Bila dengan kawan atau istilah istimewa lagi kita gelar sebagai sahabat ni,tak ada kekasih pun tak mengapa.Dengan adanya mereka cukup merasa dihargai,disayangi,diambil berat.Memang tak dinafikan di kala mereka kesusahan tentulah ada yang meminta pinjam duit.Kalau tak mampu tak perlu beri pinjam.Kalau ada lebih boleh tolong.Tapi jangan kerap sangat nanti terbiasa pinjam maka liat pula nak membayar hutang.Pengalaman beb,aku tahu.Kalau betul-betul susah tak apa,ini jalan sana sini mampu pula,hutang orang buat-buat lupa.
Ukur baju di badan sendiri cukup.Kalau gaji kita pun cukup-cukup makan,nak hulur kepada orang tua pun terketar-ketar tangan,baik jangan senang-senang bagi kawan pinjam.Itu dah masuk kategori tak mampu.Biar orang masam muka sebab kita tak bagi duit,daripada kita yang terpaksa makan pasir kerana orang.Lagi parah,kita pula kena meminjam duit dengan orang lain sebab dia.
Seseorang hamba Allah pernah pesan kat aku,kalau baru kenal orang tu lepas tu dia mula nak pinjam duit,AWAS!Spesis manusia begini kebanyakan memakai jin/sihir.Niat tak elok.
Kita boleh nampak orang tu nak ambil kesempatan atau betul-betul susah.
Aku mula bekerja dari tengah tahun 2009 dengan gaji RM800 sahaja sebulan.Nampak kecil,ramai komen kata kenapa kecil.Tapi dengan gaji itu aku boleh simpan duit hampir RM5000 dalam masa kurang setahun bekerja.Aku pandai berjimat.Setiap hari bawa bekal nasi goreng dari rumah sampai kena sindir dengan kawan-kawan "kau tak bosan ke makan benda sama tiap hari?".Sebab tak pernah nampak aku makan mewah macam dorang,maka bunyi lagi sindiran "kau bawa duit berapa ringgit sehari?"
Yang bertanya tu pula ada suami.Suami dia bagi duit belanja RM10 sehari untuk mentekadarah.Haa kasar kan ayat aku?Aku tak ganggu apa orang nak makan,minta makan dorang pun tidak....
Jujur aku katakan disebabkan aku tak buat kad ATM,hanya pakai buku bank sahaja,maka duit aku selamat dalam bank.Sejak terpengaruh cakap kawan sekerja suruh buat kad ATM agar mudahkan urusan pengeluaran duit,maka BALA MUSIBAH mula menimpa.Makin hari makin susut wang simpanan aku.Perbelanjaan tak dapat dikawal lagi.Sesal seumur hidup :(
Nak cerita kisah berkatnya gaji kecil RM800 dahulu.
Dengan gaji itu aku boleh hulur orang tua sikit,tolong bayar bil-bil rumah (bil astro beratus juga rasanya dulu RM 160 sebab ambil pakej yg banyak),bil api.
Aku mampu beli baju,beg tangan berjenama dalam shopping mall.Harga ratus juga.Siap boleh pergi salun buat rawatan muka,rambut.Balik kampung belanja sepupu beli barang.Beli barang mekap,produk kesihatan.Siap boleh joli nyanyi karoake,tengok wayang.Yang paling syok dapat bercuti sana sini.Kongsi duit dengan kawan-kawan kami rancang bercuti.Bajet pun anggaran dari RM100-RM250.Ikut destinasi percutian.Semua dah masuk duit petrol,hotel,makan,beli cenderahati,buat aktiviti.
Melepak ke Genting Highlands,Cameron Highlands tu dah macam rumah sebelah.Seronok wei.
Ke Kedah,Perlis,Perak,Selangor,PD.Pulau Pangkor dah habis khatam.Setahun 2x ke sana,kemudian sambung tahun seterusnya.Langkawi pun dah jejak,siap naik flight lagi.Memang seronok bercuti.Tak fikir apa dah.Memang kadang ada sedikit salah faham bab-bab cuti ni tapi cepat-cepat selesaikan.
