertanya atau mengadu.Serba salah aku dibuatnya tambahan pula nurse juga duduk di kerusi tepi aku.Sayu hatiku melihat dr S sibuk.Kenapalah dia tak datang menemui aku....

Dalam hati aku,aku ingin sekali mengadu kepada dr S bahawa tanganku amat sakit hingga sekarang selepas dicucuk jarum oleh dua dr perempuan itu.Aku ingin katakan hanya dr yang cucuk tangan dengan sempurna penuh kasih sayang..opsss.
Aku juga ingin mengadu dengan dr yang aku tak selesa duduk di kawasan ini,aku nak kembali di katil pertama aku duduk.

Sewaktu aku berkata- kata itu aku akan memegang tangan dr meminta simpati.

Arghhh...itu hanya bayangan dalam hatiku.Kalau aku di tempat yang ada privasi tanpa manusia sekeliling sudah lama aku luahkan semua yang aku rasakan kepada dr S.Aku cuma tidak selesa untuk berbual mesra dengan dr S kerana nurse sentiasa mundar mandir menjaga pesakit di sini.Aku jiwang-jiwang dengan dr S nanti jadi topik hangat pula.Hehehe

Aku memendam sahaja perasaanku.Aku hanya mampu melihat dr S bekerja,jalan ke hulu hilir merawat pesakit.Apabila ada pesakit baru maka dia terus menembual.
Semasa dr S berseorangan di meja menulis ingin saja aku lalu di situ dan bertanya apa yang aku ingin tahu.Aku yakin dengan skil dr S kerana 2 hari dia merawatku,dia menjawab segala pertanyaanku dengan yakin.Bukan aku ingin memuji berlebihan kerana aku suka,bukan.Ini kenyataan.

Pertama kali dr  S merawatku,aku terus terkenangkan seseorang yang istimewa dalam hatiku.Mata dan kening dr persis matanya.Dr buat aku teringatkan dia.Kerana itu aku rasa terbuai melihat dr.Firasatku rasa dekat dengan dr.

Sampai malam dr tidak kunjung tiba ke katilku.Aku merasa dr S bukan lagi memantau aku.
Malam itu aku mandi dan makan lagi.Perutku lapar sahaja.Aku juga ada siapkan 1 cawan nestum untuk makcik di depan.Suka betul makcik itu dapat meneguk nestum.Aku juga berikannya biskut.

Sambil makan aku mendengar lagu lama era 90an seperti Scorpion,Steel.Layan sahaja.Teringat pula kenangan bekerja di kedai pemborong makanan ringan.Malam-malam kami semua melayan lagu rock apabila supervisor syaiton sudah balik.Seronok betul...rindu kenangan lama itu.

Aku dengar cerita..kalau keputusan darahku bertambah baik,esok aku boleh balik.Sedih pula...bukan apa,kalau boleh aku mahu tinggal lebih lama di sini sampai keadaanku pulih.Aku risau jika balik,simptom lama berulang lagi.Panik aku fikirkan.

Keesokan harinya aku mandi seperti biasa di awal pagi.Tiada harapan lagi untuk aku bercakap dengan dr S kerana dr tidak lagi berurusan denganku.Aku menoleh ke arah meja yang biasa dr S duduk.Eh,kosong...dr lain pula yang masuk.Sudah pukul 8am di mana dr S ya???

Biasanya pukul 7.45am dr S sudah tiba di wad ini.Aku jadi keluh-kesah.Andaikata ini hari terakhir aku di wad,maka punahlah harapan aku untuk melihat dr S buat kali terakhir.Uwaaa sebak.

Tak apa.Aku rasa lebih selesa tanpa kehadiran dr S.Aku tak perlu cuak,berdebar dan berkelakuan sopan sangat.Yahooo...aku tak perlu rasa malu-malu untuk memerhatikan keadaan sekeliling.
Hmm aku nak buat apa sekalipun bukannya dr tahu pun aku suka tengok dia.Peliklah aku ni gelabah sendiri.

Entah kenapa selepas sarapan pagi aku rasa mengantuk.Mungkin dr S tiada hari itu,baik aku tidur.Kalau dia ada aku hanya memandangnya saja dari jauh.
Aku tidur bukan nyenyak sangat pun maklumlah tempat terbuka.Nak terkangkang pun tak boleh.Tidur ayam sahaja.

Pukul 11.30am dr yang menjaga aku mengejutkan aku untuk mengambil darah.Aduh,dr ini pun boleh tahan sakit bila dia cucuk jarum.Mesti best kalau urusan ambil darah ini dibuat oleh dr S saja.Sakit pun tidak,rasa bahagia lagi apabila dicucuk oleh dr huhuhuuuu...Dr S..di manakah engkau hari ini?

Kata dr ini jika darah aku bertambah elok aku boleh balik hari ini.Ok tapi di mana dr S?Ingin saja aku tanyakan kepada dr lain di manakah dr S hari ini tetapi aku matikan niatku.Rasanya seperti tidak sesuai soalan itu kerana aku bukan lagi dibawah jagaannya.Sebenarnya tidak salah pun kalau tanya tapi aku jadi segan.
Risau pula nurse sangka aku ada hati dengan dr S.Jauh betul fikiranku kan?Tak mungkinlah nurse berfikir sejauh itu,bukankah aku adalah pesakit dr S juga dua hari aku di sini.

