Tuesday, 11 January 2022

Pinjam novel di Perpustakaan Negara

Hobi aku membaca buku.Aku takkan jemu berulang alik ke perpustakaan untuk meminjam buku/novel menarik untuk dibaca.Bagi aku membaca itu jambatan ilmu dan satu terapi minda.Aku akan kurang berfikir masalah tentang diri dan dunia sekeliling apabila aku khusyuk membaca buku.

Perpustakaan adalah tempat sunyi dari bising jadi memang kena dengan jiwaku yang sukakan ketenangan.Tempat bersendirian menambah ilmu dan mengecas tenaga positif.Novel kegemaranku sudah tentu novel fiksyen kisah seram.Sudah banyak novel seram yang aku pinjam di sini.Ada yang menarik,ada yang klise (biasa) dan semuanya sekadar hiburan jiwa.




Di bangunan wisma sejarah ini aku akan habiskan masa hampir sejam mencari novel mana untuk dipinjam.Maksimum buku boleh dipinjam ialah 6 buah.Kena guna IC untuk buat pinjaman.Tempoh pinjaman ialah selama 2 bulan.Selepas 2 bulan wajib dipulangkan semula buku-buku itu.





Dalam banyak-banyak tempat,aku lebih memilih Perpustakaan Negara untuk dikunjungi.Suasana yang selesa,tenang dan damai buat aku gembira dan rasa selamat.Rasa tak puas duduk di sini membaca buku walaupun datang sehari suntuk.Di bangunan baru,ada banyak novel menarik dan novel keluaran terbaru sayangnya tidak boleh dipinjam.Hanya boleh duduk dan baca di situ sahaja.Kalau boleh nak tidur di sini sampai malam sambil baca buku.

Keluar dari perpustakaan maka menyeret pegang plastik berisi novel,berat pula tu.Jalan-jalan sambil senaman.

Memang hobi aku membaca sejak dari kecil.Zaman sekolah dulu pun aku pernah menyandang jawatan pengawas pusat sumber selama 3 tahun.Masuk tahun ke 4 aku letak jawatan,malas terikat dengan mana-mana badan beruniform.Rimas pun rimas pakai baju pengawas warna biru dengan tali leher lagi.Penat nak jalan.Baik jadi pelajar biasa.


Sunday, 9 January 2022

Tinggalkan dunia yang penuh kepalsuan

 Apabila semakin meningkat umur,keinginan untuk bergaya berlebihan mengikut fesyen terkini,berbelanja barang berjenama mahal hingga membuat pembaziran,makan berlebihan sampai membazir,mendengar muzik-muzik terkini yang tidak mendatangkan faedah dan kebaikan dan menonton drama bukan lagi menjadi kesukaanku.Sebenarnya sudah lama aku tinggalkan salah satu hobi-hobi di atas yang menjadi kesukaan hawa nafsu suatu ketika dahulu.

Dengan hadirnya pandemik cobis ini membuat ramai manusia berfikir untuk berjimat cermat lantaran hilang peluang pekerjaan,ekonomi yang lembab serta ramai manusia mula mendekatkan diri mencari Tuhan tempat mengadu dan bergantung harap.

Kalau dahulu 10 tahun lepas,aku paling suka barang berjenama kerana ia menggambarkan prestij dan kelas aku tersendiri.Sudahnya rosak juga ditelan waktu walaupun pakai hanya beberapa kali.Bukan elok sangat pun beg berjenama kena scam saja atas nama brand.Sekarang aku lebih selesa memakai beg murah tanpa jenama asalkan berkualiti dan tahan lama.Aku tak perlu lagi kemegahan dalam berfesyen.Pakaian pun aku beli yang preloved sahaja.Kualiti tetap tahan lama terutama seluar jeans jenama dari Jepun/Korea.Aku paling suka membeli baju di butik preloved Jalan-jalan Japan.Harga bermula dari RM3-RM15 sahaja bajunya.Asal cantik dan berkualiti sudah memadai.

Kalau dahulu aku paling sukakan hiburan berupa konsert artis kegemaranku.Sanggup beli tiket mahal-mahal semata-mata fanatik hendak tengok live dari dekat.Rasa rugi kalau lepaskan peluang.Terlompat dan terkinja-kinja ketika layan konsert.Lagi bising muziknya lagi bersemangat aku.Pergi karoake menyanyi lagu nombor satu.Seronok dapat berhibur konon hilangkan stress.Berapa banyak dah berhabis duit di situ.Sekarang,akulah orang yang paling rimas mendengar muzik.Lebih lagi muzik berbunyi rentak keras rasa nak pekak telinga dan terus sakit kepala berdenyut-denyut.Kalau naik kereta bunyi radio putarkan lagu bising-bising pun aku mula rasa sangat jengkel.Maaf,jiwaku bukan lagi sukakan hiburan.Aku langsung tak ambil tahu perkembangan lagu-lagu terkini.Tiada faedah bagiku.Melainkan terdengar tanpa sengaja.Lebih baik pasang alunan bacaan al quran, zikir atau nasyid yang memberikan lirik nasihat.Atau bunyian terapi iaitu bunyi alam seperti air terjun,kicauan burung. .Jiwa pun tenang fikiran pun lapang.Bunyi orang bercakap nada kuat pun aku rasa nak plaster mulut orang tu dan aku akan elakkan duduk dekat.Aku tidak sukakan kebisingan langsung.Aku rimas apabila berada di tempat ramai yang sesak dengan manusia lebih-lebih lagi dalam suasana riuh rendah.

Sekarang aku lebih sukakan bersantai tenangkan diri di kawasan tenang seperti perpustakaan,taman tasik yang menghijau,kawasan yang ada binatang seperti zoo,membaca buku (ini memang hobi dari zaman sekolah) dan mendengar kuliah agama/motivasi atau zikir memuji Allah.Aku bukan kata aku alim mana tapi jiwa aku sukakan ketenangan dengan Tuhan.Aku tak suka bermain media sosial malah aku sudah tinggalkan media sosial bertahun lamanya.Aku tak berminat ambil tahu urusan duniawi manusia lain.Tak perlu ambil pusing orang itu dan ini makan di mana,bercuti ke mana,buat apa,melihat foto-fotonya atau keluarganya...aku lebih suka fokus diri sendiri cukup.Aku tak mahu terbit apa-apa perasaan dalam hati aku terhadap orang lain.Baik jaga hati sendiri.Hidup ini untuk diri sendiri bukan sibuk dengan urusan orang lain.

Aku cuma mahukan ketenangan hidup.Aku tak perlukan sanjungan orang untuk gembirakan hati cukuplah Allah bagiku.Hasbunallah wanikmal wakil.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...