Tuesday, 20 May 2025

Sosial media merosakkan manusia

 Gambaran Keseluruhan AI


SOSIAL MEDIA MEROSAKKAN MANUSIA 

+49
Dakwaan bahawa media sosial telah merosakkan masyarakat adalah sesuatu yang kompleks, dengan bukti menyokong kedua-dua pihak. Walaupun media sosial menawarkan banyak faedah seperti ketersambungan dan perkongsian maklumat, ia juga memberikan cabaran sepertiisu kesihatan mental, buli siber, dan penyebaran maklumat yang salah. 
Hujah untuk Kesan Negatif Media Sosial:
  • Kesihatan Mental:
    Media sosial boleh menyumbang kepada kebimbangan, kemurungan, dan perasaan kesunyian, terutamanya di kalangan golongan muda. Pendedahan berterusan kepada kehidupan dalam talian yang dipilih susun boleh membawa kepada perbandingan dan perasaan tidak mencukupi, memberi kesan kepada harga diri dan kesejahteraan keseluruhan. 
  • Buli dan Gangguan siber:
    Platform media sosial boleh digunakan untuk melakukan buli siber, doxxing dan bentuk gangguan dalam talian yang lain, menyebabkan tekanan emosi yang ketara kepada mangsa. 
  • Ketagihan dan Pengasingan:
    Penggunaan media sosial yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan dan penurunan dalam interaksi kehidupan sebenar, yang berpotensi membawa kepada perasaan pengasingan dan penurunan dalam kemahiran sosial. 
  • Maklumat salah dan salah maklumat:
    Kemudahan berkongsi maklumat di media sosial juga telah memudahkan penyebaran maklumat salah, propaganda dan teori konspirasi, yang berpotensi memberi kesan kepada pendapat umum dan keputusan dasar. 
  • Kesan pada Hubungan Kehidupan Nyata:
    Tumpuan pada interaksi dalam talian dan gambaran susun atur orang lain di media sosial boleh memberi kesan negatif kepada hubungan kehidupan sebenar dengan memupuk jangkaan dan perbandingan yang tidak realistik. 
  • Perubahan dalam Norma Sosial:
    Media sosial boleh menyumbang kepada penghakisan norma dan nilai sosial tradisional, yang berpotensi membawa kepada penurunan empati dan rasa hormat terhadap orang lain. 
  • Kesan terhadap Pendidikan:
    Media sosial boleh menjadi gangguan yang ketara kepada pelajar, yang berpotensi menjejaskan prestasi akademik dan mengurangkan tumpuan. 
  • Polarisasi Politik:
    Ruang gema dan algoritma media sosial boleh memburukkan polarisasi politik dengan mengukuhkan kepercayaan sedia ada dan mengehadkan pendedahan kepada pelbagai perspektif. 
  • Ketaksamaan ekonomi:
    Peningkatan pengaruh media sosial dan penekanan terhadap penggunaan dalam talian boleh menyumbang kepada ketidaksamaan ekonomi dengan mewujudkan jangkaan yang tidak realistik dan memupuk budaya materialisme. 
*Kalau tanya pendapat peribadi saya, sememangnya setuju
 internet merenggangkan hubungan sesama 
ahli keluarga yang duduk serumah.

*Menambah kedengkian orang yang berdengki apabila melihat 
 kebahagiaan orang lain di media sosial.

*Menambah kemurungan dan perasaan tak seronok 
 dengan hidup sendiri apabila melihat orang lain 
 menayangkan kegembiraan mereka.Akan ada 
 perbandingan hidup dan timbul kecewa.

* Penyebab sakit kepala bila terlebih membelek telefon membaca 
  menonton itu dan ini.Lebih lagi scroll Tik tok video yang berdurasi 15 saat sahaja.
  Terlalu banyak posting bercampur aduk itu ini tiap kali scroll 

* Merosakkan hubungan cinta dengan pasangan bila
   pasangan curang dengan orang dalam telefon 

* Manusia semakin lalai membuang masa bermain telefon 
   hingga mengabaikan urusan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab 
   untuk mengurus kebersihan rumah.

Dalam banyak keburukan masih ada kebaikan buat saya

* Dapat menambah ilmu pengetahuan dan informasi berkaitan
   agama, motivasi, spiritual  dan apa saja yang selama 
   ini kurang 
   sampai melalui jalan biasa kepada kita.

* Dapat mendengar dan membaca Al-Quran di mana sahaja 
   tanpa perlu membuka naskhah AL Quran 

* Dapat mendengar lagu-lagu tertentu yang meningkatkan 
  mood gembira dan bahagia.

Walau bagaimanapun tetap media sosial ini membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan 

Friday, 2 May 2025

 Hampir 19 tahun aku hidup selepas habis pelajaran di sekolah.

19 tahun bukanlah tempoh yang singkat.Ia adalah perjalanan liku liku kehidupan yang sangat lama tetapi sebagai manusia kita rasa pejam celik pejam celik sudah berlalu waktu itu.