Aku membuat andaian sendiri mungkin dr S cuti.Ok mungkin bukan nasibku untuk melihat dr S buat kali terakhir.Aku juga berniat untuk bertanya kepada dr S ubat mata apa yang sesuai untukku kerana tempoh hari dia akan cadangkan aku 1 ubat.Aku ingin sekali tahu nama ubat itu.

Hati aku berkata sesuatu.Mungkin dr boleh gantikan seseorang istimewa itu.Doktor,tentu fungsi dan kelebihan lebih banyak untukku.Aku sedang sakit dan berharap untuk sembuh sahaja.Aku perlukan dr untuk memantau kesihatan aku dan berikan tip kesihatan.Dalam hati aku berkata alangkah baiknya aku dapat berhubung dengan dr mendapat kawan seorang dr.

Aku tidak sebegitu gembira untuk keluar wad.Di rumah,aku akan kembali serabut dan sakit.Dalam wad,aku rasa semakin baik kerana gembira tak banyak fikir.Ada ramai dr menemani.Rasa selamat.Aku juga ceria sepanjang masuk wad.Aku terhibur dengan gelagat pesakit lain.

Pukul 5pm dr senior memberitahu aku boleh balik.Mereka sedang menyiapkan dokumen,mc dan ubat aku.Aku mula mengemas barang-barangku.Baju yang telah dipakai aku asingkan dalam plastik lain.Ada sebiji lagi buah epal besar,aku sedekahkan kepada makcik katil hadapan.Mr potato botol kecil dan biskut.Aku jadi tak lalu makan apabila dr menyuruh aku balik sedangkan aku tak rasa pun aku sudah sihat sepenuhnya.Mungkin ada pesakit yang lebih memerlukan yang akan akan mengganti tempatku.
Bengkak leher aku surutlah sedikit tetapi masih kategori bengkak.Aku ke bilik air menukar baju.
Makcik hadapan katiku nampak sedih untuk berpisah.Katanya kami akan berpisah lepas ini.

Kalau makcik itu tidak berapa nyanyuk sudah tentu aku mengambil nombor telefonnya.Bolehlah kami berhubung lepas ini.Nurse lelaki meminta aku tunggu urusan dokumenku siap.Lama juga hampir satu jam lebih.Aku rela saja menunggu kerana selepas ini tidak lagi datang ke sini.Aku agak berpeluh menahan panas.
Nurse menyerahkan surat keluar wad,surat temujanji ultrasound dan surat rujukan doktor.Aku meminta surat mc juga.Dr siapkan mc aku dalam 15minit.Kemudian nurse memberi aku bekalan ubat untuk 2 bulan.

Aku cuba bertanya dr tentang ubat mataku yang bengkak akibat tiroid.Aku menyebut nama dr S kerana dr S katakan ada ubat untuk merawat mataku.Aku cuba mencari jalan untuk dapatkan ubat itu.Aku berharap dr itu akan bertanya dr S tentang ubat itu.Aku turut tanyakan kepada nurse lelaki tersebut.Katanya dr S tak ada menulis apa-apa tentang ubat mata di dalam laporanku.Ahh dr hanya cakap di mulut sahaja...kata dr itu mataku tampak ok sahaja,mungkin dia sengaja sedapkan hatiku.Siapa kata ok?Aku tahulah keadaan mata aku..
Kemudian dr membawa kesemua ubatku untuk rujuk kepada siapa aku tidak pasti.20minit kemudian dr kembali.

Kemudian datang lagi seorang dr muda memberikan kaunseling ubat-ubatan kepadaku.Bagus dr ini sungguh sopan dan bercakap dengan teratur.Aku sedaya upaya bertanya tentang ubat mata apa untuk merawat TED aku.Aku juga meminta dr ini tolong rujuk dr S jika ada kesempatan untuk bertanya ada apa-apa jenama terbaik untuk ubat mata aku.Aku amat perlukan ubat mata untuk keyakinanku.Orang yang mengidapi TED saja faham perasaan aku.

Dengan badan yang turun mendadak,tiba-tiba terkena gastrik pula membuat emosi aku celaru dan stres.Aku kalau boleh tak mahu balik lagi kerana aku risau keadaanku di rumah.Hampir sebulan lebih aku merana sakit di rumah angkara virus dan trigger kepada bengkak tiroid,gastrik,angin dan pening.Sumpah aku merana.

Sepanjang aku di wad 5 hari,risauku kurang kerana ada dr di sampingku.Aku jadi ceria sedikit kerana rasa selamat.Bila aku dikelilingi ramai orang di sekelilingku maka aku seolah lupa sedikit masalah sakitku.
Aku pun bergerak mengangkat begku selepas dr meninggalkan katilku.Sempat aku ucapkan terima kasih kepada dr dan nurse ketika mereka sedang membantu menukar lampin makcik hadapan katilku.Dr itu tidak berapa peramah mana,hanya bercakap bila ditanya sesuatu sahaja.Lain benar dengan dr S yang agak mengambil berat.

