Ihsan Google.Amber Court di siang hari |
Lepas seminggu raya puasa,aku teringin nak naik Genting malam...lalu Jalan Lama Karak.
Kawan lelaki aku dah tunggu di kawasan rumah.Aku pergi dengan seorang lagi kawan perempuan,total ialah 3 org.Kawan yang memandu itu digelar sebagai H
Kami menyusuri Jalan Gombak,ikut jalan kampung.Lepas sahaja Hospital Orang Asli Gombak,kami mula memasuki jalan sunyi Batu 10,11,12 dan seterusnya.
Seram beb lalu Jalan Lama Karak malam-malam dalam pukul 9 lebih...jalan berliku-liku,berkabus...tak ramai yang lalu jalan tu,tambahan pula masih mood cuti raya..H pula mengusik kami tentang cerita lagenda Wolkwagen kuning yang bergerak tanpa pemandu.Katanya untung2 kita jumpa.Ngeeee...
Naik Genting,kami menuju ke Amber Court.Menurut H (yg dulunya pernah kerja Genting) dulu laluan ke Amber Court ni suram,tiada lampu jalan pun.Sekarang baru ada...lori-lori pekerja buruh binaan juga ada turun naik ke sana..
Sampai Amber Court,sejukkkk...seram ke?Rasanya tak pula..pekerja buruh binaan bersidai di lobi Amber...lori turun naik,tak ada la rasa seram.....
Kami bergambar...ingat nak naik lif Amber Court..tinjau atas pula...tapi kenangkan H nak balik sebelum 12 malam sebab ada hal,tak jadi la naik atas.Semasa turun dari jalan Amber Court,ada sebuah bangunan terbiar di tengah tengah.H mencadangkan kami keluar tengok bangunan terbiar bawah tu untuk bergambar ke tapi takut la penagih ke,org jahat ke..itu lagi bahaya drp hantu.
bangunan berpacak bendera ni yang dimaksudkan (ihsan Google) |
Balik ke KL kami lalu Jalan Lama Karak semula,,memang seram......ada la kisah seram terjadi.lantaran keceluparan mulut H.ada ke dia ajak jumpa jin yang duduk di atas bukit tu.Jin itu berupa pakcik tua..kebanyakan orang pergi minta nombor ekor.
Antara pengalaman aneh:
-Kereta terasa berat sebelah padahal kwn aku seorang je di seat belakang
-Di sebalik hutan tepi jalan terdapat sepasang mata merah-merah kuning sedang memerhatikan kami (mungkin binatang mungkin juga entiti)
-Daun pokok di pinggir jalan bergoyang cuma sehelai
-Kereta buruk berlumut tersadai pinggir jalan.H nak tolong snap pic tapi aku tak nak
-Kesimpulannya memang seram laluan jalan Karak Lama/Gombak Lama ni di waktu malam nan sunyi
.pekena pula Starbucks,memang tambah sejuk rasanya......
Imej google maps ,laluan ke Jln Lama Karak |
Kita dah menghampiri laluan naik ke Amber Court |
Yeayy akhirnya sampai di tempat paling berhantu Genting |
Lawa seh Amber di waktu malam dilimpahi cahaya neon wow |
Ramai dah yg menginap di sini termasuk pekerja asing |
Pekena Starbucks beli di Genting Permai nok |
Kelihatan orbs.Orbs hanya muncul dalam imej kamera.Kata paranormal ia adalah entiti.Entah? |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.