Monday, 27 June 2022

Berhati-hati ditikam

 Aku bercakap dari dasar hati lubuk paling dalam mengikut pengalaman sendiri.

Orang yang kau percaya boleh melindungimu kebiasaannya menjadi pengkhianat dalam masa sama.

Lebih baik bersama dengan orang yang bukan dari keluargamu asalkan mereka tahu menghargai kehadiranmu dan jasa-jasamu.Kadang-kadang keluarga sendiri tidak pernah pun menghargai malah mengucapkan terima kasih atas kebaikanmu malah mencemuh dan merendahkanmu.Membuatmu sakit hati dengan tutur kata tidak beradab.

Jangan fikir semua keluarga itu baik,mendukung,meraikan dan menghargai.Tidak ya!Apabila sesuatu musibah menimpamu kamu dulu yang disalahkan dan dibenci.

Kamu jangan fikir semua keluarga itu positif dan rasional.Tidak tidak tidak.Kadang banyak yang menyiram minyak ke dalam api agar lebih marak terbakar.Berhati-hatilah kerana hati manusia sukar diduga

Friday, 17 June 2022

Baju harga giler di Jalan Jalan Japan

 Bila tiba mood hendak berjalan aku pasti akan keluar dengan perasaan semangat dan teruja.Kalau dahulu hanya butik dan pusat beli-belah terkemuka berjenama yang dituju.Kini aku rasa lebih baik berjimat dengan berbelanja di butik preloved (terpakai) sahaja.Aku dah terlalu banyak baju dalam almari.Tunggu meletup saja almari tu.Pakai hanya sekali dua rasa membazir sangat beli baju baru harga boleh tahan.

Aku bukannya nak sangat membeli baju tapi keseronokan dapat berjalan cuci mata yang aku nak.Masuk ke dalam mall tengok itu ini.Dapat beberapa helai baju harga giler di butik Jalan-Jalan Japan M3 Mall.RM 1 sehelai.Kau rasa?Baju-baju lain kurang menarik pada pandangan aku.Banyak dah aku melabur duit beli pakaian di JJJ ni.Walaupun harga kurang RM 10 ke bawah,kalau sudah puluhan helai rasanya beratus ringgit juga (terpedaya) hihihikkkss


Jenama h&m saiz budak




Kain pun elok,ada sedikit sahaja kotoran di baju h&m tu.Harga 3 pasang RM 3 mana nak dapat.Saja nak berjalan cuci mata sekali

*Aku dah pakai baju h&m kembang peplum ni 1x.Rasa macam badut dan budak.Betul-betul melekap di badan.Baju belang-belang peach tu pun sama lengannya luas nampak ketiak.Kain panas pula tu.Nasib rm1 tak rugi apa pun

Monday, 6 June 2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL) ini berlangsung selama 10 hari bermula dari 3 Jun-12 Jun 2022.Aku dapat maklumat PBAKL ini pun melalui facebook Ustaz Zainul Asri.Selama 2 tahun pandemik wabak covid,pesta buku turut tergendala.Kini kembali menyengat di PWTC.

Dengar khabar pengunjung beratus ribu orang setiap hari.Aku percaya sebab waktu aku ke sini pukul 11 pagi pun manusia sudah berasak-asak memenuhi segenap ceruk dan rak pameran buku.Terasa alahai rimasnya dari mana mereka datang ya.Kunjungan manusia ke sini luar biasa kali ini.Kalau dulu-dulu tahun 2007-2013 tidaklah sesesak begini,santai-santai saja masuk tengok buku.

Aku teringin nak cari novel penulis tersohor Ahadiat Akashah tapi entah di mana novelnya.Ada jumpa kiosk penerbit Fajar Pakeer rasanya di situlah novel keluaran Ahadiat tapi ramai orang berkerumun aku malas masuk.

Sebenarnya banyak sangat buku-buku ilmiah yang kita tak jumpa di kedai buku seperti Popular,Pustaka Mukmin dan seangkatan dengannya di KL ni.Aku teringin nak pegang tengok tapi petang aku ada komitmen bekerja.Sedih pula bila terkejar-kejar macam ni aku cukup tak gemar.Dalam kepala aku ni banyak nak cari buku tapi aku hilang arah bila lihat pengunjung semakin ramai.Aku mulalah rasa nak keluar cepat-cepat.Aku sempat meninjau rak buku keluaran Karangkraf sebab dia di pintu masuk sahaja.Kebanyakan novel seram yang dijual di sini telah kubaca di perpustakaan haha...aku berkenan dengan novel Kakak Kemboja tapi hmm malas beli.Sebenarnya bila masuk ke kedai buku Popular kan,hati aku seperti memanggil-manggil nak beli novel seram cuma berbajet duit.Ini bila dah sampai tempat pesta buku beraneka judul,aku pula kelu nak beli yang mana satu.

Novel Ramlee Awang pun ada.Yang ada di rumah pun aku nak jual sebagai preloved.







Kebanyakan novel-novel projek seram ini sudah kubaca di perpustakaan.Jadi tidak perlu ulang beli.
Aku cuma beli buku resepi masakan kampung dan novel seram Saidee Nor Azam.Habis rm 46++.Jadilah sebagai pengubat hati daripada pulang tangan kosong kan.Rasa nak ulang datang sekali lagi tapi malas bila mengenangkan ramai orang dan suasana sesak di sini...jiwaku bukan lagi sesuai berada di tempat keramaian

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...