Dalam kepala aku menganggap dr S cuti hari ini.Aku berjalan keluar dari wad menuju ke lorong pintu keluar sambil membimbit beg aku yang agak berat bagiku.Tiba-tiba aku melihat seorang lelaki beruniform doktor berwarna biru berjalan masuk melalui lorong aku.Aku amati lelaki itu.Dia bercermin mata dan aku kenal,dia adalah dr S.Tuhan..apakah ini semua?Sehari aku tertanya-tanya di mana dr,sekarang ini muncul depan mata.Takdir aku memang bertuah.Aku tidak cepat atau terlambat sedikit pun berselisih dengan dr.Ketika aku melihat dr,dia turut melirik mata melihatku.Aku tak mahulah buat sombong lalu aku mengucap selamat tinggal 

"Bye doktor..." ucapku sambil melambai tangan dengan nada berdebar-debar.
Dr melambai tangan juga kepadaku sambil mengucap selamat tinggal.
Setelah dr melangkah setapak ke belakang,aku memanggil dr.Aku beranikan diri bertanya tentang ubat mata TeD yang pernah dr sebutkan 4 hari lalu ketika merawatku.
Kata dr,adakah aku ada temujanji dengan pakar mata?Ya ada.Aku bercakap dalam nada kuat tetapi agak ketar sedikit kerana aku jantungku laju berdepan dengan dr.Dr bertanya bulan berapa temujanjiku dengan pakar mata.Bulan 4 jawabku.
Dr menyuruh aku merujuk pakar mata di sana.Aku bilang tahun lepas aku ada temujanji di sana dan dr hanya bekalkan aku eyemo.
Dr minta aku tanya di sana berkenaan ubat.Dr sempat berkata mata aku nampak ok sahaja,ada pesakit lain yang dia pernah rawat,lagi teruk dari mataku.

Aku tidak kuat untuk bercakap banyak dan hanya berkata baiklah dr,terima kasih.
Dr mengangguk dan berlalu pergi.Mulut aku terkunci untuk meminta nombor telefon dr padahal niatku ingin terus berhubung dengan dr untuk mendapatkan nasihat kesihatan.Aku terlalu segan untuk meminta nombor telefon doktor.

Ya aku sebenarnya telah melepaskan satu peluang keemasan.Dah lah kami terserempak di kawasan sunyi,tiada siapa yang lalu.Boleh saja aku tanya nombor dr.Hmmm aku risau juga dr menolak permintaanku.Aku ni terlebih fikir sangat.

Aku menuju ke kaunter pembayaran wad di hujung kiri.Agak tersorok tempatnya.Kemudian aku duduk sebentar cek telefon dan ke tandas untuk kemaskan diri lalu aku keluar melalui pintu masuk.Aku duduk di bangku batu betul-betul hadapan pintu masuk untuk melanggan grab car.

Aku nampak susuk tubuh dr S yang berbaju uniform biru keluar dari pintu untuk balik.Jam menunjukkan 7.15pm.Disusuli oleh dr yang memberiku kaunseling ubat petang tadi.

Aku tundukkan wajah.Hmm rasa sesal kerana tidak mendapatkan nombor dr S.Ingin saja aku memanggil dr S semula dan meminta nombor.Ruginya aku.Memandangkan aku segan aku lupakan sahaja niatku.Aku diamkan diri di bangku batu itu sambil menunggu grab car tiba.

Aku pasti dr S memakir keretanya di sekitar situ sahaja.Ketika aku menoleh ke belakang untuk mencari no plat grab car ku,aku perasan ada seseorang sedang memerhatiku dari dalam kereta.Aku menyarung cermin mataku untuk melihat dengan lebih jelas.Itu ialah dr S di dalam kereta berwarna coklat metalik.

Mataku terpanah di situ.Aku tundukkan mata berpura-pura tidak kisah.
"Cik Tish..." panggil dr S.Aku kenal suaranya.
Dia memberi isyarat supaya aku datang ke arah keretanya.

"Eh dr S...ada apa dr?" Aku agak terkejut kerana dipanggil dr S.Dr ni nak tanya apa agaknya.Mungkin nak beritahu nama ubat mata aku.
"Balik naik apa?Keluarga tak jemput ke?" Soal dr.
"Saya langgan grab dr,sekejap lagi sampailah tu.."
"Larat ke cik berjalan,saya tengok beg cik pun berat nak bawa.Jom saya hantar " pelawa dr S.Aku tak sangka baiknya hati dr.

Pucuk di cita ulam mendatang.Aku membuka pintu kereta dr dan masuk.Dalam kereta aku banyak diamkan diri kerana segan dengan dr.

Dr ada memberikan aku kad nama beserta nombor telefon.Kata dr S dia tahu aku tentu ada banyak pertanyaan berkenaan penyakitku dan aku dibenarkan menghubunginya.Betapa gembiranya aku waktu itu..
























Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...