19 tahun mencari identiti diri sendiri tetapi masih belum bertemu untuk jadi siapa dan apa. Tiada matlamat jelas dalam hidup.Dua tiga tahun ini diberi jalan untuk menjadi insan yang lebih mencintai akhirat.Aku tahu dunia ini tidak seberapa berjaya untukku maka aku berharap ada sinar bahagia di alam setelah mati.

19 tahun bukanlah tempoh yang sekejap.Mengalami krisis identiti yang tidaklah sedikit.Hampir tidak waras apabila memikirkan apa yang telah berlaku.Eh kenapa dulu aku begitu begini kenapa tidak begitu.Ya aku sedang belajar melalui ujian hidup jadi tidak pelik ada krisis identiti.

Kadang aku menjadi diri sendiri kadang aku sanggup menjadi orang lain demi menyenangkan hati orang lain. Di kala kembali waras begini baru aku sedar sepatutnya aku tidak boleh berbuat demikian.Salah besar!Tapi semuanya demi diiktiraf oleh orang kesukaan aku agar diterima.

Semuanya berakhir dengan kekecewaan. Manusia tetap akan pergi apabila mereka ingin pergi meninggalkan.Akhirnya kita di sini menanggung sedih kecewa.Perasaan bersalah hadir dalam diri padahal tidak sepatutnya rasa begitu.Manusia tetap akan pergi apabila mereka ingin pergi.Jangan termakan dengan gaslighting.

Ya aku diuji bertahun lamanya untuk faham makna hidup.Sehingga aku faham barulah timbul kesedaran diri.Aku mula fokus pada diri sendiri.Self love lebih utama.Terima kasih kepada manusia spiritual dan motivasi hidup yang membuka mata batin aku agar sedar semula.


Saturday, 19 April 2025

Wanita perlu ada self love




1)Wanita itu harus ada kesedaran untuk Sayangi diri sendiri (self love)

2)Berani keluar dari situasi yang menyakitkan hati dan menekan fikiran (berani move on)

3)Berani berkata tidak jika tidak mahu.Jangan takut kehilangan sesiapa jika berkata tidak.Harus ada pendirian diri agar lebih dihormati.

4)Belajar menghormati diri sendiri (baca tip nombor 2&3)

5)Adakan jarak (boundries) kepada sesuatu yang kita rasa patut dijauhi.

6) Jangan berkorban hingga diri terkorban.


Apapun utamakan diri sendiri dahulu.Jangan takut kehilangan sesiapa/sesuatu sehingga kita hilang siapa diri kita.

Hidup ini amatlah memenatkan jika setiap masa dihabiskan dengan mengharapkan cinta sayang orang.Apabila kita lebih menyayangi diri sendiri maka kita tidak akan sesekali membenarkan orang lain menyakiti kita.

Kita akan berani berlalu pergi (walk away) dari orang yang telah mencederakan emosi dan mental kita.

Sayangi diri sendiri sedalamnya maka anasir luar tidak berpeluang menyakitkan hati kita.

*pengalaman memberikan aku pengajaran indah tentang makna kehidupan.Aku berkembang dan belajar ilmu sikap manusia.Ujian itu ibarat ubat pahit untuk ditelan tetapi akhirnya memberikan kesembuhan dalam kepahitan.


Yang Ikhlas dari hati menulis,

Aku yang tak perlu dikenali.




Friday, 18 April 2025

Berdamai

 Benar ... sesungguhnya aku dalam proses BERDAMAI dengan diriku sendiri.Mencari kembali diri sebenarku yang telah lama hilang angkara manusia lain.




Diriku hilang dan mati kerana ingin 'menghidupkan' kehidupan manusia lain namun nyawaku jiwaku menjadi cagaran.

Tuhan menghilangkan dia manusia yang terakhir dalam hidupku kerana Tuhan Maha Baik ingin aku belajar menghargai diri sendiri.Aku baru sedar banyak masa usiaku dihabiskan dengan mengejar manusia yang akhirnya mereka sendiri pergi tanpa bicara.

Sudah banyak peristiwa sama berulang tapi tetap aku belum sedar.Hanya menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku sedangkan mereka yang jahat kejam terhadap aku.Sebenarnya aku yang menzalimi diri sendiri.Aku tak pernah rasa sayang kepada diri sendiri kerana itu menarik magnet manusia bersifat vampire.Akhirnya aku jadi mangsa.

Kini dengan kehilangan dia itu aku mula merenung diri apa punca.Ada sebab Tuhan jauhkan dan dekatkan.Akal kita terbatas hingga sukar nampak rahmat Allah di sebalik peristiwa.

Terima kasih Tuhan kerana hadirkan insan hebat mengajar ilmu psikologi manusia di laman IG.Semua posting itu muncul sendiri seperti tahu apa yang aku alami.Itu semua bahagian dari bantuan Tuhan.Aku belajar banyak perkara yang selama ini tidak tahu.Ohh patutlah begitu patutlah begini.Akhirnya dapat ilmu.

Ini semua ujian alam semesta.Jadi sekarang aku bersedia memutuskan rantaian sama yang mengikuti diriku selama ini.Belajar I Love Myself.