Hari minggu bila mana bajet tak berapa gah,kami ke kawasan berdekatan sahaja seperti Pantai Bagan Lalang,Sepang.Makan-makan di downtown Kajang dan Uptown Damansara.Makan di restoran Istana Bambu,Shukumuvit Garden (restoran Thai) dan mana-mana gerai yang makanannya sedapJanji ada masa melepak.Kadang saja naik kereta pusing kawasan Solaris tengok perumahan mewah di sana.Seronok dapat berbual dan berkongsi cerita.
Tak pernah nak mengeluh duit tak ada.Agaknya berkat nilai gaji itu.Di tambah pula bisnes online kecil-kecilan ada juga pulangan hasil.Bolehlah tambah-tambah duit.Selalu order barang online.Ada saja nak beli.Kira masih mampu.
Perasan juga 3 tahun kebelakangan ni,dapat gaji pun duit entah kemana pergi.Nak kata simpan banyak tak juga.Makan pun bukan pulun makan sedap sampai sehari habis RM50.Nak kata bayar hutang bank pun tidak.Sales online semakin merundum.Nak beli baju sehelai pun rasa tak mampu.Entah di mana silapnya.Rasa nilai duit semakin mengecil lantaran segala benda semakin mahal.Mungkin harga makanan tempat aku kerja sekarang pun cekik darah juga.Kalau ikut selera tekak,lama-lama jadi najis juga makanan yang dimakan tu.
Jujur aku katakan aku tak pernah rasa sesukar ini.Nak tunggu gaji akan datang rasa azab sungguh.Telan liur saja lihat makanan sedap-sedap tapi tak mampu beli sebab duit gaji dah kering kontang.9 tahun lepas gaji aku bersih cuma RM705 tapi aku boleh buat pelbagai perkara.Kenapa sekarang nilai gaji aku dah naik sikit tapi aku rasa semakin tak cukup?
Kan best kalau dapat gaji,duit gaji terus simpan 700.Allahuakbar!
Kalau sebulan tak kerja siapa nak bayarkan bil-bil rumah?Nak bagi orang tua lagi untuk bayar kos rumah.Bukan mengungkit cuma terfikir,kalau begitu untuk diri sendiri pula bagaimana?
Terasa sesal pula zaman dulu boros.Boleh sangat kalau "curi" RM200-300 simpan dalam bank lain.Setahun dah jadi 3600.Entahlah nak kata habis beli barang,tak ada pun.Habis membazir macam tu je duit buat makan dan entah apa-apa pun tak tahu.
Aku rasa nak lari pun ada.Lari pun kena guna duit juga,bayar bilik sewa pula.Kos makan lagi bertambah.Serupa je.
Ya Allah sesaknya dada hidup dalam bandar KL ni....orang ingat kerja di KL ni gaji besar,ohh silap.Gaji kami tak cecah pun RM1500.Dah tolak EPF,SOSCO bagai tak sampai pun.
Siapalah yang duk sumpah hidup aku ni sampai melarat macam ni...apa salah aku YA ALLAH....penat kerja pergi siang balik hampir tengah malam,apa pun tak ada......aku sedih sangat.Nak beli baju pun tak mampu apatah lagi keluar bercuti seperti dulu.Kalau jumpa duit seguni kan best tapi mustahil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wanita perlu ada self love
1)Wanita itu harus ada kesedaran untuk Sayangi diri sendiri (self love) 2)Berani keluar dari situasi yang menyakitkan hati dan menekan fikir...

-
Kisah seram di wad hospital sudah menjadi kebiasaan di telinga pembaca.Ramai yang dah berkongsi pengalaman mereka bermalam di wad menjaga...
-
Anak jati Kuala Lumpur pasti tahu dan kenal Flat Pekeliling.Siapa yang sudah lama menetap di bandar KL juga mesti tahu.Yang baru datang KL,a...
-
Mengikut pengalaman rakan yang pernah ke Kellie Castle di Batu Gajah Perak,suasana di sini terasa seram meskipun pada siang hari.Jadi memand...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.