Kampung adalah tempat paling membahagiakan.Betul kan?Seronok bersahabat dgn alam dan haiwan.Aku suka balik kampong dan duduk kampong sebab suasana
tenang,hijau,aman dan damai.Ada pelbagai haiwan peliharaan seperti
kambing,kucing,ayam dan itik.Melihat gelagat haiwan pun sudah cukup
menghiburkan hati.Duduk kampong walaupun hanya duduk dalam rumah sahaja sambil
membuat kerja rumah,rasa puas hati dan bahagia.Apatah lagi keluar berjalan
lihat keadaan sekeliling.
Cuaca waktu siang memang panas.Suhu mencecah 31-33 darjah
celcius.Pasang kipas pun tak terasa angin,rasa angin bahang panas ada la.Berpeluh
sakan macam mandi.Sabar sajalah menunggu waktu malam.Dapat mandi air perigi
fuhhh nikmat sekali.Sejuk dan segar walau dengan segayung simbahan ke
tubuh.Rasa nak lama-lama dalam bilik air sebab panas di luar.Bila malam pula
bunyi unggas hutan.Nyamuk tu memang ada waktu malam tunggu peluang sedut
darah.Siang pun ada.Habis berkudis kulit aku yang cepat alergik ni.
Rutin harian bagi makan kambing,ayam dan ibu kucing.Ibu
kucing ni dulu takut dengan orang selalu menyorok. sejak aku ada dia makin
percayakan aku dan mula pandai bermanja.Cuma 1 je dia nakal suka kencing di
kelambu dan sebarang kain.
Rumah kampong memang bersepah,tidak terurus dan sangat
menyedihkan mata memandang.Aku memang tak suka duduk diam goyang kaki.Ada saja
aktiviti mengemas rumah.Aku kemas hingga bersih.Rumah kampong pula rumah kayu
jadi habuk senang melekat.Telur anai-anai selalu ada atas lubang kayu dan para dinding
rumah.Di dapur pula penuh sarang labah-labah dan sarang binatang terbang akut-akut.Sarang
akut-akut ni berbentuk benjolan tanah melekat di dinding.Letih bersihkan dapur
sahaja.Orang lelaki jangan haraplah tahu jaga kebersihan rumah.Tahu
makan,tidur,berak,kencing itu sahaja.Bila aku balik kampong setahun sekali/6
bulan sekali bayangkanlah berapa tebal habuk dan sampah.Memang Tuhan sudah
jadikan kaum wanita ni nalurinya cintakan kebersihan,tak boleh tengok tempat
kotor.Nak makan pun tak selera kalau kotor.Rumah boleh jadi sarang binatang
berbisa dan sarang makhluk halus kalau dibiarkan kotor.
Segala kawasan aku cuba bersihkan.Sampah-sampah pula
dibakar.Sampai seorang makcik, jiran belakang rumah tegur sejak aku duduk kampong,rumah
bersinar bersih.Dulu kotor dan bersepah katanya.Iyalah dia jenguk rumah masa
hari raya pertama untuk hantar juadah nasi dagang.
Aku ni kuat semangat bersihkan rumah,memasak,meskipun aku
sakit masa balik kampong.Badan aku tak sihat baru lepas kena covid.Kesan long
covid amat meletihkan badan.Kurus kering masa tu walaupun dah masuk bulan ke 3
lepas positif.Bila emosi kita gembira maka semangat juang kita tinggi.Tolak
tepi sikap ingin tidur dan berehat 24jam tu nanti bertambah lemah.Kena lawan
ok.Aku boleh masak kuih yang tak pernah aku buat,masak lauk yang tak pernah aku
tahu.Hebat kan aku…hehe..lain macam semangat aku sampai boleh sedekah kat
jiran-jiran.Sedap atau tidak lantaklah,eh mestilah sedap juga..
Lama aku duduk kampong hampir 2 bulan.Perasaan
aku tentulah gembira dan seronok sebab suasana kampong tenang dan aura positif.Tiada manusia yang
menyakitkan hati dan usik emosi aku.Dapat pula jalan-jalan naik kereta lihat
pemandangan hijau tambah bahagia.Dapat singgah kedai makan,kedai eco rm2,masuk
mall pun rasa ehh best pula.Tak sama macam KL walaupun di KL lagi banyak
pilihan.Bukan soal pilihan pun tapi hargai detik-detik di kampong.Satu je aku Cuma
tak tahan cuaca panas melampau 3 gambar di atas ialah laluan bawah jambatan sungai.Rupanya jalan mati..lawa kawasan ini cuma tak sempat ambil kesemua imej.Gara-gara balik dari membeli barang di pasaraya