Monday, 30 May 2022

Kedai eco shop naik harga?

 30.5.2022

Bermula bulan Jun 2022 semua barangan dalam kedai Eco Shop akan dinaikkan sebanyak rm0.20.Harga biasa rm2.20 akan naik kepada rm2.40 ya.

Kami semua faham kos hidup semakin meningkat masakan harga barang masih tetap pada harga sama.Rasa rugi pula kalau tidak membeli barang di kedai eco sekarang.Bulan 6 nanti harga akan naik.Jadi aku ajak adik aku ke Eco Shop Gombak di KL Traders.Habislah dalam rm40 ++.

Macam biasa beli tisu banyak-banyak.Aku suka sangat tisu jenama Excue ini sebab tebal dan lembut.Guna sehelai pun sudah cukup untuk lap muka atau private part.Tahap serapan air juga bagus tisu tidak mudah terkoyak.Rm 2.20 sahaja beb bukan mahal.Memang untung sangat beli jenama Excue ini.

Tisu jenama lain di pasaraya tiada kualiti sangat sebab nipis dan lembik.Kena pakai beberapa helai baru ok.Rugi buang duit.




Tuala kecil di Eco Shop ini juga bagus untuk mengelap meja kerana daya serapan yang kuat.Tidak meninggalkan kesan basah yang ketara.Plastik sampah juga tebal dan berkualiti.Aku beli skrub badan perisa strawberi.Saja nak beli buang duit dan aku tahu bukan gunakan sangat pun.

Terima kasih buat adikku yang selalu menolong aku membeli barang 🤲😄


Saturday, 14 May 2022

Emosi dijaga

 Aku perasan satu perubahan dalam diriku.Sejak aku menemui satu persatu jalan panduan hidup yang sesuai dengan keperluan jiwaku,aku mula berubah.Setelah aku "membuang" punca kecelaruan yang merantai hidupku selama 10 tahun itu aku mula beransur-ansur sembuh.Syukur kepada Tuhan Yang Maha Baik.Aku kurang beremosi negatif,kurang minat bercakap perkara-perkara yang sia-sia dengan cara meluahkan kepada orang.Kalau dulu aku selalu bercerita kepada kawan terdekat tentang apa saja tentang emosi yang aku rasakan.Aku ulang-ulang cerita itu sampai beban rasa berkurangan tapi sebenarnya masalah tetap tak selesai.Cuma rasa puas dapat meluahkan walaupun hanya disambut dengan ayat "sabarlah..".Itu buat aku lebih geram.Panjang berjela aku bercerita kau suruh aku sabar saja.

Lama kelamaan bila dah 2 bulan lebih aku jalani pelbagai dugaan dalam proses penyembuhan sakit ini,perasaan dan emosi aku lebih tenang dan dapat dikawal.Masih ada perasaan sedih bila disakiti cuma tidaklah terlalu sensitif seperti dulu.Segalanya dapat dikawal.Aku juga sedang belajar menahan diri dari amarah,emosi negatif dan banyak bicara berlebihan.Aku selalu berdoa agar lisanku terjaga dari berbual perkara sia-sia lebih-lebih lagi bercerita perihal orang.Sudah 2 bulan lebih aku "mendiamkan" diri dari berhubung dengan kawan-kawan rapat aku yang dulu.Orang telefon pun aku malas layan sebab aku masih dalam proses penyembuhan.

Aku kena jarakkan diri dari manusia-manusia yang boleh mengusik kembali emosi aku dengan cerita-cerita mereka.Aku tak mahu lagi masuk ke dalam zon mereka yang kadangkala membuat aku kusut.Masih terimbas lagi antara cerita-cerita dari mereka yang menyentuh emosi aku jadi lebih baik aku jarakkan diri.Aku lebih damai bersendirian melayan diri sendiri kerana hanya aku saja yang lebih memahami kehendak diri sendiri.Orang lain hanya boleh mendengar,kemudian menghakimi aku.Saat ini aku berasa terancam untuk mendekati sesiapa meskipun dia pernah rapat denganku suatu ketika dulu.Aku berasa tidak selamat untuk berbicara berlebihan dengan orang apatah lagi orang yang baru ku kenal.Aku rimas dan ada perasaan tidak selesa bila orang bertanya soal diriku secara terperinci seperti ingin menyiasat.Aku tak suka orang yang ingin "mengorek" tentang diriku secara berlebihan.

Aku ingin berwaspada kerana aku ada banyak pengalaman dipergunakan dan ditikam oleh orang yang aku rapat.Ini kerana aku terlalu baik dan lembut.Ketidaktegasan aku buat orang mudah mengambil kesempatan.Kini tidak lagi,aku tak akan biarkan orang memperdaya aku lagi.Biarlah aku digelar dingin atau apa pun asalkan hatiku tidak sakit kerana ulah manusia.Aku tidak percaya bulat-bulat lagi dengan sesiapa.Orang yang aku jumpa/kenal aku anggap ancaman untukku.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...