Tuesday, 31 December 2024

Sampai bila nak cari kenyamanan dengan manusia

 28042024

Kalau kita mncari 100% kenyamanan ketenangan kedamaian kebahagiaan dgn makhluk.maka itu pencarian yg kita takkan bertemu dgn kebahagiaan sampai kita mati.Manusia tidak ada kuasa utk memberi 100% kenyamanan kedamaian kpd kita


Apabila Allah bt kamu rs jemu bahkan rs takut tak selamat dgn makhluk rs x nyaman.Apabila Allah bt kamu rs tidak nyaman dgn makhluk itu (blh jd itu keluarga kita kawan2 jiran) maka ketahuilah sesungguhnya Allah berkehendak utk membukakan kpd kamu pintu perasaan jinak mesra kedekatan kesenangan bsama Allah

Apabila engkau tlh merasa jemu dgn makhluk..maka engkau mulai rs jinak dgn Allah


Islam

Iman

Ehsan


Hati keluarga ,sahabat kita,anak semua dlm genggaman Allah swt.Berdoalah ya Allah hati mrk semua dlm genggaman Mu..Kau luruskanlah hati mrk dengan aku Ya Allah..Kau isilah dgn kasih syg...


Balikkan urusan kpd Allah.Barulah buat teknik & approach.Berdoa dahulu dgn Allah..Allah rahsia besar...kita org islam kpd dahulukan Allah.-ustazah norhafizah musa


Org yg rs seronok nak jumpa org aje itu tanda kemuflisannya di sisi Allah.Maksud muflis kurang iman dan makrifatullah pada Allah.Seronok dgn org di dlm kelalaian berbanding ibadah kita..solat kita..puasa kita tanpa pengetahuan sesiapa.Ibn atta illalah asakandari


Munajat ibnu atta

Ya  Allah engkaulah yg menenangkan

Engkaulah yg menghiburkan

Engkaulah yg menghilangkan kesunyian hamba2 yg engkau kasihi di tmpt dan wktu ketikamana seluruh makhluk meresahkan mrk


Bilamana makhluk itu meresahkan kita..gantinya Allah akan menenangkan kita.Itu petanda Allah bagitahu..Allah shj yg blh beri apa yg kamu nak.Maka biar betul fokus tujuan cita2 kita yg sbnr.


Fokus ada 3

1.tujuan

2.minat

3.cinta


Itu yg berlaku bila kita tak minat baca quran sbb tak minat.Sbb itu al quran tak dpt agenda utama dlm harian kita.kita hnya bg sisa waktu shj baca al quran.Bkn kita bg separuh ms.Cinta Allah lah yg kita cari agar kita menikmati dan fokus kpd Allah...


Manusia tidak sempurna..ada masa naik turun..


Emas permata pangkat harta kemewahan adalah benda yg plg tidak bernilai di sisi Allah sbb itu allah blh beri kpd org yg tidak beriman sekalipun kufur sbb murah..takda nilai.Tp cinta Allah..keimanan..maqam ihsan..ketakqwaan..itu Allah nak bg kpd org terpilih shj..nilainya merenrasi sempadan dunia sampai msk ke alam barzah..akhirat..

Mintalah yg mahal2 iaitu iman..taqwa..makrifatullah..ihsan

Saturday, 28 December 2024

 Tempat ini sangat jarang kita kunjungi.Tempat ini kurang diminati dan didambakan untuk melangkah masuk.Bila kita sedih,bermasalah dan terpaksa masuk barulah kita singgah.

Tempat ini adalah MASJID.

Hati kita sakit,kotor,hitam,keras.Itulah penyebab kita susah untuk melangkah ke masjid bersama-sama orang yang beriman.

Hawa nafsu kita lebih gemar ke tempat-tempat syaitan bertenggek seperti pasar-pasar(shopping mall,kedai makan,tempat keramaian).Itulah yang menyenangkan hawa nafsu kita dan menggemukkan lagi hawa nafsu.

Aku juga begitu.Aku akui.Aku banyak lalai dari mengingati Allah dalam menjadi hamba yang sejati.Dulu....aku amat gemar ke shopping mall konon untuk hilangkan stres di rumah dan tempat kerja.Masuk ke mall dan pusing sana sini berulang kali sambil melihat gelagat pelbagai jenis manusia.Menghabiskan duit membeli barang yang tidak perlu atas dasar reward diri.Reward yang membazir dan tidak perlu pun barang itu.Tertipu dengan bisikan hawa nafsu dan iblis.

Balik ke rumah badan dah lesu kerana seharian berjalan konon nak release stres.Gembira sementara sahaja.Esoknya tetap rasa stres semula.

Sebenarnya kita dah tertipu dengan hawa nafsu dan bisikan iblis.

Allah perintahkan manusia itu beribadah untuk tenangkan diri.Berapa lama kita tinggalkan masjid rumah Allah?Di mana bila kita masuk penuh malaikat rahmat.Di situ ibu ketenangan.Kita terlupa soal masjid.Dalam kepala cuma fikir nak ke tempat gemukkan hawa nafsu yang perlu dipenuhi.Terlalu sibuk dengan urusan duniawi hingga tiada masa dengan Allah.Solat pun macam patuk ayam.Lepas solat tiada tafakur dan zikir.Terus capai telefon sambung urusan dunia.

Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Tepuk dada tanya diri.


Kenapa pedih hati bagai ditusuk duri

 Aku percaya kenapa hati gelisah,tidak tenang dan rasa kusut itu kerana manusia itu banyak dosa.Hati yang gundah gulana pedih perit bagai ditikam sembilu.Entah kenapa tidak pasti punca.Sebenarnya Maksiat dosa itu penyebab hati gundah.Maka Allah mendatangkan sebuah kepedihan dalam hati manusia itu agar kembali kepada Allah.

Keluar jalan-jalan pun masih belum hilang gelisah,keluar cari tempat makan-makan pun masih belum hilang sedih,membeli belah juga tetap rasa pedih jiwa apabila balik ke rumah.Dengar lagu dan tengok movie juga tetap sama rasa kusut.Itu semua tanda qalbu seseorang itu sedang bermasalah.

Allah kirimkan rasa sedih pedih sakit gelisah dan segala rasa tidak seronok supaya manusia kembali kepadaNya.

Istigfar lah menangislah menyesali akan semua dosa dan kelalaian kita terhadap Allah.Kalau tak boleh menangis maka pura-pura menangis.Solat,zikir,baca al Quran dengan tadabur isinya.Semoga kamu beroleh ketenangan perlahan-lahan.Sesungguhnya Allah mahu kamu taat dalam beribadah agar mendapat pahala dan mengelak kamu melakukan perkara sia-sia.Apa yang berlaku tidak sia-sia di sisi Allah bukan?

Sabar ketika disakiti orang lain lebih mencabar dari ditimpa musibah-Habib Ali Zaenal Hamid




Bersabarlah atas ujian perasaan yang diturunkan kepadamu teman.

Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.Kerana sabar itu besar dan berat bagi seseorang.


*Sesungguhnya melihat wajah orang beriman juga dapat menenangkan jiwa dan mencerdaskan akal.Rajin-rajin menatap wajah orang beriman yang benar.

Sampai bila nak cari kenyamanan dengan manusia

 28042024 Kalau kita mncari 100% kenyamanan ketenangan kedamaian kebahagiaan dgn makhluk.maka itu pencarian yg kita takkan bertemu dgn kebah...