Kini masanya untuk aku membebaskan diri aku dari luka batin,luka lama dan memaafkan diri sendiri yang naif.Kita semua pelajar dalam kehidupan.Aku juga memaafkan segala peristiwa pahit yang sudah berlaku dan aku bebaskan segalanya dari penjara jiwaku.

Aku maafkan semuanya aku lepaskan semuanya.





Saturday, 22 March 2025

Jerry Yan Meteor Garden





Jerry Yan adalah artis dan juga model dari Taiwan.Berusia 48 tahun sekarang di tahun 2025.Masih relevan dan mempunyai peminat sendiri di serata negara Asia hingga kini.Banyak drama dan filem lakonannya jadi boom antaranya drama menjadi doktor di sebuah hospital.

Aku pernah crush dengan dia sewaktu drama Meteor Garden yang ditayangkan pada tahun 2003 di Tv3 Malaysia.Aku masih sekolah menengah ketika itu.Drama ini mengisahkan sekumpulan 4 orang anak orang kaya belajar di sebuah universiti dan Jerry Yan terjatuh hati dengan San Chai,pelajar gadis miskin.Anak orang kaya yang mewarisi banyak empayar perniagaan kini jatuh tersungkur kerana cinta.

Sudah 22 tahun berlalu.Kenapa wajah Jerry Yan langsung tidak dimamah usia malah semakin nampak muda?Sepatutnya umur 48 tahun dah jadi penampakan uncle uncle.Ini macam jejaka usia 28 tahun.Apa yang Jerry ni amalkan?Wajahnya sangat mempesonakan mata memandang.Dengan lesung pipit di pipi,mata bulat dan senyuman manis.Semua wanita pun boleh cair.

Sayang seribu kali sayang dia tidak pernah berkahwin dan tentunya tiada anak.Bercinta hampir 18 tahun dengan model dari Taiwan juga tapi entah kenapa tidak diikat ke jenjang pelamin.Sangat membuang masa.Dengar cerita keluarga teman wanitanya tidak mahu menerima Jerry kerana Jerry bukan lelaki berduit.

Kalau kahwin tentu dah ada 1 atau 2 anak.Umur semakin meningkat dan wanita akan monopous.Perempuan itu akhirnya move on dan berkahwin dengan lelaki Jepun.

Mungkin dalam hidup ini ada segelintir orang memang tidak ditakdirkan untuk berkahwin.Jodohnya sekadar garis percintaan sahaja.Aku dapat tahu bahawa Jerry Yan memutuskan untuk tidak mahu berkahwin.Mungkin patah hati dengan kegagalan cinta.

Aku ni dulu berangan-angan nak lelaki cina macam Jerry Yan.Ya aku dapat tapi kerana kekangan agama.Kami putus dan sakitnya aku yang tanggung.Cinta tidak kejam tapi kerana bukan ditakdirkan untuk bersama.Tidak semua orang dapat menjalani takdir cinta yang berakhir dengan kemanisan.

Berbalik soal Jerry Yan.Beliau sangat sempurna dari segi penampilan.Entahlah apakah dia masih berniat untuk berkahwin suatu hari nanti kelak.

Semoga ada kebahagiaan menantimu Jerry Yan.Aku adalah salah seorang dari peminatmu.Terima kasih kerana telah mewarnai zaman remajaku dengan drama Meteor Garden.Dari situ aku belajar minat lelaki kacak dan berangan nak ada boyfriend kacak bermata sepet hihihi 😍😆.Tak salah pun semua orang ada impian.


 

 

Entah kenapa bila umur sudah menginjak 30an ni aku lebih gemar bersendirian melayan diri berbanding keluar dengan orang itu orang ini.

Aku lebih seronok "mengenal diri".Aku tahu dan faham apa yang aku suka atau tidak.Aku tak akan biarkan sesiapa pun menganggu suasana hatiku lagi.

Hidupku lebih tenang apabila mendapat peluang duduk menyendiri di tempat sunyi tanpa sebarang suara manusia.Tenang yang tiada tara seperti diperingkat alpha.Sampai tahap aku fikir manusia itu yang sebenarnya
merosakkan ketenangan aku selama ini.

Aku boleh tidur nyenyak tanpa gangguan fikiran dan kesihatan mental serta emosi juga bertambah baik.




Friday, 21 February 2025

 Hidup ini suatu pilihan.Namun ada tetapinya....

Kadang kita ada pilihan untuk dituju tetapi tidak bisa memilih kerana memang tidak bisa.

Mengapa pula tidak bisa?Banyak hati yang perlu dijaga kerana masih punya darah daging.

Memang sakit hati makan hati tetapi inilah keterpaksaan dalam kepahitan yang perlu ditempuh setiap detik.

Hanya masa sahaja yang mampu mengubah keadaan.

Ya kita hidup dalam keterpaksaan yang bukan milik kita.


Sosial media merosakkan manusia

  Gambaran Keseluruhan AI SOSIAL MEDIA MEROSAKKAN MANUSIA  +49 Dakwaan bahawa media sosial telah merosakkan masyarakat adalah sesuatu yang k...