Aku cuba nak berdamai dengan diri sendiri dahulu. Orang keliling punya sikap dan perangai memang tak boleh kita ubah ataupun kawal.
Aku banyak derita sebab terlalu ambil pusing sikap orang keliling. Ya ia sangat memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi aku hingga terjejas teruk.
Aku susah sangat nak rasa gembira akhir-akhir ini. Hidup aku tak sama lagi macam tahun 2021 2022 dan kali terakhir 2023. Sangat berbeza sejak kemunculan seseorang dan seseorang. Aku tak mahu ceritakan di sini tapi memang benar angkara mereka aku sengsara zahir batin.
Kemudian datang pula seseorang yang lain bikin aku susah hati,serabut perut juga. Nak bernafas pun rasa sukar seperti bernafas dalam lumpur. Kau boleh bayangkan tak betapa teruknya keadaan diri aku. Mental aku koyak rabak. Emosi aku hancur.
Sekarang ini aku terpaksa memaksa diri ni lepaskan semuanya. Aku tak patut genggam perkara ini kerana dah jadi bara api bakar diri aku sendiri.
Tapi seeloknya aku putuskan ikatan dan simpulan ini .Aku doakan orang yang bawa sial ke dalam hidup aku hidup tak tenteram biar rasa apa yang aku rasa. Barulah adil hukuman balas.
Orang ini membawa ancaman kepada aku. Lebih bahaya daripada pistol yang membunuh. Sakit ditembak pistol hanya sekali tapi aku di sini sakit terseksa sepanjang masa. Ibarat disiat dengan pisau dan ditabur garam ke atas luka.Pedih dan sakit sangat. Sakit yang berterusan.
Biarlah orang-orang ini menemui kematian segera. Orang zalim tidak layak hidup lama.