Tempat ini sangat jarang kita kunjungi.Tempat ini kurang diminati dan didambakan untuk melangkah masuk.Bila kita sedih,bermasalah dan terpaksa masuk barulah kita singgah.
Tempat ini adalah MASJID.
Hati kita sakit,kotor,hitam,keras.Itulah penyebab kita susah untuk melangkah ke masjid bersama-sama orang yang beriman.
Hawa nafsu kita lebih gemar ke tempat-tempat syaitan bertenggek seperti pasar-pasar(shopping mall,kedai makan,tempat keramaian).Itulah yang menyenangkan hawa nafsu kita dan menggemukkan lagi hawa nafsu.
Aku juga begitu.Aku akui.Aku banyak lalai dari mengingati Allah dalam menjadi hamba yang sejati.Dulu....aku amat gemar ke shopping mall konon untuk hilangkan stres di rumah dan tempat kerja.Masuk ke mall dan pusing sana sini berulang kali sambil melihat gelagat pelbagai jenis manusia.Menghabiskan duit membeli barang yang tidak perlu atas dasar reward diri.Reward yang membazir dan tidak perlu pun barang itu.Tertipu dengan bisikan hawa nafsu dan iblis.
Balik ke rumah badan dah lesu kerana seharian berjalan konon nak release stres.Gembira sementara sahaja.Esoknya tetap rasa stres semula.
Sebenarnya kita dah tertipu dengan hawa nafsu dan bisikan iblis.
Allah perintahkan manusia itu beribadah untuk tenangkan diri.Berapa lama kita tinggalkan masjid rumah Allah?Di mana bila kita masuk penuh malaikat rahmat.Di situ ibu ketenangan.Kita terlupa soal masjid.Dalam kepala cuma fikir nak ke tempat gemukkan hawa nafsu yang perlu dipenuhi.Terlalu sibuk dengan urusan duniawi hingga tiada masa dengan Allah.Solat pun macam patuk ayam.Lepas solat tiada tafakur dan zikir.Terus capai telefon sambung urusan dunia.
Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Tepuk dada tanya diri.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.