Sakit sangat perut aku diserang angin medu atau gastrik dalam bahasa perubatan.Senak di ulu hati rasa nak berguling menahan sakit.Apa bala lah lepas kena covid ni.Macam-macam sakit timbul.Aku dapat rasa ada biji angin dalam perut.Bila sentuh terasa berbutir keras.Urut dengan minyak panas baru rasa lega sedikit.Ada satu hari tu aku makan pengat pisang selepas tu sakit menyerang.Makcik Ani kata pisang ni bisa.Aku rasa ada kemungkinan sebab sebelum makan pisang tu perut tak sesakit ni.Berguling aku menahan sakit,nasi pun tak boleh masuk sebab sakit sangat.
Sebulan aku tak boleh puasa.Aku dah cuba tapi masuk jam 3 petang perut mula bergelodak dengan cuaca panas melampau lagi duduk kampung.Aku rasa nak pitam di situ juga.Lepas teguk air manis barulah rasa ada tenaga sikit.Kalau tidak,tak berasaplah dapur nak buka puasa nanti.Seksa sungguh sakit dalam perut ni.Alhamdulillah sejak ada hamba Allah rekomen susu esp shaklee aku dapat rasa sakit perut aku berkurangan sedikit.Perut rasa lega.Mahal beb sebotol tu RM 160.Abah aku pergi ambil naik motor dengan penjual tu,jauh juga.Abah aku pun rasa sakit perutnya kurang lepas minum esp shaklee.
Aku ni tak boleh minum banyak sangat susu esp tu sebab dibuat daripada kacang soya.Aku alergik soya nanti bengkak pula leher aku ni.Entahlah ini je cara sementara nak redakan sakit.Makan ubat gastrik pun tak berapa berkesan.Beli herba tuju angin pun rasa entahlah..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.