Saturday, 22 March 2025

 

Entah kenapa bila umur sudah menginjak 30an ni aku lebih gemar bersendirian melayan diri berbanding keluar dengan orang itu orang ini.

Aku lebih seronok "mengenal diri".Aku tahu dan faham apa yang aku suka atau tidak.Aku tak akan biarkan sesiapa pun menganggu suasana hatiku lagi.

Hidupku lebih tenang apabila mendapat peluang duduk menyendiri di tempat sunyi tanpa sebarang suara manusia.Tenang yang tiada tara seperti diperingkat alpha.Sampai tahap aku fikir manusia itu yang sebenarnya
merosakkan ketenangan aku selama ini.

Aku boleh tidur nyenyak tanpa gangguan fikiran dan kesihatan mental serta emosi juga bertambah baik.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Biarkan si jahat menemui ajal segera

 Aku cuba nak berdamai dengan diri sendiri dahulu. Orang keliling punya sikap dan perangai memang tak boleh kita ubah ataupun kawal. Aku ban...