Sementara ada umur yang sihat,waktu lapang,hati senang dan wang silalah ambil masa anda untuk keluar melihat keindahan dunia.
Pengalaman ke Masjid Selat ini memberi satu kedamaian jiwa.Masjid Selat Melaka dibina di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan di Banda Hilir dan menjadi mercu tanda terkini di negeri ini selain menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri yang komited dalam meningkatkan syiar Islam.
Yang menariknya Masjid Selat Melaka ini dibina di atas permukaan laut di dalam kawasan pulau buatan yang diberi nama Pulau Melaka.
Sampai saja di sini ,bayu laut mula berpuput lembut menampar pipi dan baju.Beralun-alun kain terbuai oleh angin laut.Masjid terapung ini dirasmikan pada tahun 2006 oleh Yang Di-Pertuan Agong
Antara yang terdapat di masjid ini adalah menaranya setinggi 30 meter di bahagian kiri pintu gerbang Masjid Selat Melaka, dan ia bukan sekadar untuk mengumandangkan azan sebaliknya berpe-ranan sebagai rumah api.
Cahaya yang dipancarkan me-lalui menara itu menjadi pedoman kepada kapal dan perahu yang melalui Selat Melaka selain menjadi panduan kepada pesawat di ruang udara.
Terdapat empat kubah kecil di setiap penjuru masjid yang menjadi pelengkap kepada kubah besar. Di bawah kubah besar itu terdapat dewan besar solat berukuran 24 meter persegi.
Yang pasti, kunjungan pelancong ke Melaka tidak lengkap jika mereka tidak melawat masjid ini yang bukan sahaja menjadi sebutan malah ia juga mampu menarik kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu setiap tahun.
Kelihatan sekumpulan pengunjung menaiki bot berbumbung.Mereka begitu teruja dan seronok di bawa ke tengah laut.
Menjengah ke dalam ruangan masjid,perjalanan agak jauh dari tandas ke ruangan solat.Subhanallah tak perlu buka kipas,angin yang bertiup secara semulajadi sudah cukup memberi udara nyaman di dalam ruang solat.Jenguk tingkap nampak laut lepas nan membiru.Fuhhh....damainya di sini menghadap Ilahi.
Disebabkan pergi menumpang kereta orang dan mengejar masa maka aku tak boleh berlama-lama di dalam masjid.Kalaulah sekarang ada rezeki untuk ke sini lagi aku tak akan lepaskan peluang berlama-lama di dalam masjid untuk beribadat dan berzikir memuji Ilahi.Damainya hanya ALLAH yang mengerti.
![]() |
Suasana malam,subhanallah |
Tempat parking kereta di sini luas dan bebas.Memang selesa.Bagi yang bukan Islam,boleh bersantai di kawasan parking kerana ada pondok yang disediakan di sini.
Tak ada tempat yang paling indah di muka bumi ini selain dari rumah ALLAH dan duduk di dalamnya lalu beribadah.Nikmat kemanisan beribadah hanya dapat dirasai oleh hati-hati nan khusyuk.Kalau masuk masjid pun masih bawa perkara duniawi contohnya belek-belek telefon,maka sukarlah anda mendapat khusyuk.Hati masih lalai dihanyutkan urusan selain dari ALLAH.
Beringatlah hidup cuma sementara.Apabila bertemu ALLAH,khususkan masa hanya untuk ALLAH.Ketepikan segala urusan dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.