Thursday, 30 July 2015

Ucapkanlah-Yusry dan Erra Fazira




Ucapkanlah - Yusry KRU & Erra Fazira

Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya
Rahsia yang tersimpan di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu

( 1 )
Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk ku mengaku cintamu

Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan

( ulang 1 )

Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa
Daku kan setia tak kubenarkan kau berairmata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belaikan tanganmu
Di penghujung waktu kau dan aku di dunia

...........................................................................................................................................................................................
Lirik lagu Ucapkanlah nyanyian Erra dan Yusry ni sungguh manis dan ahh bagai dibelai-belai keindahan lirik dan lagunya...penuh perasaan tatkala mendengar mereka nyanyikan lagu ni.Aku pula yang tersenyum-senyum mendengarnya.Indahnya...

Kalaulah yang nyanyikan lagu ini,buah hati kita tentu manis sekali..(berangan sekejap)..Bilakah daku akan temui cinta sejati daripada insan yang benar-benar tulus menyayangiku.....yang berkorban untukku..




Wednesday, 29 July 2015

Masjid Selat di Melaka

Pengalaman itu berharga.Ia tak akan kembali semula.

Sementara ada umur yang sihat,waktu lapang,hati senang dan wang silalah ambil masa anda untuk keluar melihat keindahan dunia.

Pengalaman ke Masjid Selat ini memberi satu kedamaian jiwa.Masjid Selat Melaka dibina di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan di Banda Hilir dan menjadi mercu tanda terkini di negeri ini selain menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri yang komited dalam meningkatkan syiar Islam.
Yang menariknya Masjid Selat Melaka ini dibina di atas permukaan laut di dalam kawasan pulau buatan yang diberi nama Pulau Melaka.
Sampai saja di sini ,bayu laut mula berpuput lembut menampar pipi dan baju.Beralun-alun kain terbuai oleh angin laut.Masjid terapung ini dirasmikan pada tahun 2006 oleh Yang Di-Pertuan Agong




Antara yang terdapat di masjid ini adalah menaranya setinggi 30 meter di bahagian kiri pintu gerbang Masjid Selat Melaka, dan ia bukan sekadar untuk mengumandangkan azan sebaliknya berpe-ranan sebagai rumah api.
Cahaya yang dipancarkan me-lalui menara itu menjadi pedoman kepada kapal dan perahu yang melalui Selat Melaka selain menjadi panduan kepada pesawat di ruang udara.
Terdapat empat kubah kecil di setiap penjuru masjid yang menjadi pelengkap kepada kubah besar. Di bawah kubah besar itu terdapat dewan besar solat berukuran 24 meter persegi.
Yang pasti, kunjungan pelancong ke Melaka tidak lengkap jika mereka tidak melawat masjid ini yang bukan sahaja menjadi sebutan malah ia juga mampu menarik kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu setiap tahun.


Kelihatan sekumpulan pengunjung menaiki bot berbumbung.Mereka begitu teruja dan seronok di bawa ke tengah laut.

Menjengah ke dalam ruangan masjid,perjalanan agak jauh dari tandas ke ruangan solat.Subhanallah tak perlu buka kipas,angin yang bertiup secara semulajadi sudah cukup memberi udara nyaman di dalam ruang solat.Jenguk tingkap nampak laut lepas nan membiru.Fuhhh....damainya di sini menghadap Ilahi.

Disebabkan pergi menumpang kereta orang dan mengejar masa maka aku tak boleh berlama-lama di dalam masjid.Kalaulah sekarang ada rezeki untuk ke sini lagi aku tak akan lepaskan peluang berlama-lama di dalam masjid untuk beribadat dan berzikir memuji Ilahi.Damainya hanya ALLAH yang mengerti.






Suasana malam,subhanallah

Tempat parking kereta di sini luas dan bebas.Memang selesa.Bagi yang bukan Islam,boleh bersantai di kawasan parking kerana ada pondok yang disediakan di sini.

