Setelah sekian lama aku struggle untuk mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui jawapan kenapa aku perlu BERHENTI dari membeli.
Menurut info berguna yang aku dapat,kebanyakan pakaian di pasaran adalah beracun dan bertoksik.Kenapa pula?Sebab itulah kena mengkaji dan belajar dari mana sumber baju-baju,seluar,kain dan kasut anda dibuat.Setelah hampir seminggu lebih aku study akhirnya aku dapat jawapan sebenar kenapa sesetengah pakaian membuat kulit semakin berpeluh,panas,gatal dan alergik.Ini kerana ia diperbuat daripada PLASTIK!Botol-botol plastik terpakai dikisar sampai halus dan melalui beberapa proses kimia akhirnya berhasil menjadi pakaian.
Terkejut aku bila tahu kerana sebelum ini hanya beli dan pakai.Tak ambil tahu tentang jenis-jenis fabrik.Polyester adalah sejenis plastik yang diproses menjadi pakaian!!Terkejut juga aku pertama kali tahu.Tapi memang perkataan polyester itu pun bermaksud plastik.Patutlah setengah baju bila pakai rasa panas,meningkatkan haba badan dan berpeluh.Bakteria juga boleh membiak bila memakai pakaian dari polyester ini.
Banyak pakaian yang mencampurkan unsur polyester ini agar tidak mudah renyuk dan tahan lama.Bila aku cek semula pakaian yang ada di rumah,tertulis perkataan polyester di label kecil sebelah dalam baju.Contohnya 95% polyester 5% elastic.Elastic itu getah.Patutlah panas nak mati bila pakai.Tak menyerap peluh.Hanya cantik di mata sahaja.Keselesaan -kosong.
Antara bahan sintetik/buatan lain pada pakaian adalah Rayon,Nylon,Acrylic.Semuanya terhasil dari unsur kimia yang membahayakan kesihatan apabila dihidu,dipakai,dicuci.
Rayon adalah kain sejuk.Nylon pula biasanya dibuat pakaian dalam.Acrylic juga adalah sejenis bahan plastik yang diproses menjadi baju dan seluar.Contohnya cardigan kain panas itu.Fungsinya memerangkap haba dalam suhu sejuk.Plastik kan bersifat panas.
Jujur aku cakap negara China lah paling banyak menghasilkan kesemua pakaian yang tidak berkualiti dan beracun ini.Kos plastik kan murah.Cuba anda semak label dalam baju.Pasti buatan china.Terutama shopping di platform aplikasi shopee lazada yang menawarkan harga rendah.Semua itu kena fikir 10x.Tak kisahlah kau beli di butik terkemuka seperti Levvvis,Zaraaa,Uniqqqlo dan yang berjenama pun cek dahulu.Orang meniaga memang nak cut cost dan untung besar.Soal kesihatan atau etika ditolak tepi.Kita sebagai pengguna harus bijak membeli dan memilih.
Selama ini aku hanya tahu beli dan pakai.Bila rasa panas dan tak selesa aku berhenti pakai kemudian simpan dalam almari.Duit terbuang bukannya murah semua baju itu.Rupanya aku salah memilih pakaian.Kita kena cakna dari apa bahan buatan pakaian kita termasuk kain tudung kepala iaitu skaf.Patutlah panas kepala,gatal dan berpeluh.
Skaf juga 90% diperbuat daripada bahan sintetik.Sebab itulah mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit kepala,pening dan rasa tidak sihat apabila dipakai.Kita sangka kita salah makan tetapi rupanya kesan sampingan dari pakaian bertoksin yang kita pakai.
Kesemua pakaian yang dibuat dari bahan toksik ini akan menyerap masuk ke dalam liang kulit dan darah.Kemudian bertukar jadi microplastic ke dalam tubuh.Paling utama menganggu sistem endokrin dalam otak dan mengakibatkan masalah tiroid pada leher.Allahuakbar sedih sangat.Patah remuk hati aku dengar😥Selain itu masalah kulit,jantung dan menganggu sistem tubuh.Manakala pakaian dalam yang diperbuat dari campuran polyester pula akan menganggu sistem pembiakan dan kesuburan lelaki.Wanita pun sama.
Sekarang aku terfikir dari mana punca sakit tiroid yang sebenarnya.Adakah kerana terlebih stres?Salah makan?Atau pakaian bertoksik punca utama?Kita tidak sedar....selama ini pakaian jugalah penyebab manusia sakit.
Selepas ini kena rasai dan cek label pakaian belah dalam sebelum beli.Pastikan hanya memakai cotton 100%.Cotton berasal dari pokok kapas.Jangan lansung beli polyester,acrylic dan lain-lain.Aku baru sahaja cek pakaian yang ada di rumah.Mana yang ada campuran plastik aku dah buang.Kesihatan aku lebih bermakna.Lagipun baju dari plastik ni panas nak mati tak sesuai dengan iklim tropika di sini.
Banyak lagi aku kena cek dalam almari mana baju patut aku dispose/ hantar ke recycle.Aku takkan lagi membuang duit beli pakaian bertoksik.Hampir 30 helai baju aku beli di butik Jalan Jalan Japan yang scam pakaian kebanyakannya semua dari china.Jepun konon.Beratus ringgit dah aku habiskan duit rupanya banyak baju campuran dari plastik.Patutlah tak selesa,panas dan rasa sakit dada bila pakai.Hanya cantik di luar sahaja.Hati aku sakit geram bila tahu semua scam ini.
Pakailah sahaja yang lama asalkan vintage dan selamat.Duit pun jimat.Bumi juga selamat dari pencemaran kimia.Ada apa dengan fesyen kalau sengsara kemudian hari.Kebanyakan produk berjenama juga tidak boleh dipercayai.