Monday, 15 November 2010

Karoake Red Box Low Yat

 Aku memang suka menyanyi.Suara pun sedap boleh tahan.Kalau asah bakat boleh jadi artis wakakaka..perasan -__-.Memang aku sukakan muzik dan dari zaman sekolah rendah siap ada buku lagu tulis tangan.Lagu-lagu hits semua aku hafal.Paling minat tentulah Britney Spears,N Sync,Backstreetboys (era lewat 90an dan 2000).

Pernah berangan nak jadi penyanyi tapi sekadar berangan bukan terlalu obses mengejar cita-cita.Aku menyanyi hanya sekadar hobi untuk lepaskan kebosanan dan tekanan sahaja.Kita enjoyyyyy

Selalu asah suara di karoake Red Box.Aku pada mulanya tak tahu pusat karoake best ni tapi kawan aku yang sengal tu bagitahu so aku tahulah.Bila datang sini mesti tak ingat dunia punya.Dapat pula pakej harga student,kena tunjuk kad pelajar (universiti/kolej/institut).

Pakej kad pelajar
RM 7 (3 jam karoake) + percuma makanan/minuman ringan

Kau boleh tambah air berapa kali nak minum.Ada air oren,laici,anggur,air gas.Ada keropok,kerepek,kacang.Sebab itu aku suka datang sini.Puas hati sebab murah dan sound system memang terbaik.

Red Box Sogo sahaja boleh tambah-tambah air dan makanan,kalau Red Box Low Yat ni kedekut sikit.Bagi air 2x sahaja.Tak apalah asalkan ada juga minum jadi tak kering tekak melalak

Kawan aku nan sengal ni selalu tipu mak dia cakap keluar cari barang tapi tak cakap pun pergi karoake,nak kena marah ke buang duit kan..aku pun tak pernah bagitahu mak aku pergi mana cukup sekadar cakap keluar.Aku selesa pergi karoake dengan kawan aku yang seorang ni sebab kami satu kepala.Aku tak suka kawan yang overshadow aku.

Kawan aku selalu puji suara aku best dan dia macam cemburu sikit,arghh mengada-ada sajalah kau..(tepuk dahi).Kalau aku nyanyi lagu english dia mesti nak ikut sekali walau sebutan dia tak berapa bagus tapi tak apa dia mencuba haha.Aku pun upgrade english aku melalui nyanyian lagu english di pusat karoake ni haha.Paling suka lagu Rihanna.Lagipun dia sedang famous sekarang.Tone lagunya kena dengan suara aku


Air grape de nata.Beg Guess merah.Bangga dapat pakai cececeh


Aku suka datang ke sini sebab tak ramai sangat orang.Bilik pun luas dan sentiasa ada kekosongan.Seeloknya telefon dan booking bilik dahulu sebelum datang.Senang nanti datang terus masuk.Rindunya kenangan ke sini.Puas hati dapat lontarkan suara melalui nyanyian.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...