26.11.2023
Sudah lama aku tidak ke Mydin Sinar Kota di Kotaraya Pudu KL.Aku tahu di sana adalah tempat warga asing berkeliaran.Berarak mendung awan kelabu begitu.Risau hendak ke sana kerana mendengar banyak kes jenayah membabitkan warga asing.
Kali ini hari minggu aku bercadang untuk membeli belah di cawangan Mydin yang besar.Mydin Kotaraya menjadi pilihan kerana banyak barangan boleh dipilih di sana.Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.
Tiba-tiba masuk ke Jalan Pudu aku ingat-ingat lupa jalan ke Mydin.Dalam kepala teringat satu perkara,haaa kena cari menara Maybank tinggi itu dan Mydin terletak di seberang jalan.Akhirnya jumpa juga.Mudah kerana Mydin betul-betul di tepi jalan utama.
Kereta tak boleh parkir sembarangan di tepi jalan.Di hadapan pintu masuk Mydin ada hentian bas rapid kl.Penuh bas berderet di situ.Memang tak ada tempat parkir melainkan masuk di basement bawah bangunan Mydin.Tiada bayaran mengikut jam.Kena bayar rm6 cas sehari terus.Siapa yang hendak parkir sehari suntuk?Tamak betul pengurusan parkir di sini.Aku lihat parkir ini di bawah kelolaan UDA Holdings.Paling lama orang membeli belah pun adalah dalam 2 jam.Ada pula peras paksa orang bayaran rm6 untuk sehari.Terpaksa bayar sebab tiada pilihan.Pejam mata sajalah asalkan kereta selamat.Dari bawah parkir kereta ada lorong kecil bertulis Mydin Emporium dan ikut saja laluan anak tangga tersebut naik ke atas.
Mydin Sinar Kota ini memang luas mata memandang.Semua kelengkapan ada di sini dari pakaian biasa,sekolah,kelengkapan solat dan umrah,peralatan rumah,hiasan,makanan,bodycare,barangan hardware yang asas dan lain-lain.Berbeza dengan Mydin Chowkit yang sempit.Dahulunya bangunan ini milik pusat beli-belah Metrojaya kata orang lama.
Kotaraya Pudu sekarang ini digelar mini Dhaka dek penuh dengan warga asing.Memang dari tahun 2009 kawasan kotaraya menjadi medan orang asing.Memang benar cuba anda pandang kiri kanan depan belakang.Ada yang mencangkung,duduk meludah dan berkelakuan tidak semenggah itu bukan budaya orang tempatan.Pekerja Mydin juga 85% orang asing.Aku masih teringat uniform mereka 20 tahun lepas adalah kemeja biru kain licin berkotak-kotak.Sekarang sudah bertukar kepada kain t shirt.
Terimbas semula kenangan ke Mydin Sinar Kota tahun 2004 dahulu.Hampir 19 tahun berlalu dan aku tidak lagi ke sini.Waktu itu aku ke sini selepas balik dari klinik gigi kerajaan bangunan Cahaya Suria.Bangunan Cahaya Suria terletak tidak jauh dari Mydin.Aku masih ingat lagi aku ke sini untuk membeli seluar track suit dan baju t shirt hitam lengan panjang untuk ke program perkhemahan anjuran sekolah di Sungai Pisang Gombak batu 12.Sedihnya baru pakai sekali seluar track semasa duduk bersila terus koyak celah kangkang.Tiada kualiti ke apa.😫😪.Baju t shirt lengan panjang hitam gambar kartun Pooh itu telah diberi kepada sepupu.
Sambung bab Mydin.Orang tidaklah ramai mana hanya biasa-biasa.Di tingkat bawah pelbagai jenis coklat ada di jual.Rambang mata tapi aku bukan penggemar coklat sangat.Hampir 2 jam aku di sini.Mydin mempunyai 4 tingkat dan hanya ada escalator.Tiada lif di sini.