Tak ada tempat yang paling indah di muka bumi ini selain dari rumah ALLAH dan duduk di dalamnya lalu beribadah.Nikmat kemanisan beribadah hanya dapat dirasai oleh hati-hati nan khusyuk.Kalau masuk masjid pun masih bawa perkara duniawi contohnya belek-belek telefon,maka sukarlah anda mendapat khusyuk.Hati masih lalai dihanyutkan urusan selain dari ALLAH.
Beringatlah hidup cuma sementara.Apabila bertemu ALLAH,khususkan masa hanya untuk ALLAH.Ketepikan segala urusan dunia.

Wednesday, 22 July 2015

Amber Court Berhantu

Pengalaman ke Amber Court,Genting Highland bulan 7 tahun 2015.

Ihsan Google.Amber Court di siang hari


Lepas seminggu raya puasa,aku teringin nak naik Genting malam...lalu Jalan Lama Karak.
Kawan lelaki aku dah tunggu di kawasan rumah.Aku pergi dengan seorang lagi kawan perempuan,total ialah 3 org.Kawan yang memandu itu digelar sebagai H

Kami menyusuri Jalan Gombak,ikut jalan kampung.Lepas sahaja Hospital Orang Asli Gombak,kami mula memasuki jalan sunyi Batu 10,11,12 dan seterusnya.

Seram beb lalu Jalan Lama Karak malam-malam dalam pukul 9 lebih...jalan berliku-liku,berkabus...tak ramai yang lalu jalan tu,tambahan pula masih mood cuti raya..H pula mengusik kami tentang cerita lagenda Wolkwagen kuning yang bergerak tanpa pemandu.Katanya untung2 kita jumpa.Ngeeee...

Naik Genting,kami menuju ke Amber Court.Menurut H (yg dulunya pernah kerja Genting) dulu laluan ke Amber Court ni suram,tiada lampu jalan pun.Sekarang baru ada...lori-lori pekerja buruh binaan juga ada turun naik ke sana..

Sampai Amber Court,sejukkkk...seram ke?Rasanya tak pula..pekerja buruh binaan bersidai di lobi Amber...lori turun naik,tak ada la rasa seram.....

Kami bergambar...ingat nak naik lif Amber Court..tinjau atas pula...tapi kenangkan H nak balik sebelum 12 malam sebab ada hal,tak jadi la naik atas.Semasa turun dari jalan Amber Court,ada sebuah bangunan terbiar di tengah tengah.H mencadangkan kami keluar tengok bangunan terbiar bawah tu untuk bergambar ke tapi takut la penagih ke,org jahat ke..itu lagi bahaya drp hantu.

bangunan berpacak bendera ni yang dimaksudkan (ihsan Google)



Balik ke KL kami lalu Jalan Lama Karak semula,,memang seram......ada la kisah seram terjadi.lantaran keceluparan mulut H.ada ke dia ajak jumpa jin yang duduk di atas bukit tu.Jin itu berupa pakcik tua..kebanyakan orang pergi minta nombor ekor.

Antara pengalaman aneh:
-Kereta terasa berat sebelah padahal kwn aku seorang je di seat belakang
-Di sebalik hutan tepi jalan terdapat sepasang mata merah-merah kuning sedang memerhatikan kami (mungkin binatang mungkin juga entiti)
-Daun pokok di pinggir jalan bergoyang cuma sehelai
-Kereta buruk berlumut tersadai pinggir jalan.H nak tolong snap pic tapi aku tak nak
-Kesimpulannya memang seram laluan jalan Karak Lama/Gombak Lama ni di waktu malam nan sunyi

.pekena pula Starbucks,memang tambah sejuk rasanya......

Imej google maps ,laluan ke Jln Lama Karak

Kita dah menghampiri laluan naik ke Amber Court

Yeayy akhirnya sampai di tempat paling berhantu Genting

Lawa seh Amber di waktu malam dilimpahi cahaya neon wow

Ramai dah yg menginap di sini termasuk pekerja asing
.
Pekena Starbucks beli di Genting Permai nok

Kelihatan orbs.Orbs hanya muncul dalam imej kamera.Kata paranormal ia adalah entiti.Entah?


Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...