Aku perasan satu perkara. Tahun 2024 - 2025 aku mula alami depression dan anxiety sejak wujud hmm hmm...
Fikiran aku kerap rungsing,takut dan tertekan. Aku sudah cuba bersangka baik tapi entahlah.
Simptom sakit aku semakin teruk sejak aku kehilangan teman lelaki akibat keceluparan mulut aku sendiri. Ya aku terlalu ikut emosi. Segalanya tentang emosi aku sahaja.
Dulu...dia lah punca nadi semangat aku. Apa saja cerita hidupku akan aku kongsi dengannya. Dia juga seorang pendengar yang baik dan supportive. Dia juga lelaki yang empati dan faham perasaan aku.
Aku juga dapat tangkap dia ada ciri-ciri anxiety,anti sosial dan trauma dari perhubungan cinta yang lalu. Masa jumpa pun aku dapat rasakan energy cemasnya.
Sebab itu aku dengannya cuma jadi kawan rapat kerana dia tak mahu komitmen. Orangnya juga anxious (cemas). Tapi tak apalah walaupun aku telah jatuh suka kepadanya. Disebabkan dia ada anxiety jugalah dia jadi empati dan faham emosi orang lain. Dia pernah cakap otaknya seperti ombak laut. Tidak berhenti berfikir itu ini. Overthinking sekali agaknya. Kami berdua sama.
Dari pagi hingga ke malam kami tak berhenti mesej. Apa jua cerita aku dilayani.Aku tak pernah sunyi tanpanya. Cuma kadangkala dia menghilang beberapa hari mungkin ada urusan kerja luar kawasan. Kalau dia balik kampung pun dia akan hilang dari radar beberapa hari.
Dalam banyak kawan lelaki...Dia yang paling aku hargai sebab dia tak pernah abaikan emosi aku. Dia ambik berat tentang aku walau sekecil perkara. Aku cakap aku sakit dia akan ambil berat soal kesihatan aku. Aku betul-betul rasa dia wujud dalam hidup aku. Jujur cakap emosi aku bergantung penuh ke atasnya. Dia hargai aku dan selalu kata aku sesuai dengannya.
Dia tak sama macam lelaki lain yang sekejap ada sekejap menghilang. Ada yang hilangkan diri terus tanpa alasan.
Rasanya hampir 2 tahun kami berhubung sampailah dia angkat kaki hilangkan diri buat selamanya lepas ada pergeseran antara kami. Mungkin aku terlalu keras dan menyakitkan hatinya hingga tiada lagi peluang untuk berbaik.
Dia beri aku silent treatment terus. Memang kejam orang begini. Mungkin dia rasa itu yang terbaik dalam menghukum aku. Ya aku sangat terpukul dengan hukuman ini. Aku 3x cuba mesej dia perbetulkan keadaan dengan meminta maaf tapi langsung tidak diendahkan. Hatinya sudah keras beku.
Bahayanya orang berperwatakan begini. Kita sangka orang yang ada empati dan faham emosi kita akan berlembut tapi rupanya pendendam bila rasa sakit hati.
September 2024 kali terakhir kami berhubung. Kini sudah setahun lebih dia pergi tanpa khabar berita tanpa ucapan selamat tinggal. Dalam tempoh setahun itu aku masih berharap kalau dia akan hubungi aku semula. Aku berdoa agar Allah lembutkan hatinya. Aku hilang arah bila dia tiada. Tiada lagi tempat meluah perasaan berkongsi cerita. Tiada lagi senyum di bibir membaca mesejnya.
Tak apalah jodoh kami tak kuat sebab itu dia tidak lagi mencari aku. Sampai sekarang aku tidak berjumpa dengan lelaki yang sama watak dengannya. Dia adalah 1 dalam 1000.
Sampailah sekarang aku masih teringatkan dia.Aku rindukan kau JK walaupun kau seorang texter dan bukan seorang yang suka berjumpa depan mata. Aku rindu kau.....rindu rasa selesa,nyaman dan tenteram saat kita bermesej bersama. Hatiku disirami keindahan dan bahagia.