.Aku menuju ke tingkat 3 dahulu.Cari rak kecantikan seperti syampu,sabun,produk penjagaan kulit dan sebagainya.Mydin bukan seperti watson/guardian ya hanya ada produk tertentu sahaja.Produk Sariayu dan Mustika Ratu dari Indo wajib ada di Mydin.Produk Mustika Ratu jeruk nipis ini dari zaman habis sekolah jadi pilihanku.Harga sekitar rm6 waktu itu.Memang bersih untuk cuci mekap.Kemudian selepas keluar produk micellar water pencuci mekap aku hanya pilih Nivea sahaja kerana teksturnya air dan tidak berminyak seperti losen.
Aku terpandang produk Temulawak.Hati teringin hendak membeli tetapi takut kulit alergik.Kawan sekolah aku dulu putih pakai krim temulawak inilah.Harga pun tak mahal mesra poket.Aku ke rak sabun,syampu,ubat gigi dan lain-lain.Beli sabun betik untuk mak.Dia hanya sesuai dengan sabun betik jadi bersih kulit muka.Rambang mata tetapi hanya membeli produk tertentu takut membazir kesudahannya.Harga syampu di Mydin memang agak murah berbanding drugstore.Terkejut tengok harga syampu Good Virtue Habatussauda cuma rm9.30.Tempat lain mencecah rm 12.90.Memang harga borong sungguh sesuai dengan tagline belilah dengan harga borong.Tidak kesemua barangan Mydin murah ya ada juga yang extra rm2 rm3 dari tempat lain.Bergantung pada barang.Modal tak sama kan.Lagipun terlalu banyak pilihan pasaraya dan supermarket di KL sekarang.Masing-masing bersaing harga untuk menarik pelanggan.Mydin bukanlah menjadi pasaraya nombor 1 lagi.
Aku cari sabun tawas kotak biru itu tetapi sudah tidak dijual.Cari di cawangan Chowkit juga tiada.Dulu-dulu tahun 2013,2014 aku selalu beli sabun tawas ini.Bersih kulit ketiak pun wangi dapat buang bau busuk.Sabun tawas ini masuk pasaran Mydin dalam tahun 2005 rasanya.
Kemudian melangkah ke seksyen lain memilih pelbagai jenis barangan dapur seperti perencah,gula,susu,kordial minuman,rempah ratus.Kemudian ke rak sanitari seperti tisu,sanitari wanita.Kali terakhir turun ke tingkat Ground floor membeli sedikit buah-buahan dan telur gred omega.Sedar tidak sedar hampir 2 jam pusing dalam Mydin.Jomlah kita bayar barang.3 bakul barang hampir RM 578.20😷aihh apa yang aku ambil
Di dalam Mydin ini sukar untuk menemui muka warga tempatan.Kebanyakan warga asing yang tengik,wanitanya pula seperti 'ayam' dan celaru jantina.Entahlah aku rasa tidak seronok seperti kita pula menumpang negara orang.Memang kotor pemandangan di sini kawasan Puduraya.
Tahun 2023 ini tidak lagi sama seperti 20 tahun lalu.Suasananya amat berbeza.Bayangkan berjuta-juta warga asing masuk ke negara kita sudah tentulah mereka ada di mana-mana.Aku rindukan kedamaian yang lalu di mana hanya 3 bangsa memenuhi sekitar kotaraya.
Inilah barangan kecantikan yang aku beli.
Masker Mustika Ratu = Rm 4.70 x 3 set
Sabun Shinzui =Rm 2.30
St Ives Fresh Apricot Scrub =Rm 27.90
Syampu Good Virtue = Rm 9.30 harga asal rm 11.90
Aiken acne gel tea tree oil = Rm 12.30
Lip ice mentholatum = Rm 16.90
Minyak rambut kelapa Parachute =Rm 3.40
Sumber Ayu Body Scrub = Rm 7.30
Balik dari Mydin terlepas jalan pula lalu masuk laluan ke tasik perdana.Jalan pula jem kerana hujung minggu.Cuaca mendung nampak seperti mahu hujan.Aura ibu kota Kuala Lumpur tidak secerah era 90an dan 2000.Hidup mesti diteruskan suka atau tidak kerana inilah perubahan dunia semasa akibat kerakusan politik atasan.