Friday, 18 April 2025

Berdamai

 Benar ... sesungguhnya aku dalam proses BERDAMAI dengan diriku sendiri.Mencari kembali diri sebenarku yang telah lama hilang angkara manusia lain.




Diriku hilang dan mati kerana ingin 'menghidupkan' kehidupan manusia lain namun nyawaku jiwaku menjadi cagaran.

Tuhan menghilangkan dia manusia yang terakhir dalam hidupku kerana Tuhan Maha Baik ingin aku belajar menghargai diri sendiri.Aku baru sedar banyak masa usiaku dihabiskan dengan mengejar manusia yang akhirnya mereka sendiri pergi tanpa bicara.

Sudah banyak peristiwa sama berulang tapi tetap aku belum sedar.Hanya menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku sedangkan mereka yang jahat kejam terhadap aku.Sebenarnya aku yang menzalimi diri sendiri.Aku tak pernah rasa sayang kepada diri sendiri kerana itu menarik magnet manusia bersifat vampire.Akhirnya aku jadi mangsa.

Kini dengan kehilangan dia itu aku mula merenung diri apa punca.Ada sebab Tuhan jauhkan dan dekatkan.Akal kita terbatas hingga sukar nampak rahmat Allah di sebalik peristiwa.

Terima kasih Tuhan kerana hadirkan insan hebat mengajar ilmu psikologi manusia di laman IG.Semua posting itu muncul sendiri seperti tahu apa yang aku alami.Itu semua bahagian dari bantuan Tuhan.Aku belajar banyak perkara yang selama ini tidak tahu.Ohh patutlah begitu patutlah begini.Akhirnya dapat ilmu.

Ini semua ujian alam semesta.Jadi sekarang aku bersedia memutuskan rantaian sama yang mengikuti diriku selama ini.Belajar I Love Myself.

Kini masanya untuk aku membebaskan diri aku dari luka batin,luka lama dan memaafkan diri sendiri yang naif.Kita semua pelajar dalam kehidupan.Aku juga memaafkan segala peristiwa pahit yang sudah berlaku dan aku bebaskan segalanya dari penjara jiwaku.

Aku maafkan semuanya aku lepaskan semuanya.





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Sosial media merosakkan manusia

  Gambaran Keseluruhan AI SOSIAL MEDIA MEROSAKKAN MANUSIA  +49 Dakwaan bahawa media sosial telah merosakkan masyarakat adalah sesuatu yang k...